BAB 4

Humor Completed 25256

Hanif Daniel yang baru sahaja melangkah masuk ke banglo mama dan papanya disapa lembut oleh mamanya, Puan Jamilah.

“Hanif, anak mama,mari sini kejap, mama ada hal nak bincang dengan Hanif.”

Wajah bersih wanita berusia awal 50-an itu dipandang Hanif Daniel dengan pandangan redup. Di hadapannya sudah terhidang teh dalam cawan bagaikan menanti kepulangannya saja untuk diminum.

“Hanif, Datin Hawa ada call mama pagi tadi,” mamanya memulakan perbualan dan Hanif Daniel dapat meneka bahawa perbualan itu adalah berkisar tentang dia dan anak Datin Hawa, Hani.

“Mama, kita dah cakap soal ni beratus-ratus kali dah. Apa lagi yang Datin Hawa mahukan dari Hanif, ma?” Hanif Daniel sudah muak dengan sikap mamanya yang bersikap terlalu mengongkong kehidupannya.

Sebab itulah dia malas untuk pulang ke banglo keluarganya ini. Mama akan terus bercakap soal kehidupannya.

“Bagitau Datin Hawa, Hanif takkan jatuh cinta mahu pun kahwin dengan Hani. Perkara macam ni takkan dibangkitkan lagi pada masa akan datang. Muktamad!”. Dia perlu bertegas.

Teh dalam cawan putih yang masih berasap itu dihirupnya.

“Mama nak bertegas dengan Hanif kali ini. Mama tak suka Hanif terlalu rapat dengan Hani kalau tak sukakan dia. Hanif tahukan mama tak suka Hanif main-mainkan perasaan anak gadis orang.”. Puan Jamilah sudah membulat mata memandang anak lelakinya itu.

“What do you mean, ma?” Sesungguhnya Hanif langsung tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh mamanya. Bila masa pulak dia main cinta dan perasaan dengan Hani ni? Oh.. biar betul! Ini mesti Hani buat cerita. Tak ada hal lain dah.

“Hanif tak pernah layan dia dan tak akan layan dia. Mungkin dia yang buat cerita ma.” Jelas Hanif.

“Kalau betul tak apa. Kalau tak, tahulah mama nak insafkan kamu.” Amaran dari mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience