Suasana yang tadinya riuh-rendah kini bertukar senyap ketika Nathaniel turun dari atas. Masing-masing hanya fokus pada makanan di pinggan.
Sesekali ekor mata Bloom mengerling lelaki yang duduk bertentangan dengan dirinya. Dia bukannya apa, tapi aura lelaki ni sungguh berbeza daripada lelaki-lelaki yang ada dalam rumah ni. Dia boss ke?
Nak bertanya lebih, nanti cakap penyibuk pula. Bagus dia diam saja.
“Just eat, flower"
Tersentak Bloom lalu cepat-cepat menghabiskan makanannya.
Flower? Hurm... Sejak dia tiba, lelaki tu selalu panggil dia flower. Tahulah nama dia Bloom. Panggil saja lah Bloom. Tapi entah kenapa, dia senang dengan panggilan tu. Terasa dirinya sangat istimewa dengan nama panggilan tu.
Tapi, siapa lelaki ni? Adakah dia jahat atau sebaliknya? Agak susah dia ingin mempercayai lelaki ni walaupun lelaki ini dan yang lain tidak menunjukkan sebarang tanda ingin melukai atau menjualnya. Hurm... Bercakap tentang jual, kenapa lelaki ni beli dia? Berapa harga yang ditawarkan sampaikan lelaki ni sanggup membelinya?
Ah... yang pasti mak cik nya takkan jual dia dengan harga yang murah. Pastinya sekarang dua beranak tu bersuka-riang tanpa dirinya.
Berterbangan segala lamunan tatkala merasa ada jari kasar menyentuh pipinya. Dia mendongak.
“A... apa? "Soal Bloom. Dia melihat kiri kanan. Eh? Kenapa tinggal mereka berdua saja ni? Mana yang lain? Kenapa dia tak perasan?
“Are you okay? "Soalnya pula tanpa menjawab soalan Bloom tadi. Lambat-lambat Bloom mengangguk. “Jadi kenapa tak makan? "Soalnya lagi. Kali ni Bloom menggeleng pula. Sisa makanannya dihabiskan sebelum dibawa ke sinki.
Dia nak basuh, tapi lelaki tu tak beri. Katanya biar maid saja yang buat semua kerja rumah tu. Dia tinggal arahkan saja.
Tapi... Dia tak biasa masalahnya! Dari dulu dia belajar buat semua sendiri hinggakan tidak biasa duduk diam tanpa membuat apa-apa.
“Kau nak tahu kenapa aku bawa kau ke sini? "
Laju sahaja Bloom mengangguk. Memang itulah yang dia nak tanya sejak dari mula dia datang ke sini! Sekarang sudah masuk empat hari dia berada di rumah lelaki ni.
Lelaki itu tersenyum senget.
Dengan sengaja dia menggeser lebih dekat dengan Bloom. Bloom pula menggeser ke sebelah. Semakin dia menjauh, semakin pula lelaki tu mendekat. Mereka menggeser hinggalah tiada ruang di sebelah Bloom.
“E... encik, kenapa ni? "Soal Bloom cuak. Jantungnya laju saja mengepam darah ke seluruh anggota tubuh. Aduh, dah kenapa lelaki ni? Nak cium dia ke?!
Matanya dipejam rapat. Tangan naik menutup wajahnya. Janganlah nodai aku walau stranger. Aku tak rela... huwa...
“Perché mi manchi, fiore mio " bisiknya (Because I miss you, my flower). Dapat Bloom rasakan kehangatan nafas itu dekat dengan dirinya.
Bahasa alien apakah itu?! Sepatah pun dia tidak faham.
“Open your eyes, I wouldn't kiss you"
Teragak-agak Bloom membuka matanya. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Kang terus kena terkam tak ke naya tu? Eh... ke situ pula dia. Wake up Bloom. Jangan nak berangan lebih.
Sebaik matanya terbuka, terkejut dia melihat wajah itu sangat dekat dengan dirinya. Hanya tinggal beberapa inci sebelum dahi mereka berlaga.
“Un giorno lo saprai, fiore mio " bisiknya lagi. (One day, you will know about it, my flower).
Makin berkerut dahi Bloom mendengar nya. Alahai... boleh tak cakap bahasa Melayu? Dia ni bukannya belajar tinggi mana pun nak faham semua bahasa. Ada juga dia hempuk kejap lagi ni.
“Don't curse flower, I don't like it" ucapnya. Tersentak Bloom. Lelaki ni macam tahu-tahu je dia tengah kutuk dalam hati tadi.
“Urm... encik, boleh tak e... encik tepi sikit. Sa... saya tak selesalah" arah Bloom. Bukannya tak selesa. Tapi dia boleh mati kalau macam ni! Bau maskulin lelaki tu buat dia gila! Makinlah laju jantungnya bekerja. Tabahlah wahai jantung. Jangan kau berhenti dulu. Aku tak nak mati sia-sia di sini. Huhu...
“Don't call me 'encik'. I don't like it if it's come from your mouth" tegas lelaki itu. “Habis tu... nak saya panggil apa? "Soal Bloom. Semenjak dia tinggal di sini, tak pernah pula dia tanya nama lelaki ni. Haih... Lah, begini lah hidup seorang Bloom Lennox. Dah lah tinggal rumah orang, bukannya nak ambil tahu siapa nama pemilik rumah ni.
“Call me Nath, Nathaniel "
“Nath? "
“Yes, flower" balas Nathaniel sambil matanya tidak lepas dari memandang seraut wajah cantik milik Bloom Lennox.
“E... encik, I mean Nath, macam mana awak kenal saya dan kenapa awak bawa saya ke sini? Adakah... adakah awak nak jual saya pada orang lain? "Soal Bloom dengan degupan jantung yang masih tidak stabil. Mata Nathaniel mencerlung tajam ke arah Bloom. Jelas kelihatan urat-urat timbul di dahinya.
Dia menjarakkan diri dengan Bloom.
“Mi assicurerò che tu sia al sicuro. Nessuno può strapparti a me! Nessuno! Se qualcuno osa farlo, riceverà la ricompensa! "Tegas Nathaniel. (Aku akan pastikan kau selamat. Tiada yang boleh rampas kau daripada aku! Tiada siapa! Kalau ada yang berani buat, mereka akan menerima balasannya!).
Muka blur Bloom tayangkan. Apakah benda yang si Nathaniel ni cakap? Sepatah pun dia tidak faham. Mee? River? Ah... apa-apa lah.
“Kau nak balik semula ke rumah mak cik kau? "Soal Nathaniel secara tiba-tiba. Laju sahaja Bloom menggeleng. Balik semula ke sana? Mati hidup semula pun dia tak ingin jejak kaki ke tempat durjana tu!
“Then stay here and be my wife"
Share this novel