BAB 12

Romance Completed 13565

Aqisha dan lelaki tersebut tiba di sebuah bengkel. Kedai itu tertera Aiman Workshop. Lelaki tadi segera melangkah keluar dan menuju ke arah salah seorang pekerja di bengkel itu. Mereka berdua kelihatan berbual sebentar dan masing-masing saling menyapa.

• • •

"uishh Hakim.. Lama tak nampak kau.. Apa kabar kau bro? Makin segak doh.. Kalah Fattah Amin."

Pekerja itu menyapa. Mungkin dia pemilik bengkel ini kot. Jadi, nama lelaki yang langgar kereta aku tadi, Hakim? Not bad.. Indah nama seindah tuannya. Eh jap? Aku puji dia? Wake up Aqisha!
Aqisha berbisik dalam hati.
Hakim hanya tersenyum mendengar usikan Aiman, sahabat karibnya sejak sekolah menengah.

"Aku sihat bro, alhamdulilah.. Lagi satu,kau ni Man... Eee geli lah aku, bila kau yang puji aku segak mengalahkan Fattah Amin.. Kalau kau perempuan, aku tak kisah sangat kalau kau nak puji aku sampai ke bintang. Ni tak, kau tu jantan.. haishh naik bulu tengkuk aku and segala bulu-bulu. Taste kau normal lagi kan?"

Terhambur ketawa Aiman mendengar bicara Hakim. Rindu bebenor dengan sahabat dia yang seekor ni. Dulu masa sekolah menengah, dia dan Hakim sudah terbiasa usik- mengusik dan sering ke hulu ke hilir sehingga mereka berdua di cop "Gay" oleh rakan sekelas mahupun pelajar lain di sekolah mereka dulu. Pelajar perempuan pun gerun mendekati Hakim kerana mereka merasakan Hakim miliknya. Lucu sekali bila dikenang kembali.

"Eleh kau ni Kim... macam tak biasa pulak dengan aku. Bukan ke kau "HotStuff" dulu tapi sayangnya kau milik aku. HAHAHAHAHA!"

Makin galak Aiman ketawa. Hakim hanya tersenyum. Aqisha yang hanya memerhati dari jauh mulai mendekat dan mencelah perbualan dua sahabat itu.

"Excuse me, both of you.. My very Lovely car is in critical condition now. Boleh tolong tengokkan? Mana tahu kena masuk ICU ke."
Pandangan mata Aqisha tertacap pada Aiman.
Aiman hanya mengangguk dan melangkah menuju kereta Aqisha. Aiman sedia maklum oleh Hakim akan situasi sebenar yang berlaku antara dia dan wanita itu kerana sudah dihubungi Hakim pada mulanya. Aqisha berdiri berhadapan dengan Hakim tetapi badannya serta matanya cuba dikalih ke arah Aiman yang sedang memeriksa keretanya.

"By the way, nama i Hakim. You?"

Hakim memecahkan suasana sunyi di antara dia dengan wanita yang dirasakan sedikit montel tetapi cukup manis pada matanya dengan berkenalan.

"I know your name is Hakim. I heard from your conversation before. I Aqisha Riana."

Jawap Aqisha endah tak endah. Matanya lansung tidak memandang Hakim di hadapannya. Tumpuan nya hanya tertancap ke arah Aiman yang sibuk memeriksa keretanya.

"So, Riana, did we meet before?"

Persoalan Hakim itu berjaya memancing tumpuan Aqisha. Pandangan matanya berkalih ke wajah Hakim.

"I don't think so. Unless for today when you mess with my car on purpose."

Mengenangkan kejadian tadi, Aqisha berasa geram. Jelingan dihadiahkan kepada Hakim. Lelaki itu masih tidak melepaskan kaca mata hitam. Walaupun mata Aqisha tidak bertentang secara terus dengan sepasang mata milik Hakim, dia dapat merasakan Hakim memandangnya tepat.
Sebuah senyuman kemudian terukir di bibir Hakim. Senyuman yang bisa meruntun jiwa. Namun, Aqisha masih teguh menghadiahkan jelingan kepada Hakim. Cermin mata hitam perlahan ditanggalkan kemudian Hakim membalas jelingan itu dengan pandangan yang Aqisha rasakan sangat redup seperti menyampaikan maksud tersirat. Aqisha menelan liur. Hatinya berdebar secara tiba-tiba. Tidak kuat hatinya memandang mata itu. Lantas dia menundukkan kepala.

"I don't mess with your car on purpose. I sepatutnya bagi laluan but i was in hurry untuk ke hospital. Ada appointment dengan doktor. Tak sangka pulak you pun bergesa taknak mengalah bagi laluan. If i know it was you in the car, i will never let you got injured so do your car."

"You flirting with me now, dude."

Aqisha menduga tetapi masih enggan memandang mata itu.

"No. I don't Riana. This is the truth. I was so worried if you got injured on any part of your body. I tak pasti you ingat I ke tak but i was the guy that you've meet on Petronas. The guy yang bayarkan minyak you.. Remember me, precious?"

Aqisha berfikir sejenak. Aye! Its him! Seolah terkena renjatan elektrik, mulut Aqisha terlopong luas, tak sangka lelaki di hadapannya itu lah yang telah menyelamatkannya dari terkandas di stesen minyak.

"Tutup mulut tu Riana. Bukan setakat lalat, harimau pun boleh masuk.."

Pantas Aqisha menutup mulutnya. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada Hakim. Hakim kembali mengukir senyuman.

"I love the way you look at me now,precious.. You made my day.."

Aqisha tersentak dengan pengakuan Hakim. Agak-agak la nak mengorat pun. Ni Aqisha la, tak semudah tu percaya kata-kata lelaki. Aqisha percaya bahawa Hakim mungkin seorang jejaka yang bermulut manis dan mempunyai banyak teman wanita. Mengenangkan hal itu, Aqisha mulai kurang menyukai Hakim.
Hampir sahaja Aqisha ingin melemparkan kata, Aiman mencelah.

"er..Cik.........?"

Aiman kebingungan ingin memangil nama wanita di hadapannya kerana dia masih belum diperkenalkan namanya oleh Hakim mahupun oleh wanita itu sendiri.

"Aqisha Riana."

Senyuman lantas dihadiahkan oleh Aqisha sebaik memperkenalkan namanya.

"aaa okay. Begini.., Cik Kiss , eh silap, Cik Aqish.. kereta cik Aqish akan siap diperbaiki sepenuhnya dalam tempoh seminggu kerana agak teruk jugak kerosakan di bahagian hadapan kereta Cik Aqish. Macam mana, boleh?"

"Lamanya.. Tak boleh siap dalam 3 hari ke?"

"Dalam kes cik Aqish ni, kami kena fix bahagian yang sudah terjejas and kena spray balik ikut warna yang sesuai. Jadi proses ni makan banyak masa jugak."

Aqisha mengangguk faham.

"Sure. Buat yang terbaik untuk kesayangan saya. Nyawa saya tu.. Tolong contact saya kalau dah siap nanti okay?"

"Baik Cik Aqish. Saya akan berusaha sedaya upaya selamatkan nyawa cik Aqish. Kalau dah siap awal dari jangkaan, saya akan segera hubungi Cik Aqish. Er, boleh saya dapatkan no telefon cik Aqish? Senang la saya call bila dah siap.."

Aiman mengambil telefon bimbit dari poket seluar jeans lusuhnya dan menyuakan kepada Aqisha. Belum sempat Aqisha mengambil telefon Aiman, Hakim pantas bertindak merampas telefon bimbit Aiman dan mendail sesuatu. Kemudian disuakan kembali kepada Aiman. Aiman menatap skrin telefon.

"Weh Bro. Asal kau dail no kau?? Aku ada simpan la no kau yang ni. Hishhh. Aku nak no Cik Aqisha, bukan no kau."

Telefon bimbit nya disuakan kembali kepada Aqisha tapi pantas saja dihalang oleh Hakim.

"Takpe bro. Sebab aku yang settlekan harga kau charge kat kereta dia nanti, so kau call je aku bila dah siap. Kereta aku tu jangan lupa tengokkan jugak.. Jiwa raga aku tu.."

"cehh, kau punya jiwa raga lah sangat.. Macam-macam. Yela nanti aku call kau."

Telefon bimbit disimpan kembali ke dalam poket seluarnya. Aqisha yang sedikit kebingungan dengan aksi Hakim yang merampas telefon bimbit Aiman tadi beransur faham.
Bil dia yang bayar bukan aku. Tapi kalau dah siap nanti macam mana aku nak tahu bila aku boleh ambil kereta aku? Aqisha bertanya dalam hati.

"kalau dah dia call you bila kereta i siap, macam mana i nak tahu kereta i dah siap diperbaiki kalau bukan nombor i yang dia call?"

Aqisha bertanya kepada Hakim yang masih berbual dengan Aiman.

"give me your phone number. I call you."

Hakim menjawap dengan senyuman di bibir.

"What?! Takpayah la susah-susah. I bagi je dekat Aiman. Settle. Takde dua tiga kali kerja. First , Aiman call you untuk selesaikan bayaran then dia boleh call i untuk ambik kereta i dekat sini. As simple as that."

"No. That way you hanya bazirkan topup dia untuk call you. Lagipun Aiman ni isi topup pun jarang-jarang. Isi topup pun takat 3ringgit. Ntah cukup entah tidak baki topup dia."

Aiman yang hanya mendengar perbualan manusia di hadapannya terkejut beruk apabila nama serta rahsianya diungkit.

"weh bro.. Agak-agak la bocorkan rahsia aku.. Kau ni karang kalau aku luku kepala kau, nangis panggil mak."

"ohh please. Itu Hakim yang dulu.. Hakim yang sekarang dah jauh berubah.."

"iyolaa tu encik hakim oi dah berubah.. Betul apa yang Hakim ni cakap Cik Aqish.. Saya ni jarang2 isi topup. Kalau call customer pun saya kerjakan topup member-member saya. Salah satunya Hakim ni. Maklumlah budak Hakim ni hobinya kumpul topup. Tapi topup yang sudah diguna pakai. Jadi koleksi katanya.."

Aiman mencebik dan membalas sorotan mata Hakim.
Alahaiii kalau tidak usik-mengusik, bukan Hakim dan Aiman lah tu.

"amboi kau.. Kenakan aku balik ye??"

Aiman sekadar tersenyum sumbing seraya menayangkan gigi nya.
Aiman kemudian mengaduh sakit apabila dadanya ditumbuk kasar oleh Hakim.

"haa senyum lagi macamtu, kita boxing-boxing dekat sini macam dulu."

Mereka berdua kemudiannya tertawa apabila mengenangkan suatu ketika dahulu mereka beradu kekuatan kerana ingin membuktikan mereka berdua ialah jantan sebenar, menafikan kabar angin yang mengatakan mereka berdua 'Gay'. Meskipun terdapat luka-luka di badan masing-masing, mereka berdua tetap mengambil berat akan keadaan mereka setelah itu. Itulah sahabat. Susah senang, tetap bersama.
Aqisha menikmati pemandangan di hadapan matanya. Indah sekali persahabatan seperti mereka. Tulus dan ikhlas. Dia pun berharap persahabatannya dengan Ain akan kekal selamanya.

"so macam mana Riana? Give me your phone number?"

Setelah ketawa Hakim reda, dia bertanya kembali kepada Aqisha yang pada pengamatannya Aqisha hanya memandangnya dari tadi.

"Okay.."

Jawap Aqisha, ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience