bab 3

Other Completed 2433

" apa nama kau??" tanya alden sewaktu dia dalam perjalanan untuk menghantar abang tan pulang selepas mendapatkan rawatan di klinik.mujurlah takde apa yang serius. doktor cuma bagi dia cuti 3 hari untuk memulihkan seliuh pinggang dan buku lalinya.

" just call me tan..or abang tan." abang tan sengih semacam.

alden toleh sekejap dengan muka pelik. dia tak terkata apa.sudahnya dia menggeleng saja.

" asal??" tanya abang tan dengan kening terangkat.

" why??"

" why what??"

alden kerling lagi.kali ni lama sikit dengan isyarat mata mengarah pada tubuh abang tan.abang tan tunduk memandang tubuhnya.kotlah bajunya terkoyak ke apa..

" apa?" dia tanya lagi sebab tak faham.

alden hela nafas.

" kenapa kau jadi macam ni??"

" macam ni apa?? aku tak faham lah.."

alden garu kening.mata dihala lurus ke hadapan sambil sesekali mukanya berkerut.

" hoi.."

" kenapa kau pilih nak jadi macam ni?? ke kau ni..konsa??"

kening abang tan terangkat.dah faham dah.. dia kemam bibir sebelum pandang ke luar tingkap..

" im asking you.."

" kau tak perlu tau pun..itu hal aku..kau tak yah masuk campur..by the way,sape nama kau??" dia cuba berdalih.

alden senyum senget dengan kepala tergeleng.

" alden.."

" ouhh macam nama mat salleh..apesal tak letak arnold terus?"

" tanya mama aku.dia yang bagi nama kat aku.."

abang tan herot bibir.dia yang nak memerli,alih2 dia pula yang terperli..instant karma!

" aku dah lama perhatikan kau.."

" kau perhati aku?? kenapa?? kau kenal aku ke? kita pernah jumpa ke sebelum ni? kat mana? ke kau saudara jauh aku??" tanya abang tan bertubi2 tanpa sempat alden habis berkata2.

" banyaknya soalan kau? mana satu aku nak jawab?" perli alden.

" mana2 pun boleh..asal kau perhati aku??" tanya abang tan kembali serius. dia pusing tubuh sikit menghadap alden yang sedang memandu.macholah plak gayanya pegang stereng dengan sebelah tangan.huhu..

" sebab aku pelik.."

" pelik apa??"

" apesal kau selalu usha si hannah tu? siap terkejar2 lagi...kau suka dia ke?" soal alden ingin tau..

" kau rasa ??" abang tan angkat kening.

" kau sedar tak lumrah kau apa? kau tak takut nabi tak mengaku umat ke??"

abang tan tergelak.

" aku serius ni.."

" kenapa kau nak tau??"

" sebab aku risau..sebagai umat islam,aku taknaklah tengok saudara seagama aku tersasar jauh.plus aku dah tau,aku tak boleh duk diam je tengok apa kau buat..aku taknak nanti kat akhirat kau cari then tanya aku kenapa aku tak tegur kau.."

abang tan paling wajah dan tersenyum kecil.kata2 alden sedikit sebanyak berjaya menyentuh hatinya.selama dia hidup sebegitu,tak seorang pun yang berani bertanyakan soalan begitu kepadanya..apatah lagi nak menasihati..yang ada cuma kata2 cemuhan dan kutukan yang langsung tak membina.

" apesal kau diam?"

" nothing to say.."

" honestly deep from my heart, kau lawa.lebih lawa daripada hannah if kau betul2 jadi seorang perempuan..aku tau kata2 aku macam tak sesuai dan kasar untuk didengar tapi serius,kau lawa..aset kau lengkap.takde apa yang kurang..aku yakin,kalau kau jadi 'perempuan' mesti ramai lelaki akan terpikat dan cair ngan kau.."

abang tan rasa wajahnya mula membahang.sampai macam tu sekali dia diperhatikan? tak guna betul!

" im sorry untuk kata2 tu tapi aku cuma nak kau sedar je.."

" kau takde hak nak nilai aku! " marah abang tan sambil menjeling tajam.

" im sorry..im just..."

" just whattt???"

alden terkedu.tergamam dengan pekikan abang tan yang tiba2..

abang tan mendengus kasar.

" im sorry.." kata alden perlahan sebelum masing2 mendiamkan diri sehinggalah kereta berhenti betul2 dihadapan rumah yang dialamatkan abang tan tadi.

dengan tergesa2 tanpa menghiraukan kecederaannya,abang tan keluar dan menutup pintu kereta dengan kasar.ucap terima kasih pun tak..hatinya benar2 terkesan dengan kata2 alden tadi.dia malu !

bila kaki menginjak anak tangga pertama rumah usang milik keluarganya,dia terhenti dan menarik nafas dalam2..setelah yakin kereta alden tiada lagi diperkarangan rumah,dia toleh ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience