PINTU bilik Karlisa segera di buka. Terpancul wajah Tuan Syed Iqwal dan Benjamin di situ kekalutan mencari Karlisa.
"Are you okay ?". Lantas dia laju memeluk Karlisa yang ketakutan.
Karlisa hanya memandangnya bersama pandangan bening. "Dia dah tahu..."
Tergamam Tuan Syed Iqwal saat itu..
"How ?"
"Dia dah detect dari awal lagi. Saya minta maaf Tuan Syed. Matanya dan ingatannya tajam dalam mengenali Jihan dan Karlisa."
"Macam mana dengan projek Genting ?".
"Dia tak mentioned apa-apa pun pasal tu."
Jawab Karlisa.
Nafas berat di hela. Nampaknya Megat Haider ini begitu tangkas. Kepalanya di picit-picit.
"It's okay my dear. Let me handle the rest." Kata Tuan Syed Iqwal.
"You safe with me. Don't worry." Tangannya kembali menggosok belakang badan Nurjihan untuk menenangkan isterinya sambil dia memandang ke arah Benjamin.
Benjamin hanya menggeleng berat. Keadaan semakin parah. Megat Haider kini seperti bayangan Megat Rusydi.
Pada awalnya dia hanya memandang mudah pada Megat Haider. Tidak mengetahui akan jadi sesulit ini. Apa yang paling utama adalah Nurjihan. Akan melindungi buah hatinya ini sebaik yang mungkin.
SEPULUH jari di tekapkan pada dinding cermin. Matanya tajam melihat keramaian manusia yang mula memenuhi lalu lintas di kawasan tempat letak kereta MR Holdings itu telah menandakan tibanya waktu para pekerja keluar berehat. Namun fikirannya tidak menapak di situ kerana ada fikirkan seseorang yang berlegar-legar di kapala.
Ye..dia Syed Iqwal !
Rupanya selama ini Syed Iqwal mahu bermain api dengannya. Di tawan hidupnya Nurjihan untuk jadi miliknya. Sakit hati yang dia rasakan bila gadis kesukaannya menjadi milik orang lain.
"Saya akan bebaskan awak Jihan. No matter how long it's takes"
Megat Haider yakin. Nurjihan berkahwin kerana terpaksa. Ada maksud tersirat di sebalik pesanan Mak Eton dahulu. Dia akan terus cuba sampai la Nurjihan sendiri memang yakin untuk tentukan hidupnya dengan siapa. Dia tidak peduli jika harus jadi penyibuk.
Ada udang di sebalik batu pada agenda Projek Genting. Projek ini hanya alatan kaburan pandangan di sebalik agendanya yang tersembunyi. Dia harus berhati-hati dengan orang yang bernama Syed Iqwal.
"You wanna play ? let's play."
Ada segaris senyuman sinis di wajah seorang Megat Haider.
TONGKAT yang menampung badan motorsikal berkuasa tinggi ducati 1098s milik Rizal itu di tolak naik ke atas dengan sebelah kakinya lalu di dia menghidupkan enjin motorsikal itu. Kedengaran garang bunyi enjin tersebut sehingga dia tidak sedar ada seseorang yang baru berdiri di sebelah kirinya.
"Rizal.." panggil gadis itu.
Bunyi enjin yang mengaum itu jelas menghalangnya dari mendengar seseorang yang memangilnya.
"Rizal !!!!" Panggil gadis itu lagi. kini sedikit keras.
Lalu dia mencuit bahu Rizal.
Opocot !
sejak bila dia ni ada dekat sini ?
Matanya berkeliaran pada sekeliling tempat parking motorsikal di hadapan Farmasi itu.
"Shera ? you buat apa dekat sini ?"
Shera tersengih suka. Semakin seronok bila kehadirannya di sedari oleh Rizal.
"I jalan-jalan area sini tadi. Lepas tu i terlupa yang i tak bawak dompet pula. Macam mana i nak naik grab balik kan ? then i ternampak you dekat sini. Nak tumpang boleh ?" . Pinta Shera dengan membuat muka sopan.
"What ? tumpang i ?" Jelas riak wajah Rizal kehairanan.
Shera mengganguk suka. Inilah masa yang dia tunggu-tunggu untuk pikat hati Rizal.
"Yeah ... why?"
"Errr i ada nak pergi tempat lain lagi ni. A bit late already". Balas Rizal lalu dia memakai helmetnya.
Shera tidak suka akan jawapan seperti itu. Lalu lengan Rizal yang berlapikkan jaket kulit di pegangnya.
"Please...singgah hantar i balik kejap je."
Uishh tak boleh...tak boleh....
Visor gelapnya di tarik ke atas memandang gadis itu dengan perasaan sebal. lalu dia mengeluarkan dompetnya dan di hulur sekeping note RM50 kepada Shera.
"Ambik duit ni. You naik grab. Lain kali topup you punya grab wallet. Senang sikit cashless pay kalau dah tau you tu pelupa tak bawak dompet".
Pesan Rizal lalu motorsikalnya melucur pergi meninggalkan Shera yang kebingungan.
Kakinya di hentak beberapa kali ke lantai. Sakit hatinya tidak di pedulikan oleh Rizal. Dia memeluk tubuh.
Rania dengan segera berlari ke arah Shera setelah dari tadi dia hanya bersembunyi di balik dinding kedai di seberang jalan sana.
"Shera macam mana?". Tanya Rania.
"Macam mana apa ? kau tak nampak adik kau blah je tak layan aku ? dia bagi 50 henggit ni je. Aku nak tumpang dia tak kasi." Bebel Shera.
Rania menggigit jari melihat Shera yang sudah hilang mood baiknya.
"Eh...sorry la Shera. Kau tahu kan Rizal tu macam mana..liat sikit nak layan perempuan lain. Ni semua perempuan tu punya pasal control sangat adik aku tu." Rania teringatkan Hawa.
"Aku tak peduli, kau kena tolong jugak aku dapatkan adik kau kalau kau nak kawan dengan aku lama. Kalau tak kau blah dari geng kitaorang."
Balas Shera lalu meninggalkan Rania di situ.
Harus bagaimana untuk dia memujuk adiknya supaya berbaik-baik dengan Shera ? atau dia harus pisahkan Hawa dan Rizal dengan cara yang lebih keras ? Sungguh dia tak mahu hilang kawan-kawannya yang berpangkat elit itu.
AKHBAR berita harini ini di lempar oleh Megat Rusydi ke atas meja kecil di hadapannya itu. Berita dunia perniagaan hari ini menunjukkan terpampang jelas tentang meriahnya sambutan majlis ulang tahun Puan Nora Diana iaitu bekas isteri kepada Syed Ibrahim dan terselit juga di situ gambar Syed Iqwal yang turut hadir pada majlis tersebut.
"Macam mana Syed Iqwal ni boleh ada sekali dalam majlis hari jadi perempuan tu?". Gumam Megat Rusydi sendirian.
"Why you nak hairan papa ? Syed Iqwal tu terang-terang orang kenamaan yang jadi rebutan untuk attend majlis-majlis penting sebagai guest vvip. No wonder la reporters semua tu akan halakan their camera on him also."
Sampuk Puteri Qisha yang baru datang dari dapur setelah mendengarkan keluhan ayahnya itu.
Megat Rusydi hanya menjeling. Anak perempuannya itu memang suka menyampuk. Ada saja yang mendengar.
"You should proud also bila dah ada kerjasama projek dengan dia. untung tau." Keningnya terangkat meyakinkan si ayah.
"Yelah..i know." Jawab Megat Rusydi dingin namun hatinya mengiakan kata-kata Puteri Qisha itu.
"Yang you puji dia melambung sangat tu kenapa ? ada hati ke ?".
Giliran Megat Haider menyampuk pula. Berpakaian seluar pendek dan bersahaja gayanya duduk di atas sofa bersebelahan dengan Megat Rusydi.
Gelas yang berisi air oren di tangannya itu di sedut perlahan sambil terjongket kedua-dua bahunya merespond soalan daripada adiknya itu.
"You pun sama macam ada hati dekat lisa tu. Cakap dekat i konon". Bibirnya di cebikkan.
"Oh ya.. Cakap pasal Lisa...papa dah lama tak nampak dia. How's she doing Haider ?".
Tumpuan matanya ke arah televisyen di hadapan itu terganggu. Teringat akan peristiwa siang kelmarin. Dia mana Karlisa yang mereka banggakan itu adalah palsu. Yang ada hanya seorang gadis muda bernama Nurjihan. Keadaan Nurjihan sangat bahaya jika identitinya itu di ketahui oleh keluarganya. Dia pasti tidak sampai hati. Yang ada hanya urusan antara dia dan Syed Iqwal selepas ini.
Pap !
Tersentak lamunan Megat Haider bila pahanya di tampar oleh Megat Rusydi.
"Papa tanya ni kau boleh berangan ?".
Tergelak sinis Puteri Qisha di situ melihat adiknya yang kuat berangan.
"Err....Lisa..dia sihat la kot". Keseluruhan bahagian bawah hidungnya di raup perlahan menutup gugup bila terpandangkan wajah bengis si ayah.
"Kot ? kau berurusan hari-hari dengan dia takkan la kot je..hisss !". Megat Rusydi mengerutkan dahinya.
"Tak hari-hari la pa...ada je kadang-kadang..yang lain tu kalau macam tak urgent contact melalui phone je." Jawab Megat Haider menahan kekalutan.
"Next week panggil dia datang sini. Kita dinner lagi sama-sama. Papa pun rindu jugak nak berborak dengan dia ni. Papa suka dengan perangai dia..baik"
"Alahai papa ni.. You cakap jela you memang berkenan nak buat dia jadi menantu. Bagi dekat Hanif la Papa..Lisa tu terlalu cantik untuk Haider. Tak sesuai hehe."
Puteri Qisya menjelir lidah ke arah Megat Haider dan lari dari situ bila adiknya seakan-akan mahu bangun dan menuju ke arahnya.
"Apa ??...You ingat i ni tak handsome sangat ke? eh banyak la perempuan nak kat i. model ? artis ? just name it !! ."
Laungan bebelan Megat Haider terarah pada Puteri Qisya dan melihat tajam ke arah kakaknya yang mula menapak naik ke atas tangga. Benarlah kata-katanya itu.
Megat Rusydi hanya menggeleng melihat pertelingkahan kecil kedua-dua anaknya itu.
"APA plan seterusnya ni Tuan Syed ? salah seorang anak Megat Haider dah tahu pasal plan kita. Karlisa macam mana pulak still nak teruskan ke?". Benjamin berdiri tegak memandang Tuan Syed Iqwal yang berada di meja kerjanya itu.
Tuan Syed Iqwal diam dan hanya jarinya mengetuk permukaan meja berlapikkan kaca itu sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
"Baru seorang je yang tahu. Masih ada lagi 2 orang yang tak tahu apa-apa. It's not a big deal. Kita tngok dahulu permainan Megat Haider ni seperti apa. Kita follow je dulu."
"And...pasal Karlisa. She should continue being Karlisa. Sebab semua staf dan bisness partner yang lain tak kenal Jihan. Biarkan dulu buat masa ni sampai aku sendiri berjaya menghadap depan muka Megat Rusydi itu nanti sebagai Syed Iqwal bin Syed Ibrahim dan bukan bin Syed Mustaza."
Benjamin mengganguk faham. Dia sudah tahu jalan kedua untuk rancangan Tuannya itu. Tetapi agak berisiko. Tapi dia tahu Majikannya ini sangat licik dan bijak.
"Hari ni hari ke berapa dah Ami dekat KL ?" Soalannya terarah kepada Benjamin.
"Erm..dah masuk 4 hari Tuan Syed."
"Jihan ?".
"Macam biasa Tuan Syed pagi-pagi tadi dah ke rumah Puan Diana." Balas Benjamin.
Tuan Syed Iqwal hanya menggangguk faham.
"It's okay Benjamin. Kau boleh keluar."
Klak ! pintu telah di tutup rapat oleh Benjamin.
"Haish...suka sangat merayap."
Kata Tuan Syed Iqwal lalu dia bangun dan menukar pakaian. Setelah itu laju tangannya mencapai kunci kereta. Sudah tahu kemana tempat yang ingin di tuju.
TALAM besi yang berisi kek cawan yang di susun rapi di bawa perlahan-lahan ke arah oven yang di panaskan.
"Done ?". Tanya Puan Nora.
"Done chef Nora hehe." Balas Nurjihan saja menggelarkan wanita tua itu dengan gelaran Chef.
"Aipp..tak payah chef sangat la. Jihan suka panggil aunty dengan nama aunty Nora ke?".
Pertanyaan dari Puan Nora itu membingungkan Nurjihan.
"Yeah..itu nama aunty kan?". Balas Nurjihan polos.
Tergelak Puan Nora di situ.
"Yes memang la..tapi ubah la lepas ni panggil aunty Diana la kalau Jihan nak cari aunty dekat luar ke apa. Orang tak kenal Nora. Maid pun pening nanti. Tak biasa panggil nama tu."
"Hehe, boleh aunty..." Nurjihan menggaru-garu kepalanya tersengih malu.
Sebenarnya dia juga sangat janggal dengan nama aunty Nora bila mengetahui nama penuh 'ibu mertuanya' itu.
"Amboi, seronok nampak ?".
Tegur satu suara yang sedang menutup pintu di muka depan itu memandang ke arah dapur.
"Aik ? Iq kenapa datang tiba-tiba ni ?" Tegur Puan Diana.
"Saja iq datang..macam ada tertinggal..... 'sesuatu' ." Kata Tuan Syed Iqwal sambil matanya tepat ke arah Nurjihan yang berada di sinki sana sedang membasuh perkakas membuat kek.
Eh apa pandang-pandang aku pulak ?
Nurjihan hanya melihat dari ekor matanya. Dia tahu lelaki itu sengaja.
"Tinggal apa ? Iq jarang kan datang penthouse ni ? apa pulak yang tertinggal ?".
"Ada ami...ada....tapi rasanya Iq dah jumpa. Takpa, kejap lagi Iq bawak balik. Ami masak apa ? Iq lapar ."
Bawak balik konon...Mengata aku lah tu ?
Dia tersenyum bila melihat jelingan Nurjihan di situ. Ouh ayat tersembunyinya di baca jelas oleh si isteri 'rahsia'.
Lalu Tuan Syed Iqwal berjalan menuju ke sofa. Melihatkan sekeliling rumah penthouse kedua miliknya yang di beri pada Puan Diana untuk menjadi tempat persinggahan wanita itu setiap kali ke Malaysia.
"Ami baru habis buat cupcakes red velvet dengan Jihan tadi. Lauk ada je nak panaskan kejap lagi. Apa kata kita solat sama-sama nak ? alang-alang kita dah ada imam ni kan Jihan ?".
Teruja Puan Diana berkata pula kepada Nurjihan.
Nurjihan mengganguk teruja di hadapan Puan Diana bila melihat keterujaan wanita itu.
Imam eh ? Dia bukan sahaja kata imam solat .. imam sepenuhnya dalam hidup kau Jihan !
"Boleh, no problem...kain pelikat ada ?".
Tanya Tuan Syed Iqwal, matanya sekali lagi menatap Nurjihan seolah-olah bertanya kepada gadis itu.
Hishh tengok aku lagi ? apa ? kain batik adalah !
"Ada.... pergi tengok dalam almari tu..Arwah papa punya ami lipat dan simpan dalam almari. Tarik elok-elok jangan jatuhkan yang lain."
Pesan Puan Diana sambil sibuk mengeluarkan lauk-pauk untuk di panaskan dan tidak menyedari dua orang yang sedang berlawan menatap mata di belakangnya itu.
SEUSAI solat magrib, Kedengaran alunan lunak Tuan Syed Iqwal membacakan doa. Sepanjang solat tadi juga dia terbuai dengan merdunya bacaan surah dari lelaki itu. Sungguh dia tidak menyangka.
Apa lagi yang menghalang lelaki ini untuk layak terus berada di dalam hati kau Jihan ?
"Amin ya rabbal alamin"
Mendengarkan baris doa terakhir menyentakkan lamunan Nurjihan dan dia terus mengalami Puan Diana di sebelah dan hatinya seakan berbunga-bunga melihat Tuan Syed Iqwal yang berkopiah putih mencium tangan Puan Diana penuh sopan. Segaknya luar biasa !
"Eh ! ami terlupa ada panaskan lauk dekat dapur tadi." Puan Diana bergegas bangun berlari anak ke dapur dan tidak sempat di halang Nurjihan.
Moga lauk kari ayamnya tidak kekeringan kuah kerana terlalu lama di atas api.
Tuan Syed Iqwal ketawa sedikit melihat kealpaan Ibunya dan dia kembali memandang Nurjihan yang mula ingin bangun lalu dia menarik lembut tangan Nurjihan yang berlapikkan telekung itu.
"Tak nak salam suami ke ?"
Soalan dari lelaki itu memukul palu jantungnya.
Dup...dap..dup..dap...
Nurjihan kembali duduk bersimpuh di hadapan Tuan Syed Iqwal dan menyalami seseorang yang bernama suami itu dengan sopan. Tiada bantahan dari dirinya saat ini seakan terpukau dengan hanya bertindak.
Setelah di angkat kepalanya, dia terkesima bila Tuan Syed Iqwal mencium dahinya lembut.
"I love you."
Matanya tidak mampu berkedip untuk menutup sesaat pun dari melihat Tuan Syed Iqwal.
p/s ; hai..lama ke tunggu update ? jangan marah heheh :)
Share this novel