9 Ogos 2012
“Angah! Bangun angah, dah subuh ni nak.” Ibunya mengejutkan Fawwaz. Fawwaz terkebil dan tersedar dari pembaringan. Apabila menyedari ibunya telah sedar, dia memanggil nurse untuk memeriksa ibunya. Nurse dan Suhaila datang dan memeriksa ibunya. Fawwaz berFaww ur kerana ibunya telah sedar dan terpaksa di tahan di wad untuk seketika bagi memastikan keadaan ibunya pulih sepenuhnya.
“Alhamdulillah, ibu dah selamat.” Ucap Fawwaz sebaik sahaja menghampiri ibunya.
“Angah, ibu nak solat subuh. Boleh tak angah tolong ibu ambil wuduk dan jadi imam ibu?” pinta Puan Fatiha mengukirkan senyuman buat anaknya. Fawwaz bergegas ke tandas untuk berwuduk dan mengambil air untuk ibunya berwuduk. Dia mengusap ibunya dengan lembut dan di setiap usapan itu dia merasakan begitu kecewa dengan sikapnya selama ini. Puan Fatiha berFaww ur kerana Allah telah mengembalikan anaknya itu. Sepanjang dia koma, di mendengar setiap butir bicara Fawwaz dan dia berusaha kuatkan dirinya untuk sedar dari lena yang panjang itu. Pada pagi itu, Puan Fatiha dapat solat berjemaah yang di imamkan oleh anaknya itu. Anak yang menjadi harapannya untuk menjaga anak-anaknya yang lain. Seusai solat, Fawwaz menyalami ibunya dan memohon kemaafan di atas khilafnya selama ini. Puan Fatiha tersenyum kesyukuran di atas ketulusan hati anaknya. Dia sudah lama memaafkan kesilapan anak-anaknya.
“Assalamualaikum, ibu sihat?” adik-beradik Fawwaz yang lain dating menjenguk ibu kesayangan mereka. Anak-anaknya itulah yang menjadikan Puan Fatiha lebih kuat untuk menghadapi dugaan dan melawan penyakitnya selama ini.
“Waalaikummusalam. Alhamdulillah, ibu sihat.” Ucap Puan Fatiha sambal mengukirkan senyuman buat anak-anaknya. Satu persatu anak-anaknya di tatap dengan penuh kasih sayang. Pada hari itu, mereka semua bercerita
dan bergelak tawa bersama-sama. Itulah saat-saat yang di rindui oleh
Puan Fatiha selama ini iaitu kegembiraan dan kebahagiaan anak-anaknya.
Ketika mereka bergelak ketawa, Encik Fuad datang melawat dengan membawa hadiah untuk mereka sekeluarga. Fawwaz berlalu meninggalkan bilik tersebut tanpa menyatakan sepatah kata. Tidak lama kemudian, adik-beradiknya turut keluar dari bilik tersebut bagi memberikan peluang kepada Encik Fuad dan Puan Fatiha untuk berbicara.
“Abang, Mah nak ucapkan terima kasih sebab bagi Mah peluang untuk Bersama-sama dengan anak-anak kita. Mah harap bila Mah meninggal nanti, abang jaga anak-anak kita sebaik mungkin sebab mereka adalah amanah kita.” ucap Fatiha dengan penuh kehibaan. Dia sedar waktunya bersama anak-anaknya amatlah singkat dan dia ingin menghabiskan sisa waktu bersama anak-anaknya.
“Mah, abang minta maaf sebab tinggalkan Mah dengan anak-anak. InshaaAllah, abang janji yang abang akan jaga anak-anak kita sepertimana Mah jaga dan didik mereka.” Ucap Encik Fuad. Dia begitu menyesal kerana membiarkan orang yang dia sayangi selama ini menderita sendirian. Dia melepaskan Puan Fatiha kerana terlalu percayakan kata-kata rakannya yang mengatakan Puan Fatiha mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Oleh kerana sikapnya yang terburu-buru, dia telah melepaskan Puan Fatiha dengan talak tiga dan hak penjagaan anak-anak dia serahkan sepenuhnya kepada Puan Fatiha. Namun, pembohongan rakannya itu terbongkar apabila di terdengar perbualan rakannya dengan beberapa rakan-rakan yang lain yang turut berkomplot menghancurkan rumah tangganya.
“Abang tak pernah bersalah pada Mah. Apa yang berlaku adalah takdir Allah. Mah minta halalkan setiap makan minum Mah selama ni, Mah minta ampun di atas khilaf Mah dan Mah harap abang redai Mah selama Mah jadi isteri abang.” Puan Fatiha tahu apa yang berlaku selama ini adalah kerana salah faham dan dia tidak sesekali menyalahkan Encik Fuad. Puan Fatiha memohon keizinan daripada Encik Fuad untuk berbicara dengan Fawwaz seketika kerana dia yakin bahawa Fawwaz masih belum dapat memaafkan ayahnya.
Share this novel