Bab 44

Romance Series 113896

"Syam, kau dah sampai pejabat ke?"

"Dah, baru sampai. Jap aku datang bawa sampul semalam"

Klik panggilan dimatikan.

Lima minit kemudian.

Tok tok tok

"Masuk"

"Aniq ni sampul yang... Woo.. apa kena dengan muka kau ni? Licin wei, salah trim ke apa ni." tanya Syam sambil ketawa dilepaskan, tak sempat nak bercakap habis.

"Ketawa.. Ketawa la.. Memang aku dah sedia untuk diketawakan kau pagi ni." ucap Aniq lalu merampas sampul di tangan Aniq dengan muka marah.

"Serius la, kau salah trim ke apa ni? Tak pernah-pernah muka kau bebas dari misai dan kumis sejemput tu. Eh, tapikan nampak lain la, nampak jambu" sakat Syam sambil tak lepas ketawa dari bibir.

"Afya sibuk nak tolong trim. Gigil punya pasal, senget sebelah. Dah alang-alang, aku cantas je la semua" terang Aniq.

"Eh, jap-jap. Maksud kau Yus tolong trim?" tanya Syam tidak percaya.

"Iye lah, tak kan jiran sebelah rumah aku pulak. Kau ni dah kenapa?" tanya Aniq marah.

"Maknanya kau dah okey la ni dengan Yus?" tanya Syam.

"Hm.. Okey dah" balas Aniq pendek.

"Alhamdulillah... Tak de la aku seram nak mengadap muka kau dah macam zombie kena sampuk" ucap Syam lantas tangan mengaminkan muka.

"Melampau kau kan samakan aku dengan zombie" ucap Aniq sambil membuka sampul yang diserahkan Syam.

Ketawa Syam dengan ulah Aniq.

Kuat dengusan Aniq.

"Kenapa?"

"Kau tengok ni. Ni gambar Yus depan kedai bunga" lalu Aniq menyerahkan beberapa keping gambar pada Syam.

"Siapa dia ni?" soal Syam.

"Aku pun tak tau la Syam"

Aniq kemudian ambil sehelai kertas yang terselit di celah-celah gambar.

'See you soon Tuan Aniq'

Aniq turur sama mengintai apa yang tertulis atas kertas tersebut.

"Ni dah tahap bahaya ni. Kau nak buat apa sekarang?" soal Syam.

"Tak kan tak nak bagi Yus keluar rumah. Lagi satu dalam rumah pun kalau kau tak ada sekali, tak menjamin juga keselamatan Yus"

"Dah tu, takkan aku nak bawa dia kat pejabat aku pulak. Kau ni, biar betul. Kalau dia polis juga tak apa la, dia orang awam, mana boleh suka-suka masuk sini walaupun isteri aku. Adoi.." ucap Aniq

"Tak la, aku tak suruh kau bawa Yus datang sini. Cuma tu la, rasanya sini je tempat yang selamat" balas Syam.

"Macam ni la, aku akan minta anggota yang free untuk gilir-gilir pantau Yus. Kalau ada apa-apa, diaorang call kau terus" cadang Syam.

"Dah menyusahkan diaorang pulak.." tutur Aniq perlahan.

"Itu kau tak payah risau, bukan orang lain, anggota kita juga" balas Syam.

"Kalau dah macam tu say thanks kat diaorang"

"Ye lah, aku keluar dulu la. Apa-apa kau call aku." ucap Syam lalu terus keluar dari pejabat Aniq.

+++

Malam itu selepas makan malam, seperti biasa Aniq dan Yus akan menonton tv sebelum masuk tidur. Yus duduk bersandar di sofa manakala Aniq pula baring di sofa dengan berbantalkan paha Yus. Bila ditegur lepas makan tak boleh baring, jawab Aniq lenguh pinggang. Ikut suka la Aniq..

Sambil menonton filem yang sedang ditayangkan, Yus bermain-main dengan rambut Aniq dan sekali sekala jarinya mengelus lembut kening dan mata Aniq membuatkan mudah sahaja mengantuk datang menyapa.

Sedang ralit rambut Aniq diusap. Yus bersuara.

"Abang.. Sayang rasakan, tiga empat hari ni, macam ada orang ikut sayang la. Sayang pergi mana pun rasa macam ada mata yang perhatikan sayang." adu Yus.

"Perasaan sayang saja tu.." balas Aniq dengan mata yang terpejam. Aniq tau, orang yang mengekori Yus adalah anak buahnya. Itu semua demi keselamatan Yus.

"Ye ke.. Tapi betul bang. Sayang dapat rasa diaorang tu follow sayang. Tunggu la, sayang dapat tangkap, lebam muka tu sayang bubuh" marah Yus.

Ah, sudah. Jangan anggotanya tertangkap sudahlah, nanti mau lebam biji mata kena penumbuk sulong Yus.

"Garangnya isteri abang ni.. Jangan suka-suka pukul orang, tak pasal-pasal kena tangkap pulak nanti" pesan Aniq.

"Abang ni.. Tak kan la sayang saja-saja nak pukul. Kalau diaorang ganggu sayang la maksudnya. Ish" jawab Yus dengan bibir simuncungkan.

"Haip, jangan buat bibir macam tu. Abang gigit nanti" tegur Aniq.

"Abang ni, sayang tengah serius ni." marah Yus.

Aniq yang tadi sedang baring di paha Yus, terus bangun duduk.

"Okey.. Abang dengar. Macam ni, kalau ada apa-apa yang pelik, sayang cepat-cepat call abang, boleh?" soal Aniq pula.

"Okey..."

"Abang.. Sayang nak tanya sikit boleh?" soal Yus pada Aniq yang baru sahaja mahu baring semula.

"Apa sayang.." terbantut pergerakan Aniq.

"Hm.. Sayang nak tanya, bunga dengan coklat yang sayang bagi abang tu, abang bagi siapa?" soal Yus. Yus tau Aniq bukan suka sangat makan coklat tapi disebabkan nampak sweet bila bagi bunga dan coklat, sebab tu Yus tetap bagi juga coklat walaupun tau Aniq tak suka sangat. Manis katanya, tak bagus untuk kesihatan.

"Abang simpan la. Kenapa pulak abang kena bagi orang lain pulak?" soal Aniq pelik.

"Tak la, abang bukan suka sangat coklat. Abang cakap manis" balas Yus.

"Abang tak suka makan, bukan tak suka simpan. Ada la abang simpan. Kenapa, tak percaya?" soal Aniq lantas hidung Yus dicuit.

"Tak la.. Kalau abang tak makan, meh sini bagi Yus. Simpan lama-lama nanti expired date" ucap Yus sambil tersengih.

"Eh.. Dah bagi mintak balik, buruk siku baru tau" usik Aniq.

"Sayang tanya je la, tak nak bagi sudah. Sayang boleh beli lain." jawab Yus lalu bangun meninggalkan Aniq seorang diri di ruang tamu.

"Pulak.. Merajuk" kalut Aniq switch off tv dan Astro lalu masuk ke dalam bilik tidur.

"Sayang.. Merajuk ke?" soal Aniq sebaik duduk di atas katil.

Yus pada waktu itu sudah pun baring sambil memejam mata. Ala.. Comelnya.. Dah tidur la tu kononnya ya..

"Sayang", panggil Aniq lalu tubuh separuh yang berbungkus selimut itu dipeluk. Telinga Yus dicium.

"Sayang dah tidur" jawab Yus dengan mata terpejam.

"Aik, dah tidur pun boleh bercakap?" usik Aniq.

Tertawa Aniq dengan ulah Yus, hai la..

"Abang baru nak bagi coklat semua tu pada sayang tapi dah sayang tidur, tak apa lah. Bagi pada Syam je la" kata Aniq lalu melepaskan pelukan di tubuh Aniq.

"Berani abang bagi Syam? Tidur luar sebulan!" balas Yus sambil memandang Aniq dengan mata dikecilkan.

"Jangan lah sayang, seminggu hari tu pun dah seksa, ni sebulan.. Tak nak.. Tak rela" pantas Aniq menjawab.

"Tau pun.. Abis mana coklatnya?" soal Yus.

"Ada, abang simpan dalam paper bag, dalam kereta"

"Nak..." laju Yus membalas.

"Esok lah. Dah malam ni" pujuk Aniq.

"Kalau macam tu, tak payah bagi terus"

"Ye lah.. Ye lah.. Abang ambik dalam kereta sekarang" jawab Aniq.

Dengan malas Aniq melangkah keluar bilik dan mengambil kunci kereta lalu menuju ke pintu utama untuk keluar mengambil paper bag yang disimpan coklat. Sebaik Aniq menghampiri keretanya di bawah garaj, Aniq nampak ada sesuatu di letakkan di wiper kereta.

Berderau darah Aniq kerana dia dapat menjangkakan apa isi kandungan sampul tersebut.

Aniq mengambil sampul surat tersebut lalu dibuka dan isi dalamnya dikeluarkan.

Terdapat beberapa keping gambar Yus yang berada di site, gambar Yus di tempat parking pasaraya, gambar Yus di hadapan bangunan pejabatnya dan beberapa keping lagi gambar Yus. Sehelai kertas yang terselit diambil dan dibaca.

Berani kau kan Tuan Aniq biar isteri cantik keseorangan selalu.

Kuat dengusan Aniq. Pantas isi dalam dimasukkan semula ke dalam sampul dan diletakkan di dalam dash board kereta. Paper bag yang mengandungi coklat dicapai.

"Lamanya abang ambil coklat" tegur Yus.

Dilihat wajah Aniq tegang seperti sedang marahkan sesuatu.

Abang marah aku ke? Yus bertanda tanya.

"Abang... Abang okey ke?" tanya Yus lantas turun dari katil dan mendapatkan Aniq yang berdiri tegak di hadapan pintu dan memeluk perlahan tubuh itu.

Bagaikan baru tersedar dengan kehadiran Yus, pantas wajah dimaniskan. Aniq tidak mahu Yus bimbang.

"Abang okey. Sorry lambat, teringat dokumen yang tertinggal dalam kereta tadi" balas Aniq lalu menyerahkan paper bag yang mengandungi coklat kepada Yus.

Suka Yus dapat coklat tersebut walaupun pada asalnya dia berikan coklat itu pada Aniq.

"Jangan makan banyak sangat okey," pesan Aniq lalu ciuman dilabuhkan di pipi Yus.

"Thank you abang" ucap Yus lalu tubuh itu dipeluk.

"Ye.. Dah. Jom tidur. Nanti lewat pulak bangun" ajak Aniq lalu bergerak ke katil dan perlahan katil dipanjat.

Malam itu hampir jam tiga pagi baru Aniq terlena kerana sibuk memikirkan mengenai pengirim sampul surat tersebut.

+++

Seminggu sudah berlalu sejak Aniq terima sampul yang ketiga. Setakat ini, alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku pada Yus. Selepas Aniq memaklumkan pada Syam mengenai sampul surat ketiga, Syam mencadangkan supaya rumahnya dipasang CCTV. Bukan apa, suspek sudah semakin berani masuk ke rumah Aniq untuk meletakkan sampul pada kereta. Tidak mustahil perkara lebih dari itu mampu dilakukan.

Yus : Assalamualaikum abang sayang.

Aniq : Waalaikumsalam sayang abang.

Yus : Abang sibuk ke, sorry ganggu.

Aniq : Tak juga.

Yus : Abang, hari ni sayang balik lewat sikit tau, mungkin sampai rumah dalam jam lapan macam tu. Sayang ingat nak singgah pasaraya cari barang sikit.

Aniq : Okey sayang, hati-hati tau. Dah sampai rumah bagitau abang. Abang pun mungkin lewat juga, ada operasi petang ni takut bawa sampai ke malam.

Yus : Okey abang. Abang pun hati-hati. Love you abang. Miss you. Muuahh..

Aniq : Love you too sayang. Miss you.

"Hai tersengih-sengih. Whatsapp dengan Yus la tu.." tegur Syam yang baru melabuhkan duduk di sebelah Aniq dalam bilik taklimat.

"Tak, Afya bagitau di balik lewat sikit sebab nak ke pasaraya beli barang. Elok la, kita pun ada operasi. Biasanya malam baru stand down." jawab Aniq

"Seronok aku tengok kau sekarang." ucap Syam sambil menepuk bahu Aniq.

"Alhamdulillah.." ucap Aniq.

+++

Hampir jam sembilan malam operasi stand down. Aniq memeriksa call dan whatsapp tapi tiada satu pun dari Yus. Aniq sudah tidak sedap hati.

Nombor telefon Yus didail tetapi masuk ke peti suara.

"Niq, kau dah kenapa? Dari tadi asyik dengan telefon. Rindu Yus ke. Pergilah balik. Dah tak ada apa pun. Semua dah settel." ucap Syam

"Afya bagitau dia mungkin sampai rumah dalam jam lapan malam dan akan bagitau aku kalau dah sampai. Masalahnya, sekarang ni dah jam sembilan tapi Afya tak bagitau apa-apa. Aku whatsapp tak balas, call tak dapat" terang Aniq dengan wajah bimbang.

"Kau biar betul. Yus ke mana pulak" soal Syam dengan wajah yang bimbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience