Seminggu berlalu kejadian hitam itu. Qasieh meneruskan membuka semula kedai Keknya. Manakala adik kembarnya kembali semula kesekolah selepas bercuti selama seminggu atas urusan Arwah Medina dan Mikail.
Qasieh yang sedang sibuk membaking dibahagian dapurnya menerima panggilan. Dia membersihkan tangannya lalu menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum." Sapanya.
"Waalaikumsalam. Boleh saya bercakap dengan Cik Qasieh Dhia Qalisya.?" Tanya lelaki itu.
"Ye saya Qasieh." Katanya.
"Oo boleh kita bertemu?" Tanya lelaki itu.
"Atas urusan apa ya Encik?" Tanya Qasieh lagi.
"Atas urusan wasiat simati." Kata lelaki itu lagi.
"Maksud Encik?" Tanya Qasieh tak memahami maksud panggilan.
"Wasiat Puan Medina Mikayla dan Tengku Megat Mikail." Kata lelaki itu lagi.
"Tengku?" Qasieh berbisik pada dirinya.
"Boleh Cik?" Tanya lelaki itu lagi.
"Boleh." Balas Qasieh.
"Dimana Kita boleh bertemu?" Tanya lelaki itu.
Qasieh memberikan alamat kedai keknya. Dan dia bersetuju untuk bertemu pada jam 3 petang nanti.
-BANGUNAN TZ HOLDING-
Megat Ammar Zahrain berdiri menghadap cermin kaca dibelakangnya. Kehilangan Mikail kembarnya membuatkan dia hilang separuh dari kehidupannya.
Dia mengingat semula kejadian setahun lepas, Dimana Mikail menyatakan hasrat untuk memperisterikan seorang gadis kampung kepada Mama dan Papanya.
Namun ditantang habis oleh keduanya. Diberi kata dua pilih keluarga, namanya
akan tetap ada didalam pemegang harta ataupun pilih gadis kampung dan akan ditendang dari keluarga.
Mikail memilih gadis kampung daripada kekayaan keluarganya. Ammar hanya mampu menarik nafas dalam apabila mengingatkan kejadian itu.
"Apa kau tak menyesal ke Angah dengan keadaan kau sekarang?" Tanya Ammar pada Mikail.
"Aku taknak kehilangan dia Along. Kau sendiri tahu, pilihan mama bukan seperti yang aku inginkan." Kata Mikail.
"Kau fikir Angah." Kata Emir adiknya ketiga.
"Aku dah fikir dah Chik." Kata Mikail.
"Aku taknak masuk campur. Kalau kau rasa akan bahagia dengan gadis tu, aku tak halang." Kata Ghazi adik bongsu mereka.
"Satu je aku mintak. Andai satu hari aku dah takde korang lawatlah kubur aku." Kata Mikail.
"Kau jangan nak merepek Angah!" Herdik Ammar.
"Kita tak tahu ajal kita bila." Kata Mikail senyum.
Lamunannya terbang apabila bahunya disentuh seseorang. Ammar menoleh melihat gadis seksi disisinya.
"Kau nak apa Sharmila." Tanya Ammar menjauhi Sharmila.
"You ni kenapa? Menung jauh. Rindu dekat I ke?" Tanya Sharmila.
"Aku takde masa lah nak fikir pasal kau." Terus terang Ammar berkata.
"Along!!" Herdik Tengku Marsha.
"Mama." Ammar terkejut melihat Mamanya berada dimuka pintu.
"Kenapa mesti kata macam tu pada Ila?" Tanya Tengku Marsha dalam nada marah.
"Please lah Ma. Jangan nak mulakan." Kata Ammar.
Tokk!! Tokk!!
Pintu kaca diketuk dari arah luar.
"Masuk." Sapa Ammar.
Emir menjengulkan kepalanya kedalam dan melihat Mama dan Sharmila ada didalam ruangan Abangnya.
"Along jom. Kita lawat tapak projek." Kata Emir membantu Abangnya.
"Ok." Kata Ammar sepatah lalu berdiri dan hendak meninggalkan Mamanya dan Sharmila.
Tengku Marsha memanggil Ammar dan Emir agar berhenti.
"Please lah Ma. Bukan waktunya. Sekarang waktu Along dan Achik kerja." Kata Emir dan berlalu bersama Ammar menunggalkan bangunan TZ Holding.
Ghazi sudah menunggu mereka parking kereta. Melihat kesua Abangnya dia menekan Hon kereta agar kedua abangnya menuju kearah dia berada.
Masuk sahaja keduanya kedalam kereta, kereta bergerak laju meninggalkan bangunan itu.
"Kemana?" Tanya Ammar.
"Kita kebalai, urus kereta Angah." Kata Emir.
"Boleh ke?" Tanya Ammar.
"Ghaz tak tahu, tapi Tuan JJ ada bagitau Ghaz, seseorang dah tuntut kereta tu." Kata Ghazi.
"Jadi?" Tanya Ammar.
"Kita urus dulu mana tahu dapat." Cadang Emir.
"Sapa yang cuba tuntut kereta tu?" Tanya Ammar lagi.
"Perempuan." Balas Ghazi.
"Siapa?" Tanya Ammar tak puas hati.
"Kawan Angah dan Isterinya." Kata Ghazi.
Ammar mendiamkan diri. Malas nak berdebat dengan dua adiknya. Sesampai dibalai, mereka dibawa bertemu dengan Tuan Jj.
"Maaf Tengku, saya tak boleh lepaskan kereta tu pada Tengku bertiga." Kata Tuan Jj.
"Kenapa. Kami waris mangsa." Kata Ammar dengan nada geram.
"Maaf sekali lagi. Tetapi kami menerima arahan daripada peguam Tengku Mikail dan Puan Medina bahawa hanya Qasieh Dhia Qalisya yang dapat tuntut semua harta termasuk Bayi yang berusia seminggu serta kereta ni.
"What!! Bayi? Bayi siapa?" Tanya Emir.
"Sebelum meninggal, Puan Medina sempat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang.
"Maksud Tuan?" Soal Ammar.
"Sebaiknya, Tengku bertiga bertemu dengan Penama ni atau terus bertemu peguam yang dilantik oleh Tengku Mikail.
"Baiklah. Tapi tolong rahsiakan identiti Tengku Mikail." Kata Emir pula.
"Baik Tengku." Kata Tuan Jj dan berjabat tangan sebelum mereka bersurai.
"Call Calvin, cari tahu dimana gadis tu berada." Kata Ammar.
"Hmmm Along call sendiri tak boleh ke?" Tanya Emir.
Ammar membalas tatapan tajam kearah Emir.
"Ok. Ok." Kata Emir.
Selang beberapa minit, Satu pesananasuk kedalam email milik Ammar. Dia membuka pesanan itu dan tersenyum menang.
"Kita kesana." Kata Ammar.
"Kemana?" Tanya Ghazi.
"Kedai Kek Viral tu. Manja Qasieh Shop Cake." Kata Ammar.
"Buat apa? Along nak belanja ke?" Tanya Ghazi.
Tiada jawapan bagi soalan Ghazi. Sesampai di kedai kek, Jam menunjukkan waktu makan tengah hari. Memang pelanggan keluar masuk ke kedai kek tersebut.
"Ramai lah Along." Kata Ghazi.
"Betul tu. takut-takut nanti terserempak Mama."Kata Emir pula.
"Baiklah. Esok kita kesini lagi." Kata Ammar.
Ghazi memandu meninggalkan kedai kek menuju ke restoran untuk mereka bertiga makan tengah hari.
-KEDAI KEK-
Qasieh sibuk membantu dua orang pekerjanya dikaunter. Baru tutup beberapa hari pelanggan datang menyerbu selepas kedai keknya buka semula.
Ada yang membeli Kek, Bun, Mini tart. Dan tak menang tangan Qasieh apabila banyak order untuk kek ulang tahun dan kek bertunang.
"ALHAMDULILLAH REZEKI ALLAH BERIKAN." Syukurnya didalam hati.
Pelanggan beransur berkurang. Banyak tempat kek yang disusun tadi kosong.
"Alhamdulillah Kak Qasieh. Jualan hari ni laku keras." Kata Nur staffnya.
"Betul tu." Kata Mia.
"Alhamdulillah. Syukur atas rezeki yang Allah bagi." Kata Qasieh.
"Dah sambung kerja. Kejap lagi, Akak ada hal dalam ofis. Petang ni Akak dah siapkan beberapa jenis Bun dan Kek Butter kat belakang. Nanti tolong susun ye." Kata Qasieh pada staffnya.
"Ok kak. Bisa diatur." Kata Cika.
Qasieh hanya ketawa kecil atas kenakalan tiga orang staffnya. Dia berlalu menuju ke ruangan kerjanya.
Pukul tiga petang seorang lelaki mencarinya dikaunter sambil membawa seorang pegawai JKM dan seorang bayi lelaki.
Tokk tokk tokk.
"Masuk Mia." Kata Qasieh.
"Maaf Kak. ada orang nak jumpa akak." Kata Mia.
"Ooo suruh masuk. Dia dah call akak tadi." Kata Qasieh.
"Oraite." Balas Mia.
"Buatkan Air sekali." Pinta Qasieh.
"Boleh kak." kata Mia lalu pergi.
Seorang lelaki dan seorang perempuan masuk kedalam ruangan Qasieh. Qasieh mempelawa mereka berdua duduk dihadapannya.
"Kenalkan saya Syahiran Peguam peribadi Tengku Megat Mikail Bin Tengku Zainal dan ini pegawai JKM Puan Murni." Kata Peguam itu.
"Saya Qasieh. Qasieh Dhia Qalisya." Kata Qasieh dalam senyuman.
"Sebaiknya saya teruskan." Kata Peguan itu.
"Silakan." Balas Qasieh.
Hampir sejam perbincangan berlangsung. Qasieh mendengarkan hinggalah anak lelaki yang berada ditangan Pegawai JKM berpindah ketangan Qasieh.
"Saya harap awak mampu menjaga dan memberi kasih sayang pada Bayi ini." Kata Peguam itu.
"Baiklah. Saya terima andai ini adalah anugerah terakhir dari Medina dan Mikail." Kata Qasieh.
Berat untuknya menerima bayi tersebut. Kerana masih ada tiga adik yang harus ditanggungnya. Inikan pula bayi yang baru berusia seminggu.
Qasieh terfikir akan hukum antaranya dengan bayi lelaki itu bila diaeningkat dewasa.
"Siapa nama Cik Qasieh nak bagi pada Bayi ni?" Tanya Peguam itu.
"Iman. Megat Iman Malique."Kata Qasieh laju meluncur nama itu dari mulutnya.
"Cantik namanya." Peguam mencatat nama itu didalam buku ditangan.
Selesai perbincangan. Ketiga pekerjanya silih ganti melihat bayi comel ditangannya.
"Ya Allah. Comelnya akak." Kata Nur.
Ketiga adiknya masuk kedalam kedai dan melihat Qasieh sedang menyusukan bayi lelaki ditangannya.
Mereka menghampiri.
"Anak siapa Kak Long?" Tanya Zaff.
"Kak Long jangan nak main gila Kak Long." Kata Ziyan.
"Anak siapa?" Tanya Ziyyad.
Apakah Iman akan diterima didalam keluarga Qasieh. Bolehkah Ammar menemui anak saudaranya
Share this novel