"Tak nak la saya takut. Awak pun saya tak kenal sekarang ni". Nurjihan berundur setapak ke belakang. Dirinya sangat mencurigai lelaki itu.
"Saya, Benjamin. Pembantu peribadi Tuan Syed Iqwal. Mari kita pergi cik?". Benjamin cuba memujuk lagi.
"Tak ....".
Ayat Nurjihan belum di habiskan lagi. Dia di tarik oleh Benjamin masuk ke dalam kereta yang serba mewah itu.
Nurjihan hanya memerhatikan Benjamin melalui pantulan cermin di depannya itu. Pandangan panas di halakan pada Benjamin.
Benjamin sesekali menahan senyum melihat kelakuan Nurjihan itu.
"Kalau awak culik saya...siap awak!". Nurjihan memberi amaran.
Benjamin mengerling semula ke cermin pandang belakang itu. "Try me".
Sesampainya di hadapan rumah itu Nurjihan terpaku. Rumah ini gah bagai istana dan sepanjang laluan menuju ke pintu ada beberapa orang pekerja sedang menunggunya dengan penuh hormat.
Nurjihan menepuk-nepuk pipinya. Bangun Jihan! kau kat alam bunian ni.
"Mari ikut saya masuk Cik Nurjihan. Tuan Syed sudah menunggu di dalam." Benjamin muncul secara tiba-tiba dan menghalau usahanya untuk bangun dari mimpi.
"Eh kejap, awak cakap tadi nak jemput kawan saya kan? mana jaminan awak tu?".
Benjamin menoleh sedikit ke belakang. "Maaf Cik Nurjihan. Itu hanya jaminan saya. Tapi Tuan Syed yang tidak bersetuju. Saya hanya mengikut arahan."
Banyak cekadak ! tadi dah berjanji .
Nurjihan hanya berdoa di dalam hati.
Nurjihan bijak,
Nurjihan berani!
Kata-kata semangat ini terkumat kamit di bibirnya perlahan mengumpul kekuatan.
"Sila duduk Cik Nurjihan." Arah Benjamin untuk Nurjihan duduk di atas sofa itu.
Di dalam bilik itu hanya ada Nurjihan dan Benjamin. Rekaan bilik ini sangat menawan. Terpaku Nurjihan memandang.
"Mana Tuan Syed Iqwal?".
Nurjihan tidak betah berlama-lama di situ. Dia nak balik !!!
Benjamin menujuk ke arah meja yang berada sekitar 3 meter di hadapannya. Di balik meja itu ada sebuah kerusi yang di halakan membelakangi Nurjihan. Oh ada orang rupanya ! Kerusi yang besaiz king itu menghalang Nurjihan dari melihat rupa seseorang di balik kerusi itu. Macam mana ni figura saiz pun tak nampak !
"Err, Assalamualaikum. Encik ...er bukan-bukan .. Tuan Syed Iqwal apa hajat nak jumpa saya?". Tegur Nurjihan dengan berani.
Diam...tiada jawapan.
Haish takkan bisu macam Pia jugak kot? Kalau bisu buat jela isyarat.. aku faham kot !
"Saya rasa awak perlukan perkerjaan, betul?". Tanya lelaki yang bernama Tuan Syed Iqwal itu.
Nurjihan mengerutkan dahinya. Apa ni? cakap tak pandang orang. Biadap eh.
Nurjihan memandang Benjamin "kenapa dia tak pandang sini?".
Benjamin hanya membuat isyarat diam dan dengar.
Melihatkan isyarat dari Benjamin itu, Nurjihan faham dan .... lantak la !
"Err, ye saya memang perlukan pekerjaan, tapi hanya pekerjaan part-time. Saya student lagi".
Nurjihan teragak-agak untuk menjawab.
"Tak apa. Benjamin akan terangkan kepada awak."
Kata Tuan Syed Iqwal itu.
Berjamin begerak dan duduk di hadapan Nurjihan. Menunggu Tuan Syed bergerak keluar dari bilik itu beri keselesaan pada mereka untuk berbincang.
Kontrak di buka.
"Untuk skop pekerjaan Cik Nurjihan ini terbahagi kepada dua. First scope adalah privacy section. Second scope office section."
Nurjihan mengganguk. Dia hanya memandang Benjamin untuk meneruskan.
"Kontrak yang Cik Nurjihan akan tanda tangan ini bernilai 100 ribu ringgit."
What?! Gila kerja apa sampai gaji banyak macam tu.
"I don't get it kenapa banyak sangat gaji?".
Benjamin mengganguk dalam merespond soalan Nurjihan itu.
"Tuan Syed ibarat membeli Cik Nurjihan untuk berkhidmat dengannya."
Nurjihan terdiam. "Tempoh berapa lama?".
"Tiada limit masa. Hanya bergantung kepada kesembuhan Tuan Syed". Ujar Benjamin.
"Kesembuhan? I don't get it." Tanya Nurjihan.
"Tak apa nanti Cik Nurjihan akan tahu. Biar saya terangkat kedua-dua section skop pekerjaan dahulu". Kata Benjamin.
Nurjihan hanya menunggu Benjamin melakukan kerjanya. Kontrak di buka dan di teliti Benjamin.
"Okay, for privacy section, Cik Nurjihan kena uruskan semua hal peribadi Tuan Syed dan segala permintaan Tuan Syed. Tak boleh membantah."
"Contoh?".
"Maksudnya semua yang Tuan Syed perlukan. Makanan minuman atau apa-apa sahaja yang Tuan Syed nak. Tuan Syed ini sedang alami sakit yang menyebabkan kedua-dua kakinya lumpuh. Jadi Cik Nurjihan kena uruskan hal berkaitan fisioterapi juga."
Nurjihan terdiam. Dia mendengar lagi. Sabar Jihan...kumpul je soalan kau tu dulu.
"Next for Office section. Kami akan tukarkan cik Nurjihan kepada sebuah identiti yang baru untuk menggantikan Tuan Syed bekerja di syarikat."
"So ada soalan". Tanya Benjamin.
Nurjihan terus tegak badannya. Memang saat ini dia tunggu.
"For privacy section, adakah ia macam orang gaji? kenapa tak mention detail pasal kerja orang gaji? saya rasa macam musykil dekat situ. satu lagi for fisioterapi? kenapa tak upah nurse?".
Benjamin sudah mengagak soalan seperti itu.
"Cik Nurjihan kena tahu yang Tuan Syed sangat cerewet. Dia yang akan pilih siapa yang patut ada di samping dia. Bukan orang gaji cik Nurjihan, tapi lebih kepada peneman."
"Saya tak faham identiti baru. kenapa nak guna identiti lain?".
"Musuh dalam perniagaan itu banyak Cik Nurjihan. Jadi itu adalah salah satu perlindungan diri kepada cik Nurjihan."
"Kenapa nak kena upah orang lain ganti dia bekerja kalau lumpuh kaki aje pun still boleh kan datang ke pejabat? ". Nurjihan kehairanan.
"Boleh pada orang lain, tapi tidak pada Tuan Syed. Ada sebab dia lakukan syarat ini." Jawab Benjamin.
Nurjihan rasa ini semua mengarut! Dia bangun dan membuat Benjamin kehairanan.
"I'm sorry Encik Benjamin, saya tak nak terima. 100k for the nonsense job. Saya tak nak. Sorry".
Nurjihan pantas bangun dan berlalu dari situ sehingga dia tidak perasankan ada orang di tepi balkoni tingkat itu.
Benjamin bangun dan ingin mengejar. Namun dia di tahan oleh Tuan Syed Iqwal.
"Biarkan dia balik Ben, Awak hantar dia". Arah Tuan Syed Iqwal.
"Baiklah, Tuan Syed".
Nurjihan menghempas beg sandangnya di atas katil. Gila dia tu ! nak beli aku harga 100k ? dia ingat life aku 100k je ke? haishhh ...
Nurjihan tidak habis fikir, macam mana Tuan Syed Iqwal tu kenal dia , pilih dia?".
Sudah lah, dia belum lagi terdesak sehingga nak kena terima pekerjaan pelik macam itu. Baik dia tidur.
KELAS pada petang itu sudah hampir ke waktu penghabisan.
"Attention class, for your information minggu ni adalah minggu terakhir saya mengajar kamu."
Kelas bertukar riuh.
"Tapi kenapa Doktor? Doktor nak bersara ke?". Tanya salah seorang dari mereka.
"No, kamu tahu kan yang saya telah ajar 2 subjek untuk kelas ni. Jadi subjek ini adalah sementara kerana saya cuma ganti je. Kamu akan dapat pensyarah baru."
Fuh, Nurjihan menarik nafas lega. Sesak dadanya bila Dr.Husni asyik aim dia dalam kedua-dua kelas. Dendam kesumat la katakan.
"Seronok la kau Jihan". Kata rakan sebelahnya Dahlia.
Nurjihan merespond dengan menggangkat keningnya.
Nurjihan tiada masalah jika hanya satu subjek yang di ajarkan oleh Dr.Husni itu kerana ia adalah pada waktu tengah hari kerana yang membuatkan dia selalu terciduk itu ialah pada awal pagi iaitu subjek geologi.
NURJIHAN berjalan pulang ke flat dan alangkah terkejutnya bila dia melihat pintu rumah mereka terbuka.
"Lu mau mati ka?!". Jerit seseorang dari dalam rumah.
Mak !! teringat Nurjihan pada Mak Eton.
Terus Nurjihan menerpa masuk. Dia melihat Mak Eton sudah tercungap-cungap nafas dan terkial-kial memukul tangan lelaki cina itu.
"Hoi, lepaskan mak aku!" Tengking Nurjihan kepada mereka.
Ada 2 orang lelaki berbangsa cina di dalam rumah mereka itu. Melihat Nurjihan mereka melepaskan Mak Eton. Berlari Mak Eton bersembunyi di belakang Nurjihan.
Salah seorang dari mereka gelak. Dia berjalan mendekati Nurjihan.
"Waaahh, Amoi sudah balik? apa macam sekolah? banyak pandai ka?". Dagu Nurjihan di cuit lelaki itu.
Tangan lelaki cina itu terus di tepis Nurjihan.
Terbatuk-batuk Mak Eton akibat di cekik tadi. Mujur Nurjihan cepat pulang. Jika tidak dia tidak tahu apa nasibnya.
"Wa sudah cakap sama lu orang, mana lu orang lari, wa boleh carik. sekarang bayar hutang!!". Laung Lelaki cina itu.
Nurjihan mengumpul keberanian.
"Aku akan bayar !! tapi bagi aku masa". Kata Nurjihan.
Lelaki cina itu mencerlung matanya melihat Nurjihan.
"Masa? banyak sudah wa bagi masa. Lu orang asyik lari saja".
"Tak, kali ni aku akan bayar... betul." Janji Nurjihan.
"Baik, wa pegang janji lu. Hujung minggu ni wa mau settle semua hutang lu. Faham?!".
Terkejut Mak Eton. Hujung minggu ni? Dia kegelisahan.
Nurjihan mengganguk dan tangannya menunjukkan arah pintu. Tersengih kedua-dua lelaki cina itu sambil berjalan keluar dengan sinis.
Belakang badan Nurjihan di tampar Mak Eton berulang-ulang kali sambil menangis.
"Kenapa kau memandai-mandai berjanji ha? kau tau tak apa akibatnya kalau kau cakap besar? kita akan mati Jihan! kau sedar tak?". Marah Mak Eton.
Nurjihan hanya diam. Air matanya mengalir. Sakit di pukul oleh Mak Eton. Namun dia diam dan terus mengemaskan rumah mereka yang berselerakan akibat di landa amukan geng-geng pengutip hutang itu.
Maafkan Jihan Mak, Jihan terpaksa.
MATA Nurjihan menatap lama ke arah rumah besar itu. Harini dengan relanya dia kembali ke tempat itu. Ini sahaja jalan untuk mereka bebas dari penyeksaan hidup dari di kejar along tanpa henti. Dia ibarat menjilat ludah kembali. Demi ibunya. Dia perlu menelan kembali segalanya.
Di sebalik cermin dari tingkat atas itu, Tuan Syed Iqwal memandang dengan senyuman sinis dan di temani Benjamin.
"So macam mana Tuan Syed. Lama dia tunggu dekat bawah tu tetapi tak panggil pun siapa-siapa?". Tanya Benjamin.
"Bawa dia naik atas. Awak uruskan dia".
"Baiklah Tuan Syed."
Nurjihan rasa gelisah dan malu melihat Benjamin datang mendekatinya.
"Macam mana Cik Nurjihan, Dah fikir masak-masak?".
Nurjihan merasakan Benjamin memerlinya.
"Saya setuju". Kata Nurjihan muktamad.
Terkejut Benjamin. Namun dia kembali fokus.
"Mari ikut saya naik atas". Arah Benjamin.
Selesai Nurjihan menandatangani perjanjian itu. Benjamin menyimpan kontrak di dalam beg kulitnya.
"Baiklah. Sekarang ni Cik Nurjihan dah jadi milik Tuan Syed Iqwal. Jadi saya akan tinggalkan Cik Nurjihan dengan Bos Cik Nurjihan". kata Benjamin lalu bangun dan meninggalkan Nurjihan di dalam bilik itu.
Nurjihan takut, belum pernah dia melihat wajah Tuan Syed Iqwal. Seperti apakah ia? Nurjihan membayangkan gambaran ngeri wajah Tuan Syed Iqwal. Masakan tidak ngeri? sampai kerja pun tak nak pergi nak kena upah orang. Ibarat nak asingkan diri dari manusia lain.
Klak ! pintu hadapan di buka.
Nurjihan hanya menunduk meneku lantai. Kenapa saat ni semua keberaniannya hilang berterbangan? Aura Tuan Syed Iqwal ni sangat menakutkan dia.
Sebuah kerusi roda kini betul-betul berada di hadapannya. Nurjihan hanya melihat melalui ekor matanya.
"So i guess Benjamin dah terangkan apa yang patut. Saya hanya akan inform awak apa yang awak patut buat nanti time by time. Selera saya berubah-ubah". Kata lelaki di hadapan Nurjihan ini.
Nurjihan masih menunduk. Hanya kepalanya menggangguk-angguk.
"Kenapa awak tak nak pandang muka saya? takut?".
Nurjihan terkedu. Ye! dia takut.
"It's okay. Saya tak makan orang." Kata Tuan Syed Iqwal.
Lega Nurjihan bila mendengarkan kata-kata seperti itu. Lalu dia mengangkat wajahnya dan secara perlahan matanya memandang ke arah Tuan Syed Iqwal.
Terpaku Nurjihan melihat sepasang mata yang menikam ke dalam anak matanya.
"Awak?" Terhenti pertanyaan Nurjihan itu bila melihat wajah sebenar Tuan Syed Iqwal.
Matanya tidak membohongi bila melihat anak mata Tuan Syed Iqwal itu. Dia menghafal gaya dan pandangan mata lelaki itu. Tak mungkin matanya tersilap.
Adakah ini kebetulan atau di rancang?
Share this novel