19

Other Series 56144

SEHARIAN Eirfan tak senang duduk. Kata-kata doktor pagi tadi benar-benar mengganggu fikirannya. Bahkan dia sendiri hampir kehilangan nafas untuk terus hidup.

"Keadaan kesihatan Tuan Kassim menurun lagi. Darah yang kami ambil tidak menunjukkan hasil keputusan yang positif" ujar Doktor Qhair sambil anak matanya memerhati tepat ke arah wajah sugul Eirfan.

"Maksud doktor?" Suara Eirfan sudah bernada lemah. Dia tidak sanggup untuk terus menadah telinga mengenai keadaan Tuan Kassim tersebut.

Bahu Eirfan ditepuk perlahan oleh Doktor Qhair. Walaupun perit kenyataan yang bakal didengari, namun dia tiada pilihan. Tugasnya adalah untuk memastikan ahli keluarga pesakit bersedia dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, sebarang keadaan positif atau negatif, mahu tidak mahu, dia terpaksa juga menjelaskan.

"Banyakkan berdoa ye? Allah Maha Mendengar. Setiap doa pasti ada keajaibannya"

"Tapi hari tu doktor cakap atok saya okey. Kenapa sekarang...?" jeda Eirfan.Terlalu berat untuk dia menerima sebarang berita tidak menyenangkan saat ini.

"Keputusan darah baru keluar pagi tadi encik Eirfan. Maafkan kami kalau encik berharap yang sebaliknya"

"Menung jauh nampak? Takkan rindukan si jantung hati?" usik Mikael lantas menghantar punggung bersebelahan Eirfan.

Namun usikan Mikael tidak disambut oleh Eirfan. Wajahnya tampak suram sahaja. Mikael mengerut dahi. Bahu Eirfan disenggol. Sekali. Dua kali. Barulah sahabatnya itu tersedar dari lamunan.

"Sorry El. Kejap lagi aku sambung kerja aku"


Terpinga-pinga Mikael dengan sikap aneh Eirfan itu. Dia ada sebut pasal kerja ke tadi?


"Its okay. Kau apasal? Okey tak ni?"

Sepi. Eirfan berdehem, sengaja mewakilkan dehemannya untuk menjawab.

"Kau ada masalah ke?" tegur Mikael setelah melihat keadaan Eirfan yang bak kehabisan nyawa saja itu. Tidak biasanya Eirfan seperti itu. Kecuali jika dia benar-benar punya masalah yang besar. Namun apakah masalah tersebut? Adakah bersangkut-paut dengan Datuk Elias?

"Nak share masalah dengan aku ke?" Mikael prihatin. Bahagia Eirfan ,bahagialah dia. Berdukanya Eirfan ,maka berduka jugalah dia.

Eirfan geleng kepala. Dia belum kuat untuk bercerita apa-apa kepada Mikael. Tambahan pula, Mikael juga baru menjadi pengantin baru. Masakan dia mahu menambah masalah kepada lelaki yang baru mengecap kehidupan baru itu.

"Aku okey. I'll just need my own time and space"

"Okey. Kalau macam tu, kau tenangkan diri kau dulu. Nanti kalau kau perlukan sesiapa, I'll be there for you"

Mikael berlalu meninggalkan Eirfan di situ.

Eirfan tersenyum hambar. Setelah Mikael berlalu ,dia menghela nafas panjang. Telefon bimbit di dalam kocek digapai. Nombor Natrah dicari. Tanpa menunggu, nombor tersebut didail. Dahinya berkerut setelah panggilannya disambut oleh suara operator.

"Kenapa dia off phone dia?"

Tak puas hati, Eirfan mencuba lagi. Namun hasilnya masih sama. Dia menjadi hairan kerana Natrah tak pernah off handphone nya dan jika pun perkara tersebut terjadi, pasti dia akan dimaklumkan terlebih dahulu.

"Tak pernah dia macam ni sebelum ni.." Hati Eirfan dipagut seribu kebimbangan.

DUDUK menghadap kolam yang dipenuhi dengan sebilangan manusia, hati Ehsan tampak tenang sahaja. Dia berkira-kira hendak menyertai mereka, namun hasratnya terbatal tatkala teringatkan Natrah. Entah kenapa bangun saja pagi itu, gadis tersebut yang berlegar-legar di fikirannya.

Semalam setelah menghabiskan masa di sekitar Main Bazaar bersama Natrah, mereka kembali ke bilik masing-masing. Ketika di dalam kereta hendak menuju ke hotel, Natrah pamit untuk ke tandas.

Dia yang mempunyai idea 'gila' tiba-tiba saja mengambil telefon bimbit dan kad pengenalan Natrah dari dalam begnya tanpa pengetahuan gadis itu. Hati yang terlalu membuak-buak akan hubungan Natrah dengan Eirfan menyebabkannya memeriksa kontak di dalam telefon bimbit Natrah.

Wajahnya menyenget dengan senyuman tatkala nombor telefon Eirfan disimpan dengan nama Hubby. Sekaligus menjawab pertanyaan yang membelenggu kotak fikirannya selama ini.

Wajar sajalah Natrah selalu menolak dirinya. Rupa-rupanya, Eirfan terlebih dahulu mengorak langkah.

"Jangan haraplah aku nak biarkan kau happy!" cemuh Ehsan dengan wajah bengisnya. Dia akan menyembunyikan telefon bimbit dan kad pengenalan Natrah selama yang mungkin. Dan mungkin juga akan menggunakannya untuk mengugut Natrah.

Senyuman sinis mula menghiasi wajah tampan itu.

"MANA erk? Mana aku letak? Takkanlah tertinggal kat kedai makan semalam. Tak pun, tertinggal kat toilet..."

Gelabahnya Natrah mencari telefon bimbit dan kad pengenalannya yang sudah hilang secara tiba-tiba itu. Habis bersepah kamarnya dek kerana mencari barang tersebut.

"Mana ni? Ya Allah, mana aku letak? Takkanlah aku misplaced!"

Cemas betul Natrah memikirkan barang-barangnya itu. Kalau telefon bimbitnya hilang, dia masih lagi boleh bernafas lega. Tetapi kad pengenalan? Itu pastinya sukar baginya untuk bebas bergerak. Kang tak pasal-pasal orang cop dia pendatang asing!

Natrah berdiri di sebalik pintu gelongsor. Kuku digigit sambil kaki mencuit lantai. Otaknya sedang ligat memikirkan kemungkinan barang peribadinya hilang di mana-mana. Dia benar-benar kegelisahan. Buntu dan hampa!

Semalam selepas balik dari makan malam bersama Ehsan, dia ada singgah ke tandas untuk menukar pad nya. Setahu dia, dia tak membawa beg bersamanya. Itu bererti begnya tertinggal di dalam kereta Ehsan.

Kening Natrah bertaut. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Takkanlah dia yang ambik? Tapi tak mustahil! Natrah menggaru tengkuknya. Sejurus kembali ke biliknya, dia terlupa pula untuk memeriksa begnya. Penat seharian kerana berjalan bersama Ehsan menyebabkan dia terus terlelap.

Natrah memetik jari. Dia harus berhadapan dengan Ehsan dan bertanya sendiri akan perkara tersebut.

DARI JAUH, Ehsan nampak figura Natrah yang santai mengenakan baggy blouse berwarna krim dan dipadankan dengan jeans hitamnya. Rambutnya terikat dengan ponny di hadapan. Arghhh, dia terlalu comel untuk terus ditatap!

"Bos.."

Ehsan berpura-pura tidak mendengar tatkala namanya diseru oleh Natrah.


"Bos!" Suara Natrah kedengaran sedikit tegas. Dia bengang kerana Ehsan buat tak tahu dengan panggilannya. Dia tahu lelaki itu hanya berpura-pura. Eihhh! Hatinya mendongkol geram.

"Yes.. What's up?" Ehsan tayang wajah selamba. Matanya melirik wajah comel gadis itu yang sedang kemerah-merahan menahan amarah. Dia boleh agak kalau tujuan Natrah menghadapnya adalah bertanya berkenaan barangnya.


"Saya nak tanya bos ni. Saya tak nak berbasa-basi. Saya akan straight forward je"

"Okey. Apa dia?"

Wajah selamba Ehsan yang tanpa berperencah itu menyentakkan sedikit hati Natrah. Dia bukan takut, itu sejujurnya. Dia agak terkejut dengan reaksi tenang Ehsan. Seolah-olah lelaki itu tahu apa yang bakal disampaikannya.

"Bos ada ambik handphone dan IC saya ke?"

Seperti diagak, Ehsan menyungging senyuman palsu.

"Tu bukan bertanya. Tu menuduh"

Pedas dan bersahaja. Tutur kata Ehsan menambahkan rasa bengang di dalam hati Natrah. Kalau bukan dek kerana kesabaran, sudah lama dia tumbuk wajah hensem Ehsan itu.

"Okey, saya tuduh bos. Baik bos mengaku. Kalau tak..."


"Iye, barang awak ada dengan saya. And why is it so?"

Ehsan pandang wajah Natrah dengan aksi selamba. Seolah-olah tiada rasa bersalah sedikit pun pada wajah itu. Natrah menggenggam penumbuk, sedikit masa lagi pasti dilepaskannya ke arah Ehsan.

"Kenapa ambik barang saya? That's my personal things!"

Kaca mata hitam yang sedia tadi menghiasi wajah Ehsan segera ditanggalkan. Tubuh yang selesa dengan bersandar pada kerusi malas itu diatur lagi posisinya.

Perlakuan Ehsan menjengkelkan hati Natrah. Sekadar berpura-pura! Dia ingat dengan tayang body sasa macam tu, aku nak terliurlah??? Eeee tak kuasa!

"Tak payah pandang saya macam tu sekali. Kalau suka cakap je. Tak payah nak corner sangat!"

Wajah Natrah serius. Takde masa dia nak bergelak sakan dengan mamat muka kerut bertingkat-tingkat ni! Dia nak handphone dan IC dia balik je!! Arghhh!! Menyesalnyalah datang sini dengan dia!

"Saya nak mintak balik barang saya tu. Bos tahu tak, satu kesalahan besar kalau kita selongkar barang orang dan sembunyikan ia. Saya boleh saman bos ,tahu tak?" Penuh yakin Natrah berhujah.


Terbahak-bahak Ehsan gelak dengan penyataan dari gadis itu. Nampak garang tetapi lucu! I like...

"Gelak pulak!" komentar Natrah seraya mendengus.

Ehsan bangkit dari posisinya. Dia mengatur tempat untuk berdiri di hadapan Natrah. Sangat dekat sehinggakan Ehsan dapat mendengar bunyi degupan jantung gadis itu.

"Okey, you may have your things back. Tapi dengan satu syarat.."

"MAAFLAH Eirfan. Rumah bersepah sikit. Maklum jelah, barang persiapan nak kawin akak letak sana sini. Dengan nak urus Ayish lagi, nak buat itu ini.." ujar Nabihah. Laju saja tangannya mengemas apa-apa yang patut. Segan pula rasanya apabila Eirfan datang bertandang ke rumahnya dengan keadaan rumah yang berantakan itu.

Eirfan hanya tersenyum. Dia datang bersama Mikael. Tidak manis rasanya jika dia datang seorang dan Nabihah pula bersendirian di rumah. Ayish pula ke sekolah.

"Takpe kak. Kami faham" ujar Eirfan pula. Dia sudah duduk di kerusi dituruti oleh Mikael.


"Duduklah kejap ye. Akak buatkan air"

Nabihah berlalu ke dapur dengan berjalan sangat perlahan dek kakinya yang masih kesakitam terseliuh itu.


"Kau masih tak dapat call Natrah ke?" tanya Mikael.


"Nope..." Eirfan menggeleng kepala. Dia sangat risaukan keadaan Natrah nun jauh di sana. Tiada khabar langsung dari gadis itu. Apa sudah berlaku? Tak henti-henti dia fikir akan perkara buruk namun dia selalu sabarkan hati dan berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.


"Aku risaulah El! Dia tak pernah macam ni. Kalau dia nak charge phone ke atau nak off phone, dia akan inform aku dulu. Tapi ni tak. Langsung takde khabar dari dia. Lagipun dia bukan jenis yang suka off handphone" Eirfan memuntahkan kebimbangannya.


"Pelik betul. Habis tu, takkan dia takde call melalui hotel?"

Sekali lagi, Eirfan menggeleng kepala. Dia buntu dengan keberadaan Natrah saat ini. Gara-gara itulah dia menghantar diri ke tempat Nabihah. Berharap agar wanita itu memberikan berita gembira kepadanya.


Nabihah muncul dengan membawa dua cawan kopi dan sepinggan kuih jala. Diletakkan di atas meja berhadapan mereka.

"Jemput minum" pelawa Nabihah. Dia kemudiannya menghantar punggung di hadapan Eirfan.


"Terima kasih kak" ucap Eirfan seraya mencicip air kopi hidangan Nabihah. Sejurus selepas itu, dia menghela nafas panjang sebelum mengemukakan hasrat sebenar bertandang ke situ.


"Kak, sebenarnya saya ada benda nak tanya akak ni. Tapi keberatan pulak sebab saya takut akak pulak yang risau"


"Apa maksud Eirfan?"


"Macam ni kak..." Eirfan berjeda seketika. Dia tahu sangat akan kasih sayang dan kebimbangan Nabihah terhadap Natrah.


"Saya tak dapat call Natrah since semalam. Dah banyak kali saya call dia, tapi tak dapat. Phone dia off"


Nabihah mengerut dahi. Dia mulai risau akan berlaku sesuatu. Lagi-lagi Natrah perginya berdua dengan lelaki.


"Yeke? Ara bukan jenis orang yang suka off phone. Kejap, akak try call dia" Nabihah mula mendail nombor Natrah.


Setelah mencuba beberapa kali, hasilnya tetap sama. Hanya suara operator yang menjawab panggilannya. Nabihah mengeluh hampa. Wajahnya mulai dihujani dengan air kebimbangan.


"Laaaa tak berangkat pulak! Mana dia pergi ni?" Nabihah pula mencurahkan rasa kerisauannya.


"Ada try call hotel dia tu?" tanya Nabihah lagi. Eirfan menggeleng hampa.


Panggilan telefon Nabihah memecah kesunyian. Eirfan mulai berlagu riang kerana menyangka panggilan itu daripada Natrah namun hatinya kembali hampa apabila Nabihah memberitahu ianya panggilan daripada pihak sekolah Ayish.


"Ya Allah Ayishh!!"


Suara panik Nabihah mulai mencemaskan Eirfan dan Mikael.

sorry, baru update setelah sekian lama menyepi.. harap enjoy ;) thanks pd yg setia menunggu <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience