Ketika kami sampai di rumah, Pak Mid dan Mak Mah sudah menyambung tidur. Aku dan Hamka mendaki tangga untuk menuju ke bilik kami yang berada di tingkat atas. Ya, hanya bilik kami berdua di tingkat atas.
Sebelum aku menutup pintu bilik, Hamka menahan tangannya di daun pintu. Aku menjengukkan kepala ke luar.
"Lain kali jangan pakai macam ni lagi. Hamka ni lelaki, nafsu Hamka satu je. Rose tahu tak apa?" Ujar Hamka sambil jari telunjuknya dimain mainkan di atas hidungku yang tidak berapa mancung lalu menuju ke arah bibirku.
"Nafsu seks." Jawabku bangga. Jawapan kepada persoalan Hamka sudah lama aku ketahui. Sejak dari kecil lagi.
"Bukan." Ujar Hamka lagi sambil melarikan jarinya ke arah leherku.
"Habis tu?" Tanyaku lagi. Dadaku sudah berombak kencang apabila jarinya semakin mendekati lurah di dadaku.
"Rose la nafsu Hamka. Hanya Rose je." Ujar Hamka lagi lalu terus beredar. Membiarkan aku termanggu sendiri.
Aku masih tidak dapat melelapkan mata meski sudah terasa pedih menahan kantuk. Aku masih terfikir akan kata katanya sebentar tadi.
"Rose la nafsu Hamka. Hanya Rose je."
Ah. Mungkin Hamka mengatakan begitu kerana aku seorang pelacur. Seorang pelacur sememangnya menjadi nafsu semua lelaki. Aku sudah biasa mendengar kata kata seperti itu daripada seorang lelaki.
Aku mengaku, memang genetikku mempunyai badan yang menggiurkan. Dengan potongan badan yang berbentuk jam pasir, semua lelaki tentu tergila gila untuk menunggangku sewaktu berasmara. Jadi tidak hairanlah aku amat laku kepada pelanggan pelanggan di kelab malam itu.
Dan tidak lupa juga, laku kepada Hamka.
***
"Mak Mah, masak apa?" Tanyaku sambil meletakkan tangan di atas bahu Mak Mah sambil mengurut lembut. Sudah menjadi kebiasaan aku melakukan begitu ketika bersama Mak Mah.
Entah bila aku mencipta tabiat itu.
"Mak Mah masak ikan singgang. Kesukaan Pak Mid Rose." Ujar Mak Mah sambil tangannya sibuk mengacau kuah ikan singgang di dalam periuk.
"Mak Mah, nak tanya sikit boleh?"
Soalanku membuatkan Mak Mah menghentikan tugasnya. Terlalu seriuskan soalanku itu?
"Apa dia, Rose?" Ujar Mak Mah lalu memalingkan badannya ke arahku. Ikan singgang di dalam periuk tidak diendahkan lagi.
"Kenapa serius sangat? Rose cuma nak tanya kenapa kebanyakan makanan kat sini lebih kepada makanan orang timur?"
Mak Mah menghela nafas panjang sambil mengurut urut dadanya. Dalam hatiku timbul rasa hairan melihatkan seperti Mak Mah risaukan sesuatu. Baru saja hendak bertanya, Mak Mah menjawab soalanku.
"Sebenarnya dulu kami tinggal di Terengganu. Bila Hamka dapat kerja di Shah Alam, dia ajak kami semua pindah ke sini. Maklumlah, kat Terengganu tu kami menumpang je, Rose." Mak Mah menghela nafas panjang. Aku lihat dia mengelap air mata yang hampir keluar dari tubir matanya. "Malas nak menyusahkan orang, kami pun setuju je nak ikut Hamka ke Shah Alam. Lagipun, takde ruang pun untuk kami kat sana."
Aku lihat Mak Mah seperti menahan empangan air mata yang hampir pecah. Aku mencari idea untuk menceriakan keadaan.
"Mak Mah, lipassssss." Aku menjerit. Nasib baik Hamka dan Pak Mid tak ada kerana pergi solat Jumaat.
"Opocot mak kau lipas terbang lembu terberanak ehh kambing bertelur ehhh aku melatah kau melatah." Melatah Mak Mah panjang sambil mengurut dadanya.
Aku yang sudah lama tidak tergelak sejak berada di sini akhirnya menghamburkan tawaku. Sampai berair mataku tergelakkan Mak Mah. Bukan apa, aku jarang melihat orang melatah kerana ibu bukan jenis yang cepat melatah.
"Kenapa Rose buat Mak Mah macam ni?" Ujar Mak Mah sambil mencubit lenganku perlahan.
"Aduh, sakitlah Mak Mah." Jawabku sambil menggosok lengan yang pedih bekas cubitan Mak Mah. "Dah Rose tengok Mak Mah monyok semacam je. Nak la bagi Mak Mah happy sikit." Aku tersenyum kecil ke arah Mak Mah.
"Amboi gelak sakan nampak." Tegur satu suara. Badanku mengejang tiba tiba. Tak mungkinlah suara dia.
Aku meminta diri untuk naik ke bilik daripada Mak Mah memandangkan aku hanya memakai kain batik sarung dan t-shirt sendat lengan pendek berwarna merah jambu.
Hamka hanya menjeling tajam melihat ke arahku.
Sepanjang makan tengah hari pada hari itu, aku tidak berani mengangkat muka kerana aku yakin dan amat pasti sekali jika aku mengangkat muka, aku akan terpandangkan Hamka.
"Hai anak dara sorang ni, tadi bukan main riuh dengan Mak Mah, sekarang bila Pak Mid dan Hamka dah balik, jadi bisu pulak ye?" Kata Mak Mah sambil mencuit pinggangku.
Aku terjerit kecil. Sejak kecil lagi, aku memang pantang kalau ada orang mencuit pinggang aku. Geli.
Aku hanya tersenyum memandang Mak Mah. Segan nak bersuara.
"Yela Rose. Sejak sebulan kamu duduk sini, jarang pak cik nak dengar suara kamu. Kamu pun selalu terperap dalam bilik." Tambah Pak Mid.
Haish Pak Mid ni, agaklah sikit. Takkan lah aku nak berlegar legar dalam rumah ni macam rumah sendiri kan? Lagipun dalam rumah ni ada drakula, bila bila masa je dia boleh terkam aku.
Petang itu, aku keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu bersama Pak Mid dan Mak Mah. Serik ditegur oleh Pak Mid tadi.
Tiba tiba persoalan yang sering bermain di mindaku muncul. Elok juga bila Hamka tiada, bolehlah aku tanya soalan ni pada Pak Mid dan Mak Mah.
"Er, Rose nak tanya boleh?" Tanyaku teragak agak.
"Tanyalah. Nak tanya apa?" Mata mereka berdua tepat memandang ke arahku. Serta merta perasaan gementar mula menguasai diri.
Mak ayah dengan anak sama je, suka sangat tenung orang bagai nak makan.
Aku menarik nafas panjang, cuba mencari kekuatan. "Sebenarnya kenapa Pak Mid ajak saya tinggal di sini?"
"Entahlah nak. Pertama kali pak cik tengok Rose terduduk di tepi bangunan tu, pak cik rasa kasihankan Rose. Hati pak cik kuat mengatakan pak cik kena tolong Rose." Jawab Pak Mid tenang. Mak Mah mula hanya mengangguk angguk kepalanya.
"Pak Mid dan Mak Mah tahu ke sape saya sebenarnya?" Aku memandang mereka bersilih ganti.
Kali ini giliran Mak Mah pula menjawab. "Kami yakin Rose akan tanya juga soalan ni suatu hari nanti, dan harinya sudah tiba. Tadi Mak Mah ingat Rose nak tanya tentang ni, risau juga Mak Mah. Takut tak tahu nak jawab apa." Kata Mak Mah sambil menarik kedua belah tapak tanganku ke dalam genggamannya. "Hamka dah ceritakan semuanya pada kami selepas solat Subuh haritu."
"Habis tu? Kenapa Mak Mah dan Pak Mid masih jaga saya?" Aku menundukkan wajah. Intonasi suaraku turun satu oktaf.
"Rose, pak cik yakin Allah pertemukan kita berdua haritu ada sebabnya. Macam pelik je bila Hamka bebaskan Rose, lepastu pak cik yang jumpa Rose. Pak cik yakin Allah sedang merancang sesuatu." Ujar Pak Mid yakin. Aku dapat melihat wajahnya yang tenang menutur kata.
Air mata yang mula bergenang di tubir mata akhirnya tumpah apabila Mak Mah memelukku. Terasa kasih sayang dan kehangatan pelukan seorang ibu.
Ibu, aku rindu ibu.
"Ingat Rose, kami takde hak nak hukum Rose. Allah yang Maha Menghukum. Allah takkan memandang permulaan seseorang. Tapi Allah akan pandang pengakhiran seseorang. Bertaubatlah nak." Ujar Mak Mah sambil menggosok belakang ku perlahan.
Sama seperti cara ibu memelukku apabila aku menangis diejek rakan. Cuma pelukan itu tidak akan dapat menggantikan pelukan ibuku yang satu.
"Everything happen for a reason. One day, you will know why." Ujar satu suara yang baru turun dari tangga.
Aku mengangkat muka. Apa Hamka cakap tadi? Aku bukannya faham bahasa Inggeris.
Share this novel