Bab 33

Romance Series 113890

"Sayang.." panggil Aniq.

Yus yang sedang melipat telekong memandang pada Aniq yang duduk bersantai di atas katil.

"Ye, ada apa"

"Abang rasakan, sayang kena masak nasi lemak hari-hari la" ucap Aniq

"Hah, masak hari-hari. Tak jemu ke makan benda yang sama" jawab Yus.

"Abang tak jemu pun 'makan' Yus orang yang sama" jawab Aniq sambil pamer muka gatal.

Telekong yang dah dilipat dibaling pada Aniq di atas katil. Terkekek Aniq ketawa.

"Ee.. Main-main la dia ni" marah Yus. Merah mukanya menahan malu.

Aniq kemudian mengambil telekong tadi lalu dilipat semula dan turun duduk di bawah di tepi Yus. Muncung bibir merah itu. Ish, ni yang geram ni.

"Sayang" panggil Aniq lagi.

"Apa" malas Yus nak layan. Otak kuning.

"Sayang tau tak kenapa abang nak sayang masak nasi lemak hari-hari?" soal Aniq lagi sambil hujung rambut Yus dipintal-pintal.

"Mana la Yus tau. Apa ni dah kenapa?" seram pulak dengan Aniq yang perangai macam kucing miang ni.

"Sebabkan... Tiap kali sayang masak nasi lemak, mesti kita penat sampai tertidur macam tadi" ucap Aniq sambil bibirnya sudah merayap ke telinga Yus.

"Hah? Penat apanya, tak faham la" jawab Yus sambil mengelak telinganya dicium. Geli.

"Ye la, lepas makan nasi lemak, mesti kita gitu gitu" ucap Aniq sambil hujung kelima-lima jari kedua-dua tangan dirapatkan kan hujungnya ditemukan lagak seperti orang bercium.

"Ee.. Apa abang ni" baru Yus sedar apa yang dimaksudkan Aniq.

"Gatalkan" terus Yus ura-ura nak berdiri simpan telekong. Belum sempat berdiri dengan tegak, Aniq pantas menarik lengan Yus hingga Yus jatuh diribanya. Wajah kedua-duanya begitu hampir hingga terasa nafas panas di muka. Pantas Aniq meyambar lembut bibir Yus. Lembut bibir Yus diurut dengan bibirnya.

Sebaik bibir Yus dilepaskan. Terus Yus menolak muka Aniq.

Ketawa Aniq dengan wajah malu-malu Yus.

"Abang tak puas lagi nak bermanja dengan sayang" tutur Aniq dengan pandangannya yang redup.

Tangan Aniq masih lagi melingkar di pinggang Yus.

"Abang.. Dah petang ni, abang tak lapar ke?" soal Yus. Perutnya dari tadi lagi menyanyi lagu. Minta diisi.

"Abang nak makan sayang boleh?" soal Aniq dengan muka gatal.

"Aduhai la.. Abang ni. Dah, sayang nak bangun nak ke dapur. Nak masak. Lapar dah perut ni. Kalau layan abang, sampai ke malam pun tak habis" kata Yus lalu bangun dari riba Aniq.

Telekong tadi diambil dan disimpan. Yus pusing belakang dan lihat Aniq masih duduk di lantai dengan muka minta penampar. Apa kena la Aniq hari ni. Merenyam bukan-bukan.

Yus hampiri Aniq dan menarik tangan Aniq supaya bangun. Dengan malas Aniq bangun dan mengekori Yus ke dapur.

Suka Aniq dapat mengusik Yus, merah-merah muka tahan malu.

Malam tu selepas makan malam, awal Yus masuk bilik, mengantuk katanya. Aniq pun apa lagi, dah Yus masuk bilik tak kan dia nak menonton tv seorang diri pula.

Baru Yus baring di atas katil, pintu bilik terbuka dan Aniq masuk sambil tersenyum. Macam biasa, baju dibuka dan perlahan naik ke atas katil dan duduk di sebelah Yus. Mata belum mengantuk.

Yus yang baru nak memejamkan mata, terus mengerengkan badan mengadap Aniq. Aniq dilihat sedang bermain dengan telefonnya. Yus kemudian menyandarkan kepalanya pada Aniq dan tiba-tiba bersuara.

"Abang.. Sayang tanya sikit boleh?" tanya Yus sambil jarinya mengelus lembut dada Aniq yang terdedah.

"Ye sayang, tanya apa?" terus telefon bimbit di letakkan di meja sisi. Bahu Yus dipeluk.

"Kita dah kahwin dah sebulan, tapi abang tak pernah cerita mengenai ayah kandung abang. Hm.. Ayah kandung abang masih ada lagi ke?" soal Yus hati-hati.

Iye lah, sepanjang mereka berkahwin tak pernah sekali pun Aniq bercerita mengenai ayah kadungnya.

Yang selalu Aniq ceritakan mengenai Pakcik, bapa tiri Aniq dan juga adik beradik tiri yang lain.

Pakcik pesara tentera, mempunyai tiga orang anak, dua lelaki iaitu yang sulong dan kedua, dan kedua-dua mereka telah berkahwin, manakala yang bongsu pula perempuan dan masih belum berkahwin. Semuanya bekerja jauh-jauh. Sekali sekala mereka akan mengambil cuti bersama-sama pulang ke kampung.

Semasa mama berkahwin dengan Pakcik, anak-anak Pakcik masih bersekolah dan menuntut di universiti. Semua anak-anak Pakcik dapat menerima mama dan Aniq dengan hati yang terbuka. Baik sekali hubungan mereka.

"Papa abang masih hidup." macam tu sahaja jawapan Aniq.

"Abang pernah jumpa papa abang selepas mama dan papa berpisah?" soal Yus lagi.

Terdengar keluhan dari bibir Aniq.

"Sayang.. Bukan abang tak nak cerita mengenai papa abang tapi rasanya tak ada yang menarik. Dah la, lewat dah ni. Kita tidur okey sayang" ucap Aniq lalu ubun-ubun Yus dicium.

Aniq kemudian berbaring dan menarik Yus dalam pelukannya.

Buat apa nak diingat pada orang yang telah membuang dirinya dan mama dan tak pernah cuba untuk mencari dia dan mama selepas mereka berpisah. Mujurlah mama mempunyai wang simpanan dapat juga menampung perbelanjaan harian dan sekolah. Mama sebelum ini pernah bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital kerajaan tetapi berhenti kerja setelah melahirkan Aniq.
Hm.. Perit mengenangkan kisah lalu.. Perlahan mata dipejam.

Maaf abang, andai soalan yang sayang ajukan tadi mengguris hati abang.

Yus rasa bersalah apabila melihat air muka Aniq berubah mendung. Tubuh itu dipeluk kemas.

+++

Ahad itu Aniq dan Yus tidak ke mana-mana hanya menghabiskan masa di rumah dengan menonton tv dan mengemas rumah. Habis kain disusun dan dilipat, manakala pakaian yang hendak dipakai kerja, telah siap digosok. Senang, nak pakai nanti terus ambil sahaja.

Petangnya selepas berehat makan tengah hari. Aniq mengajak Yus ke mini gym, katanya sehari dua ni dah makan banyak jadinya nak kena keluarkan peluh.

Yus minta Aniq pergi dulu, katanya nak ke tandas dan akan menyusul.

Sedang Aniq sibuk dengan dumbbell di tangan, Yus datang bersama sebotol air dan sehelai tuala.

Tegak mata Aniq memandang Yus, jatuh dumbbel di tangan. Nasib baik tidak menimpa kaki. Kalau tak, tak pasal-pasal patah jari.

"Abang ni kenapa, mata tak kelip-kelip" tegur Yus.

Aku pakai baju terbalik ke apa? Yus kemudian pergi ke arah cermin besar di dinding mini gym. Pakaian pada badannya diteliti. Tak terbalik pun, koyak pun tidak.

Tak lama, Aniq datang dari arah belakang lalu meletakkan kedua-dua tangannya pada pinggang Yus yang tidak berlapik.

"Sayang seksi sangat pakai short pants dengan sport bra macam ni" tutur Aniq di tepi telinga Yus.

La.. Sebab itu ke. Nak work-out kan, dalam rumah pulak tu. Pakai macam ni je la.

Aniq masih lagi memandang Yus dari bias cermin. Bergerak-gerak halkum menelan liur.

Pantas Yus pusing ke belakang. Kalau dibiar karang ni, lain pulak senaman yang jadi kat sini nanti.

"Abang.. Tadi cakap nak work-out, macam ni la sayang pakai. Dah tu abang nak sayang pakai macam mana? Kalau abang tak suka, kejap sayang pergi tukar pakai t-shirt dengan seluar track." ucap Yus dan seakan mahu pergi.

"Tak payah, okey dah. Cuma abang takut abang tak boleh nak beri tumpuan sebab mata asyik nak tengok sini" tunjuk Aniq pada dada Yus.

"Mengadakan. Dah.. Dah.. Sayang nak traning ni. Lama dah tak traning, tumpul dah skill taekwando sayang." pelukan tangan Aniq di pinggang dilepaskan.

"Kalau macam tu sayang praktis dengan abang je la" ujar Aniq sambil mata dikenyit.

"Tak lah, nanti tah apa-apa yang abang buat" lalu Yus berlalu ke treadmill lalu memulakan larian.

Berpeluh-peluh Yus, dua puluh minit tempoh larian dengan 5mph. Itu pun dah berpeluh-peluh. Aniq masih lagi dengan dumbbellnya. Dari tangan kanan ke tangan kiri. Macam-macam teknik dilakukan untuk mendapatkan hasil yang berbeza pada tubuh.

Aniq kemudian hampiri Yus.

"Meh, traning dengan abang. Nak juga abang tengok juara taekwando kat universiti ni beraksi." ajak Aniq.

Huh, lama juga tak sparing. Sesuai sangat dengan matt floor yang lembut ni.

Petang itu Aniq dan Yus habiskan masa dengan latihan taekwando dan juga sparing. Tapi latihannya ada la dua puluh minit, selebihnya main-main dan bergurau je lebih.

Aniq bukan sengaja mahu melatih kembali Yus dengan seni mempertahankan diri itu. Semuanya bersebab.

Pagi semalam Aniq terima panggilan dari Syam mengenai perkembangan orang yang meletakkan sampul surat pada keretanya.

Aniq bimbang jika orang itu bertindak lebih jauh. Jadi sebagai persediaan, Aniq perlu mengasah kembali skill taekwando Yus demi keselamatnya.

Yus tersandar di kerusi di dalam mini gym kepenatan.

"Penat?" soal Aniq lalu menyerahkan air botol pada Yus. Diambil tuala lalu membantu Yus mengelap peluh pada badannya, dalam kata lain ambik kesempatan juga.. Aniq, Aniq..

"Penat juga tapi best. Teror juga abang. Abang belajar martial art di mana?" soal Yus.

"Abang dengan Syam ada join kelab taekwando kat sini-sini juga. Kitaorang kadang-kadang dijemput untuk jadi jurulatih. Tapi bukan taekwando je, kick boxing pun ada. Ni abang dengan Syam belajar masa study kat luar negara dulu. Ada juga la join tournament tapi yang kecik-kecik je la. Menang dapat duit" terang Aniq.

"Oo.. Patut la teror" balas Yus kagum.

"Dah hilang peluh?" soal Aniq.

"Dah, nak bangun mandi tapi penat la nak jalan.." Yus buat muka kesian.

"Ee.. Perangaikan. Dah bangun, naik belakang abang, abang kendong sampai bilik" lalu Aniq duduk mencangkung di hadapan Yus.

"Yeay.." laju Yus melompat naik di belakang Aniq.

"Jangan la lompat, jatuh nanti. Macam budak-budak" tergeleng kepala Aniq. Hai la.. Sayang bini la katakan. Nasib baik tak berat, kalau tidak, mahu bengkok tulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience