BAB 17

Romance Completed 19687

bila dah seminggu kat sana batang hidung family kami pun tak nampak, tapi best holiday kut boleh lepak dengan El tanpa bergaduh rebutkan sesuatu. Aisey man, lain macam je bunyinya kan? aku pun tak tahu kenapa rasa macam ni searang. Ya Allah adakah ini petanda yg aku dah boleh menerima EL sebagai status yg sangat mulia iaitu suami?

"best holiday?" soalan Lia buat hati aku berbunga untuk bercerita,tak tahulah kenapa jadi macam ni.

"dari senyum tu pun aku dah tahu, dah fall in love ke?" soalnya mengusik. kalau boleh aku nak sangkal tapi bila terfikir balik entah kenpa rasa x nak sangkal benda ni.

"aku x thu la wei, rasa happy sangat mcm ada bunga mekar sampai nak keluar jantung aku ni"

"kanser bunga ke apa?" soal Lia lagi,sakan mengusik ya, mummy lia ni. Lupa nak cakap asyik cerita pasal aku dgn el je kan, lia dah pregnant,dapatlah Aimi merasa ada adik.

"kalaulah btul ini cinta,aku x menyesal wei, akhirnya El ada tempat yg selayaknya dalam hati aku sebgai suami" aku serius kali ini dan Lia turut sama tersenyum lalu mengusap lmbut tangan aku. macam mustahil tapi bila Allah dah tentukan siapa kita nak persoalkan.

"gembiranya kawan aku ni" Lee pun tunpang gembira melihat senyuman manis El yg tak lekang sejak pagi tadi. Sampai semua awek pun dah jatuh hati dgn dia punya senyuman mekar gila bak bunga rafflesia tapi bau wangi macam ros la.

"kalau betul ni cinta Lee, aku memang dah jatuh cinta" ujar El ceria. Bukan ceria tapi ceria gila!

"sah! memang cinta El! congrats bro,akhirnya cinta pertama kau datang jugak" ucap Lee ceria. tumpang gembira untuk orang lain,kan bagus.

bila rasa hati dah mula sayang cinta suka and so on lah rasa malu la pulak, ni ke yg orang cakap ku malu tapi ku mahu cintamu? cewah, ayat x boleh blah.

"selalunya gaduh, yg senyap je kenapa kamu berdua ni?" soalan Umi dah tak pelik pun,tapi kami berdua ni je yg dah jadi pelik.

"mana ada umi" balas El lembut sambil ketawa kecil yg dibuat buat. Umi hanya tersenyum dan menggelengkan kepala terus ke dapur.

"weh,kau ni kenapa?" soal aku pada El.

"kenapa apanya?" soal El pelik.

"ye la, diam je,krik krik tahu?" soal aku saja, buat hilang gugup.

'minah doktor ni x rasa ke jantung aku berdebar gila ni, x rasa apa yang aku rasa ke?' hati EL bercakap sendiri.

"yg kau berkerut mcm tahan sembelit tu knapa?" soal aku lagi, El dah buat muka bengang. aik? knapa pulak ni dah hilang terus mood dia nak gaduh dgn aku ke? ish, El kau janganlah mcm ni aku malu tahu!

"kau ni kenapa? buat bisu pulak" marah aku geram,tapi semuanya kat situ je bila...

"Qie,dah berbulan kawin panggil El kau lagi! cakap kasar2, respect la suami tu sikit" Kak ngah aku dah marahkan aku,erk mcm mana boleh kantoi pulak hari ni. kak ngah terus membebel dan memang berubah terus air muka aku,kak ngah ni bila membebel laju mcm kereta api,memang x fikir apa dah main langgar je.

"kak ngah, Qie gurau je tdi,janganlah marah Qie" El buat ulung kalinya x bersorak bila aku kena marah pasal dia. El menggenggam tangan aku erat dan diusap lembut. Air mata aku mula nak menitis,sensitif pulak sejak balik dari pulau tak bernama tu. Air mata aku El kesat dengan jarinya.

"cakap sikit nangis" Kak ngah bersuara lagi, kali ini bukan dgn nada marah tapi lebih kepada perli kut. Aku angkat muka pandang kak ngah yg sedang tersenyum. nampaknya aku dan El dah termasuk sekali dalam drama pendek kak ngah. jahat! El yg masih memeluk aku, aku tolak dengan lembut. Rasa mcm nak je fire kak ngah ni. sambil bernyanyi kecil kak ngah beredar. Malulah pulak adegan pujuk memujuk tadi, aduhai hati. dah jatuh hati kat bff sendiri.

"kenapa tolak aku?" soal El serius,mamat ni dah kenapa pulak.

"malulah mangkuk!" aku meninggalkan El dan keluar dari rumah. Berdebar x payah cakap la mak kau,memang rasa nak mati je kat dalam tu. tempat luas pun rasa sempit semacam je.

"dah cepat,turn aku tanya soalan" main game apa ni orang panggil,spinning bottle ke apa? lebih kurang something like that la.

"tanyalah" aku menjawab malas. Sebab El ni soalan dia dari tadi asyik mengarut je,kalau salah jawab katanya menipu. ada ke dia tanya dah berapa kali aku kentut hari ni,ingat aku ni kira ke semua tu. mana ada orang kira.

"pernah jatuh cinta?" aik,dari soalan mengarut ke soalan hati. Aku pelik! tapi kenapa tiba2 je.

"tak" jawab aku yakin. bukan pernah tapi sedang jatuh cinta sekarang ni. masalah besar aku ni.

"ok" aik, terima je. turn dia pulak pusing botol. Aku lagi kena disoal.

"kali ni kalau x jawab denda dia lain pulak,x nak minum kopi pahit,dah sakit perut aku"

"dah tu nak denda apa?" soal aku geram,padahal aku yg dah banyak minum kopi pahit tu.

"nanti aku fikir"

"tanya la cepat"

"kau...cintakan aku?"

"ha???" soalan apakah ini?? aku memang blur gila tak tahu nak jawab apa sekarang ni. El ni biar betul tanya soalan macam ni. apa yg dia maksudkan ni.

"your five second is done, answer me"

"kau ni dah kenapa?" soal aku pelik, tapi aku lagi terkejut bila El memegang pipi aku dan bibir aku dikucupnya lama,memang cukup buat aku rasa bumi berhenti berputar. Aku menyentuh bibir aku yg jadi sasaran El tadi,betul ke? kenapa El buat aku macam ni.

"tu dendanya,mengantuk pulak,kau simpanlah aku nak tidur" El terus meninggalkan aku yg masih lagi buntu tak tahu nak buat apa.bibir aku disentuh lagi dan kali ini muka aku membahang malu. El!!!

aku yg x puas hati terus memanjat katil dan mencari wajah El yg sembunyi dalam selimut. tak pernah tidur tutup muka selama ni, selalunya riak sangat dengan muka bajet hensem dia tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience