Rate

Prolog

Romance Series 14331

T A S N I M
Something told me i am gonna
love you forever

Pin! Pin!

Hon ditekan memberi tanda kehadiran sekeluarga itu dihalaman rumah. Sepasang suami isteri yang dalam lingkungan 50-an yang sedari tadi berdiri dihadapan pintu sudah tersenyum lebar.

Belum sempat enjin kereta itu dimatikan, seorang kanak-kanak lelaki meluru keluar dari kereta itu. Dengan gaya kelam kabut dia keluar dan menutup pintu kereta.

"Tok babah. Tok chik" Aidan melambai sambil berlari ke arah mereka. Chik sudah mendepakan tangan untuk mendapatkan Aidan manakala babah hanya terseringai ketawa.

Aidan berlari dengan teruja menyusup ke celah antara pasangan tua itu lalu terkocoh-kocoh menaiki tangga. Kasut sudah disusup keluar sewaktu menaiki tangga,dilempar entah ke mana. Tujuannya hanya satu.Baby Tasnim!

"Aidan,baik-baik nanti jatuh!"jerit Faridah yang sedang berjalan mendapatkan orang tuanya yang kelihatannya agak terpinga.

"Awat dengan si Aidan tu?" Tanya chik sambil menghulurkan tangan.Faridah ketawa kecil.

"Hmm..apa lagi chik? Baby Tasnim dia tu la.Babah"Faridah menghulur tangan pula kepada ayahnya.Tangan tua itu dikucup perlahan.

"Dalam kereta tadi,tak menyempat.Duk tanya bila nak sampai rumah tok babah"sambung Fakhrul mengenai keterujaan anaknya.Babah dan chik tergelak.

"Patut la sakan lari.Ingatkan nak dipeluknya kita,alih-alih menyusup.Nak tengok baby dia dulu."

Kata-kata babah hanya disambut dengan gelak tawa mereka berempat.

Giliran Fakhrul pula mencium tangan kedua mertuanya.

"Hangpa naik atas dulu.Bilik suma chik dah kemaih.Mandi-mandi dulu,lepaih tu turun dapur.Makan.Mesti penat jalan joh-joh." Kata chik sambil menepuk bahu Fakhrul.

"Ye la chik.Naik dulu noh"Fakhrul terangguk-angguk sebelum meminta izin naik ke atas.

"Haa..naik-naik" chik memberi laluan kepada menantu dan anaknya.Fakhrul mendahului manakala Faridah mengikut dibelakang.

Chik hanya tersenyum melihat.Bak disebelah senyum tak putus.Gembira benar gayanya bila cucunya yang satu itu balik.Aidan..Aidan..kepohnya lain macam.

MASUK ke dalam rumah tok babahnya,Aidan terus menerpa ke dalam bilik.

"Baby!" Mata bulat Aidan memerhati setiap sudut.Hanya sebatang tubuh mak su menjamah pandangannya.Objek yang dicari masih tidak dapat dikesan.

Baby..baby hilang! baby tak nak jumpak abang dah ke? Atau baby main nyorok-nyorok? Kalau macam tu,baby menyorok kat mana?!

Sakinah pelik memandang anak kecil itu.Dahinya berpeluh dan berkerut.Mata melilau dan nafasnya agak tercungap.Seketika kemudian,mata bulatnya memandang Sakinah sebelum menerpa ke arahnya.

Dibelek-beleknya perut Sakinah.Sakinah agak kalut.

"Aidan! Awat nih?" Mata Aidan kelihatan agak bersinar memandangnya.Menahan sebak.

"Mak su,baby tak nak kawan dengan Aidan dah ke? Aidan ingat baby menyorok dalam perut mak su macam dulu-dulu" Sakinah menahan ketawa melihat perilaku Aidan.Wajah yang mendongak itu dipandang kasihan.Air mengalir perlahan di sudut mata kanak kanak itu.

Aidan menahan sesak lalu memeluk kaki Sakinah dan membenamkan mukanya ke perut Sakinah.Sakinah ketawa kecil sambil mengusap lembut kepala Aidan.

"Shh..mana ada baby tinggal Aidan.Baby pegi mandi wangi-wangi sebab nak jumpak dengan Aidan." Pujuk Sakinah sambil mendongakkan wajah Aidan lalu mengusap air mata yang mengalir ditambah dengan hingus.Alahai anakku.

"Betul ke mak su?"

Sakinah mengangguk.

Sreett..Hingus ditarik.

"Baby tak tinggal Aidan?"

Sreett..

"Tak.Baby tak tinggal"

Sreett..Sreett..

Aidan mengangguk-ngangguk sebelum melepaskan pelukan.Diambil hujung bajunya lalu mengelap segala air mata dan hingusnya.Terdedah perutnya yang agak buncit.

"Tu baby dah sampai"

Aidan menoleh.Matanya cerah apabila seorang bayi yang didukung pak sunya menyapa pandangan.

Sakinah mengambil anaknya dari pangkuan suami.Nur Tasnim binti Muhamad Hisham.Cahaya mata ketiganya setelah 2 orang anaknya yang juga perempuan.Ingatkan yang ketiga adalah lelaki rupa-rupanya perempuan juga.Rezeki Allah.

Aidan sudah tersenyum lebar sambil mengekor langkah Sakinah ke katil.Terjengket-jengket kaki pendeknya mahu melihat baby didukungan.

Selesai Sakinah meletakkan Tasnim di atas katil,Aidan terus melompat duduk ditepi Tasnim.
Dia menekup mulut daripada menjerit keriangan.

"Baby!..Hai!" Aidan melambai-lambai dihadapan muka Tasnim.Mukanya dihadap sekali.Teruja.Terkebil-kebil mata bulat itu merenung Aidan yang begitu hampir dengan wajahnya.

"Ni abang.Abang Aidan." Aidan memperkenalkan diri sambil meletakkan tangan didadanya.Senyuman ditunjuk.Wajah Tasnim itu direnungnya.Mata coklat jernih yang bulat.Hidung kecil,mulut kecil,tangan kecil,segala-galanya kecil!

Comel!

Pipi tembam itu dicium lembut."Wanginya..baby"

Aidan berbaring sambil menongkat tangan disebelah Tasnim.Tangannya bermain dipipi Tasnim.

Hisham dan Sakinah hanya tersenyum melihat gelagat anak menakan mereka itu.

"Abang keluar kejap nak jumpak abang Rul dengan kak Idah" kata Hisyam kepada Sakinah.

"Hah..ye la"

Sakinah mengangguk.Diatur kaki ke meja solek untuk mengambil barang Tasnim.

"Jom kita pakaikan baju dekat baby." Kata Sakinah kepada Aidan seraya menyimpuh di hujung kaki Tasnim.

Aidan sedari tadi ralit mencium dan mengusap Tasnim,bangun lalu duduk sambil kedua tangan genggam diletakkan diatas riba.

Perlakuan Sakinah diperhati penuh minat oleh Aidan,daripada memakai lampin sampailah ke memasang butang terakhir baju Tasnim.Mulut becoknya tak henti bertanya itu ini.

"Kenapa kena sapu minyak maksu?"

"Kenapa baby kena pakai lampin.Baby tak rimas ke?"

"Kenapa.."

"kenapa.."

dan kenapa keluar dari mulut becoknya itu.Dan soalan terakhirnya agak menggelikan hati.

"Kenapa baby putih sangat? Pipi dia macam pau.Nanti bila besar Aidan nak kawin dengan baby la,boleh Aidan makan pipi baby."

Dan akhirnya mulut itu berhenti.Sakinah menggeleng perlahan.Nafas Aidan agak sekata menandakan Aidan sudah terlelap sambil tangannya memeluk tubuh kecil Tasnim.

Pada mulanya dia agak takut memegang kulit Tasnim kerana disangka akan menyakitkan budak kecil itu memandangkan kulit Tasnim sangat lembut dan halus.Hanya berani dilalukan saja hujung jarinya menyentuh kulit halus mulus Tasnim.

Akhirnya,akibat terlalu geram dengan kecomelan tubuh bulat dan mata Tasnim yang kelipot-kelipot,terus didakap tubuh itu ke tubuhnya.Pada mulanya Tasnim agak merengek namum lama kelamaan pandai pula si Aidan ni memujuk sambil menepuk perlahan punggung Tasnim.Akhirnya,dua-dua karam!

"ABANG!" Tasnim yang sedang bermain di sekitar pondok itu menjerit nyaring bila terlihat satu kereta memasuki halaman rumah nenek mereka.

Dia terkedek berlari ke arah kereta tersebut.Dengan pampers yang hampir terlondeh,mengekek ketawa dia.

"Adik.." Aidan keluar dari kereta kemudian terus mendukung tubuh montel yang berlari ke arahnya itu.Pipi gebu Tasnim dicium semahunya.

"Sayang abang ni sihat tak? Ni kenapa makin tembam ni?" Perut Tasnim digomol sakan.Tasnim gelak nyaring.Hisham dan Faridah hanya tersenyum memandang.

"Sihat dik?" Faridah menyalami tangan Sakinah iaitu adiknya.

"Sihat je dik.Awal balik cuti ni."

"Yelah..Aidan tak menyabar betul nak jumpa adik dia tu."

Sakinah tergelak sambil matanya memerhati Aidan dan Tasnim.Fakhrul sedang mengeluarkan barangan mereka anak beranak dari bonet kereta.

"Eh naik dululah..nak jumpa mama dengan abah."

"Ha pergilah.." kata Sakinah.Matanya kemudian kembali memandang Aidan yang tengah mendukung Tasnim itu.

"Rindu abang tak?" Aidan membenamkan hidung di pipi tembam Tasnim.

"Induu..." memuncung bibir Tasnim.Aidan tergelak.Tubuh itu dipeluk cium semahunya.

"Ni kenapa tak pakai baju ni? Malu la orang tengok." Aidan menggeletek perut Tasnim.Terloncat-loncat tubuh Tasnim di dalam dukungan Aidan.

"Abang.." Tangan kecil Tasnim memaut leher Aidan lalu dilentokkan kepala di pipi Aida.

"Elelele..manjanya adik abang ni." Aidan mengusap belakang Tasnim.Sempat kepala Tasnim dicium sebelum dia merapati Sakinah.

"Mak su.." Aidan menunduk menyalami tangan Sakinah.

"Aidan,meh sini Tasnim.Kesian Aidan" Sakinah menghulurkan tangan untuk mengambil Tasnim yang menempel di tubuh Aidan itu.

"Tak pa Mak su.Lama tak jumpa dia." kata Aidan.Ditambah pula dengan rengekan Tasnim,Sakinah hanya mengangguk.

"Manja betul dia dengan kamu"

"ABANG..." Tasnim dengan juraian air mata merapati Aidan yang sedang berbaring di atas katil itu.

"Adik..kenapa ni?" Aidan bangun duduk di birai katil.Tasnim masuk di celah kakinya sebelum menekup muka di paha Aidan.

Aidan tersenyum sambil membelai rambut perang Tasnim yang dah separas bawah bahu.Ni mesti gaduh dengan kakak dia la ni.

"Kak Chik buat..." adunya dengan satu tangan menenyeh mata manakala satu lagi memeluk bantal busuk pemberian Aidan.

"Kesiannya..dia buat dekat mana?" Aidan membuat muka kesian.Rambut Tasnim yang berantakan dikemaskan.

"Ni.." Tasnim menyebik sambil menunjuk bahunya yang sedikit kemerahan.Budak perempuan itu hanya memakai gaun tidur Frozen yang tiada lengan.

"Urmm..meh sini sayang abang ni." Aidan mendukung Tasnim lalu diletak ke atas ribanya.Bahu putih Tasnim diusap lalu dihembus.

"Dah..abang ubatkan dah."

"Isk isk.." Tasnim memeluk leher Aidan,dengan sendunya.Aidan tergelak.

"5 tahun pun manja lagi ni.Dah jadi kakak mana boleh manja-manja." pujuk Aidan.Pada usia Tasnim 5 tahun,mak su nya itu disahkan mengandung lagi.Baru semalam adik baru Tasnim dilahirkan.

Dia memandang Tasnim yang kelihatan menguyu di bahunya.Mengantuk dah..

"Jom tidur." Aidan bangun sambil mendukung Tasnim ke bilik tidur Tasnim dan kakak-kakaknya.Malam ini mereka adik beradik tidur di rumah Faridah kerana Hisham menjaga Sakinah di hospital.

Aidan tersenyum apabila melihat 2 orang kakak Tasnim yang sudah terlentang tidur.Seorang 10 tahun,seorang 8 tahun.Tasnim manjanya lebih sikit,maklumlah membongsu lama.Umur 5 tahun baru dapat adik baru.

"Nak tidur dengan abang.." rengek Tasnim apabila Aidan meletakkannya di atas katil.

"Tidurlah..abang ada ni.." pujuk Aidan.Dia duduk di atas lantai bersebelahan katil.Tangan Tasnim tak lepas memegang lengan baju Aidan.

Alahai adikku..

Share this novel

ct_haras
2021-05-19 14:50:06 

update laa

NANA.ED
2021-05-04 18:36:55 

Best...Teruskan dear ^-^


NovelPlus Premium

The best ads free experience