Rate

BAB 1

Family Completed 542

“Esok kita jumpa kat tempat biasa, boleh?”

“Kenapa Hairie ?”

“Esok saya bagitahu. Jam 6 petang kita jumpa ya. Awak jangan rushing sangat, drive elok-elok dari ofis.”

“Okay. InsyaAllah saya cuba sampai jam 6. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Talian ditamatkan Hairie .

Sarah termangu seketika di meja makan selepas menerima panggilan itu. Hairie tak pernah serius begitu. Sarah dapat mengagak mesti ada sesuatu hal besar Hairie nak bincang dengannya esok hari.

‘Ada apa Hairie nak jumpa esok?’ Dia bertanya pada diri dalam hati.

‘Ish,risau sangat lah aku ni, tunggu esok je lah.’ Bisik hati Sarah lagi.

Dia sambung menyuap makanan tengah hari yang dah dimakan sebahagiannya tadi sebelum menjawab panggilan Hairie . Tengah hari tu dia keseorangan saja sebab Dina, teman rapatnya tak dapat makan bersama.

Kelihatan pelanggan-pelanggan di restoran itu juga dah ramai beransur pulang. Sarah melihat sekilas jam di tangan kirinya, dah menunjukkan jam 1.40 tengah hari. Dia segera menghabiskan makanan dan kembali ke ofis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience