BAB 15

Mystery & Detective Completed 12501

RAYYANA nampak kelibat musuh ketatnya di sekolah ini. Terus dia memusingkan jalan, tak jadi nak terus tetapi melencong masuk ke makmal Kemahiran Hidup.

Sepi. Tiada bunyi derapan kasut dari luar juga tiada sesiapa di dalam makmal K.H ketika ini. Hanya dia seorang.

Eh kejap. Apasal makmal ni tak berkunci pagi ni? biasanya makmal akan di buka sekitar pukul lapan. Sekarang baru pukul 06:47 pagi. Siapa yang buka? Bukan kunci cuma ada dengan Puan Puziah je ke. Takkan Puan Puziah dah sampai? Awal gila dia datang!

Tak menyedari dirinya sedang di perhatikan, Rayyana terus bersembunyi di dalam makmal K.H. sehingga dia merasa Shahril sudah jauh dari tingkat koridor sini.

Lama juga dia bersembunyi di dalam makmal, dan lama juga mata itu menatap penuh dengan kerakusan memandang susuk tubuh Rayyana yang montel.

Jam di pergelangan tangan di toleh, dah lebih lima minit dia bersembunyi dekat dalam ni. Rasanya bolehlah kut dia keluar. Mesti Shahril dah pergi bawah. Keluarlah, lapar kut perut aku.

Perlahan-lahan Rayyana menarik pintu makmal K.H ke dalam dan penuh berhati-hai dia mengatur langkah,

"Huwargh!!"

Suara milik musuhnya keudara kuat mengejutkan dia. Kedua belah tangan Shahril di angkat ke atas untuk menakutkan dia.

"Argh!"

Terkejut di buatnya. Apalah dia ni. Ada ke patut buat lawak bodoh subuh-subuh hari ni. karang aku bagi makan pelempang, berdarah bibir tu.

"Kau ni apa hal!"

Emosi Rayyana bertukar 360 darjah terus. Wajah Shahril di pandang penuh dengan ekpresi terkejut. Shahril macam biasa, tersengeh sebab berjaya menakutkan Rayyana.

"Eleh, relaks lah. Yang kau nak marah-marah ni apa hal? Bendera Jepun ea.." Pelajar lelaki itu berbisik pada hujung katanya sambil menekup mulut menahan gelak tengok muka Rayyana yang pucat tu.

"Kau ni!" Bahu Shahril di tolak kuat. Geram hati dia. Pagi-pagi dah cari pasal. Bengang betul.

"Woi Rayy! Janganlah marah dok! Aku gurau je!"

Suara Shahril menjerit namun tak di endahkan oleh Rayyana kerana sebal dengan sikap Shahril yang suka mengusik dirinya sebelum sempat dia mengisi perut. Lapar kut!

Kuat punggungnya duduk di kerusi di kantin. Rasa amarahnya memang bersisa buat Shahril tu tapi bukan itu poin utama dia rasa bengang macam ni.

Kenapa patung Chucky tu duduk dekat anak tangga belakang Shahril tu? Sengaja ke budak tu bawa sebab nak takut-takutkan dia? Hei, sorry lah kalau dia fikir Rayyana ni penakut. Tapi.. bukan patung tu sepatutnya dekat perpustakaan ke? Macam mana pulak dia ni boleh seludup patung tu keluar? Memang nak mampus betullah budak ni.

"Rayy." Bahunya di tepuk dari belakang.

Rayyana menepis kuat benda yang mengejutkan dia. Pang! Terpelanting satu bungkusan di dalam tepawer yang di jinjit plastik oleh Ainul Batrisyah.

"Alamak! Sorry wei.."

Bingkas dia bangun dan mengutip semula bungkusan itu dan mengembalikan kepada Ainul Batrisyah semula. Dia mengetap bibir, marahkan diri sendiri sebab perilaku sebegitu yang menyebabkan bekal kawannya terpelanting ke meja sebelah. Dia kemudiannya duduk di hadapan Rayyana. Wajah murung kawannya itu di pandang hairan. Tak pernah-pernah dia nampak muka Rayyana sebegini murung. Walaupun dia ada masalah dia tetap boleh ceria, tapi pagi ni..

"Awak kenapa Rayy?" soal Ainul Batrisyah.

Rayyana masih menundukkan pandangannya. Nafas di dada turun naik tak selari dengan kadar denyutan nadi normal. Pusing kepala bila fikirkan hal ni. karang kalau cakap, percaya ke si Ainul ni.

"Awak ada masalah apa?" Tanya Ainul Batrisyah prihatin.

Sejak dia masuk ke sekolah ini, Rayyana adalah orang yang pertama yang menghulurkan bantuan ketika dia seakan di sisih oleh pelajar di sini. Namun bila dia dah boleh terima suasana baru di sini, terasa kebaikan yang di tunjukkan oleh pelajar di sekolah berbanding masa mula-mula dulu.

Dan di sebabkan itu, dia mula merapatkan diri terus berkawan dengan Rayyana. Rayyana, huh. Ainul Batrisyah tersenyum mengulangi nama kawannya di dalam hati. Rayyana Maisarah yang terkenal dengan kenakalan suka menumbuk orang kalau dirinya kena kacau.

"Kau.. nampak tak anak patung yang dekat perpustakaan tu. Hari tu aku ada nampak satu." Rayyana mulakan cerita. Cerita yang menyebabkan dia tertanya-tanya.

Juga setahu dia, patung-patung tu sepatutnya ada dekat dalam perpustakaan dekat dalam gerobok kaca yang di kunci. Masalahnya, kalau si Mr.Loba-loba tu yang bawa mana dia dapat kunci tu pula?

Amboi, ingat senanng ke nak suruh cikgu bagi dia pinjam anak patung hantu tu. Lagilah yang memegang kunci tu pula Cikgu Raja Nurul Huda. Haish, very-very impossible betul.

"Alah, mungkin ada pengawas perpustakaan yang tercicir kut."

Ya, itulah jawapan dari Ainul Batrisyah selaras dengan tekaannya. Apa yang dapat dia baca dari riak wajah kawan yang duduk depannya itu. Tak percaya.

Siapa yang nak percaya cerita Rayyana ni. Di tambahkan lagi dia tak ada bukti untuk menarik semua jalan cerita menjadi benar. Bukti tak ada, bukannya bukti tak kukuh lagi. Dia mengeluh berat.

"Dah lah Rayy, apa kata awak sarapan dengan saya. Saya dengan mak su saya masak nasi goreng ayam. Saya bawa lebih. Untuk awak sekali."

Bungkusan tepawer yang balutan plastiknya di buka di hulurkan kepada Rayyana. Tutup di buka maka semeberbak bau sedap yang amat menggoncang iman Rayyana kerana kelaparan.

"Uish! Sedapnya bau. Pandai ea kau masak." Puji Rayyana ikhlas.

Rezeki Allah kirimkan melalui Ainul Batrisyah. Alhamdulillah.

Mekar senyuman gadis itu tatkala di puji. Malah di tambahkan pula dengan rekasi pelahap Rayyana yang nampak macam lapar sangat.

"Kau tak makan? Nah ambil ni." Tepawer bulat tu di seretkan kepada Ainul Batrisyah. Gadis itu menggeleng pantas.

"Saya dah makan dengan mak su. Ni saya bekalkan untuk awak."

Ya Allah. Terharunya dapat kawan macam dia ni. Bukan sebab terharu kerana di sogok dengan makanan, tetapi keikhlasan dia betul-betul sampai ke dalam hati ni. Semoga Allah memberkati hidup kau, kawan. Terima kasih untuk makanan ni dan juga sudi berkawan dengan aku walaupu aku ni nampak jahat tahap gangster tak berpangkat.

Rayyana selamba meneruskan suapan demi suapan ke mulut. Dia cuba selindungkan perasaan terharunya. Dia tak nak Ainul Batrisyah melihat memek mukanya yang berubah rona. Sedih!

LAGI sebulan hari keusahawanan akan di adakan. Pelbagai idea telah di bentangkan masa kokorikulum minggu lalu. Kelab-kelab yang terlibat pastinya akan sibuk dari sekarang merancang dan merangka plan untuk menarik ramai pengunjung ke gerai mereka pada hari itu kelak.

Ainul Hanania hanya duduk memerhatikan gerak geri ahli kumpulannya. Dia tak ada idea untuk di sumbangkan, di tambahkan pula dia tidak berminat. Ulang suara, TAK BERMINAT.

Dari kejauhan dia dapat melihat pergerakan sesuatu yang menyeramkan. Di dalam kelas yang di tinggal kosong di tingkat tiga itu seperti ada mata yang merenung ke arah kelas ini. Atau.. itu hanya perasaan dia je?

Yelah kut agaknya perasaan dia je. Sebab,mana ada apa-apa kat sana bila dia pandang. Haish..

"Nia, kau tak nak tambah apa-apa ke?"

Pandangannya kembali semula ke arah kumpulannya yang sedang membuat perbincangan dan pembentangan di di hadapan. Dan selama itu jugalah pandangannya meliar ke sekitar kawasan bilik dan ke bangunan bertentangan.

"Tak.. aku ikut je.." Pantas dia menggeleng seraya menjawab soalan Amira selaku ahli kumpulannya untuk membuat rumah hantu versi seramlicious gila-gila.

Gila macam mana, dia malas nak ambil tahu. Cukuplah kalau dia di suruh beli topeng, beli itu, beli ini dia akan keluarkan duit sendiri membantu kumpulannya. Tapi kalau bab memberi cadangan dan idea, memang dia fail.

Akalnya tak sehebat Ainul Batrisyah dalam menjawab persoalan apatahlagi memberi cadangan yang bernas. Argh! Apasal sekali lagi nak bandingkan dia dengan Ainul Batrisyah tu! Ergh! Bosan!

Tiba-tiba dia menjadi panas hati terus keluar dari kelas dan meninggalkan kawan sekumpulannya terkontang-kanting memandang dirinya yang berlalu pergi dari pintu belakang.

"Apasal budak tu?" Syufaat angkat muka bengang.

Belum pernah lagi dia menerima tamparan sebegini oleh pelajar sekolah ini sungguhpun dari pelaar yang paling nakal iaitu Rayyana. Mr.Loba-loba dan Asmira. Ini.. huh! Nak kena budak baru ni. Dasar tak ada adab! Siap kau aku sekolahkan kau nanti.

HARI berganti begitu pantas. Adakalanya terasa sekejap sangat dia berada di sekolah ni. Tahu-tahu je dah masuk empat bulan dia menjadi pelajar sekolah menengah di sini. Suasana baru, kawan baru, episod hidupnya yang baru, dan.. boleh di katakan semuanya barulah.

Dan apa yang penting kawan baiknya juga telah membuka satu lembaran baru untuk berdamai dengan Shahril Fayyad. Tak percayakan. Entah mimpi jadi realiti. Tapi itulah yang di katakan kepadanya minggu lalu ketika dia pulang bersama-sama berjalan kaki ketika pulang dari sekolah.

"Aku penat sebenarnya asyik nak bergaduh je dengan dia. Lagipun, kita orang ni satu sekolah kut. Tahun ni dia exam SPM, kita pula tahun depan. Tak syoklah. Antara kita dengan dia macam adik tau. Saling memerlukan juga. Tengoklah, naik pertengahan tahun nanti kita ada kursus untuk SPM. Untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Tak lari mana.. lainlah kalau aku dekat tingkatan satu dia tingkatan lima, hah.. tu aku akan fikirkan untuk tak berdamai pun tak pe. Ha.. ha.. ha.."

Panjang lebar Rayyana mengulas tentang perancangan dia untuk berdamai. Ainul Batrisyah hanya mengiyakan serta menyokong semua idea Rayyana. Benda yang baik kenapa harus kita membangkang. Kan.

"So, bila awak nak start berbaik dengan dia?" Soal Ainul Batrisyah setelah lama mendiamkan diri menjadi pendengar kepada Rayyana.

"Esok." Terangkat-angkat kening sebelah dia menjawab penuh yakin. Ainul Batrisyah sekadar tersenyum tanda menyokong. Kan bagus kalau macam tu.

Satu sekolah, tak baik bermasam muka. Apatahlagi menjadi musuh. Itu tidak baik.

"Aku harap lepas ni, aku tak kena kacaulah lagi dengan geng dia orang tu. Bosanlah." Keluh Rayyana dalam dia meneruskan menapak ke hadapan di iringi Ainul Batrisyah.

"Lah, kalau gitu awak cakaplah dengan Shahril tu jangan kacau awak dah. Awak dengan dia nak berdamai. Tak nak gaduh-gaduh lagi dah." Cadangan Ainul Batrisyah nampak mudah, hakikat sebenarnya anak buah si Shahril tu lagi syaitan dari ketua dia. Tapi.. yang aku hairan kenapa kalau ada Shahril si setan-setan tu tak nak buat hal kecuali di suruh?

Rayyana menggeleng kepala beberapa kali.

"Ainul, kau tak kenal dia orang lagi. Ni hah aku, yang tercongok dekat sekolah tu nak dekat empat tahun tahulah macam mana dia orang. Depan Shahril pijak lipas pun lipas tu terbang. Belakang.. cicak atas lampu kalimatang tu dia orang jentik terus mati tau." Cerita Rayyana mengundang ketawa kecil Ainul Batrisyah.

Tergamam seketika Rayyana melihat wajah gembira itu. Bukan maksud dia kawan dia ni jenis muka tak reti senyum, tapi kalau nak tengok dia macam sekarang rasanya ini kali pertama. Senyum sikit tu biasalah.. dengan cikgu pun dia senyum. Tapi tak macam sekarang. Comel siot!

HARI ini dia agak terlewat sampai ke sekolah. Lonceng sudah pun berbunyi dan semua pelajar membuat barisan di dewan terbuka.

"Pak Mat!" Jerit Rayyana dari luar pintu pagar yang sudah pun di mangga.

"Pak Mat, bukaklah pintu. Saya nak masuk ni." Rayu Rayyana. Namun rayuannya hanya sia-sia sebab Pak Mat belum lagi masuk ke bilik pengawal saat ini. Pak Mat sedang meninjau ke seluruh tingakat agar tiada pelajar yang ponteng dari berbaris di dewan terbuka.

"Tak sangka pulak yang 'cup cake vanilla' hari ni lambat datang." Suara yang biasa di dengar dan tahu siapa pemiliknya.

"Apa masalah awak ni 'Mr. Loba-loba'?" soal Rayyana pulak.

"Tak de masalah pun. Saja je saya nak menegur awak 'cup cake vanilla'."

"Pak Mat! Bukak pintu ni cepat!" Pinta Rayyana bila dia dapat mengesan kelibat Pak Mat sudah kelihatan di sebalik pokok bunga sebelah tangga. Mungkin dah habis meronda lah tu.

"Ish 'cup cake vanilla' ni, suka menjerit ea." Shahril sengaja mencari masalah. Namun tidak di layan oleh Rayyana.

"Kamu berdua ni, kenapa lambat?" Soal Pak Mat yang terkumat-kamit membuka mangga pintu pagar sekolah.

"Biasalah Pak Mat, bas lambat." Jawab Rayyana.

"Mana tak lambat Pak Mat, semua bas takk mampu nak menampung badan dia yang gemuk ni bawak ke solah. Sebab tu lah lambat. Hahah." Sekali lagi dia mencari pasal dengan gadis ini. Pak Mat juga turut ketawa tapi sekejap cuma.

"Habis tu, yang kau pulak kenapa lambat datang sekolah?" Serius Pak Mat tanya Shahril pula.

"Er.."

"Okey Pak Mat terima kasih." Rayyana mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat kerana membuka pintu pagar untuk dia masuk.

"Hei, kamu! Tunggu. Amboi laju je kau lari ye. Dah jangan nak mengelak. Kamu berdua masuk pejabat."

"Alah Pak Mat, ni baru pertama kali saya lambat lah. Tolonglah."

"Tak da.. tak da. Undang-undang tetap undang-undang."

Dengan wajah yang bosan, mereka berdua masuk ke dalam bilik pejabat. Berhadapan dengan cikgu disiplin. Tak lain tak bukan. Puan Suzana lah.

"Ni semua kau punya pasal." Marah Shahril.

"Asal pulak aku punya pasal? Kita tak da kena mengena okey." Bantah Rayyana tak puas hati.

"Kau buatlah sorang benda ni. Tak kuasa aku nak buat." Betah Shahril.

"Suka hati kaulah." Balas Rayyana. Malas hendak begaduh waktu-waktu begini. Penat. Dah lah kena denda, lepas tu nak gaduh? Memang tak lah loba..

Sebagai denda kerana datang lambat hari ni mereka berdua di suruh untuk mengilap tanda nama sekolah di pintu pagar utama tempat laluan cikgu masuk ke sekolah.

Dengan separuh hati dia merelakan kerana fikir memang kesilapan dia yang bangun lambat tadi pagi, dia patuh juga.

Baru bercadang nak berbaik dengan si Shahril ni, huh! Kalau macam gini gamaknya memang tak berbaiklah. Dahlah si selenge suruh dia lap sorang, karang aku panggil pak Mat tadi repot kat cikgu baru padan muka!

"Argh!!"

Kain lap yang berwarna lusuh itu di campak ke papan tanda nama sekolah. Bengkak hati dan mata dia bila nampak si Shahril tu boleh duduk dekat rumput buatan tu sambil bermain kiub.

"Nak makan guna tiup juga ke dia ni!" Bentak hati Rayyana tetapi dalam nada yang perlahan. Dia mendengus kasar. Jelingan maut di berikan kepada Shahril yang sedang fokus menukar warna-warna kiub yang bersebah supaya warnanya menjadi selari.

SITI ZULAIKAH sering di ganggu mimpi-mimpi yang aneh. Mimpi yang membuatkan malam dia menjadi seram walaupun seluruh kawasan rumahnya dan bilik di terangi lampu. Itulah permintaannya pada ibu dan ibu hanya menurut tanpa banyak soal.

Ibu memang sangat memahami. Itu yang membuatkan dia makin sayangkan ibunya. Terima kasih ibu!

Oh ya, baru teringat tentang seorang pelajar lelaki yang baru dia nampak sewaktu rehat tempoh hari. Terlalu kacak sampaikan mee kuah kari boleh mengalir hangat ke baju kawan dia yang sedang duduk makan dekat kantin. Dahsyt betul penangan pelajar tu.

Dia tak tahulah kalau selama ni dia tak perasankan pelajar tu. Maklum jelah, sekolah primer macam Sekolah Menengah Dato' ni memang sentiasa penuh dengan aktiviti. Sampaikan malam kadang-kadang pernah mereka balik sama dengan pelajar sesi petang balik. Hurm.. sabo jelah.

Dia duduk membujukan kaki di atas kerusi belajar. Fikirannya melayang jauh mengembalikan nostalgia yang berlaku ketika di kantin tempoh hari. Bila di ingatkan balik, dia menjadi malu.

"Mee kari!" Perlahan namun sedikit nyaring suara dia menjerit.

Terlampau teruja nampak mee kari makcik Milah sebab dah berminggu dia nak sangat makan tapi tak dapat sebab dah habis. Hari ni kebetulan makcik Milah simpankan semangkuk untuk Siti Zulaikah.

Sanggup pelajar tu datang jumpa makcik Milah ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung dia menyelinap ke kantin untuk berjumpa makcik Milah. Mujurlah tak tertangkap oleh guru yang bertugas. Nasib kau lah Ikah. Mee kari punya pasal, sanggup meredah zon bahaya gitu..

"Oi! Tak payah nak meroyan nampak mee kari kau tu. Bukannya tak makan pun nanti. Cepatlah!" Gesa Hazel di belakang.

Sesekali dia mencebik juga nengok gaya Siti Zulaikah yang macam orang sawan nampak mee kari tu. Mee kari je kut, bukannya lubuk emas sampai tergedik macam tu sekali. Hah, yang lelaki beratus sebelah ni sukalah pandang si Siti Zulaikah yang tergedik tiba-tiba tu.

Maunya tak suka tengok. Body dahlah cantik, baju sekolah yang dia pakai boleh di kategorikan ikut bentuk badan walaupun tak ketat sangat. Tak bertudung, rambut di ikat satu juga wajahnya yang putih bersih gila. Tak calit make-up pun, memang semulajadi putih bersih gebu.

Eh jap. Ke itu adalah salah satu faktor Hazel cemburu? Cemburu? Eh, hello! Please. Bukan Hazel lah yang suka cemburukan kecantikan orang. Silap orang menilai dirinya!

"Kejaplah. Sabar. Tunggu adik ni bayar." Sahut Siti Zulaikah dalam kebisingan yang makin membingit.

Sampai giliran Siti Zulaikah dan juga Hazel, masing-masing hanya membayar harga makanan ketika muka mereka seakan terpampang perkataan 'Makcik, mee kari saya' dengan muka comel. Oh please!

"Kau nak air apa?" Tanya Hazel ketika mereka sedang melilau mencari tempat kosong untuk makan.

"Er, aku pergi beli lah. Kau pergi cari tempat."

Terus menonong Siti Zulaikah meninggalkan Hazel. Di tangannya semangkuk mee kari masih di pegang kuat. Takut pula kalau tertumpah dekat lantai.

Dua kotak air laici jenama Yoe's di genggam di sebelah tangan sementah sebelah tangan lagi memegang mangkuk yang berisi mee kari tadi. Dari jauh Hazel melihat seakan Siti Zulaikah mencari kelibat dirinya. Dia melambai tangan bila nampak Siti Zulaikah mula menapak ke meja makan mereka.

Belum pun sempat Hazel menurunkan tangannya, seorang pelajar lelaki dengan cemerlangnya mengambil tempat duduk Siti Zulaikah di depannya. Apa lagi, bengan kawannya melihat pelajar lelaki yang tak tahu malu tu terus duduk depan Hazel.

Hazel tersenyum-senyum memandang pelajar lelaki itu. Hendak marah, pelajar tu dah minta maaf dan katanya sekejap sahaja dia menumpang makan oleh kerana tempat semuanya penuh.

Sampai di meja Hazel, baru Siti Zulaikah hendak marah terus tak jadi. Malah makanannya dengan selamat mendarat ke baju Hazel.

"OMG! Ikah!" Pekik Hazel yang tengah berbahang.

Tercengang semua memandang ke arah meja mereka.

"Kau marahkan dia apasal tumpahkan mee kari ni kat aku!" Serius bergema suara Hazel kerana keadaan yang tadinya bising menjadi sepi tiba-tiba.

Siti Zulaikah tergamam melihat pelajar lelaki itu sehingga menyebabkan tangannya tak mampu untuk memegang kuat mangkuk mee kari sampaikan tertumpah di meja dan cantik mengalir ke bawah sehingga terkena baju sekolah Hazel yang putih bertukar warna serta bercorak oren.

Pemergian Hazel langsung tak di endahkan. Dia terus menatap lemah wajah pelajar lelaki itu yang membuat dunianya terbuai. Handsome nya!

"Zulaikah."

Terhentut bahunya di kejutkan dengan suara ibu yang menyandarkan punggungnya di atas meja kerja. Termalu sendiri Siti Zulaikah kerana tak perasan kehadiran ibu dalam biliknya.

"Fikir apa?" Soal Puan Amalina terus.

"Tak fikir apa." Pendek dia menjawab.

"Habis, kenapa termenung?" Tanya Puan Amalina lagi.

Wajahnya serius memandang anak perempuannya. Satu-satunya anak perempuan yang dia ada di dunia ini.

"Tak ada apa ibu.. saja nak rest kan kepala." Dalihnya lagi.

Segera dia mencapai buku nota Prinsip Akaun di sebelah Puan Amalina dan berpura-pura menyelak helaian buku itu.

"Dah, nanti turun makan ye." Kepala anak perempuannya di usap, tetapi terasa sedikit kasar keluakuan ibunya sebelum dia keluar dari bilik ini.

Siti Zulaikah menarik nafas lega. Entah kenapa dia malu nak mengaku pada ibunya tentang peristiwa yang terjadi tempoh hari. Apa perasaan ni..

Tok! Tok! Tok!

Pintu yang di biarkan terbuka di ketuk. Sangkanya abang dia yang ketuk nak jumpa. Kerana malas nak menjawab dia biarkan je orang yang di sangka abang tu masuk ke bilik.

"Zulaikah." Panggil Puan Amalina lembut. Wajahnya yang ceria di pandang oleh si anak.

"Ye bu." Kepalanya di dongak sedikit untuk melihat wajah ibunya. Ada yang tertinggal ke ibu ni?

"Nanti turun makan. Kita makan sama-sama. Abang Asywad pun ada sekali. Kita makan sekali ye." Kata Puan Amalina lembut sambil mengusap bahu anaknya.

Sedikit berkerut kulit dahi Siti Zulaikah. Bukan ibunya dah suruh ke tadi? takut sangat dia tak turun makan sampai kena panggil dia sekali lagi. belum sampai lima minit ibu dia keluar.

"Ye bu.. tadikan ibu dah pesan. Tak sampai sepuluh minit ibu pesan, ni datang lagi pesan.. Kejap lagi Ikah turun lah.." Rengek Siti Zulaikah manja sambil memeluk pinggang ibunya.

"Ha..ha. ha.. apa Zulaikah merepek ni. ibu baru siap masak dengan abang Asywad kamu dekat dapur tu. Bila pula ibu masuk bilik kamu panggil kamu ni? Hah.. ni mesti mengigau lagi ni. dah, pergi cuci muka, lepas tu turun makan. Ibu tunggu kat bawah." Ternganga mulut Siti Zulaikah tak tahu nak cakap apa. Dia terdiam. Ibunya keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience