Beberapa kelibat hitam berpakaian combat dan bersenjata menyorok dalam gelap sewaktu focus masing-masing terarah pada kawasan yang terletak di tengah hutan di atas sebuah bukit yang tersembunyi dari orang awam mahupun pengetahuan umum. Ianya adalah sebuah markas persembunyian dimana lanun yang terkena merompak kapal-kapal dagang dan kapal mewah untuk dijadikan sebagai modal keuntungan mereka.
Dan ini la target kumpulan Armada Diraja yang diketuai oleh Declan dan terdiri daripada 50 orang ahli pasukan. Dan masing-masing terbahagi kepada beberapa kumpulan yang mana di ketuai oleh setiap seorang ahli kumpulan Declan sendiri. Garvien dengan ahlinya sebagai pasukan back up, Dritan Bersama ahkunya sebagai pasukan yang menghapuskan segala harta dan semua barangan yang menjadi tawanan para lanun di situ. Connall dengan ahlinya mengetuai serangan dari bahagian atas ke bawah bangunan itu. Eden dan ahlinya akan bergerak seiring Bersama dengan Declan sebagai shield atau perisai pasukan Declan sebab Eden dan ahlinya lebih pakar dalam bab menyusup dan menghendap musuh tanpa di kesan.
"Pasukan Dritan boleh gerak dulu, Garvien dengan ahlinya back up pastikan tiada siapa perasan akan kehadiran mereka..Connall boleh stand by dekat pintu masuk."arah Declan melalui alat komunkasi sewaktu memandang sesi pertukaran pengawal sedang berlaku ketika itu.
Seperti yang diarahkan tiga buah kumpulan itu mula bergerak dengan seragam mengikut ketua masing-masing.
Sementara Eden yng sememang sudah bersiap sedia tunduk ingin memberi arahan pada anak buahnya pula. "Pastikan keselamatan Declan keutamaan kamu semua. Mata telinga hanya untuk Declan.. Jangan biarkan dia terluka atau di apa-apakan.."pesannya semasa memerhati pergerakkan Connall dan Dritan yang seperti semut hitam bergerak dalam barisan yang lurus nak cari makanan dari dalam kegelapan tu.
"BAIK!"sambut anak buah Eden.
Declan yang kebetulan berdiri di sebelah Eden berdengus tak percaya. Seriuously? Dia keluarkan pistol dari poket belakangnya lalu di periksa untuk bersiap sedia sekiranya Connall beri isyarat nanti. "Aku bukan Budak-Budak lagi untuk kau babysit tau?"
"Ini bukan soal babysit kau atau anggap kau kebudak-budak Declan. Ini sebab raja sendiri beri arahan untuk menjaga keselamatan kau sebagai putera mahkota baginda. So stop being like pain in the ass and shut the f*cked up!"sebut Eden dengan nada jengkel. Lagipun kalau sesuatu terjad pada Declan, Davina sendiri akan susah hati. Declan ni tak pernah fikir tau!Cakap ikut sedap mulut je!
"Aku tahu nak protect diri aku..so kau tak perlu berlagak macam seorang penjaga yang bertanggungjawab dekat sini..kalau kau buat semua ni hanya untuk buat Davina tertarik pada kau atau berterima kasih pada kau sebab jaga keselamatan aku..better tak payah. sebab aku takkan beritahu dia sekalipun kalau kau buat kebaikan pada aku.."getus Declan lagi.
Eden tak beri sebarang komen. Dia malas nak berbalah dengan Declan. Budak mentah tak matang macam Declan ni hanya buang air liur je kalau di buat bicara. Melawan dan tak fikir Panjang itu la perangai Declan ni. Sabar kan je la!
Setelah buat seketika mereka berdua diam menanti isyarat dari Connall yang bertanggungjawab untuk pecah masuk dan matikan system terlebih dahulu agar mereka dapat masuk ke situ tanpa lakukan sebarang ledakan,
"Baik. Line clear!Kami dah masuk!"beritahu Connall.
"Dritan gerak masuk."arah Declan setelah itu.
Pasukan Garvien siap mengangkat senjata lalu aim ke setiap pengawal yang berlegar di sekitar kawasan kawalan dan Menara kawalan di situ. Mereka bidik dengan laser merah di setiap tengah dahi dan belakang kepala setiap musuh di situ.
"Ready.."maklum mereka semua di situ.
Eden cengkam kuat senjata di tangannya lalu memandang ke depan. Hanya menunggu cue yang tepat. "Stay dekat dengan jarak pandangan aku Declan...aku serius. No argument."
Declan hanya balas dengan dengusan kasar.
BOOOOMMMMM!!!
Tidak semena letupan terjadi. Dua buah bangunan dari sebelah kanan kawasan itu tidak pasal-pasal mengluarkan api dan gegaran yang kuat.
Hal itu buatkan mereka yang bersembunyi di situ tersentak tapi cepat-cepat sober sebelum dengan serentak berdiri tegak untuk keluar dari tempat persembunyian mereka.
"Seriously?Dia cakap tak ada letupan??"gerutu Eden dengan muka tak puas hatinya.
"Well selamat bekerjasama dengan kami pasukan tentera darat...bom adalah sahabat baik kami.."beritahu Dritan melalui alat komunikasi itu.
"Sekarang gerak!Gerak!Dapatkan suspek Utama hidup-hidup atau mati!Itu target kita!"laung Declan yang terus berlari ke arah pintu masuk laluan Utama kawasan tersebut sebelum mula melepaskan tembakan apabila musuh mula munculkan diri dan melepaskan tembakan ke arah mereka.
Dua daripada ahli Eden maju ke hadapan dan jadi perisai buat Declan lalu menembak setiap musuh yang munculkan diri dari atas mahupun hadapan.
Sekali tu satu tembakan berdesup laju lantas mengenai seorang dari mereka namun mujurlan tentera itu mengenakan pakaian kali peluru. Setelah itu dia bangkit semula tanpa membazir satu saat pun.
Eden tergerak hati hendak berpaling memandang siapa yang melepaskan tembakan itu. Lalu dia ternampak akan lelaki yang sama di gambar yang pernah di tunjukkan dalam meetingnya. Tanpa berlengah dia angkat senjatanya lalu di tembak bertubi-tubi tanpa henti. Tapi sayang orang tua itu dapat mengelak. Jadi dia ubah targetnya ke musuh yang lain.
Dan pada masa yang Declan yang turut sibuk menembak mereka yang mengawal laluan anak tangga untuk naik ke tingkat atas itu turut tidak kurang hebatnya. Dia ada masa tembak, ada masa tu terpaksa bertarung sebab di terpa secara manual dengan musuh di situ.
Oleh kerana terlalu sibuk nak pertahankan diri, Declan tak perasan seorang lelaki tua turut bersedia hendak menembak dirinya tidak jauh dari arah anak tangga dimana Declan sedang berdiri.
Bila orang tua itu acukan pistol ke arah Declan, pada masa itula Eden berpaling setelah selesai membunuh musuh yang cuba menembak rakan sepasukannya dari tingkat atas. Maka dia ternampak akan tindakan orang tua itu.
Baru saja Eden angkat tangan hendak tembak orang tua itu, satu tembakan turut mengenai tepat pada pistolnya hingga menyebabkan ia terlepas dari tangannya. Tidak sempat hendak sober dari terkejutnya, dia terus menempik lantang!
"Declan!Belakang kau!"teriak Eden sambil berlari hendak dapatkan Declan.
Orang tua itu kemudiannya lepaskan tembakan dengan riak wajah nekadnya.
Pada masa Declan hendak berpaling memandang ke belakangnya, satu tujahan kuat menerpa dirinya lalu dia jatuh ke tepi dan bunyi seseorang ditembak kedengaran tidak lama kemudian. Terpercik darah tu ke muka dia sesaat kemudian.
"Ketua!"teriak anak buah Eden dengan lantang sewaktu mereka menyaksikan Eden terkena tembakan dari orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu berang mereka yang ada di situ terus pandang akan orang tua tersebut dan tembak orang tua itu sehabis mungkin.
Declan dekat situ pandang kejung Eden. Begitu terpempan dengan apa yang dilihatnya.
Share this novel