16

Short Story Completed 49743

Syukur Alhamdulillah, aku dah boleh balik. Tak sabar rasanya aku nak balik walaupun aku bukanlah balik ke rumah asalku. Iyalah, aku ni menumpang sahaja. Aku tak pernah anggap rumah agam yang tersergam indah itu rumah aku tapi aku selesa tinggal di situ daripada tinggal di hospital yang berbau ubat ini.

Aku sudah sedia kemaskan barang aku yang tak banyak mana ini dan katil pun aku kemaskan sekali. Aku tak suka bersepah seperti ini tak pasal-pasal orang cop aku ni macam macam pula.

"Sayang, are you ready nak balik?" Ucap Farish Mikael kepadaku sambil tersenyum riang. Tubuhku dipeluk olehnya dari belakang dengan manja sekali.

Badan aku mengeletis kegelian kerana tangannya cuba-cuba mengeletek perutku agar aku ketawa secara paksa.

"Hahaha, Farish. Dahlah tu. Gelilah." Ucapku sambil cuba untuk melepaskan diri.

Dia turut ketawa, setelah itu dia melepaskan tubuhku kerana kasihan melihatku ketawa tanpa henti sampai merah-merah muka.

"Maaf, lepas ni you tak payah lagi menyanyi dekat situ okay. I nak you rehat je dekat rumah tak pun kita pergi spend time sama-sama. Pergi vacation ke apa. Nak?" Soalnya kepadaku sambil duduk di atas sofa empuk berwarna Royal Blue.

Aku terdiam seribu bahasa. Biar betul dia ni? Kalau tak bukan main lagi nak suruh aku menyanyi dekat hotel kawan dia tu. Ni, siap nak ajak pergi vacation lagi.

"Erm, saya nak duduk dekat rumah je." Balasku.

Farish membutangkan bebola matanya seakan-akan tergamam lalu dia tersenyum sambil memusingkan bebola matanya ke kiri dan ke kanan.

Suasana sepi sejenak tidak lama selepas itu barulah dia bersuara kepadaku...

"Urm, okay but why?" Soal Farish kepadaku dengan wajah yang lembut dan tenang seperti salju Korea.

"Sebab saya nak spend time dengan awak sepuas-puasnya." Ucapku dengan nada sebak lantas aku berlari ke arah Farish dan memeluknya dengan erat sekali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience