Bab 10

Romance Completed 21373

Khairil melihat sepupunya itu. "Apahal kau tak datang 2 hari? Risau aku. Yelah, kau ni manja. Maksu suruh aku jaga kau tau. Takut aku kalau mak kau tu serang aku." dia membebel.
Iris memandang kosong lelaki itu. 'Apalah mamat ni. Aku yelah tengah stres ni. Dia datang sini nak membebel.'
"Aku rasa tak sihat je. Kau ni macam mak nenek lah. Bising je" marah Iris perlahan. Dia menekup wajahnya ke atas meja. Suasana yang aman melegakan sedikit kegusaran di hatinya.
"Kau sakit apa?" Iris terdiam dengan pertanyaan Khairil. Nak jawab apa? "Aku.. aku.." teragak-agak dia hendak beritahu.
"Cepatlah.. aku apa?!"
"Aku pregnant." akibat terkejut dengan jerkahan Khairil, dengan lancar Iris menjawab. Khairil terkedu. Selepas itu, baru dia tersengih. "Rayyan dah tahu belum? Wahh.. tak sabar nak dapat anak buah ni. Berapa minggu?"
Iris menjadi takut apabila mendengar nama Rayyan. Baru dia teringat yang mereka berada di dalam kelas. Nasib baik pagi ini belum ramai yang datang. Rayyan pula sudah pergi mengambil buku rekod kedatangan pelajar di pejabat.
"Eerr.. kau jangan bagitahu Rayyan, please. Aku tak nak 6 dia putuskan hubungan dengan Tania. Kau sorang je baru tahu. Hmm.. baru seminggu." Iris memperlahankan suara.
"Kau ni tak habis-habis fikir about perempuan tu. Kau tahu tak, seorang kawan baik takkan pernah buat macam sekarang dekat kawan baik dia hanya kerana seorang lelaki.
Geram betullah dengan minah tu." Khairil pula yang terlebih emosi.
"Ak...." percakapannya terhenti apabila terdengar seseorang berdehem. "Hazriq? Kenapa?" tanya Iris.
Iris terus ditarik oleh lelaki itu. "Hei!" Khairil cuba menghalang. "Aku nak cakap dengan Iris Lidya secara personal." mendstar sahaja suara itu. Iris mengangguk kepala kepada Khairil.
"Kita couple?" terus Hazriq berkata sebegitu sebaik sahaja Khairil berganjak dari situ. Rayyan yang kebetulan baru masuk terdengar ayat itu. Mendidih darahnya. 'Hish! Dah tahu Iris tu isteri aku lepastu minta couple dengan dia.'
Sepantas kilat Rayyan mengangkat begnya lalu diletakkan di sebelah tempat Iris. Farina terkulat-kulat apabila begnya dialihkan lalu diletakkan di tempat Rayyan iaitu di sebelah Hazriq.
Rayyan perasan ada tiga reaksi apabila dia bertindak sebegitu. Satu, kelihatan terpinga-pinga. Dua, berbisik sesama sendiri dengan senyuman. Tiga, tentu sekali menjeling dan mencebik ke arah mereka.
Dan Hazriq serta Tania yang baru sampai dari kantin tergolong dalam kumpula ketiga. "Kenapa awak pindah tempat?" Tania kini berada di hadapan Rayyan. Iris pula di dalam kumpulan pertama. Terkelip-kelip matanya. Comel sahaja pada pandangan Rayyan.
Khairil menggeleng sambil tersenyum. Tidak sabar ingin melihat drama hari Rabu. Dia tahu yang Rayyan memendam perasaan terhadap isterinya sendiri tetapi ego menghalangnya untuk berterus terang. Sampai bilakah tembok ego itu berdiri megah dalam diri Rayyan? Khairil tertanya sendiri.
"Salah ke?" pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Dia bukanlah lelaki yang mengikut telunjuk perempuan. "Rayyan, kau dah lain sekarang." Hazriq pula bercakap. Rakan sekelas yang lain berdoa supaya cikgu cepat masuk ke kelas. Bimbang jika berlaku sebarang pergaduhan di sini.
"Aik? Sejak bila ada undang-undang yang mengatakan seorang suami tidak boleh duduk di sebelah isterinya? Takkan tu pun pelik? Saja aku nak duduk sebelah dia." Rayyan kembali kepada dia yang tiada perasaan. Iaitu sebelum dia mempunyai hubungan dengan Tania.
"Rayyan!"Tania terjerit kecil. Keadaan tegang itu berjaya diselamatkan apabil guru waktu pertama melangkah masuk.
********************
Tania balik dari sekolah dengan muka masam mencuka. "Kenapa, Nia?" tanya Puan Salmi. Matanya menjeling sekilas pada wajah anaknya di sebelah.
"Mummy... Iris tu lah. Asyik ambil Rayyan daripada Nia. Dia suruh Rayyan duduk sebelah dia." Saja Tania mereka cerita sebegitu. Biar mummynya menyerang Iris nanti.
Puan Salmi yang memang tidak sukakan Iris menjadi bengang.
"Kan mummy dah cakap jangan kawan dengan si Iris tu dulu. Tapi Nia degil. Tengok, dia buat apa pada Nia. Nak kena dia ni." Puan Salmi memandu ke rumah Haji Iman.
********************
Terkejut Hajah Laila apabila pintu utama diketuk dengan kuat. Bagai mahu roboh pintu itu dibuatnya. "Ya, kejap!" Hajah Laila membuka pintu. Terus suara petir Puan Salmi memenuhi ruang itu. Dengan tidak membuka kasut, dia terus meluru masuk ke dalam rumah.
"Mana anak kau tu?! Tak habis-habis menyusahkan anak aku!"
Iris menjenguk sedikit dari dapur. Pelik mendengar orang menjerit. Apabila terpandang Puan Salmi, dia melangkah mendekati mereka. Belum sempat dia berkata apa-apa, Tania menolaknya ke pintu dengan kuat lalu penampar di hadiahkan pada pipi mulus itu. Merah pipi itu dibuatnya.
Iris bengang jadinya. Jika tidak memikirkan Tania ini merangkap 'bekas' teman baiknya yang sering membantu dahulu dan dirinya yang tidak boleh terlalu lasak, tentu sahaja dia menghadiahkan juga penampar pada pipi Tania.
"Dya!" Hajah Laila menghalang Tania dari bertindak kasar lagi. "Kenapa makcik
halang saya?! Tahu tak Iris ni cuba rampas hak saya?!" Tania menolak Hajah Laila hingga jatuh tersungkur.

Apabila ibu tua itu melihat Tania ingin kembali menyerang Iris, dia menjerit memanggil menantu dan anaknya. Rayyan dan Ilhan serentak keluar dari bilik mereka dan menuju ke arah pergaduhan itu.

Rayyan menarik Iris dari tersandar di pintu itu. Ilhan pula membantu uminya bangun. Puan Salmi semakin berang melihat Rayyan yang begitu mengamnil berat tentang Iris.

"Rayyan, makcik kecewa dengan Rayyan. Sekarang Rayyan kena pilih, nak Tania ke, tau perempuan tak guna ni? Kalau nak Tania, Rayyan ceraikan Iris, makcik tahu yang Rayyan mesti pilih Tania kan?"

Iris hanya diam di sebelah Rayyan. Ilhan memndang Puan Salmi dan anaknya dengan pandangan membunuh. Mahu saja dibunuh orang tua itu.

"Perempuan yang makcik cakap tak guna itu isteri saya. Takkan saya nak abaikan isteri saya semata-mata nak pilih perempuan yang belum tentu akan jadi milik saya. Makcik baliklah. Kalau saya nampak makcik atau ahli keluarga makcik sentuh keluarga saya, makcik tahulah apa saya nak buat." suara Rayyan mendatar dan jelas menunjukkan dia sedang marah.

Gerun pula Puan Salmi dan Tania melihat Rayyan bagai mahu meletup. Terus mereka melangkah keluar dari rumah itu dengan pantas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience