BAB 29

Romance Completed 13562

Seperti yang dijanjikan, Aqisha dan Tengku Emran tiba di taman rekreasi pada petang Ahad itu. Mereka berdua masing-masing lengkap berpakaian sukan.

"Jom. Teman saya kesana kejap."

Tengku Emran bersuara. Lengan Aqisha ditarik mengikuti langkahnya apabila gadis itu sedari tadi terpesona melihat aktiviti-aktiviti riadah yang manusia lain turut lakukan di taman itu.

"eh eh.. Nak kemana?"

Aqisha yang tersentak lengannya ditarik dan dipaksa mengikut langkah Tengku Emran terpinga-pinga. Langkah kakinya yang tidak seimbang kerana ditarik kuat Tengku Emran akhirnya membuat dia hilang keseimbangan. Aqisha hampir tersungkur ke depan namun badannya segera dipaut kemas oleh Tengku Emran. Mata mereka bertaut lama untuk kesekian kali. Situasi itu berlaku hanya untuk beberapa saat sahaja apabila salah satu daripada beberapa orang kanak-kanak yang berlari di taman itu terlanggar kaki Tengku Emran.
Dek kerana terkejut, Tengku Emran melepaskan pelukan kejapnya pada tubuh Aqisha.
Aqisha yang gagal menyeimbangkan diri jatuh terduduk.

"Aduhhh! Sakitnya..."

Pinggangnya dipegang seraya di elus-elus kuat.
Tengku Emran yang sekali lagi terkejut beruk kerana gadis itu terjatuh macam nangka busuk, duduk melutut di samping Aqisha.

"Alamak Qish. Maafkan saya.. Saya tidak sengaja.. Awak sakit kat bahagian mana?"

Tanya Tengku Emran dengan penuh gusar. Tangannya dilabuhkan di bahagian pinggang Aqisha.
Namun pantas tindakan spontannya itu ditepis kuat oleh Aqisha.

"Awak memang sengajakan jatuhkan saya?! Sakit tahu tak? Ingat saya ni barang ke awak main campak-campak aje?"

Jelingan tajam dihadiahkan kepada Tengku Emran disampingnya. Tangannya spontan mengurut pinggang.

"Er.. Tak. Saya tak ingat awak macam barang. Saya kenal mana satu barang mana satu benda hidup.. Dan benda hidup yang kat depan saya ni amat bermakna bagi saya. Mana mungkin saya campak dengan sengaja."

"Loyar buruk je banyak.. Poyo sangat sangat!"

Aqisha menolak muncung. Sedepa panjangnya tu. Wajah nya dilontarkan ke sebelah, enggan memandang wajah Tengku Emran.
Tengku Emran tersenyum melihat karenah Aqisha.
Lagak macam budak-budak aje. Tak kena dengan umur. Apa yang saya cakap tadi, saya betul-betul maksudkannya. Getus hati Tengku Emran.

"Dah okay.. Saya minta maaf.. Dah dah. Meh bangun. Boleh bangun tak ni? Kalau takboleh, saya dukung.."

Tengku Emran sudah bangun dari melutut dan sudah bersedia dengan posisi mencangkung dan membelakangi Aqisha. Kedua lengan Aqisha ditarik dan dia cuba memautnya ke bahu.
Tindakan spontan Tengku Emran mengundang kejutan pecutan jantung Aqisha. Pantas lengannya yang ingin dipaut Tengku Emran ke bahunya, ditarik kembali.

"Takpayah. Punggung dan pinggang saya aje yang sakit. Kaki saya elok lagi."

Aqisha segera bangun dari duduk. Begitu juga Tengku Emran. Aqisha pantas berjalan mendahului Tengku Emran ke arah yang dia sendiri tidak pasti.

"Awak nak kemana tu? Tu jalan mati. Ikut sini."

Tengku Emran berjalan ke arah yang lain dari arah Aqisha lalui. Selepas beberapa langkah, dia berpaling ke belakang. Aqisha masih berdiri teguh di tempat dia berhenti tadi sambil tepat memandang ke arahnya.

"Tak percaya? Awak cuba lah lalu jalan tu. Kalau sesat, jangan menangis. Lagi satu, jalan tu keras. Jumpa apa yang tak patut, jangan terkucil. Benda macamtu suka dengan orang yang macam awak. Mok, degil, baran, mengada tapi...."

Ayatnya sengaja dibiarkan tergantung. Dia ingin melihat reaksi gadis itu. Aqisha yang berasa cuak mendengar kata-kata Tengku Emran tadi segera berlari anak ke arah lelaki itu.
Setelah tiba, langkah diatur dan berjalan di hadapan Tengku Emran.
Tengku Emran yang terhibur dengan karenah keanak-anakan Aqisha tertawa geli hati di belakang Aqisha.
Tahu pun takut.. Bisik hati kecilnya. Dia pantas menyaingi langkah Aqisha dan mereka pun berjalan beriringan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience