25

Romance Series 93217

Ezmal membaringkan tubuhnya lemah di atas katil. Wajahnya pucat. Sejak kebelakangan ini kepalanya sering sakit - sakit. Puas Puan Sri Elise memujuknya agar ke hospital, namun Ezmal menolak. Fikirnya semua ini terjadi kerana dia kurang mendapat rehat yang secukupnya. Kerja - kerja di pejabat terlalu menimbun. Semuanya perlu dipantau dengan rapi. Tambahan pula ketika ini Harraz sedang bercuti. Jadi sedikit sebanyak kerja - kerja Harraz terpaksa ditanggungnya. Namun Ezmal sedikit pun tidak merungut. Baginya ini mungkin masa yang penting buat Harraz. Apatah lagi saat ini isterinya sedang berada di dalam pantang.

Sebut soal Aayra, tiba - tiba bibir Ezmal mengukir senyuman. Perasaan rindu terhadap wanita itu semakin kuat menyelubungi dirinya. Beberapa hari lepas, Ezmal ada juga menjengah ke rumah Harraz untuk melawat Aayra bersama keluarganya. Saat menatap wajah itu, fikirannya terasa tenang sekali. Hilang semua kesesakkan yang melanda dirinya selama beberapa minggu ini. Melihatkan senyuman Aayra sudah cukup membuatkan hatinya berbunga - bunga. Apatah lagi saat mata mereka bertemu pandang. Ezmal tahu dia tidak sepatutnya menyimpan perasaan seperti itu di dalam hatinya. Tambahan lagi Aayra itu merupakan isteri orang. Namun dia tidak dapat menolak perasaan itu setiap kali menatap wajah Aayra. Walau bagaimanapun Ezmal sedar. Kebahagiaan itu tidak mungkin akan menjadi miliknya. Dia hanya mampu berdoa agar Aayra terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tukk!! Tukk!!

Lamunan Ezmal terhenti sebaik terdengar ketukan di pintu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu. Terjengul wajah Nadira di situ. Sebaik memberi isyarat kepada Nadira, adik perempuannya itu mengatur langkah menghampirinya. Di tangannya terdapat sebuah dulang yang berisi segelas air susu dan sepiring roti bakar. Perlahan - lahan Ezmal bangun dari pembaringannya lalu dia menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Bibirnya mengukir senyuman ke arah Nadira.

“How's special it is. Dah lama abang tak dapat layanan special macam ni dari adik kesayangan abang ni." Ujar Ezmal teruja.

Nadira tersenyum. Benar kata Ezmal. Sudah lama dia tidak melayan abangnya seperti ini. Sejak dia berkahwin, hubungan mereka sebagai adik beradik menjadi sedikit renggang. Bahkan semenjak Ezmal berpindah ke Rusia, mereka langsung tidak mempunyai masa bersama seperti ini lagi. Betapa Nadira merindui saat - saat seperti ini. Masih kuat terbayang di kotak memorinya tentang kemesraan mereka adik beradik semasa kecil dahulu. Segala - galanya mereka kongsikan bersama. Baik dari segi kegembiraan, kesedihan mahupun kekecewaan. Namun semua itu semakin pudar setelah masing - masing menginjak dewasa. Mereka terlalu sibuk dengan dunia ciptaan mereka sendiri. Sehinggakan adakalanya walaupun mereka bertemu, namun tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari bibir masing - masing. Mereka bagaikan orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain.

“I miss all the moments together. How times flies so fast." Luah Nadira sayu.

Wajah Nadira ditatap Ezmal lama. Dia cuba mencari maksud sebenar di dalam kata - kata Nadira sebentar tadi. Wajah adiknya juga kelihatan sedikit sayu.

“What's your mean? Do you have any problem? Wanna share with me?" Soal Ezmal prihatin.

Nadira memandang wajah Ezmal bersama senyuman kecil di bibirnya. Sungguh dia merindukan soalan seperti itu. Sejak kecil Ezmal selalu menjadi pendengar setianya. Segala masalah dan rasa hatinya semuanya diceritakan kepada Ezmal tanpa selindung. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka berdua lebih rapat bersama berbanding Yasir.

“No. It's not about me. It's about you. Nad yang sepatutnya tanya abang soalan tu sekarang ni. Abang ada masalah ke? Apa yang abang fikirkan sebenarnya?" Soal Nadira serius.

“Ezmal menunduk. Dia tahu dia tidak boleh menipu Nadira lagi. Nadira lebih mengenali dirinya berbanding yang lain. Perlahan - lahan keluhan kecil keluar dari bibirnya.

“I don't know what happen actually. Abang rasa kosong. Sunyi. Resah. Marah. Semuanya bercampur menjadi satu." Luah Ezmal perlahan.

“Sebab apa? Ramona dan Yasir?" Duga Nadira.

Buntang mata Ezmal sebaik mendengar telahan Nadira itu. Jantungnya mula berdegup laju. Seingatnya, tidak pernah sekalipun dia menceritakan apa - apa berkaitan Ramona dan Yasir kepada Nadira. Semuanya tersimpan rapi di dalam hatinya. Jadi bagaimana Nadira mengetahui akan hal ini? Siapa pula yang menceritakan hal ini kepada Nadira? Adakah Ramona? Tidak. Itu tidak mungkin. Mana mungkin Ramona membuka aibnya sendiri. Berkali - kali Ezmal menggelengkan kepalanya bagi menafikan telahannya sendiri.

“Masih nak berbohong? Apa yang abang dapat kalau abang buat semua ni?" Soal Nadira sinis.

“Ma.. Ma.. Macam mana Nad tahu semua ni?" Soal Ezmal gugup.

Peluh dingin mula membasahi dirinya. Suasana yang dirasakan agak dingin sebentar tadi kini sudah mula terasa bahangnya. Wajah Nadira ditatap lama. Dia cuba mencari jawapan di sebalik wajah sinis itu.

“Nad diam bukan beerti Nad tak tahu apa - apa abang. Selama ni Nad perhatikan je dia orang berdua tu. Mulanya Nad ingat dia orang mesra sebab kita semua dah macam adik - beradik. Tapi makin lama, makin menjadi - jadi pulak sampaikan sanggup dating di rumah masing - masing. Itu bukan tahap adik beradik lagi dah tu. Lagipun dia orang berdua bukannya muhrim. Jadi atas dasar apa nak berjumpa berdua - duaan di rumah masing - masing macam tu? Tak pelik ke?" Cerita Nadira panjang lebar.

Ezmal melahirkan keluhan yang agak berat. Wajahnya semakin menunduk. Entah mengapa hatinya menjadi semakin sakit saat mendengarkan cerita Nadira. Sungguh dia tidak menyangka Ramona sanggup menghancurkan kepercayaannya. Ya, memang benar rasa cintanya terhadap Ramona sudah semakin pudar selama ini. Tapi bagi Ezmal, ini bukan caranya untuk mereka memutuskan tali pertunangan mereka itu. Sungguh dia kecewa.

“Sampai bila abang nak rahsiakan perkara ni dari pengetahuan dad dan mom? Lambat laun nanti mereka akan tahu jugak. Yang salah tetap salah abang. Mereka harus diberi pengajaran di atas segala kesalahan mereka tu. Lagipun tak kan kita nak biarkan je dia orang terus hanyut dengan maksiat macam tu?" Soal Nadira lagi. Kali ini suaranya kedengaran semakin serius.

“Entahla, Nad. Abang tak sanggup nak ceritakan semua ni pada dad dan mom. Abang takut nanti dad and mom terkejut. Tak pasal - pasal lain pulak yang jadi nanti. And for sure our they will be upset and frustrated with both of them. Abang tak sanggup nak tengok semua tu." Luah Ezmal berat.

“Dalam keadaan macam ni pun abang masih juga nak fikirkan perasaan dia orang? Come on, abang. Dia orang dah buat macam - macam dekat abang. Abang still juga nak jaga dia orang?" Nadira masih tidak berpuas hati.

Ezmal tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya merenung wajah Nadira lama. Dia tahu Nadira simpati dengan nasib hidupnya. Namun dia kena tahu bahawa Yasir juga merupakan adik kandungnya. Jika dia mengambil sebarang tindakan terhadap mereka, hubungan kekeluargaan mereka akan turut sama terjejas. Perkara itulah yang sangat ditakutinya. Sebolehnya Ezmal tidak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan ibu dan bapanya.

“Sorry abang. Nad bukan nak jadi batu api atau tambahkan stress abang. Nad cuma kasihan tengok abang dipergunakan macam ni. Abang ada hak untuk bahagia. Nad tahu abang sayangkan Yasir. Tapi apa yang Yasir buat dekat abang ni dah melampau sangat. Kalau betul abang tak nak dad dan mom tahu pasal ni, Nad rasa abang perlu berhadapan dengan Yasir. Cuba berbincang dengan dia untuk settle kan perkara ni." Nadira memberi cadangan.

Tersentuh hati Ezmal dengan keprihatinan Nadira terhadapnya. Bibirnya mengukir senyuman lantas tubuh kecil Nadira ditarik ke dalam pelukannya. Dia tahu Nadira sangat menyayanginya seperti mana dia menyayangi adik - adiknya itu. Ezmal berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan segera menyelesaikan kemelut yang terjadi ini secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Biarlah dia yang mengalah demi kebahagiaan Yasir dan Ramona. Itu janji Ezmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience