Shakira dan shaza melangkah masuk ke dalam dewan terbuka. Kelihatan dua tiga pelajar masih di situ.
Asyraf yang berada di meja hujung, menarik perhatian kira. Lelaki itu sedang memeluk tubuh sambil memakai headphone di kepala.
Pada barisan, masih ada dua tiga perempuan tadi. Mereka kelihatan teruja menanti giliran bertemu asyraf, sebaliknya asyraf pula sibuk melayan lagu di headphone.
'Lelaki sombong. Apasal la diaorang minat sangat dia padahal dia buat acuh tak acuh ja layan. Dingin!'
Shakira malas mengendahkannya, dia lantas menegur shaza di sebelah, "kau pergilah jumpa haris, mesti dia tengah tunggu! Hadiah dah kasi?"
"Dah...aku dah serah kat seorang budak perempuan sebelum nak pergi cari kau tadi. Tak tau la dia kasi ke tak..." balas shaza.
Shakira bersuara lagi, "maaf sebab aku dah susahkan kau!"
Shaza membidas," kira...please...kita kawan k. Walaupun baru kenal kau tahun ni, tapi aku selesa kawan dengan kau. Kau baik, lurus dan jujur!"
Shakira segera berkata" Eh jap...lurus ? Tu nak perli ke apa?"
Suara tawa kecil kedengaran kemudian.
Masing-masing berpandangan sambil tersenyum.
"Shaza"
Teriakan dari hadapan mengejutkan mereka berdua. Haris sedang melambai-lambai dari tempat duduknya. Shakira lantas menegur shaza,
"Haris panggil kau la...Pergilah!"
Shaza menarik tangan kira pergi ke meja haris tanpa kira sedari. kira menurut kerana tidak sempat menahan. Dua tiga pelajar tadi akhirnya beredar pergi setelah selesai berurusan dengan destiny.
Setibanya mereka di meja, haris bersuara dalam senyuman.
"Gomawo, (terima kasih) for present! Dah buka...yeopuda! (Cantik). Saya dah simpan dalam beg!"
Shaza mulai berubah lembut. Dia menepuk bahu kira perlahan kerana malu."gwaenchana (Tidak apa-apa) oppa!"
Shakira berubah riak wajah melihat tingkah mereka berdua.
'Rasa macam nak termuntah pulak dengan diaorang ni! Men berbahasa korea pulak! Ingat k-drama ke!' tempelak hati kira.
Fandi dan adam turut mengusik mereka berdua. "wuu..sweet couple...kata fandi
Adam mencelah,
"Oppa saranghaeyo!" (suka kamu) katanya lalu dia sengaja mahu mencium pipi fandi.
"Geli woi!" Fandi sempat menolak bibir adam yang hampir memusnahkan imej kelelakian dan ketampananya.
Shakira tersengih melihat gelagat mereka' Apalah diaorang ni,buat lawak sarkas pulak.'
Shaza dan haris pula menunduk malu, wajah mereka sudah merona merah.
Kira masih tersengih.' Dua pasangan sejoli ni , sudahlah! belajar utama,angau pulak diaorang ni!'
Mahu saja dia berkata begitu pada mereka berdua, namun dua pasang anak mata yang asyik merenungnya sejak tadi, melemaskan dia.
Dia melihat si perenung. Asyraf sedang merenungnya dengan pandangan tajam. Headphone sudah ditanggalkan dan berada di atas meja.
Kira mengerdip matanya berkali-kali untuk menghilangkan kekekokkan.
Halis di sebelah turut dikerling. Namun sebaik kira melihat, dia menoleh ke arah lain.
'Apasal diaorang ni asyik pandang aku sejak tadi. Tak puas hati,cakaplah! Jom smackdown!'
Mata kira dan asyraf saling bertentangan. Interaksi antara kata hati pun bermula.
Kenapa pandang-pandang aku? Apa yang kau tak puas hati?
Kau lupa kau ada langgar lengan aku!
Kenapa kau nak ungkit lagi hal tu? Aku tak sengajalah
Alaaasaannn....!
Shakira sengaja membesarkan anak matanya dengan harapan asyraf akan tergugat. Namun cubaan itu tidak berkesan buat asyraf. Dia menikam mata kira dengan renungan tajam.
Lembik!
Minah kurang asam!
Dasar kau! Sombong! Dingin!
"Kiraa...!"
Shakira berkerut mendengar namanya dipanggil. Matanya masih bertatapan dengan asyraf.
'Apasal dia tengah marah tiba-tiba panggil nama aku?'
"Kira...shakira hamadi kan?"
'Rasanya suara tu datang dari sebelah dia!' bisik kira.
Shakira melihat ke arah pemanggil. Tidak terlepas juga destiny dan shaza melihat ke halis.
Wajah halis syukri ditenung. Halis masih bersuara, "kau tak ingat aku ka? Halis syukri! kau panggil aku syukur, we're cousin right!"
Shakira cuba mengimbas wajah lelaki itu. Sebaik mengenal dia lantas tersenyum dan bersuara teruja.
"Syukur ... jadi betul lah aku nampak kau kat pentas tadi! Bila kau balik dari london? Kau ahli kumpulan destiny rupanya. Impian kau tercapai. Tak sangka kan!"
Shaza menegur kira."kira...kira...sabar k...jangan excited terlebih pulak ni"
Bunyi seretan kerusi asyraf bergema. Semua mata menumpu ke arahnya. Dia lantas bersuara.
"Teruskan drama korang. Aku ada hal nak buat!"
Headphone di meja lantas diambil dan dia mengatur langkah pergi.
Semua melihat langkah asyraf pergi dengan pandangan kosong. Kira menjeling wajah asyraf yang menjengah ke minda.
'Sombong! Dingin! Tak suka kau!'
Adam menegur kira," jadi..korang ni sepupu ya.. halis ada cerita serba sedikit tentang sepupu yang dia rapat. Akhirnya dapat bertemu depan-depan."
Fandi turut berkata,
"Yah...memandangkan kita bertemu apa kata kita perkenalkan diri secara formal! Saya fandi..lead vokal."
Adam bersuara "Saya Adam... Saya lead tarian dan vokalis."
Keduanya memandang haris untuk bereaksi.
"Oh ya...!" haris segera bersuara "saya haris...rapper dan vokalis...jangan lupa..saya Namchin ( teman lelaki) shaza."
Shaza tersengih mendengarnya. Kira turut sama sebaik melihat shaza. Masing-masing memandang halis.
Halis turut memperkenalkan dirinya, " Tak perlu perkenal lagi...kita kawan dari kecik. Aku ni tukang menyemak je dalam group ni."
Fandi yang mendengar menolak bahu halis "kau ni buat lawak pulak!"
Halis hanya tenang diperlakukan sebegitu. Dia memandang kira lalu berkata,
"Halis ni main vokalis,suara dia wajib ada, dia ada suara high note..."
Tawa kecil kedengaran. Halis menunduk kerana malu dipuji.
Haris bersuara kemudian"dan jangan lupaa..seorang lagi ...dia sepupu saya. Asyraf..dia leader dalam kumpulan ni.Dia yang banyak uruskan semua dan banyak beri arahan.Dia memang kurang asam sikit kadang-kadang...tapi sebenarnya dia sangat baik kalau didekati."
Kira hanya tersenyum mendengar kata-kata haris.'Ya..memang baik,tapi tetap kurang asam.'
"Halo!"
Maysara datang menghampiri mereka lalu membuka bicara,
"Sorry for interrupting...mana asyraf?"
Matanya melilau sekeliling lalu merenung tajam mata kira sebaik melihat musuhnya di situ. Dia memeluk tubuh.
'Apa dia buat kat sini? Masih tak serik dengan apa yang terjadi?'
Jantung shakira berdetak laju. Suara dua pelajar perempuan yang memberi amaran padanya tadi terngiang-ngiang di telinganya.
'Jangan ganggu may dan asyraf lagi...mula-mula kau langgar asyraf untuk dekati dia dan kemudian kau rapat dengan destiny kan?..ni amaran untuk kau! kalau kau dekat dengan destiny atau ganggu mereka berdua lagi ..siap kau!'
Dia ingat bagaimana mereka lakukan padanya. Diheret ke tandas lelaki, malah tudungnya ditarik keluar dengan kasar.
Masih berasa takut dengan apa yang terjadi. Renungan tajam may cukup saja untuk mengingatinya. Trauma kerana pernah dibuli pelajar di sekolah lepas.
Shakira bersuara tetiba."oh ya...kitaorang balik kelas dulu ya. Mungkin cikgu dah masuk kot. Bye..."
Sebaik destiny menghadiahkan senyuman balas, kira menarik tangan shaza dan berlalu pergi.
Maysara tersenyum sinis.' Bagus kalau dia ingat amaran tu!' Maysara sambung menumpu ke destiny.
"Mana asyraf?"soalnya.
"Dia dah pergi sejak tadi...kata ada sesuatu nak buat." balas haris dengan berhati-hati. Dia tahu kemarahan maysara pasti meletus mendengarnya.
Maysara mencebik bibir, silangan di dada diperkemaskan lagi. Maysara beriak marah
'Isyh..dasar asyraf... kenapa dia asyik larikan diri dari aku..heh, Tak guna!'
Tbc....
Share this novel