Chapter 1

Drama Series 634520

Sayup - sayup azan berkumandang mengejutkan Hana Aishah daripada lenanya. Matanya dibuka berlahan. Segalanya amat kabur saat itu. Cahaya oren yang menerobosi langsir itu menyilaukan matanya. Denyutan di kepalanya tidak dapat dia gambarkan. Tubuhnya terasa sejuk yang amat saat itu. Bibirnya terketar - ketar menahan kesejukan.

Hana Aishah cuba menggerakkan tubuhnya. Dia pelik kerana tempat pembaringannya itu keras. Tetapi saat dia cuba menelentangkan tubuhnya yang sedang berbaring mengiring itu , bahagian belakang tubuhnya terasa panas seperti dibakar.

“Aahhhhh!” Hana Aishah menjerit kuat. Air matanya kembali mengalir laju.

“Abang. Abang” Hana Aishah memanggil suaminya. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku tetapi sakit yang dirasainya saat itu terlalu kuat. Dia mahukan suaminya. Ke mana Fakhrul pergi.

“Abang help me. Aishah sakit” Hana Aishah memanggil lagi. Matanya dipejam rapat, tubuhnya terus kaku di posisi itu. Dia tidak mahu merasai sakit tadi. Denyutan tadi pun masih dirasainya , inikan pula sekiranya dia cuba menggerakkan tubuhnya.

Beberapa minit berlalu sebelum matanya cuba dibuka semula. Beberapa kali matanya dikelip menghilangkan pandangannya yang kabur. Air matanya mengalir laju saat dia melihat jendela yang ditutupi langsir itu. Hana Aishah dapat mengagak waktu saat melihat cahaya oren itu. Sudah senja.

Mindanya cuba berputar kembali mengingati apa yang terjadi. Kepalanya terasa berdenyut - denyut terutamanya mata sebelah kirinya yang masih lagi kabur itu. Perlahan tangannya digerakkan. Sakit masih dirasai tetapi tidak seteruk sewaktu dia meniarapkan tubuhnya.

Matanya melilar melihat ke sekeliling bilik. Dia pasti itu bilik mereka tetapi kenapa dia berada di lantai. Air matanya mengalir laju ketakutan. Mindanya berusaha untuk mengingati apa yang terjadi. Tetapi gagal.

“Abang mana” bibirnya berbisik. Saat itu matanya terpandang kotak pil perancang yang berada dia celah rak di bilik tidur itu.

Peristiwa pagi tadi kembali ke ingatan. Tengkingan lelaki itu , libasan yang dia terima di belakang tubuhnya. Air mata Hana Aishah mengalir untuk kesekian kalinya. Tetapi kali ini bukan kerana sakit di tubuhnya , tetapi kerana keperitan di hatinya.

“You’re never going to trust me” Hana Aishah memejamkan kembali matanya saat itu. Penat mahu menghadapi hari - hari yang mendatang.

Tangannya ditarik perlahan turun ke abdomennya. Air matanya semakin deras. Ujian kehamilan yang diambil pagi tadi saat Fakhrul melangkah ke tempat kerja jelas di matanya. Terketar - ketar tangannya saat melihat keputusan positif. Dia mencampakkan ujian itu ke dalam tong sampah.

Hatinya berbelah bahagi. Antara takut dan bahagia. Takut menghadapi derita yang dia lalui beberapa bulan lepas sekali lagi. Satu lagi nyawa ditiupkan ke dalam rahimnya. Satu lagi tanggungjawab dia perlu pikul.

Bahagia itu amat sukar dia mahu terima kerana setiap kali bahagia itu datang , ianya hanya seketika. Seperti saat itu. Baru dia mahu mula merasai gembira kerana keinginan suaminya sudah tercapai , sekali lagi dia dihukum tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Matanya dipejam kembali. Mahu melarikan diri daripada derita. Entah jam berapa dia tidak tahu dan tidak mahu tahu. Yang pasti dia mahu lari. Jauh daripada derita. Jauh daripada kesakitan yang sedang dia rasai.

“Sayang. Hey. Wake up sayang” sayup - sayup suara itu menampar telinganya. Mengejutkan Hana Aishah sekali lagi daripda lenanya. Hana Aishah mengerang kesakitan saat matanya cuba dibuka.

“Aishah. Wake up sayang” sekali lagi dia dikejutkan. Hana Aishah cuba membuka kelopak matanya yang berat itu.

Dalam kesamaran itu dia dapat melihat satu bayang yang sedang merenungnya. Matanya dikelip beberapa kali menghilangkan kekaburan di matanya. Wajah suaminya yang sedang merenungnya tenang itu diperhatinya. Kepalanya terasa berdenyut.

“Lets get you clean” Fakhrul menyambung lagi. Wajah Hana Aishah yang kelihatan bingung memandangnya itu ditenung sejenak sebelum dahi wanita itu dikucup perlahan.

“Arghhhh” Hana Aishah menjerit kuat saat tangan Fakhrul merangkul pinggangnya dan tubuhnya cuba didudukkan. Air matanya mengalir deras.

“Sayang tahan sikit. I’ll clean you up and then we’ll have something to bite before I give you the pain killer ok” Fakhrul memujuk.

Hana Aishah yang masih cuba memproses segala yang sedang berlaku itu menggelengkan kepalanya laju apabila sekali lagi tubuhnya terasa seperti direnjat elektik. Setiap pergerakan yang dia lakukan walaupun kecil terlalu perit saat itu.

“Sakit. Dont please. It hurt so much” tubuhnya dibaringkan semula. Fakhrul mengeluh panjang. Dia melihat air mata yang mengalir daripada sepasang mata yang dipejam rapat.

“Allah. Sakitnya” esakan halus meluncur daripada bibir pucat yang sedang terketar - ketar menahan sakit.

Hana Aishah dapat merasakan mendapan di katil itu hilang. Dia pasti Fakhrul sudah pergi meninggalkannya sendiri saat itu. Air matanya mengalir deras. Sakit di tubuhnya terlalu kuat saat itu. Mindanya perlahan - lahan mula mengingati kejadian yang membuatkannya terlantar itu.

“Sakitnya Ya Allah” air matanya semakin deras. Hana Aishah cuba menyelaraskan pernafasannya.

Perlahan - lahan denyutan di tubuhnya terutamanya di belakang badannya berkurangan. Dia masih kaku berbaring bimbang sekiranya pergerakan sekecil zarah akan menyakitkan tubuhnya semula.

Kesunyian bilik itu menyesakkan Hana Aishah. Kesunyian itu mengingatkan dia pada raungannya semalam. Raungan yang hanya bergema di segenap rumah banglo itu. Matanya dibuka. Memandang ke arah kipas yang sedang berpusing perlahan di bumbung bilik itu.

Alat ujian kehamilan yang dia ambil beberapa jam sebelum sekali lagi dia dihukum tanpa usul periksa. Dua garisan yang mengubah segalanya. Dua garisan yang tidak dia pinta tetapi datang juga.

Mindanya kembali ke saat itu saat dia mendengar bunyi derapan kaki yang semakin lama semakin kuat. Rasa takut yang menyelubunginya beberapa jam lepas sudah lama hilang. Yang ada saat itu hanyalah rasa kebas.

“Eat this first then I’ll clean you up” tenang suara itu mengarah. Hana Aishah meneruskan kebisuannya.

“Sayang. Its midnight already. I need to clean you up” suara Fakhrul kedengaran penat.

“Just sit up a bit and then take this pills ok” tanpa mengendahkan gelengan Hana Aishah, Fakhrul sekali lagi merangkul pinggang Hana Aishah. Jeritan Hana Aishah dia pekakkan.

“Sakit. Sakit sangat. Please just let me die” teresak - esak Hana Aishah meminta tetapi Fakhrul memekakkan telinganya.

Dia memasukkan dua biji pil berwarna kuning sebelum di suakan air ke bibir yang sudah merekah dengan hasil tamparannya pagi tadi. Hana Aishah menyembamkan wajahnya ke dada lelaki itu yang masih berbaju kemeja berwarna krim itu.

“It hurt so much. Just kill me already” terketar - ketar bibir nipis itu meminta. Sakit dibelakang badannya saat itu terlalu perit.

Fakhrul hanya berdiam diri. Beberapa minit berlalu pergi. Hanya esakan Hana Aishah kedengaran di kamar itu. Apabila dia lihat mata Hana Aishah semakin kuyu barulah dia mengangkat tubuh itu ke dalam kamar mandi mereka.


*****************************


“Lepas .... let go.... no .... no... sakit ... abang .... lepas ... I’m... I’m sorry” suara Hana Aishah yang sedang keresahan memecah kesunyian malam itu.

Mikhail yang sedang tidur di sebelah Adam itu terus terjaga. Tangannya meraba - raba mencari suis lampu tidur di kamar Hana Aishah itu. Saat dia menjumpai suis itu suara Hana Aishah sudah semakin kuat diselangi dengan tangisan.

“Ya Allah” Mikhail menarik Adam yang sedang tidur itu ke dalam rangkulannya sebelum dia memindahkan Adam ke dalam katil bayi di sudut kanan bilik tidur itu.

“Sakit... no... aaaahhh... please ... no ...no” kaki Mikhail kemudian berjalan kembali ke katil bersaiz king yang memenuhi bilik itu. Tubuhnya merangkak naik ke atas katil sebelum menuju ke arah Hana Aishah yang sedang menggenggam cadar tilam itu dengan kuat sambil tubuhnya meronta - ronta.

“Hana. Wake up. Come on sweetheart. Wake up. Its just a dream” Mikhail menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Tubuh yang dibaluti pijama itu sudah basah lecun. Hana Aishah masih lagi meronta untuk dilepaskan.

“Hana Aishah. Hey. Look at me sweetheart” Mikhail menepuk lembut wajah Hana Aishah yang sedang menangis itu. Sepasang mata itu sedang dipejam rapat sambil mulut itu terkumat kamit meminta tolong.

“Oh shit. Is she having night terror again” suara serak Emir yang menegur daripada pintu bilik tidur itu tidak diendahkan Mikhail. Dia masih cuba mengejutkan Hana Aishah yang semakin lama bernafas semakin laju.

“Hana Aishah. Wake up” suara Mikhail semakin meninggi apabila dia dapat melihat Hana Aishah yang semakin tidak keruan itu.

“Hana. Look at me. Its Mikhail here. No one is here. No one will hurt you” Mikhail menggoncangkan tubuh Hana Aishah sedikit kuat. Perlahan - lahan mata Hana Aishah mulai terbuka.

“Sakit. I don’t want” Mikhail menarik nafas dalam mendengar esakan Hana Aishah yang merenungnya penuh kesakitan.

“Nobody is going to hurt you. I’m here” Mikhail menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.

“No. He was here. Sakit. Badan Hana sakit. My back. It hurt so much. I didn’t do it. I told him. He .... he didn’t... didn’t trust me” Hana Aishah menangis di dalam pelukan Mikhail.

“Hana. Its just us here. No one is going to hurt you. I won’t let anyone hurt you” Emir duduk di birai katil memujuk Hana Aishah. Tangannya mengusap belakang badan Hana Aishah yang sudah basah kuyup itu.

“I’m scared. I don’t.... I shouldn’t... cannot sleep. He’ll come... they’ll come. They’ll hurt Adam” Hana Aishah menyambung. Tiba - tiba tubuh Mikhail ditolak kuat. Mata Hana Aishah terbuka besar. Wajah yang kelihatan takut tadi bertukar bimbang.

“Mana Adam. Adam . Adam!” kelam kabut Hana Aishah mahu bangun mencari Adam sehinggakan dia jatuh tersungkur ke atas pemaidani di bilik itu.

“Oh my God. Hana” Emir yang melihat kejadian itu lebih pantas menarik Hana Aishah bangun.

“Adam. No let me go. Adam. Where’s Adam? They took Adam! They took my Adam” Hana Aishah sudah meronta - ronta di dalam pelukan Emir. Suaranya semakin meninggi.

“Hana Aishah. Stop this!” suara tinggi Emir mengejutkan segenap sel di tubuh Hana Aishah. Air matanya sudah mengalir lebat.

Mikhail melihat adegan itu dengan perasaan sebal. Begitulah keadaan Hana Aishah setiap malam. Mereka bergilir - gilir menemani Hana Aishah tidur. Kalau dengan adanya mereka sudah seteruk ini, Mikhail tidak dapat membayangkan sekiranya hanya Hana Aishah dan Adam sahaja berdua.

“Look at me” Emir bersuara tegas.

“No one is going to hurt Adam. No one is going to hurt you. Faham?” bibir Hana Aishah dicebikkan. Dia memandang Emir dan Mikhail silih berganti.

“It was so real. Its like he’s here” Hana Aishah menyembamkan wajahnya ke dada Emir.

“What is going on Hana? What did he do to you?” Emir bertanya kegeraman. Tangannya mengusap rambut Hana Aishah yang kusut itu. Matanya memandang ke arah Mikhail yang duduk bertentangan dengannya.

“Don’t leave me. Don’t leave me alone. I’m scared” air mata Hana Aishah mengalir laju saat dia meminta.

“Hana tidur jom. I’ll sleep with you ok” Mikhail memujuk.

Hana Aishah membaringkan kepalanya yang terasa berat itu diriba Mikhail. Tangannya kemudian menarik lengan kiri Mikhail rapat ketubuhnya sebelum dipeluk erat. Matanya memandang ke arah Emir yang sedang menyelimutkannya. Perlahan - lahan matanya memberat.

“I’m so damn pissed right now. What the hell happen to her. Every damn night” Emir meluahkan kegeramannya kepada Mikhail saat dia melihat Hana Aishah yang sudah terlelap dengan kepalanya dibaringkan ke atas riba Mikhail.

“She’s not talking. Its been 3 years. I don’t know how to help her anymore. Luckily Adam didn’t wake up” tangan kiri Mikhail mengusap rambut Hana Aishah yang sudah tertidur itu sambil dia meluahkan kebimbangannya. Tangan kirinya dipeluk erat Hana Aishah.

“I can’t even remember a single night where she sleep peacefully. Its so frustrating” Emir memandang ke arah Adam yang sedang tidur dengan nyenyaknya.

“Something really bad happened . She’s running away from it. She kept telling him not to hurt her. So maybe ... I dont know . Do you think we should find this Fakhrul guy?” Emir bertanya.

“honestly I don’t want to bring more trouble to her. Plus hmm. She kept talking that they will hurt Adam” Mikhail meluahkan kebimbangannya.

“I think we need to let Uncle Fadhil know” Emir memandang ke arah Mikhail tetapi wajah gusar lelaki itu membuatkan dirinya buntu.

“I honestly dont know man” Mikhail memandang ke arah Hana Aishah penuh simpati.

Hana Aishah muncul ke dalam hidup mereka bertiga dengan satu beg penuh misteri. Sampai saat itu Mikhail tidak tahu mengapa mereka ditakdirkan bertemu dengan Hana Aishah.

“I hope this Fakhrul guy is rotting in hell right now” Emir memandang ke arah wajah pucat Hana Aishah. Tidak adil sekiranya wanita ini menanggung derita dan lelaki itu sedang berbahagia.

**********************************


Fakhrul memandang ke arah langit malam yang kelam tanpa bulan dan bintang itu. Sebagaimana kelam hatinya saat itu dan saat - saat sebelum ini sepanjang pemergian Hana Aishah.

Bunyi kocakan tenang kolam ikan di rumah agam Tan Sri Fadhil yang selalu mendatangkan ketenangan padanya sudah lama tidak dikunjunginya. Lebih tepat sejujurnya semenjak pemergian Hana Aishah tempat itu lansung tidak dijengahnya.

Mengapa? Puncanya hanya satu. Setiap tempat yang mendatangkan memori isterinya akan cuba dia elak. Sakit perpisahan yang tidak dia pinta itu terlalu hebat lagi - lagi sekiranya dia berada di tempat - tempat yang menyimpan banyak memori mereka.

Gazebo yang menjadi tempat titik perubahan layanan Hana Aishah kepada dirinya. Tempat di mana kali pertama sentuhannya tidak dihalang sang isteri. Malam kedua mereka sebagai suami isteri , janji yang mereka meterai kembali menggamit memori.

Malam itu entah mengapa hatinya terpanggil untuk ke gazebo itu. Rindu yang menggasak hatinya. Sakitnya tidak mampu dia ungkap. Dan seperti yang dia jangka , memori bersama isterinya kembali. Bertubi - tubi.

Otaknya buntu. Mana mahu dicari sang isteri yang pergi tanpa berita. Tangan Fakhrul mengusap dada. Dia sudah terbiasa dengan rasa itu. Sakit batinnya sudah berubah kepada sakit fizikal. Denyutan di dadanya itu seperti memberi satu rasa kepada dirinya yang hanya merasai derita sepanjang tiga tahun ini.

“I don’t know how this love relationship works. Never been in a romantic relationship all my life. So can you teach me?” permintaan polos isterinya malam kedua mereka sebagai suami isteri kembali bermain di ingatannya.

“Abang mintak maaf. I hurt you so much. I gave a bad love story for you” hati Fakhrul berbisik perlahan.

Dan dalam sekelip mata segala derita yang di berikan pada isterinya kembali ke kotak ingatan. Berdosanya dia sebagai suami yang mendera emosi dan fizikal isterinya. Sehingga hari - hari terakhir isterinya dengannya , pemilik tubuh yang selalu mahu mengembirakan hatinya itu dia sakiti tanpa belas kasihan.

Mindanya terbang kepada hari terakhir dia melihat isterinya. Kalaulah dia tahu hari itu merupakan hari terakhir dia berjumpa Hana Aishah, dia tidak akan tinggalkan isterinya pagi itu. Matanya dipejam rapat.


************************************


Tangan Fakhrul ligat mengikat tali lehernya. Senyuman terukir di bibirnya. Gembiranya bukan kepalang pagi itu. Hatinya terasa seperti saat dimana lafaz nikahnya disahkan oleh saksi - saksi di hari pernikahannya.

Dua hari dia bercuti menjaga isterinya di rumah bermakna 48 jam masanya hanya untuk isterinya sahaja. Segalanya mereka lakukan sekali seperti waktu sebelum fitnah menimpa keluarga kecil mereka.

Matanya memandang ke arah isterinya yang sedang duduk di birai katil merenung ke arah permaidani di bilik mereka.

“Sayang” Fakhrul menegur Hana Aishah yang kelihatan banyak termenung pagi itu. Wajah Hana Aishah dihalakan ke arahnya. Seperti selalu dia tidak dapat membaca isi hati isterinya.

“Come here” perlahan langkah Hana Aishah menuju ke arahnya. Tubuh yang dibaluti gaun sifon tanpa lengan berwarna merah itu berdiri betul - betul di sebelahnya. Fakhrul menarik tubuh Hana Aishah untuk berdiri di hadapannya. Wajah yang masih tunduk memandang ke arah lantai itu didongakkan.

“Can you smile for me?” Fakhrul meminta lembut. Anak mata isterinya ditenungnya lama. Perlahan - lahan senyuman pahit terukir di bibir itu.

“Abang rindu that smile that you always give me. The one that makes my heart flutter” Fakhrul membalas. Jarinya mengusap pipi Hana Aishah yang halus itu.

“When do you think you can give me that smile?” Fakhrul mengusap pula luka yang semakin sembuh di bibir isterinya. Teringat dia kejadian dua hari lepas.

Sewaktu dia kembali jam sepuluh malam dua hari lepas , Fakhrul yang melihat tubuh isterinya yang masih terbaring di lantai seperti mana dia tinggalkan pagi itu selepas habis tubuh isterinya dihukum membuatkan dia dibelenggu rasa bersalah.

Dua hari dia mengambil cuti menjaga Hana Aishah yang tidak sihat akibat perbuatannya. Malam itu selepas Hana Aishah kemamaian kerana ubat tahan sakit yang diberinya tadi , dia membersihkan tubuh itu.

Belakang tubuh isterinya yang penuh dengan birat berwarna biru dan merah itu dibersihkan. Beberapa kesan luka koyakan kelihatan dan setiap kali tangannya menyentuh kawasan itu , erangan Hana Aishah kedengaran di dalam bilik air itu.

Sepanjang kliniknya petang selepas dia menuduh Hana Aishah tanpa usul periksa itu , Fakhrul tidak dapat fokus. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Kata - kata Hana Aishah yang menidakkan tuduhan Fakhrul membuatkan dirinya serabut. Fakhrul yang tidak dapat fokus dengan kerjanya petang itu membuka dokumentasi isterinya di hospital itu.

“Counselled the patient regarding contraception options for at least 2 years. Patient not keen for any form of contraception. She and her husband is trying to conceive again. Risk of scar dehiscence, uterine rupture , placenta accreta , PPH explained. Dr Fuad re-emphasised regarding the risks of poor spacing but patient still refuse for any form of contraceptions” saat dia membaca bait kata yang ditulis dalam komputer itu , dada Fakhrul terasa semakin sesak.

Tangannya menekan pula butang untuk melihat senarai ubat yang diterima isterinya. Matanya melihat ke arah pil perancang yang di preskripkan untuk isterinya. Nama doctor yang mempreskripkan pil itu membuatkan Fakhrul terdiam. Muhammad Hariz. Tarikh ubat itu dipesan seiring dengan waktu mereka bercuti di Melaka.

“Yes, I gave her the pills because you’re a selfish jerk. When Fuad told me about it I confronted Hana. She kept telling me you wanted another one. Kau gila ke Fakhrul. She had an accident and they did emergency ceaser tak sampai half a year pun and you want her to get pregnant again. You’re a doctor Fakhrul. You know damn well the risk. Kau memang nak bini kau mati ke apa? Isn’t it enough that Adam die?” pertelagahannya dengan Hariz petang itu bermain di mindanya.

Berbuku - buku rasa bersalahnya malam itu saat dia membersihkan isterinya. Luka di belakang tubuh itu dicucinya sebelum di tutup dengan kapas. Badan Hana Aishah dibaringkan dalam keadaan meniarap sebelum dia meletakkan ubat pada luka itu. Dua hari dia menjaga luka - luka yang dia cipta di tubuh itu dengan tekun. bimbang sekiranya luka itu bertambah teruk.

Fakhrul mengelus rambut ikal mayang isterinya. Matanya kemudian dihalakan pula kearah kotak pil yang diletakkan di atas meja kecil di sisi katil mereka. Papan - papan yang tidak berusik lansung itu dipandangnya dengan perasaan bersalah.

“Aishah tak ambik. I didn’t take the pil. Aishah tak tipu” kata - kata isterinya yang tidak masuk ketelinganya sewaktu tangannya pantas melibas pagi itu.

“I’m sorry” kali pertama kata itu dibisikkan Fakhrul. Perlahan sahaja kata - kata itu ditujukan pada isterinya yang sedang merenungnya.

Dua malam Fakhrul tidak dapat tidur. Hana Aishah yang asyik terjaga kerana kesakitan dan juga perasaan bersalah yang menyerang dirinya. Kenapa dia merosakkan bahagia yang perlahan - lahan mulai datang ke dalam keluarga kecil mereka.

“Abi kecewa dengan Fakhrul. After everything that you went through you should be the first person to know not to hurt others. You went through hell growing up and for that I’m sorry. But that doesn’t permit you to hurt others. Hana loves you so much. Kenapa susah sangat Fakhrul nak percaya isteri sendiri. Its your responsibility to love her and protect her” kekecewaan Dato’ Karim yang diluahkan padanya beberapa bulan lepas kembali bermain di ingatan.

“You think you love her but the truth is she’s just another possession that you’re obsessed with. That’s wrong son. Isteri itu bukan harta kita. She’s just another soul that wants whatever we as man wants. Jangan musnahkan bahagia Fakhrul. Allah bagi Fakhrul peluang lagi. She’s still here. Fix it” kata - kata Abinya bermain di minda Fakhrul.

Mata Fakhrul turun pada wajah polos Hana Aishah yang sedang merenungnya. Rekahan di bibir isterinya yang sudah mengering itu diusap halus. Kemudian tangan itu naik ke dahi isterinya yang membiru itu.

“I’m sorry. I love you too much but I’m so scared that you’re going to end up do what everyone did. Give me hope and then leave me” mata Fakhrul terasa panas saat itu.

Posisi badannya dibetulkan sebelum dia menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya dengan berhati - hati.

“I won’t hurt you anymore. I’m sorry sayang” saat itu dia bertekad untuk tidak melukai isterinya lagi.

Hana Aishah masih diam membisu. Fakhrul merenggangkan pelukannya. Wajah isterinya yang senyap tanpa reaksi itu menggusarkan dirinya.

“You’ve forgiven me right?” kebimbangan yang Fakhrul luahkan itu hanya dibalas dengan pelukan Hana Aishah. Erat pagi itu isterinya memeluknya.

Senyuman Fakhrul kembali lebar. Sudah lama Hana Aishah tidak memeluknya. Selalunya hanya dia yang merangkul isterinya. Wanita yang semakin hari menjadi semakin seperti robot perangainya. Tetapi pagi itu pelukan yang dia rindui dia dapat rasai.

“We just need to get pregnant again. Everything will be ok after this. Abang , sayang and our babies. It’ll be just us. Ok” Fakhrul merenung ke dalam anak mata isterinya yang sudah berkaca itu.

“I have a gift for you this evening. Sayang tunggu abang ok. And cook something special for us can you sayang” Hana Aishah mengangguk kepalanya perlahan sebelum sekali lagi tubuh itu Fakhrul rangkul erat.

****************************

“Kat sini la Pak Ngah” suara Mary Irina mengejutkan Fakhrul daripada lamunannya. Pandangannya dihalakan ke arah Mary Irina yang sedang berjalan beriringan dengan Puan Sri Maria yang sudah bertongkat itu.

Laju kaki Mary Irina berlari mendapatkannya. Meninggalkan neneknya yang berjalan perlahan itu. Fakhrul lega melihat progres ibunya. Hampir setahun Puan Sri Maria tidak mampu berjalan dan hanya berkerusi roda. Tetapi dengan bantuan physioterapi segalanya bertambah baik. Percakapannya tidak lagi pelat, tangannya lebih elok fungsinya. Cuma kakinya sahaja masih memerlukan latihan.

“Since when you like talking in Malay” Fakhrul memeluk Mary Irina yang sudah duduk diribanya.

“Kawan - kawan Mary laugh when Mary cakap bahasa Malay. Diorang cakap macam celup” pecah tawa Puan Sri Maria mendengar petah cucunya tunggalnya itu.

“Mat saleh celup lah” Fakhrul memicit pipi gebu anak saudaranya itu.

“What is that Pak Ngah?” Mary Irina bertanya petah. Fakhrul mendudukkan Mary Irina disebelahnya apabila Puan Sri Maria tiba di kaki Gazebo itu. Fakhrul membantu Puan Sri Maria untuk duduk di Gazebo itu dengan berhati - hati. Tongkat mamanya diletakkan di sebelah mamanya.

“Comfortable Ma?” Puan Sri Maria menganggukkan kepalanya sambil tersenyum saat Fakhrul turut melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Thank you Angah” Puan Sri Maria membalas. Matanya memandang gelagat anak keduanya itu. Fakhrul kembali mendudukkan Mary Irina di ribanya.

“Pak Ngah. Tell me what is that celup you told me” Fakhrul tersenyum simpul mendengar keletah anak saudaranya itu.

“It means a malay who mainly like to speak in english” Fakhrul menerangkan kepada anak saudaranya itu.

“Owh. But that’s a bad thing is it” Puan Sri Maria hanya diam melihat gelagat anak keduanya yang melayan Mary Irina itu.

Sedikit sebanyak dia bersyukur. Semenjak beberapa bulan ini Fakhrul sudah mulai datang melawatnya dengan lebih kerap. Walaupun tidak bermalam di mahligai itu tetapi sekurang - kurangnya anak keduanya itu mahu juga makan bersama mereka sekeluarga.

Entah apa yang dibuat Fakhih , anak lelaki itu mula datang dengan lebih kerap. Syukurnya tidak terhingga walaupun suaminya dan anaknya masih tidak bertegur sapa.

“Pak Ngah wait here ok. Mary go and take ice cream. Mommy said I can have one tonight cause I’m a good girl” laju kaki Mary Irina berlari masuk ke dapur itu. Mereka sama - sama memandang tubuh kecil yang berlari laju menuju ke dalam rumah agam itu.

“Angah ok” Puan Sri Maria bertanya apabila suasana yang tadi kecoh dengan suara Mary Irina bertukar sunyi. Hanya anggukan lelaki itu dia terima.

“Sikit je mama tengok angah makan tadi. Tak sedap ke mama masak” Fakhrul menggelengkan kepalanya membalas pertanyaan mamanya.

“Along told me you’re coming so mama dengan papa pergi pasar beli ikan keli fresh pagi tadi” Fakhrul masih lagi membisu mendengar bicara ibunya.

“Angah tidur sini nak malam ni” Puan Sri Maria mencuba nasib.

“Esok oncall Ma” Puan Sri Maria tersenyum pahit.

“Its lonely there at your house. Dekat sini at least ada Mary today” Fakhrul hanya diam membisu.

“It’s lonely everywhere as long as She’s not with me” giliran Puan Sri Maria pula membisu.

“Hari itu Angah cakap your PI manage to trace her at Auckland right?” Fakhrul tertawa hambar.

“13 countries Ma. I went to 13 countries. All comes to a dead end” Fakhrul meluahkan kekecewaannya.

Itulah kerjanya. Setiap dua ke tiga bulan dia akan pergi ke mana - mana negara yang dia yakin isterinya berada. Tanpa penat dan lelah walaupun setiap kali itu dia akan kembali dengan kekecewaan.

“Mama sentiasa doa. Semoga jodoh Angah and Hana panjang. Mama mintak maaf” suara sebak Puan Sri Maria menampar gegendang telinga Fakhrul.

“It was my fault. Berdosanya mama dengan Hana. Dengan cucu mama Adam” air mata Puan Sri Maria mengalir laju.

“Its no one’s fault. I wasn’t a good husband , a good father. I hurt the two person that I’m suppose to take care of” malam itu laju sahaja bibirnya berbicara.

“I won’t give up. Hana Aishah isteri Angah sampai akhir nyawa Angah” kata - kata muktamad Fakhrul membuatkan Puan Sri Maria kelu tanpa bicara.

“I know the only thing I’ve been doing is hurting you but doakan rumah tangga Angah. I’ve never want anything in my life other than building a family with her. I lost everything that I want since small but I can’t lose this” hati Puan Sri Maria seperti dihiris sembilu mendengar luahan hati anaknya.

“Mama jahat. Mama tak berjaya jadi ibu yang baik untuk Angah. I turn you into this. Sampai akhir nyawa mama pun mama tak mampu tebus dosa itu” Puan Sri Maria menarik tangan kanan anak lelakinya sebelum mencium tangan itu lama.

“Kalaulah mama tak lepaskan tangan Angah when you were small. Kalaulah mama tak dera emosi Angah. Kalaulah mama tak abaikan Angah when you’re in pain. All of this wouldn’t have happen” esakan Puan Sri Maria bertambah kuat.

Fakhrul hanya diam membisu. Kalau itu tidak akan mengembalikan zaman kanak - kanaknya yang hilang. Kalau itu tidak akan menghapuskan kesakitan yang dia rasai sewaktu membesar.

“I need to make a move. Next week Angah tak dapat datang. I’m going to Germany. One of her best friend migrated there. So yeah. I’m just trying my luck. Mama doakan Angah” dahi ibunya dikucup sebelum tubuhnya melangkah pergi meninggalkan ibunya. Puan Sri Maria memandang tubuh anak lelaki yang semakin susut itu melangkah pergi meninggalkannya.

“I shouldn’t have given birth to him. He ruined everything. This is all your fault. I told you I didn’t want anymore babies. Fakhih was enough. You wanted more and look what happened to me” kata - kata yang pernah Puan Sri Maria luahkan kepada suaminya satu masa dahulu.

Kata - kata yang terkeluar daripada mulut seorang ibu dalam keadaannya yang sedang marah. Kata - kata yang didengari Fakhrul yang pulang awal daripada sekolah petang itu. Kata - kata yang disimpan dalam kotak ingatan Fakhrul.

“Nobody wants you. Why don’t you just save everyone’s trouble and stay with your family. This is not your family. This is my house and my toys” kata - kata Fakhih apabila Fakhrul terpatahkan tangan robot yang dibelikan bapanya untuk Fakhih daripada London.

Memori - memori buruk yang bermain di mindanya. Memori yang tidak pernah dia cerita. Memori yang membentuk dirinya yang dia benci saat itu. Memori yang membuatkan dia meruntuhkan sendiri rumah tangganya. Memori yang membuatkan dia menyakiti satu - satunya wanita yang menyayanginya tidak kiralah betapa banyak kali dia menyakiti hati itu.

“Sayang balik. Abang nak sayang” suara Fakhrul memecah kesunyian di dalam kereta yang dibelikan untuk isterinya. Kesunyian yang dia rasai itu semakin hari semakin melumpuhkan.

Share this novel

Songulun Tambalut
2021-06-16 19:48:32 

❤️❤️

Songulun Tambalut
2021-06-16 19:48:27 

❤️❤️

YAZNI-ERNIE
2021-01-01 14:20:36 

dear...du new year ni...bila nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience