BAB 10

Drama Completed 1228

Karim sedang berjalan keluar dari bangunan pejabat. Ada sebuah kereta merah  sedang mengintai dia dari pagi tetapi dia tidak menghiraukan. Karim masuk ke kereta untuk pulang ke rumah. Kereta merah mengekori kereta Karim

Karim keluar dari kereta untuk membuka pagar rumah. Kemudian, kereta merah berhenti di belakang. Tiga orang berpakai topeng keluar membawa kayu untuk memukul Karim.


"Karim," teriak lelaki pertama berbadan kurus.

Karim pusing lalu lelaki kedua memukul Karim di tepi badan. Karim jatuh, kemudian Karim bangun dan membuka bunga-bunga silat.

Karim dapat menahan semua pukulan dan juga mengelak dari di pukul kayu. Karim pernah berlajar silat dan dapat melawan balik ketiga-tiga lelaki. Mereka ditumbuk dan diterajang Karim hingga tersenbam.

Lelaki pertama memberi isyarat supaya lari setelah kena pukul teruk.

Lelaki pertama dan kedua dapat lari masuk ke kereta, lalu lelaki pertama memandu. Lelaki ketiga yang masih terlantar, tak dapat bangun. Karim menghempap badan lelaki yang sasa dan membuka topeng.

"Kenapa engkau pukul aku? Cakap!" teriak Karim.

Zapin tidak mahu bercakap lalu Karim menekan leher dia.


"Kami pukul engkau kerana engkau
buat adik Azlin, Azura."


"Buat apa?"


"Ilmu sihir. Engkau buat adiknya Azura."

Karim menarik Zapin bangun.


"Bangun, bangun, beritahu aku lagi."


"Azlin, abang Azura yang merancang, dia cakap engkau gunakan ubat guna-guna buat adik dia hingga adik dia selalu menjerit-jerit."


"Masya Allah, tak ada niat aku
bermain ilmu sihir. Itu perbuataan
syirik," jelas Karim, terus beristifar.


"Tapi kenapa adik dia selalu menjerit-jerit dan pengsan.


"Engkau sampaikan kepada Azlin
bahawa aku tidak bermain kotor. Buat apa aku nak main kotor, aku yang putuskan tunang."


"Baik. Aku pergi dulu."


"Ingat lain kali engkau pukul hendap, aku akan laporkan kepada polis atau engkau semua nak masuk hospital?"


"Tak, tak." Zapin bergegas balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience