Pulau Indah,Klang - 5 pagi
"Bos ! Bos ! Ada benda saya nak bagitau nih" kata Jali,pengikut Halim Tokan. Dia datang bersama dengan dua orang rakannya iaitu Kamal dan Bakar.
"Hah ada apa korang datang ? Dah cari belum si Farhad dengan kawan-kawan dia ?" tanya Halim Tokan.
"Bos. Kitorang dah pergi rumah si Farhad tuh. Tapi rumah tu kosong jer. Mungkin diorang pindah kot" kata Bakar.
"Yaa bos. Maybe diorang lari dari kita semua. Sorry sangat-sangat bos" kata Kamal.
"Takper. Aku tahu diorang pergi mana. Aku memang dah agak. Diorang tak boleh lari dari aku. Nanti kita keluar cari diorang" kata Halim Tokan.
"Kat mana bos ? Bos tahu ke diorang pergi mana ?" tanya Kamal. Halim Tokan mengangguk.
"Bos macam tahu-tahu je diorang kat mana ? Mana bos tahu nih ? Bos ada pasang spy ke ? Hahaha" kata Bakar.
"Lebih dari spy. Orang dalam yang bagitau aku semua nih. Kejap lagi dia datang. Haih kau ni Farhad..mana kau nak lari. Sampai lubang cacing aku cari korang. Aku tanam korang hidup-hidup" kata Halim Tokan.
"Orang dalam ? Siapa ?" tanya Jali.
"Sabar. Dia on the way. Dia baru je pergi tengok-tengokkan rumah yang Farhad dengan kawan-kawan dia duduk. Sampai nanti kita plan la cun cun punya" kata Halim Tokan. Jali mengangguk tanda faham.
7 pagi - Taman Kota Pendamar,Klang
Farhad,Shah,Fariz,Zul dan Haikal baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Subuh. Selepas mereka bersolat Farhad bersiap-siap untuk keluar.
"Kau nak pergi mana Farhad awal-awal pagi nih ?" tanya Fariz.
"Kau ni lupa ke Fariz. Ad nak interview kat kilang cat tulah. Kan semalam dia dah bagitau kita" kata Haikal.
"Ouh haah lupa lah. Adui. Berapa lama interview tuh ?" tanya Fariz.
"Entahlah. Dia call aku semalam katanya standby kat sana sebelum pukul 7.30. Mesti ramai nak interview kat sana" kata Farhad.
"Yelah betuk jugak. Bukan kau sorang je yang interview" kata Haikal.
"Korang jadi tak balik kampung nanti ? Harini korang dah start cuti kan ?" tanya Farhad.
"Eh memang nak balik rumah lah hari ini. Tapi kitorang nak gerak lepas Zuhur. Kalau kau sempat habis punya interview tuh,kita gerak sama-sama lah" kata Fariz. Shah,Haikal dan Zul mengangguk tanda setuju. Farhad terdiam sahaja.
"Eh kau diam je asal Ad ? Kau tak nak balik rumah parents kau ke ? Raya kan nak dekat" kata Shah.
"Aku tak tahu lah nak balik ke tak. Hal aku dengan family aku tak selesai lagi. Family aku asyik nak pertahankan je orang yang perangai macam sampah" kata Farhad.
"Pasal abang kau ke Ad ? Ish kau nih Ad dah dah la pasal cerita lama tuh. Maafkan jela abang kau. Mana tahu abang kau betul-betul tak macam dulu" kata Fariz.
"Nak raya nanti kan. Takkanlah nak bergaduh je bulan puasa nih. Kurang pahala puasa kau pulak" kata Zul.
"Ish tengok lah macam mana nanti. Nanti lepas interview aku fikir-fikir balik la nak balik rumah ke tak. Korang tunggu jela aku kat rumah" kata Farhad.
"Okay okay. Erm Ad. Kau tahu harini hari apa ?" tanya Haikal.
"Ya aku tahu Haikal. Patutnya semalam dah settle hutang tuh. Aku dah malas ambik tahu. Halim tu pergi mampus la dia. Serik dah aku jual barang" kata Farhad.
"Aku rasa tak sedap hati pulak harini. Asal ek ?" tanya Zul.
"Tapi dia takkan cari kita kat sini kan ?" tanya Shah.
"Tak pun. Dah lah korang jangan kalut sangat. Diorang tak tahu kita kat sini. Okay lah aku pergi dulu. Nanti dah selesai aku roger-roger lah" kata Farhad sambil memakai kasut.
"Gerak dulu lah. Nanti aku call korang lepas habis interview" kata Farhad sambil bersalaman dengan rakan-rakannya.
Farhad keluar dari rumahnya dan menghidupkan enjin motosikalnnya lalu keluar dari perkarangan rumahnya. Kilang cat terletak tidak jauh dari rumahnya. Farhad mahu keluar awal supaya tidak bersesak-sesak dengan orang ramai apabila ditemu duga nanti.
15 minit perjalanan barulah Farhad tiba berhampiran dengan kilang cat. Farhad ingin berehat di perhentian bas yang menempatkan pekerja-pekerja di kilang cat. Ramai pekerja yang sedang menunggu di hadapan kilang cat sebelum waktu bekerja bermula.
"Ramainya yang datang. Eh dah nak pukul 7.30. Tak bukak pun pagar lagi" kata Farhad seorang diri.
Sementara itu,Farhad memikirkan keputusan sama ada dia mahu pulang ke rumah ibu dan ayahnya di Kota Damansara. Apabila Farhad mengenangkan dirinya pernah ditampar oleh ibunya,Farhad terfana seketika.
"Mama sanggup pertahankan si Fadzil tuh. Sampai nak tampar aku. Memang Fadzil perangai macam tuh kot. Apa lah mak aku nih" kata Farhad dalam hati.
Farhad mengingati kembali pada tiga hari lepas apabila dia membuka handphonnenya terdapat banyak panggilan masuk pada waktu malam. Panggilan dari ibunya dan adiknya Faridah.
"Banyak betul missed call diorang. Penting sangat ke diorang call aku nih" kata Farhad dalam hati.
Farhad berniat untuk mengangkat panggilan tetapi niatnya terbatal. Farhad masih teringat peristiwa ditampar oleh ibunya semasa hari kedua berpuasa.
Lamunan Fadzil terhenti apabila terdengar bunyi pagar kilang cat dibuka. Farhad pergi ke arah kilang cat dan melapor di pondok pengawal keselamatan. Namun ramai yang beratur di pondok pengawal untuk melapor diri sebelum ditemu duga.
Setelah beberapa lamanya Farhad beratur, dia masuk ke dalam kawasan kilang cat setelah melapor diri di pondok pengawal dan terus ke pejabat pengurus untuk mendapatkan kerjanya....
9 pagi
"Hello ? Haa ya waalaikumussalam. Ni siapa ya" kata Haikal menjawab panggilan tersebut.
Apabila Haikal mendengar jawapan itu,tubuh badan Haikal terasa lemah. Dia terduduk di atas sofa.
"Insyaallah cik. Kejap lagi saya datang. Assalamualaikum" kata Haikal lalu menutup panggilannya. Fariz,Shah dan Zul melihat sahaja reaksi Haikal.
"Asal kau ni Haikal. Okay tak kau nih ?" tanya Zul kepada Haikal.
"Mak aku masuk hospital. Kena darah tinggi. Hah kau Zul. Kau satu taman perumahan dengan aku kan. Siap ah jom. Aku nak hantar kau pastu aku nak terus ke hospital nanti. Boleh tak ?" kata Haikal. Muka Zul terus berubah.
"Laa mak kau sakit ke. Hmmm takper lah aku ikut kau. Kau dengan Fariz boleh tunggu Farhad nanti kan. Dia call korang nanti korang cakaplah mak Haikal sakit" kata Zul kepada Shah.
"Terpaksa lah. Kalau tak siapa nak hantar Zul nanti ? Takperlah korang gerak la dulu. Aku dengan Fariz tunggu Ad nanti. Ad dah balik nanti kitorang gerak sama-sama lah" kata Shah.
"Nasib lah awal-awal aku dah kemas baju dulu. Jom lah Haikal. Kau dah siap-siap ke ?" kata Zul kepada Haikal.
"Dah. Jom lah. Nanti aku hantar kau sampai rumah kau kat Shah Alam. Lepas tu aku terus pergi hospital" kata Haikal lalu keluar dan menghidupkan enjin keretanya.
"Okay lah Shah,Fariz. Aku gerak dulu. Nanti kirim salam kat Ad tuh. Nanti kau call la dia yang aku dengan Zul balik awal. Selamat hari raya bro maaf zahir batin" kata Haikal sambil bersalam-salaman dengan Fariz dan Shah.
"Selamat hari raya jugak Zul. Sorry la kalau ada terkasar bahasa ke bergaduh ke. Kosong-kosong Zul" kata Fariz.
"Aku pun mintak maaf jugak Zul. Selamat hari raya. Nanti kalau aku buat open house ke kita ajak la member kita dekat Klang tu" kata Shah sambil tersengih.
"Boleh Shah takde hal la. Okay aku dengan Haikal nak beransur dulu. Assalamualaikum" kata Zul.
"Waalaikumussalam. Baik baik kau bawak kereta tu Haikal" kata Fariz. Haikal mengangguk tanda faham. Haikal dan Zul memasuki kereta dan memandu meninggalkan perkarangan rumah.
"Nak tunggu ke si Ad tu balik. Lama ke interview dia tuh ?" tanya Shah kepada Fariz.
"Mana aku tahu Fariz. Dia tak call aku lagi nih. Jom ah kemas-kemas dulu. Nanti kita dah nak gerak. Tinggal kita tunggu Ad balik je nanti" kata Fariz. Shah mengambil pakaiannya lalu melipat dan memasukkan ke dalam beg.
"Assalamualaikum..." Shah terdengar seperti seseorang memberi salam.
"Eh bukak pintu jap Fariz. Aku tengah lipat baju nih" kata Shah lalu Fariz membuka pintu rumahnya itu.
10 pagi
"Fuh akhirnya dapat jugak kerja. Kilang cat pun takperla. Bukannya susah pun" kata Farhad lalu pergi ke motosikal miliknya dan membuka telefonnya.
"Call la diorang kejap" kata Farhad lalu menelefon rakan serumahnya,Fariz. Panggilannya tidak dijawab. Farhad menelefon seorang lagi, Shah. Pun sama. Tidak dijawab. Farhad menelefon sekali lagi. Kedua-duanya tidak menjawab panggilan Farhad.
"Mana diorang ni. Takkanlah diorang sambung tidur pulak ni. Jap lagi nak balik kampung" kata Farhad. Dia menghidupkan enjin motosikalnnya lalu keluar dari kawasan kilang cat menuju pulang ke rumah sewanya.
Baru beberapa meter sahaja Farhad menunggang,tiba-tiba motosikal Farhad berasa tersengguk-sengguk dan secara tiba-tiba motosikalnya mati di tengah jalan. Farhad menggeleng-geleng kepalanya.
"Aduh apahal lak motor aku ni mati tiba-tiba nih. Dahlah jap lagi aku nak balik kampung" kata Farhad sambil menggaru kepalanya.
Farhad meletakkan motosikalnya di tepi jalan. Farhad melihat tangki minyaknya dan....dia menepuk dahinya !
"Alamak minyak habis pulak. Macam mana aku tak isi minyak tadi. Haih nak cepat punya pasal la ni" kata Farhad seorang diri lalu menyorong motosikalnya ke stesen minyak yang berdekatan.
Sementara itu di rumah sewa Farhad....
Fariz membuka pintu rumahnya dan dia terkejut apabila Fahmi,abang kepada arwah Fuad terpacul di depan pintu. Fahmi datang bersama dengan dua orang,mungkin rakan-rakannya.
"Eh Fahmi. Ada apa datang ni. Kitorang tengah kemas baju nih. Nak tunggu Ad balik nanti ingat kitorang nak balik kampung dulu" kata Fariz sambil bersalaman dengan Fahmi.
"Ouh yeke. Farhad mana ya ? Aku ingat nak jumpa dia jap. Ni member-member aku nak jumpa dia jap. Diorang cakap.....Farhad ada hutang dengan member aku" kata Fahmi.
"Hutang ? Hutang apa ya. Ad takde cakap apa-apa pulak" kata Fariz dan secara tiba-tiba dia terkejut kerana orang-orangnya yang datang disangkakan rakan-rakan Fahmi rupa-rupanya...
"Halim Tokan....apa lagi yang kau nak nih ?!" kata Fariz. Fariz cuba menyerang Halim Tokan dan secara pantas Fahmi mengenggam kedua-dua belah tangan Fariz.
"Fahmi. Bagus kerja kau. Kau dah jumpa diorang nih. Sekarang biar aku buat kerja aku" kata Halim Tokan. Halim Tokan datang bersama dengan rakannya,Bakar.
"Apa dah jadi nih. Fahmi ! Apa semua nih ? Apa kau nak buat dengan kawan aku tuh ?" kata Shah lalu menyerang Fahmi. Tetapi Bakar sudah mengacu pistolnya ke kepala Shah. Shah kaku dan berdiri di situ dengan tangan yang terketar-ketar.
"Selangkah kau serang dia,pecah kepala kau. Baik kau duduk diam-diam" kata Bakar.
"Aku nak tanya korang. Mana Farhad ? Dia dah hutang beratus ribu dengan aku. Tak nak bayar nak cabut lari dengan aku. Kecil je Klang nih. Ramai budak-budak aku boleh cari kau" kata Halim Tokan.
"Kenapa aku nak jawab soalan kau ? Dia yang hutang dengan kau kan ?! Kau cari la dia bodoh !" kata Fariz.
Halim Tokan menumbuk perut dan muka Fariz. Fariz menahan kesakitan.
"Mungkin dengan korang ni memang berguna. Senang nak tahu mana Farhad sekarang nih. Aku tahu dia takkan lari. Dia akan balik rumah ni jugak. Aku tanya sekali lagi....mana Farhad" kata Halim Tokan. Fariz terbatuk-batuk menahan kesakitan.
"Fahmi apa semua nih. Kau gunakan kitorang ke macam mana ni untuk umpan si Farhad tuh ? Kau banyak tolong kitorang and last-last kau pergunakan kitorang. Kau ni manusia ke setan hah ?!" kata Shah.
"Ya aku memang setan. Tapi kawan kau si Ad tu lagi setan. Dia lah yang sebabkan adik aku mati. Ad tu ada dengan adik aku masa tuh. Dia tu memang kawan paling bodoh and dia memang layak mampus saje. Aku memang dendam dengan Ad tuh sampai bila-bila" kata Fahmi.
"Fahmi nih orang kanan aku. Cuma dia tak tunjukkan dirinya sebab tulah korang fikir dia ni baik. Sekarang dia akan tamatkan nyawa korang" kata Halim Tokan.
"Bos. Senang cerita kita tembak jelah dua orang ni. Biar si Farhad tu datang merayu kat kita sambil bawa duit nak bayar hutang bos kan hahahaha" kata Bakar sambil gelak.
"Bakar. Sabar dulu. Nanti dia bagitau lah yang si Ad tu kat mana. Kalau tak nak jawab,kau buat lah kerja kau tu Bakar" kata Halim Tokan.
"Baik bos" kata Bakar.
"Okay okay. Aku bagitau Farhad tu kat mana. Dia kat kilang cat sana. Tu je yang aku tahu. Kau cari dia and settle dengan dia. Kitorang tak salah pun. Okay ?" kata Shah.
"Okay takper. Kalau korang tipu aku. Aku suruh la Fahmi habiskan korang. Jom gerak" kata Halim Tokan. Fahmi melepaskan Fariz dan membiarkan dia terbaring di atas lantai rumah dengan mukanya berlumuran darah.
"Ya Allah Fariz kau okay tak nih. Teruk kau kena tumbuk nih" kata Shah.
Fahmi dan Bakar keluar dari rumahnya. Tetapi Halim Tokan tidak keluar sebaliknya mengeluarkan pistol dan kemudiannya.....
"BAMMMMMMM !!! BAMMMMMMM !! BAMMMMMMM !!"
Halim Tokan menembak Fariz dan Shah dan terbaring kaku di atas lantai lalu mati di situ juga.
11 pagi
"Hah hidup pun motor ni. Balik lah lewat dah nih. Apasal lah diorang tak angkat call aku nih" kata Farhad seorang diri dan menunggang motosikal keluar dari stesen minyak.
Beberapa minit kemudian,baru beberapa meter hendak sampai ke rumah Farhad,tiba-tiba dia terkejut apabila rumahnya terdapat kereta polis dan trak polis. Farhad bersembunyi di sebalik pokok agar dia tidak dilihat oleh pihak polis. Ramai orang berkumpul di depan rumah sewa Farhad.
"Apasal rumah aku ramai polis pulak nih" kata Farhad dalam hati.
Farhad terkejut apabila ada dua mayat yang berbungkus plastik hitam sedang diusung oleh pihak polis masuk ke dalam trak. Farhad menjadi tidak keruan dan ketakutan. Farhad tidak berani untuk bergerak ke arah rumahnya.
"Ya Allah apa jadi dengan kawan-kawan aku nih" kata Farhad dalam hati. Mukanya amat gelisah dan ketakutan. Tiba-tiba dia terdengar seperti ada orang berbual. Farhad buat-buat seperti tidak tahu apa yang berlaku tadi.
"Assalamualaikum cik. Kenapa ramai sangat orang kat rumah tuh siap ada polis tuh" tanya Farhad kepada seorang lelaki bersama dengan rakannya.
"Waalaikumussalam. Ouh rumah tuh ada kes orang mati. Dua-dua kena tembak. Meninggal terus. Polis tengah siasat tuh. Katanya ada orang khianat" kata lelaki itu.
"Ouh yeke..." kata Farhad.
"Ada orang terjumpa mayat diorang tu kat rumah. Dahlah pintu terbukak. Ingat ada orang rupa-rupanya orang tu dah mati. Polis siasat lagi tuh. Ni abang nak pergi mana nih" kata rakan lelaki itu.
"Takdelah cik. Saya baru lepas jumpa kawan saya kat taman perumahan sini. Saya nak balik la nih. Kebetulan tengok rumah ramai orang tu yang saya nak tahu apa jadi. Terima kasih cik" kata Farhad.
"Okay sama-sama" kata lelaki itu dan berlalu pergi bersama dengan rakannya.
Farhad menghidupkan motosikalnya lalu pergi meninggalkan tempat itu dengan pantas.
Beberapa minit Farhad menunggang motosikalnya dan akhirnya dia sampai di stesen minyak di tepi lebuh raya. Dia meletakkan motosikalnya berdekatan dengan tandas.
Farhad duduk di atas motosikal sambil menangis mengenangkan rakan-rakannya yang sudah mati ditembak.
"Halim Tokan....sial kau !! Kawan-kawan aku tak bersalah lahh !! Kenapa kau bunuh kawan-kawan aku?!" kata Farhad seorang diri sambil menangis semahunya.
Farhad semakin buntu. Tidak tahu ke mana lagi. Dia terpaksa lari untuk menyelamatkan diri. Jika Farhad balik semula ke rumahnya,alamatnya dia akan tertangkap oleh pihak polis.
"Takkanlah aku nak balik rumah mak ayah aku pulak. Diorang semua dah benci gila kat aku" kata Farhad. Sedang Farhad melayan perasaannya,telefonnya berdering. Panggilan dari Haikal. Farhad mematikan telefonnya dan membuka sim cardnya. Dia mematahkan dan mencampakannya ke dalam tong sampah
"Aduh mampus aku kalau aku jawab call dia ni. Aku rasa dia dah tahu nih pasal Fariz dengan Shah nih" kata Farhad seorang diri.
Farhad menghidupkan enjin motosikalnnya dan bergerak meninggalkan stesen minyak.
Share this novel