Bab 10
Tidak aku pedulikan orang yang berpapasan denganku. Hati aku sakit. Sakit sangat.
Dia hanya berpura-pura menyukaiku. Berpura-pura akan selalu ada di sisi aku. She is none other than a big fat liar. She lies to me. She looks kind but she’s not.
Din dan rakannya hilang dari pandanganku. Bibir bawah kuketap.
“Jiya…”
Bahuku disapa. Tubuhku dipalingkan. Along tengok aku hairan. Ada kerutan di dahinya. Aku tahan air mata daripada mengalir. “Nak balik?” tanya Along dan laju saja aku mengangguk. Memang aku tak boleh ada di sini lagi. Aku perlu bersendiri. Aku perlukan masa untuk terima semua ni. Aku hanya manusia biasa yang mudah terluka.
Along hela nafas dan tarik tangan aku. Menyuruh aku membuntuti langkahnya.
“Jangan lepas tangan. Orang banyak. Nanti Jiya hilang pulak,” bebel Along tanpa dia tahu yang hati aku dah menangis hiba.
God, why I’m still alive?
******
Mata sudah merah dan basah dengan air mata. Aku tutup pili air dan lap muka dengan towel kecil warna putih yang kuletakkan di atas sinki. Ikatan rambut yang longgar aku betulkan. Along mungkin berada di ruang tamu sekarang ni. Aku tak mahu bertembung dengan dia. Nanti dia akan tanya macam-macam pasal mata aku yang bengkak dan merah gara-gara menangis. Nafas aku tarik dan kupulas tombol pintu bilik air. Langkah kuatur keluar dari bilik air.
Mataku jatuh pada tubuh Along yang baring di atas sofa. Matanya melekat pada kaca televisyen. Aku berlalu ke dapur. Pintu almari yang mama selalu letak ubat aku buka. Tanganku mencapai satu botol ubat yang memang tak asing dengan diri aku.
“Jiya buat apa tu?” Suara Along tampar gegendang telingaku.
Aku tersentak. Badan kupalingkan dan botol ubat yang tadinya kupegang telah kumasukkan ke dalam kocek seluar trek. Peluh mula merenik di dahi. Anak mata hitamnya tikam anak mataku dan buat jantung aku berdetak laju.
Jangan kantoi…
Kepala aku gelengkan. Dia angguk. Along buka fridge dan aku berlari masuk ke dalam bilik tidur. Botol ubat aku keluarkan dan letakkan di atas meja study. Aku duduk di atas katil dan pandang botol ubat tu. Tanganku menongkat dagu.
Yes. This life makes me tired and I think I wanna give up with my life.
I need to die. I can’t stay alive anymore.
Though attempt suicide is haram, I still need to do it. It’s impossible for me to continue my life. Aku kena berhenti dekat sini. Noktah.
Tangan yang penuh dengan parut-parut aku belek. Aku cuba lukakan pergelangan tangan tapi tak mati.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Najya telah pun berputus-asa sekali lagi?
Share this novel