Tulisan Buku

Short Story Series 508

Suatu hari nanti
Andai " kita " tidak tercipta lagi
Aku mahu kau tahu
Bahawa kamu itu kenangan terindah

Telah aku siapkan senaskah buku
Menceritakan kisah kita yang tak kesampaian
Mencatat setiap perasaan dan memori
Agar aku tak lupa bertapa bahagianya rasa
Disetiap setik ku laburkan bersama mu

Andai jodoh antara aku dan ajal
Lebih mendahului jodoh kita
Tolong ambil buku-buku tulisan ku
Hayati , dan rasakan rindu
Yang tak pernah sampai ke cuping mu.

Indahnya cinta kita
Tak pernah lekang senyum ku
Meski berbulan tertimbus.

Kamu , hanya sempurnamu
Yang terlihat jelas dipandangan mata ku 

Bicara ku tak pernah berpenghujung
Untuk menceritakan tentang kamu.
Bibir ku tak henti tersenyum
Dengan hanya mengenang mu.

Ketahuilah , kamu sentiasa ada
Bertakhta dihati bersama segenggam rindu
Yang tak pernah dilepas
Malah , semakin erat digenggam.

Mungkin tulisan ku tak seberapa
Hanya luahan rasa yang biasa
Tiada istimewanya.

Tapi , aku harap kau baca
Kerna cuma itu , dan memori kita
Yang mampu aku tinggalkan 
Andai masa yang tepat tiba
Tapi aku sudah tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience