BAB 2 – MANA KEWUJUDANNYA

Mystery & Detective Completed 8363

Keesokkan pagi, bunyi deringan telefon yang kuat mengejutkan tidur yang
lena Han. Han segera mengangkat telefonnya.
"Hey, Han. Kamu apa khabar?"
"Baik"
"Bagaimana sekolah kamu?"
"Baik"
"Kamu dah dapat kawan ke?
Kawan kamu tu jahat ke baik?"
"Baik"
"Han, kamu ok ke, dari tadi kamu asyik cakap 'baik'?"
"Ya. Bagaimana ayah dah sampai ke?"
"Oh ya. Ayah dah sampai. Jepun ni sejuk la! Ayah rasa, ayah lama di
sini. Kamu tidak perlu risau, kamu tinggallah di rumah arwah ibu kamu
lebih lama lagi. Apapun jaga diri"

"Han, kamu dah bangun ke?! Cepat pergi mandi dan sarapan!" jerit nenek Han.
"Ya!" balas Han.

*************
Di sekolah, dalam perjalanan ke kelas, Han terlihat Rin yang yang
bersendirian di bangku di bawah pokok. Han mendekati Rin.
"Hai" sapa Han.
"Kenapa?"
Han hairan dengan jawapan itu.
"Kenapa kamu jumpa saya?"
"Emm.. Tidak ada apa, saya cuma nak tanya tentang semalam. Lorong yang
kamu maksudkan, lorong yang dihospital ke?"
Rin menggelengkan kepalanya.
"Jadi, lorong apa?"
"Kamu akan ketahuinya".
"Emm.. Semalam saya nampak kamu balik sekolah dalam hujan, kamu lupa
bawa payung ke?"
"Saya suka hujan".
"Bagaimana dengan melukis kamu suka juga ke?"
"Ya"
"Boleh saya tahu, apa yang kamu buat di hospital hari tu?"
"Kenapa?"
"Saya ingin tahu"
"Kamu tidak perlu tahu perkara itu"
"Jadi, jumpa di kelas nanti" kata Han sambil bergerak menuju ke kelas.

Di dalam kelas, Han mendapati bahawa Shira yang tidak hadir ke sekolah
semalam datang dan berbual-bual dengan Hani.

"Kamu berasal dari ibu kota?" tanya Harry.
"Ya" jawab Han.
"Mesti seronok kan" kata Peter.
"Ya. Tapi di sana panas" balas Han.
"Ibu kota? Saya rasa nak kesana la, selepas tamat sekolah" kata Shira.
Han melihat ke tempat duduk Rin, didapati dia tiada di situ.
"Kenapa, Han?" tanya Hendry yang juga berada di tempat duduk Han untuk
berbual.
"Eh.. Tiada apa-apa"

Tiba-tiba cikgu Ren datang dan memberitahu kelas 4 Biruni untuk ke bilik
seni. Mereka semua bergerak ke bilik seni manakala Han berasa hairan
dengan ketiadaan Rin.
"Jomlah Han!" ajak Herien.
"Ya!" jawab Han yang diselubungi rasa curiga.

Di bilik seni..
"Wah cantiknya, lukisan kamu" puji Herien kepada Leona.
"Jangan mengarutlah" marah Leona.
"Herien jangan ganggu orang" kata cikgu Ren.
"Baik cikgu"
Han sekali lagi melihat rakan sekelasnya dan didapati Rin tiada.
"Dia tiada disini" bisik Han.

************
Tibanya waktu rehat, Han, Herien dan Harry yang selesai makan berjalan
ke kelas. Mereka berhenti seketika di hadapan perpustakaan selepas Han
menanyakan soalan.
"Boleh saya tanya satu soalan?"
"Ya, tentulah kita kan kawan"
"Ada ke lorong yang dilarang masuk di sekolah ni?"
Herien dan Harry mendiamkan diri.
"Kamu berdua?"
"Maaf kami tidak boleh memberitahu kamu"
Pada masa yang sama Han ternampak Rin yang berada di bilik perpustakaan.
Han segera masuk.
"Tunggu dulu Han!" arah Herien dan Harry yang cuba menghalang Han tetapi
Han terus masuk dan menutup pintu.

Han mendekati Rin dan melihat Rin yang sedang melukis tubuh manusia.
"Mereka tidak halang kamu ke?" tanya Rin
"Tidak, kenapa?"
"Tidak ada apa-apa"
"Jadi, kenapa kamu tidak masuk ke kelas seni tadi"
Rin tidak menjawab soalan itu, sebaliknya meneruskan melukis.
"Saya masih tertanya-tanya tentang lorong yang kamu cakapkan. Kenapa
saya bertanya tentang itu kepada yang lain, mereka diam?"
"Mereka tidak ingin kamu, mengetahuinya"
"Kenapa?"
"Kamu akan ketahuinya nanti"
"Emm.. Tentang di hospital hari tu, kamu cakap kamu ada urusan di
tingkat bawah tanah. Urusan apa yang kamu maksudkan?"

Rin terdiam seketika.
"Ada orang yang mati hari tu"
Pada masa yang sama, cikgu yang berada di situ iaitu cikgu John menyuruh
Han masuk ke kelas kerana sesi pembelajaran sudah hampir bermula.
"Budak kamu boleh masuk ke kelas kamu sekarang, kelas sudah nak bermula"
Yang peliknya, cikgu John hanya menyuruh Han sebaliknya Rin tidak. Han
bergerak keluar dari perpustakaan dengan hairan.

Dalam perjalanan ke kelas, Han menelefon dokter Lily untuk bertanyakan
tentang orang yang mati pada 28 Mac.
"Hello, ini dokter Lily ke?"
"Han? Kenapa?"
"Saya nak tanya, ada orang yang matikah pada 28 Mac?"
"Kenapa?"
"Saya hanya ingin tahu"
"Baiklah, nanti bila saya beritahu kamu, sekarang ni tengah saya tengah
sibuk"
"Oh.. Terima kasih"

************
Balik dari sekolah, Han, Shira, Hani dan Hendry sedang berbual-bual.
"Han, kamu dah sertai mana-mana kelab?" tanya Hani.
"Tidak, tapi saya rasa nak sertai kelab seni"
"Kamu pandai melukis ke?" tanya Hendry.
"Tidak, saya hanya minat saja"
"Tidak mengapa, kami boleh belajar" kata Shira.
Pada masa yang sama, pandangan Han teralih kepada Rin yang berjalan
keluar dari sekolah.
"Saya pergi dulu, jumpa lagi!" kata Han sambil berlari ke arah Rin.
Shira, Hani, dan Hendry cuba menghalangnya tetapi gagal.

Han mengikuti Rin secara perlahan dari belakang. Sampai saja di sebuah
lorong jalan, Rin menghilang. Han yang mengikuti Rin tercari-cari Rin
yang menghilang. Setelah tidak menjumpainya, Han berhenti di sebuah
kedai lama. Kedai tersebut tertulis Kedai Patung, dan dibawah tulisan
itu tertulis studio R. Pandangan Han tertumpu pada satu patung yang
dapat dilihat dari luar kedai melalui cermin kedai. Han memerhatikan
patung tersebut, tiba-tiba bunyi deringan telefon mengejutkannya.
"Hai, Han?"
"Hai, kamu dah tahu siapa yang mati pada 28 Mac?"
"Ya, saya dapat tahu dari dokter yang lain"
"Jadi, apa nama dia?"
"Namanya, saya tidak pasti, tapi rasanya Rin atau Ran. Dia perempuan dan
masih remaja".
Han terkejut mendengarnya dan jantung berdegup kencang.
"Terima kasih" kata Han.
Han yang terkejut mendengarnya lalu tergerak hati untuk masuk ke kedai
patung itu.

Han disapa oleh orang tua yang merupakan penjual patung disitu.
"Selamat datang. Kamu masih bersekolah? Pelajar untuk kamu saya bagi
potongan harga sebanyak 50%. Lagipun kami tidak ada pelanggang sebelum
ini".
"Tidak mengapa saya hanya ingin lihat sahaja"
"Pergilah, jika kamu terlihat patung yang menarik untuk dibeli, cakap"

Han melihat patung-patung disitu, semuanya pelik dan hampir sama dengan
patung yang dibawa oleh Rin ketika di hospital. Han berjalan dan
terlihat papan tanda yang tertulis 'Di bawah masih banyak, Turun'. Han
turun ke bawah dan melihat banyak patung. Han berjalan dan terlihat
patung yang menyerupai Rin. Berambut ikal paras bahu, berkulit cerah dan
bermata besar.
"Rin?" bisik Han seorang diri sambil melihat patunh yang menyerupai Rin.
Secara tiba-tiba, Han terdengar suara dari sebelah kirinya yang mengatakan,
"Ia menyerupai saya?".
Han terkejut dan berpaling, rupanya itu suara Rin.

************
"Kenapa kamu ada di sini?" tanya Rin.
"Saya hanya berjalan-jalan melihat kampung ni, dan tergerak hati untuk
singgah di sini" kata Han.

"Kamu fikir patung ini menyerupai saya?" tanya Han.
"Ya"
"Memang ia menyerupai saya tapi ini bukan saya. Baik kita naik ke atas,
di sini gelap" kata Rin dan mereka berdua naik ke atas dan duduk di
kerusi yang berada di sebelah papan tanda turun tadi.
"Kamu nak tahu satu cerita yang berkaitan dengan lorong yang saya cakapkan?"
"Ya, saya memang ingin tahu"
"27 tahun yang lalu, ada seorang pelajar dari kelas 4 Biruni yang dilaporkan
hilang di lorong itu dan ditemui mati disitu. Pada akhir tahun
persekolahan, semua pelajar kelas itu mengambil gambar untuk graduasi,
yang mengejutkan orang yang mati tadi muncul di gambar tersebut dan
namanya ialah Rin..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience