Prolog

Romance Series 17063

Prolog

Dunia pada tahun 2120 telah dilanda dengan satu pandemik yang menggegarkan dunia. Chimera’s Breath – satu penyakit dimana seseorang itu akan mengalami batuk berpanjangan sehingga menyebabkan mereka mula berhalusinasi selama lebih kurang dua jam.

Selepas memasuki fasa halusinasi, mereka berisiko untuk pengsan atau lebih teruk; mati. Halusinasi yang dialami membuatkan mereka percaya bahawa apa yang dilihat mereka adalah realiti. Namun, realiti yang sebenarnya mereka akan berjalan terus menghampiri kematian seperti berjalan terus ke tengah jalan dimana kenderaan lalu lalang, terjatuh ke dalam gaung, terjatuh dari jambatan Archadia terus ke dalam laut dan sebagainya.

Chimera’s Breath dianggap sebagai satu penyakit yang bukan sahaja berbahaya kerana ia merupakan virus. Ianya juga dianggap bahaya kerana kesan manipulasi penghidap untuk bertindak di luar kawalan mereka sendiri dan mampu menyebabkan kematian tanpa dirancang.

Ketika berlakunya pandemik Chimera’s Breath, saintis di seluruh dunia cuba untuk menghasilkan vaksin untuk merawat penyakit ini. Seorang saintis yang bernama Harrion Carsson telah berjaya menghasilkan vaksin imuniti. Vaksin ini telah disebarkan secara percuma kepada semua manusia, ditanggung oleh

“Saya yakin dengan vaksin ini, virus Chimera’s Breath akan hilang dalam tempoh beberapa bulan sahaja!” kata Carsson dengan yakinnya dalam satu temu bual.

Sorakan dan pujian telah diberi kepada Carsson atas kejayaannya. Namun, kegembiraannya dan juga semua homo sapiens menjumpai titik noktah apabila beberapa kes Chimera’s Breath muncul semula dalam kalangan individu-individu yang telah mengambil vaksin tersebut.

Reputasi Carsson mula merudum dan dia sudah tidak didengari tidak lama selepas itu. Tiada siapa tahu dimana keberadaannya dan apa yang telah berlaku kepadanya. Namanya dipadam dari mulut-mulut manusia di seluruh dunia.

Dalam pada masa nama Carsson mula menjadi bualan mulut masyarakat dunia, sebuah negara yang dikenali sebagai Hereven telah menggubal sistem sosial negara tersebut. Rakyatnya telah diasingkan kepada tiga bahagian. Kelas atasan, kelas tengah, dan kelas bawahan. Pembahagian hierarki ini adalah berdasarkan imuniti mereka terhadap virus Chimera’s Breath.

Kelas atasan digelar sebagai Gentri adalah kategori manusia yang mempunyai tahap imuniti yang tinggi terhadap virus Chimera’s Breath dan mereka diberikan akses penuh untuk mendapatkan rawatan bagi apa-apa penyakit.

Kelas tengah pula digelar sebagai Guoris. Mereka adalah kategori masyarakat yang mempunyai imuniti yang lebih rendah berbanding golongan Gentri. Mereka terdedah untuk mendapat penyakit tetapi masih mampu mendapat akses untuk rawatan kesihatan.

Manakala, golongan rendah atau bawahan digelar sebagai Ploriat. Mereka adalah golongan yang lemah, imuniti lebih rendah daripada tahap minimum. Ada antara mereka yang belum terkena virus Chimera’s Breath namun dianggap sebagai risiko tinggi. Mereka tidak ada akses untuk mendapatkan rawatan kesihatan untuk merawat apa-apa penyakit. Mereka hanya bergantung kepada takdir.

Untuk mengetahui status kelas mereka, rakyat Hereven diarahkan untuk memakai gelang lengan yang diperbuat daripada kain nilon. Gentri akan memakai gelang lengan berwarna kuning keemas-emasan, Guoris pula warna biru tua, dan Ploriat akan memakai gelang lengan berwarna kelabu terang. Gelang ini perlu dipin di lengan baju. Sekiranya mereka ditangkap tidak memakai gelang lengan, mereka akan didenda.

Penempatan mereka adalah berbeza. Gentri tinggal di kawasan Aurorium, Guoris di Midford, dan Ploriat tinggal di Grimshire. Kawasan penempatan mereka adalah berbeza, namun, mereka masih lagi dibenarkan untuk bergerak secara bebas.

Disebabkan wujudnya hierarki dalam kalangan rakyat Hereven, maka wujud juga deskriminasi terhadap golongan Ploriat. Ploriat sering dipandang hina terutamanya oleh golongan Gentri. Mereka dianggap titik noktah kepada harapan untuk terus hidup. Ada diantara mereka yang diludah dan dicerca; dilayan tidak seperti manusia.

Namun begitu, ada di kalangan Ploriat yang dijaga oleh golongan-golongan Guoris. Wujud satu komuniti kecil dalam kalangan Guoris yang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk memberi kemudahan kepada golongan Ploriat.

Setiap Ahad, komuniti ini akan berpusing di sekitar Hereven, ‘memburu’ gelang lengan berwarna kelabu untuk menyampaikan bantuan atau sumbangan.

“Greg, barang dekat belakang tadi…” keluh Xavier. “…banyak betul, ya?” ujarnya sambil mengelap peluh di dahi dengan kain kecil.

Mata Greg melilau ke luar tingkap, mencari gelang lengan berwarna kelabu. “Tapi aku kesian dengan mereka. Kalau kerja pun tidak boleh ubah nasib. Yang kaya semakin kaya, tapi yang miskin kekal miskin. Macam mana Hereven nak maju?” soal Greg sambil menepuk-nepuk pehanya.

“Barang dekat belakang ada lagi ke?” tanya si Xavier, matanya merenung jalan raya.

“Ada satu gitar,” Jawab Greg selamba.

Tiba-tiba van yang dipandu Xavier berhenti. Greg menahan badannya dengan menekan dashboard dengan kedua-dua telapak tangannya. “Kau kenapa?” soal Greg, agak marah dengan tindakan Xavier.

“Kau nampak tak budak dekat bawah jambatan tu?” soal Xavier, wajahnya didekatkan dengan roda steering. Matanya static di satu sudut jambatan yang disebut olehnya. “Tu,” jarinya menunjuk ke arah ruang di bawah jambatan.

Mata Greg disepetkan. “Eh…” Greg terkejut. “Kenapa dia seorang diri?”

“Kita bagi gitar tadi dekat budak tu, boleh tak agaknya?” soal Xavier, ragu-ragu.

Greg terdiam seketika. “Sekejap,” ujarnya. Dia membebaskan dirinya dari jaket yang dipakai olehnya. Dia tidak lupa untuk mencabut gelang lengannya yang dipinkan di lengan jaket itu. Jaket berwarna biru tua yang dipakainya itu dilipat dan diberi kepada Xavier. “Bagi baju ni sekali. Mesti dia kesejukan.”

Xavier ambil jaket yang diberi oleh Greg. “Tunggu sini,” kata Xavier. Gitar di belakang van juga diambil sebelum berlari anak untuk menghala ke budak kecil yang dilihatnya tadi. Dia memerhatikan gelang lengan yang dipakai oleh budak kecil itu; kelabu. Gitar dan jaket itu diletakkan di tepi tubuh kecil kanak-kanak lelaki tersebut.

“Jaga diri,” pesan Xavier perlahan sebelum mengangkat kaki kembali ke van yang dipandunya.

Follow and comment ya :)

Share this novel

Nolan_Holloway
2023-05-05 14:54:49 

Nice. Keep it up!

Petra Nata
2023-05-05 11:43:27 

Kalau aku duduk Hereven ni, apalah agaknya warna gelang tangan aku...


NovelPlus Premium

The best ads free experience