" Tahniah Encik. Isteri encik mengandung 4 minggu. Jaga kesihatan elok-elok dan jangan buat kerja berat " Kata doktor yang merawat Aina
"Me..mengandung? Alhamdulillah..baby nanti kita akan ada anak" Kata Adam gembira
Aina tersenyum kelat. Ini bukan anak Adam. Ni anak Haziq sebab sebulan yang lalu dia berada di rumah Haziq. Erm tapi dia boleh gunakan ni untuk biar Adam menyayangi nya.
Skip...7 bulan kemudian
"Bro..aku nak bagitau something nih" Kata Awie
"Apa?" Jawab Adam
"Kau tak pelik ka. Kau kata kau tak sentuh dia..tapi kenapa dia mengandung?" Tanya Awie
"Ha ah. Kau cakap kau dah lama tak sentuh sebab kau kata kau busy la..balik lewat then letih" Sokong Aiman
"Er..a..aku tak pasti" Kata Adam mulai ragu-ragu
"Aku rasa kau patut pergi buat DNA test..tak salah kalau mencuba" Kata Awie
Adam mengangguk menandakan setuju. Pulang sahaja dari rumah, Adam terus membawa Aina ke klinik swasta. Aina ada bertanya juga kenapa datang padahal tak sakit..dijawab Adam cuma nak periksa jantina anak.
Adam duduk di atas kerusi menunggu keputusan keluar. Perasaannya berdebar-debar ketika ini.
"Tengku Adam Firash?" Panggil jururawat yang bertugas
Adam masuk ke bilik doktor. Dilihat Aina menunduk melihat ke bawah
"Kenapa U tak cakap yang U nak buat DNA test? U tak percaya ka ni anak U? Dah jom balik" Tanya Aina
"Shuh..saya just nakkan kepastian" Kata Adam
"Baiklah Encik..keputusan mendapati yang anak dalam kandungan Engku Aina itu bukan anak encik. Keputusan adalah 0.001%. Dan rambut yang encik berikan tu sepadan iaitu 99.999%." Kata doktor itu
"Rambut?" Tanya Aina pelik
"Rambut ayah dalam kandungan ni..Haziq right?" Kata Adam
"Ha..haziq mana pula..ma..mana ada..dok..tor ni salahhh" Kata Aina tergagap
"Jom balik. Kita berbincang" Kata Adam mengheret Aina ke dalam kereta
"Sampai hatikan U buat macam ni. I jaga U bagai menatang minyak yang penuh tapi apa U buat? U tikam belakang! Tergamak!" Marah Adam
Aina diam berkutik. Sekarang dia perlu mendiamkan diri kerana Adam sedang marah. Sampai sahaja di rumah Adam terus naik ke bilik atas dan mengemaskan baju Aina. Terus diheret Aina ke luar.
"Dengar sini! Aku dah call taxi dan dia akan bawa ke hospital swasta. Kau tinggal dekat sana. Aku masih ada hati sebab tu aku bayar semua siap-siap kos hospital. Aku TENGKU ADAM FIRASH BIN TENGKU AIRIL jatuhkan lafaz talak satu bila kau dah lahirkan anak ini. Aku haramkan kau berbin dan berbintikan dengan nama aku! Bila kau dah lahirkan anak ini maka kita tiada lagi ikatan!" Kata Adam sebelum menutup pintu. Hatinya bagai disiat-siat!
Aina pula sudah menangis. Baru sekarang dia rasa begini. Nangis la Aina! Kalau keluar darah pun belum tentu Adam akan buka pintu. Kandungan sudah mencecah 8 bulan lebih dan dia kini sudah tidak larat. Diambil beg pakaian dan memasuki taxi. Terus Aina menyuruh driver itu ke rumah Haziq. Haziq perlu bertanggungjawab!
"Haziq!!" Panggil Aina. Buka sahaja pintu kelihatan seorang perempuan sedang memeluk Haziq.
"Si..siapa perempuan ni! Haziq! Lihat! Ini anak U! J..jom nikah..U kena bertanggungjawab" Pinta Aina
"Woo lek ah..suruh la laki sayang jadi pak sanggup.." Kata Haziq
"A..adam dah ceraikan I..tsk..tsk..U kena bertanggungjawab atas anak ni" Kata Aina
"Apa? So U dah takdak duit? Hm dah berambus! Aku tak akan bertanggungjawab" Kata Haziq
"W..what? I akan report polis!" Kata Aina
"Report lah..sekali dengan U masuk..aku akan cerita dekat pihak polis" Ugut Haziq
"Se..selama ni U bersama dengan I sebab apa?" Tanya Aina
"Badan dan duit" Kata Haziq selamba. Dia terus menutup pintu. Aina menangis di luar.
"Ya..allah..aku berdosa..ampunilah aku..aku janji aku akan berubah" Kata Aina.
Skip
Haziq yang sedang sedap lena terjaga apabila ketukan pintu rumahnya bertalu-talu. Haziq yang rimas terus membuka pintu dengan kuat
"APA" Marah Haziq. Kelihatan 2-3 pegawai polis di depannya
"Kami pegawai polis..diminta encik ke balai polis untuk siasatan" Kata pegawai polis itu lalu menggari tangan Haziq. Haziq meronta-ronta ingin dilepaskan namun tidak berjaya. Haziq dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Adam duduk termenung di sofa. Bayangan Nadia di mana-mana sahaja. Ya Allah..adakah aku berdosa?
Lamunan Adam terhenti apabila ketukan pintu bertalu-talu.
"Oh Inspektor Afiq..sila masuk" Pelawa Adam. Inspektor Afiq ialah pegawai polis yang diupah olehnya untuk mengendalikan kesnya
"Kami sudah memantau Puan Aina dan Haziq. Haziq sudah dibicarakan dan dia mengaku bahawa dia berkerjasama dengan Aina untuk jatuhkan Nadia. Semua ini bermula dengan kejadian Nadia dan Aina diculik oleh Haziq. Sebenarnya mereka berdua yang merancang semua ini dan Haziq mengakui yang dia hanya menangkap gambar dengan Nadia dalam keadaan berbogel..langsung tidak menyentuhnya. Kemudian Haziq memberitahu yang waktu kau dengan Nadia ditangkap basah tu..Aina meletakkan ubat tidur dalam minuman kau. Tak disangka Nadia memasuki bilik rehat itu. Then mengenai anak dalam kandungan Nadia tu memang anak kau. Dan anak pertama Aina tu pun bukan anak kau..still anak Haziq. Haziq kata Aina yang jatuhkan diri dia sendiri malam itu..dia sememangnya nak gugurkan anak itu dan dia gunakan semua tu untuk halau Nadia. Dan satu perkara yang mengejutkan aku..Haziq beritahu yang sebenar nya Aina bunuh mak ayah Nadia." Terang Afiq
"Astagfirullah..aku dah banyak buat salah dekat Nadia. A..aku rasa bersalah" Kata Adam meraup kasar rambutnya
"Sabar bro. Kau pergi minta maaf" Kata Afiq
"Tapi dah banyak kesalahan yang aku buat..aku takut dia tak maafkan aku" Kata Adam
"Dah shuh..jangan stress..belum cuba belum tahu" Kata Afiq
Adam merenung muka Afiq. Ye! Belum cuba belum tahu. Dia mesti segera jumpa Nadia.
Skip
Nadia memasuki cafe Hq. Katanya Atiffa nak jumpa. Entah apalah nak bincang
"Sorry late" Kata Nadia
"Takpe. Minum?" Tanya Atiffa
"Takyah lah..ha nak bincang apa?" Tanya Nadia
"Oh okay..ni syarikat aku nak berkolaborasi dengan kau. Nah sign" Kata Atiffa
"Aku kena balik check dulu..nanti aku send okay" Kata Nadia
"Alah..kau tak percaya la ni dekat aku. Ye la..syarikat dah besar kan..mana la nak ingat kawan" Kata Atiffa merajuk
"Haih ye la..aku setuju..aku sign ehh" Kata Nadia tersenyum. Macam-macam!
"Hehe thanks..dah la aku nak keluar ni jumpa client..byee" Kata Atiffa sambil membawa dokumen itu. Nadia menggelengkan kepala. Haih macam-macam. Tiba-tiba namanya dipanggil
"Nadia Emelda" Sebut seseorang
"Ye saya." Nadia menoleh ke arah suara itu. Adam! Ah
Share this novel