BAB 1

Drama Completed 66585

Rutin setiap petang,Bahar akan mengambil Iris Qarissa pulang dari tempat kerja.Itulah syarat yang perlu dipenuhi oleh Iris Qarissa untuk bekerja.Mahu tidak mahu,Iris Qarissa terpaksa bersetuju.Walaupun gaji di kedai tempat dia bekerja tidak lumayan,namun masih cukup membantu Melati dan Bahar membeli barang-barang keperluan dapur.Iris Qarissa juga sudah mula menyimpan wangnya di dalam bank.Walaupun hanya lima puluh ringgit sebulan.Bak kata pepatah,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Motor Bahar masuk ke perkarangan rumah.Kelihatan sebuah kereta terpakir di hadapan rumahnya.Iris Qarissa dan Bahar turun dari motor.Helmet di kepala ditanggalkan.

"Abah,siapa pula yang datang?"

Bahar menggelengkan kepalanya.Putung rokok dibuang ke tanah,lalu dipijak.

"Ntahlah,kak.Jomlah kita masuk.Hari dah nak senja ni."

"Baik,abah."

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam..."

"Ooh,kau rupanya.Ada apa kau datang ke sini?"

Huluran tangan adik perempuannya disambut.Siti mengucup kekura tangan abangnya.Iris Qarissa turut menyalami tangan ibu saudaranya itu.

"Apa khabar mak teh?"

"Alhamdulillah sihat.Iris sihat?"

Iris Qarissa mengangguk kecil.

"Iris masuk bilik dulu.Nak bersihkan diri."

Iris Qarissa mengatur langkah masuk ke dalam bilik.Bahar melabuhkan punggungnya di kerusi kayu.Matanya tunak memandang wajah Siti.

"Abang dari mana?"

"Aku baru balik ambil Iris dari tempat kerja dia."

"Iris dah kerja?Dia tak sambung belajar ke,bang?"

"Tak,Siti.Dah penat akak nasihat.Dia tetap tak nak sambung belajar.Dia kata dia tak minat nak belajar.Dia nak kerja."

Melati yang menatang dulang berisi air,mencelah.Dulang itu diletakkan di atas meja.Lalu dihidang kepada Siti dan Bahar.

"Sayang....Siti dengar keputusan SPM dia pun boleh tahan."

"Dah dia tak nak belajar.Aku marah macam mana pun,dia tetap juga nak kerja.Jadi aku biarkan dia kerja.Biar dia rasa susah cari duit tu macam mana."

Siti mula menelan kata-katanya.Isu itu tidak lagi dibangkitkan.

"Ada apa kau datang ke mari?Tak ada angin tak ada ribut,tiba-tiba muncul."

"Saja datang nak jenguk abang dengan kakak.Nak jumpa anak-anak saudara Siti.Takkan tak boleh?"

"Boleh,tapi macam pelik je.Kau tu jarang nak balik ke kampung ni."

"Sebenarnya,Siti ingat nak bawa anak abang tinggal dengan Siti.Siti ingat Iris tu sambung belajar.Jadi Siti nak bawa Esya temankan Siti.Ada juga kawan dekat rumah tu.Sejak abang Ehsan dah tak ada ni,Siti sunyi duduk sorang-sorang dekat rumah tu."

"Bibik kaukan ada."

"Itu bibik,orang gaji.Manakan sama dengan darah daging sendiri.Lagi pun Siti bukan ada anak pun.Dah alang-alang Iris tak sambung belajar,biar Siti bawa Irislah.Boleh tak?"

Wajah Melati dan Bahar dipandang silih berganti.Wajahnya penuh berharap.Bahar hanya mendiamkan diri.Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya.Melati turut memandang wajah Bahar.Keputusan di tangan suaminya.

Melihat kebisuan abangnya itu,Siti kembali memujuk.

"Bolehlah,bang.Bolehlah,kak.Siti janji Siti carikan kerja yang bagus untuk Iris.Sekurang-kurangnya gaji dekat bandar besar tempat Siti tu lebih lumayan kalau nak dibandingkan dekat pekan tu.Iris pun dapat bantu abang dengan kakak dekat sini.Tolong biayai sekolah adik-adik dia."

Bahar mengurut lembut pelipisnya.Batang tubuhnya disandarkan di dada kerusi.

"Baiklah.Aku izinkan.Dengan syarat kau jaga Iris dengan baik.Jangan biar dia buat yang bukan-bukan.Sekarang ni macam-macam ragam manusia dekat luar tu."

Siti melakar senyum.

"Baik,bang.Siti janji.Kalau macam tu malam ni Siti dah boleh bawa dia balik."

Siti mula rasa teruja.

"Eh,Siti.Iris tu masih bekerja tau.Mestilah dia kena bagi notis dekat boss dia dulu sebelum nak berhenti.Yang kau ni,tak boleh ke bersabar sekejap.Rumah ni pun rumah peninggalan mak dan ayah.Kau tak nak ke bermalam dekat sini?"

Siti tersengih menampakkan gigi.Kepala yang tidak gatal digaru kecil.

"Siti lupalah.Yalah.Siti tinggal dekat sini dua tiga hari.Sementara tunggu Iris berhenti kerja.Nanti Siti bagilah Iris duit pampasan berhenti kerja.Siti suruh dia bagi notis dua puluh empat jam."

"Ikut suka kaulah.Nanti kau beritahu sendiri pada Iris.Tapi jangan lupa janji kau nak carikan kerja untuk Iris."

"Ya,abang.Siti janji."

"Yalah.Aku nak pergi mandi.Malam nanti kau tidur dekat bilik Iris dengan Esya.Bawa barang-barang masuk bilik diorang."

"Baik,bang.Terima kasih."

Bahar mengatur langkah masuk ke dalam bilik.Melati pula mengemas cawan-cawan di atas meja,lalu dibawa ke dapur.Siti mula mengatur langkah ke arah bilik anak saudara perempuannya.Pintu bilik diketuk.

"Tok!Tok!Tok!"

"Masuklah,pintu tak kunci."

Siti melangkah masuk ke dalam bilik.Punggungnya dilabuhkan di birai katil.Matanya meliar melihat keadaan bilik tidur itu.

"Malam ni,mak teh tidur dengan kamu berdua,boleh?"

Esya yang leka membaca buku berkalih memandang Siti.Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Boleh.Mak teh lama ke duduk sini?"

"Mm... Dalam dua atau tiga hari je.Sampai kak Iris berhenti kerja."

Iris Qarissa yang duduk di hadapan cermin meja soleknya terpempan.Dia menoleh memandang ke arah Siti.

"Kenapa Iris kena berhenti kerja,mak teh?"

Kening Iris Qarissa sedikit berkerut.

"Mm...Sebenarnya mak teh nak bawa Iris tinggal dengan mak teh.Mak teh sunyi tinggal sorang-sorang.Kalau ada Iris mak teh tak adalah sunyi sangat.Jadi,boleh tak esok Iris beritahu boss Iris yang Iris nak berhenti kerja?Iris bagi notis dua puluh empat jam.Nanti mak teh bagi duit pampasan pada Iris.Boleh ya,Iris?"

"Tapi...Kenapa Iris?"

"Mak teh kesian dekat mak dan abah kamu.Sekurang-kurangnya kalau Iris kerja dekat bandar besar sana tu,gaji Iris lagi besar.Iris pun tak nak sambung belajar lagikan?"

Iris menganggukkan kepalanya.

"Iris nak tolong mak dan abah.Mak teh pun sendiri tahu keadaan mak dan abah Iris macam manakan."

"Ya,mak teh faham.Sebab tu mak teh nak ajak Iris duduk dengan mak teh.Nanti mak teh carikan kerja untuk Iris.Lagi pun mak teh ramai kenalan.Mana tahu ada kerja yang sangkut nanti.Iris bolehlah bagi mak dan abah duit belanja setiap bulan."

Iris Qarissa menghela nafas panjang.Otaknya mula berfikir sejenak.Ada juga betulnya kata-kata mak tehnya itu.Mungkin ini peluang untuknya menimba pengalaman baru di tempat lain.Mana tahu kerja barunya nanti dapat mengubah nasib keluarganya?

"Baiklah,mak teh.Iris ikut cakap mak teh.Esok Iris akan beritahu pada boss Iris.Mm...mak teh,terima kasih."

Siti bangun dari katil.Dia mendekati Iris Qarissa.Bahu Iris Qarissa disentuh lembut.

"Mak teh yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada Iris.Sebab setuju nak duduk dengan mak teh.Nanti bila cuti sekolah,Esya datanglah rumah mak teh.Ajak Afiq sekali."

"Wah,betul ke mak teh?Tak sabar nak tunggu cuti sekolah.Tapi...macam mana kitorang nak ke sana?Esya bukan pandai naik bas pun.Abah mesti tak bagi."

Siti tersenyum nipis.Wajah Esya ditatap.

"Tak apa,nanti mak teh ambillah Esya dengan Afiq.Nanti Esya call mak teh atau kak Iris.Beritahu nak datang sana.Boleh?"

Esya menepuk tangan gembira.

"Boleh sangatlah kalau macam tu.Kak,nanti dah duduk sana jangan lupa kitorang dekat sini tau."

"In Syaa Allah,akak tak lupa.Akak mana ada siapa-siapa lagi selain keluarga kita ni.Takkanlah akak nak buang keluarga akak."

"Betul tu.Bak kata pepatah,air dicincang tak akan putus.Bergaduhlah macam mana pun.Adik-beradik tetap adik beradik.Oklah.Mak teh nak ambil barang mak teh dalam kereta.Lepas tu mak teh nak mandi.Terlepas pula maghrib nanti."

Siti mengatur langkah keluar dari bilik.Iris Qarissa terus bangun dari duduknya.Dia mengatur langkah mengikuti ibu saudaranya itu.

"Mak teh!"

Siti yang baru menuruni tangga memusingkan tubuhnya ke belakang.

"Ada apa Iris?"

"Biar Iris tolong angkat beg mak teh.Kesian mak teh.Mesti mak teh penat memandu."

"Ala...tak apa.Mak teh dah biasa.Lagi pun bukan banyak pun.Satu beg je."

"Tak kisahlah mak teh.Biar Iris yang buat."

Siti mengorek senyum.Kunci kereta diberikan kepada Iris Qarissa.Iris Qarissa menyambut kunci di tangan Siti.Lalu kakinya diatur menuju ke kereta Siti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience