BAB 10

Drama Completed 513

“Bagi orang lain, mungkin beruntung tapi tidak bagi dia sebab bagi
dirinya adalah satu ‘bala’, kalau awak nak tahu lagi bagi dirinya
perangai bapanya di sekolah dan di rumah sama, kalau dia buat salah atau
tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan akan dibaling dengan kapur,
sehingga ke satu tahap dia meluahkan perasaannya kepada emaknya dan
didengari bapanya dalam diam. Setelah bapanya berfikir tentang kata-kata
anaknya itu, dia cuba mendekati anaknya dan meluahkan perasaannya kepada
anaknya itu.

“Abah bukan sengaja nak cari kesalahan kamu, abah buat itu semua supaya
kamu sedar tidak ada manusia yang mahu hidupnya sentiasa dimarahi
melainkan seseorang itu menganggap ianya satu ujian untuk berjaya dalam
hidup. Kata-kata bapanya mula menyedarkan dirinya dan dia mulai belajar
dan berjaya seperti sekarang” Sekarang budak perempuan tu di mana?’
tanya Imran.

Ryasarose hanya tersenyum nipis sambil berkata, “Budak perempuan tu, ada
di hadapan awak sekarang”. Safuan kelihatan sedikit terkejut. Arianna
berharap apabila dia menceritakan cerita mengenai dirinya Safuan akan
mengubah pendiriannya bagi mengubah nasib ibu dan dirinya sendiri.

“Tapi macam mana dengan mak saya? Siapa yanga kan jaga dia jika saya ke
sekolah?” tanya Imran. “Itu awak jangan risau, kita boleh minta bantuan
orang kampung, nanti saya dan Cikgu Safura akan uruskan” Cikgu Arianna
memberi jaminan.

Cerita Ryasarose sentiasa bermain-main di fikirannya. “Betul juga, kata
Cikgu Ryasarose kalau tak ada ilmu mungkin aku akan sentiasa hidup dalam
kemiskinan. Sampai bila aku nak dihina kerana hidup miskin”.

Mulai saat itu, Safuan sering hadir ke sekolah dan sentiasa fokus dalam
pelajaran, Ryasarose juga telah menunaikan janjinya untuk membantu Imran
dan ibunya. Perubahan Safuan itu telah mengejutkana semua guru-guru di
sekolahnya.

“Anna, apa yang awak buat sampaiSafuan berubah 360 darjah dan rajin ke
sekolah dan tidak ponteng lagi?” tanya Cikgu Halman “Yalah, apa yang
berlaku sebenarnya?” tanya Safura juga. Ryasarose hanya tersenyum sambil
mengeluarkan sebatang kapur.

“Kapur?” Cikgu Halman dan Safura bersuara serentak. Apa pula kaitan
kapur dengan Imran?” tanya Safura yang semakin bingung. “Inilah yang
dinamakan ‘psikologi sebatang kapur segulung ijazah’” kata Arianna
sambil tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience