BAB 31

Romance Completed 42886

Keesokan harinya, Adi Ashraf bangun lebih awal dari biasa. Terasa segar tubuh badan setelah mendapatkan rehat yang secukupnya. Dia mengeliat buat seketika sambil mengerling jam di dinding.

"Awal lagi." monolognya sendiri. Tempat disebelahnya yang sudah kosong itu direnung. Mana pula Ariana Atilia pergi awal-awal pagi ni? Dia sendiri tak sedar bila isterinya masuk tidur semalam.

Selepas sahaja dia menunaikan solat fardhu dan makan malam, dia terus masuk tidur kerana terlalu penat. Sehinggakan tak sedar bila kali terakhir dia menemui isterinya itu.

Namun apabila terdengar bunyi pancuran air di dalam bilik air mereka, dia menghela nafas lega. Lega apabila mengetahui Ariana Atilia sedang mandi. Tetapi kenapa tak kejut dia?

Takkanlah isteri dia nak mengelak dia pasal semalam?

Bunyi pintu bilik air yang terbuka menarik perhatian Adi Ashraf daripada lamunannya serta-merta. Lantas, kepalanya ditolehkan ke arah tersebut. Menampakkan hanya kepala isterinya yang terjengul keluar dari situ.

"Ermmm, Ash boleh tolong ambik baju aku atas meja sebelah kau tu tak?" pinta Ariana Atilia sedikit kekok. Memori semalam masih segar di fikiran. Matanya melilau ke sekeliling bilik cuba mengelak pandangan suaminya.

Adi Ashraf mengangkat keningnya. Anak matanya bergerak ke arah meja yang disebut oleh isterinya sebentar tadi. Kelihatan sepasang baju dan seluar terlipat kemas berada di atas meja tersebut. Pandangan dialihkan ke arah isterinya semula.

"Kenapa tak ambik sendiri? Ada tangan, ada kaki." balas Adi Ashraf bersahaja. Kedua-dua belah tangannya sengaja disilangkan ke dada. Bibirnya sudah mengukir senyuman nakal.

Ariana Atilia mengepal penumbuk. Mula dah perangai tak semengah suami dia tu datang pagi-pagi buta ni. Kalau bukan dia terlupa bawa masuk sekali baju tu tadi kan takkan jadi macam ni. Urghhh.

Suami dia tu pun satu, awal sangat bangun dah kenapa? Selalunya elok je terbungkang lagi atas katil waktu sekarang ni. Omel hati kecil Ariana Atilia.

"Kalau aku boleh ambik dah lama aku ambik Ash. Tak adanya aku nak mintak tolong kau. Masalahnya sekarang aku tak boleh ambik, faham? So, boleh tak kau sebagai suami yang paling baik dalam dunia ni tolong ambikkan untuk isteri kau yang tengah kesejukan sekarang ni?" bidas Ariana Atilia dengan senyuman yang mengerikan. Akhirnya mata mereka bertembung.

Senyuman yang terpamer di wajah Adi Ashraf makin dilebarkan. Pakaian isterinya yang berada di sisi katil itu diambil sebelum dia mendekati Ariana Atilia. Tangannya menyuakan pakaian tersebut.

"Nah, ambiklah." ucap Adi Ashraf masih dengan senyuman yang sama. Matanya dijeling ke arah pakaian isterinya sekilas. Membuatkan Ariana Atilia berasa ragu-ragu.

Matanya dikecilkan kepada Adi Ashraf cuba membaca niat tersembunyi di dalam diri suaminya. Adi Ashraf sekadar mengangkat bahu tanda tidak cuba menyorokkan apa-apa.

Baru saja, tangan Ariana Atilia dihulurkan untuk mengambil pakaiannya daripada Adi Ashraf, suaminya menarik semula dengan pantas. Kepalanya digelengkan membuatkan Ariana Atilia naik geram.

"Not so fast, wifey." ucap Adi Ashraf sambil mengoyangkan pakaian itu di hadapan wajah isterinya. Apabila Ariana cuba mencapai semula pakaian itu, laju saja Adi Ashraf mengelak. Ariana merengus tanda geram.

"Ash, aku tak ada masa nak main-main sekarang ni. Bagilah cepat." rungut Ariana Atilia masih cuba mengambil pakaiannya daripada pegangan suaminya.

Tanpa amaran, pergelangan tangan Ariana Atilia dipegang oleh Adi Ashraf secara tiba-tiba. Sekali lagi, pandangan mata mereka berdua bertembung. Ariana Atilia menelan air liur dengan kesat.

"Aku takkan bagi sampai kau cakap kenapa kau mengelak daripada aku?" ucap Adi Ashraf sambil merenung tepat ke dalam anak mata isterinya. Ariana terdiam sejenak.

"M-mana ada. Kau je perasan lebih." balas Ariana Atilia akhirnya cuba meyakinkan suaminya. Adi Ashraf mengangkat kening tanda tak percaya. Dia tersenyum mengejek.

"Oh ya? Dah tu kenapa tak kejut aku tidur?" soal Adi Ashraf lagi. Mahu mengetahui alasan isterinya yang seterusnya. Namun apabila melihat isterinya yang diam tak membalas membuatkan Adi Ashraf makin yakin.

Secara tiba-tiba, tubuh isterinya yang masih bertuala itu ditarik keluar dari bilik air. Matanya masih merenung tepat ke dalam mata Ariana Atilia. Menunjukkan dirinya tak ada niat untuk mengambil kesempatan ke atas isterinya sekarang. Tindakan itu membuatkan Ariana Atilia terkejut.

Gila ke!

Namun segala rasa terkejut dan amarahnya hilang serta-merta sebaik kata-kata Adi Ashraf dibisikkan ke dalam telinganya. Pipinya mula merah padam.

"Ke kau malu sebab cium pipi aku semalam, Riana?" usik Adi Ashraf lalu menyerahkan pakaian milik isterinya itu semula. Puas hatinya apabila melihat wajah isterinya yang merah menahan malu.

"Oh sebelum aku terlupa." tambah Adi Ashraf lagi. Kata-katanya itu mula menyedarkan Ariana Atilia semula. Namun sekali lagi, tindakan suaminya membuatkan dia kehilangan kata-kata semula.

Kerana tanpa amaran, pipinya dihadiahkan sebuah ciuman hangat daripada Adi Ashraf sebelum lelaki itu melarikan diri ke dalam bilik air. Kata-kata yang diucapkan oleh suaminya sempat ditangkap oleh dirinya.

"Your most welcome, Riana." ucap Adi Ashraf sebelum menghamburkan tawa jahat. Jelas kedengaran tawa suaminya dari luar bilik air.

Mengingatkan dirinya tentang kata-kata yang sama diucapkan oleh dirinya semalam untuk berterima kasih kepada suaminya itu.

Memandangkan suaminya tidak sempat mengucapkan semula kepada dirinya semalam.

Tetapi tak disangka pula tanda penghargaan ikhlasnya itu digunakan sebagai cara untuk mengenakan dirinya semula. Tak guna!

Pada masa yang sama, dia meraup muka apabila menyedari air wudhuknya yang sudah terbatal akibat daripada tindakan suaminya.
Tanpa berlengah, pintu bilik air itu diketuk bagai nak pecah. Nama suaminya dilaung dengan sekuat hati.

"Adi Ashraf!"

••???••?????••???•

Ruang tamu milik keluarga Encik Marzuki mula penuh dengan kehadiran para tetamu yang datang. Kelihatan Puan Ratna sibuk melayan tetamu sementara Ariana Atilia sedang bertungkus lumus memastikan kenduri doa selamat yang diadakan pada hari tersebut berjalan dengan lancar.

Mujurlah ada Maisarah yang sedia membantu setiap kali dia memerlukan bantuan. Manakala, Adi Ashraf dan Akid Ahnaf pula menguruskan untuk bahagian lelaki. Semua tugas telah dia tetapkan agar tiada seorang pun yang dapat mengelat.

Senyuman manis sentiasa menghiasi wajah Ariana Atilia untuk menyambut para tetamu yang hadir. Umi dan abahnya yang baru sampai disambut dengan penuh gembira. Melepaskan segala kerinduan yang terpendam sepanjang mereka tidak berjumpa.

"Assalamualaikum umi, abah. Ya allah rindunya Lia kat dekat umi dengan abah." ucap Ariana Atilia lalu memeluk kedua-dua orang tuanya sekali gus. Pelukan dibalas dengan erat daripada mereka.

"Umi pun rindu dengan Lia. Lia sihat?" sapa 
Puan Sandra mesra. Tangannya mengusap pipi anak perempuannya yang satu itu. Ariana Atilia mengangguk lalu memegang tangan ibunya yang masih berada wajahnya. Menikmati sentuhan yang dia rindukan selama  ini.

"Umi dengan abah sihat? Riana minta maaf sebab tak jemput umi dengan abah sendiri. Kenduri ni pun mama dengan papa yang buat." terang Ariana Atilia tanpa dipinta. Risau sekiranya orang tuanya berkecil hati.

"Tak apalah Lia, mama dah bagitahu umi dengan abah dah pun. Alhamdulilah umi dengan abah sihat. Adi mana? Dia sihat?" ujar Encik Johan pula. Matanya mula melilau mencari kelibat menantunya.

"Adi sihat abah. Sihat walafiat. Dia-"

Kata-kata Ariana Atilia terpotong sebaik menyedari sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya. Nasib tak ditolak pemilik tangan tersebut jatuh ke lantai. Buat orang terkejut je. Hish.

Panjang umur. Baru sebut. Sekarang dah ada depan mata.

"Umi, abah, bila sampai?" tegur Adi Ashraf mesra. Tubuhnya yang segak berbaju melayu itu sedondon dengan baju yang dipakai oleh Ariana Atilia. Siapa yang tiru siapa sekarang ni?

"Baru je sampai ni. Adi sihat?" jawab Encik Johan bagi pihak isterinya juga. Lantas, mereka bersalaman lalu beramah mesra. Ariana Atilia pula sekadar menjadi pemerhati.

"Abah dengan umi pergi jumpa mama dengan papa kejap. Nanti kita sambung sembang lagi ya?" ucap Encik Johan mahu meminta diri. Adi Ashraf mengangguk tanda memahami. Dia melemparkan senyuman.

Pasangan suami isteri itu menghantar pemergian Encik Johan dan Puan Sandra dengan pandangan. Tiba-tiba, tangan Ariana Atilia menampar lembut tangan Adi Ashraf yang masih melingkar dipinggangnya.

"Auch, sakitlah!" marah Adi Ashraf. Namun dibalas dengan jelingan tajam daripada Ariana Atilia. Dia mencekak pinggang.

"Apa pegang-pegang? Ingat aku ni barang ke apa?" bebel Ariana Atilia. Adi Ashraf menutup telinganya sejenak sebelum dibuka semula.

"Dah puas bebel?" soal Adi Ashraf dengan berani. Tak pasal-pasal dia menerima sebuah pukulan lagi. Namun kali ni di lengannya pula. Sejak bila isteri dia kaki pukul pun dia tak tahu.

"Ha main-main. Tak puas ke kenakan aku pagi tadi, Ash?" bidas Ariana Atilia sambil mencerlung mata ke arah suaminya. Tetapi tak dihiraukan oleh lelaki itu.

"Bukan salah aku. Kau tu yang comel sangat bila malu." balas Adi Ashraf perlahan. Bahunya diangkat tanda tak bersalah.

"Apa kau cakap?" soal Ariana Atilia ingin tahu. Geram apabila tak dapat mendengari apa yang dikatakan oleh suaminya. Mana tahu suami dia tu tengah mengata dia kan?

"Tak ada apalah. Tu ada orang nak jumpa kau." balas Adi Ashraf cuba menukar topik. Bibirnya dimuncungkan ke arah belakang isterinya. Namun Ariana Atilia tak menoleh tanda tak percaya.

"Jangan nak tipu aku-"

Belum sempat kata-kata itu dihabiskan, Adi Ashraf memusingkan tubuh isterinya. Menandakan dia tidak main-main. Mata Ariana Atilia membulat sebaik melihat gerangan yang berada dihadapannya.

"Ris!"

••???••?????••???•

"Bila kau sampai Haris?" soal Ariana Atilia dengan nada yang terlalu teruja. Tak sangka dapat bersua lagi dengan rakan baiknya itu selepas kejadian yang lepas.

Haris Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengukir senyuman. Tak menjangkakan reaksi positif daripada Ariana Atilia sebaik melihat dirinya di situ.

Pandangan Haris Irfan beralih kepada Adi Ashraf yang berada di sebelah Ariana Atilia. Mereka berdua berbalas pandangan. Tindakan itu disedari oleh Ariana Atilia. Dia mula risau sekiranya ada perkara yang buruk bakal terjadi antara mereka.

Namun segala tanggapan itu hilang serta-merta sebaik dia melihat mereka berdua berpelukan seperti rakan yang sudah lama tak berjumpa. Dahinya mula berkerut seribu kerana tak faham tentang apa yang terjadi kepada mereka berdua sehingga menjadi sebegitu.

Takkanlah Haris pakai guna-guna dekat Adi?

Merepek!

"Aku pinjam isteri kau sekejap. Jangan risau nanti aku pulangkan balik." usik Haris Irfan kepada Adi Ashraf. Mereka berdua bergelak tawa. Ibarat Ariana Atilia tiada di situ.

"Suka hati kau lah nak buat apa dekat dia. Janji kau pulangkan balik pun dah cukup." balas Adi Ashraf pula. Sempat dijeling isterinya disebelah. Panas saja telinga Ariana Atilia mendengar.

Bukan main lagi kau eh. Haris bawak lari aku baru kau tahu.

Sebaik Adi Ashraf meninggalkan mereka berdua, Ariana Atilia menoleh ke arah Haris Irfan mahukan penjelasan. Tangannya disilangkan ke dada bersama keningnya yang diangkat tinggi cuba menakutkan lelaki itu.

"Sejak bila ketika mana pulak kau berbaik dengan Ash? Tak silap aku, kali terakhir aku tinggalkan kau orang berdua. Masing-masing macam anjing dengan kucing. Pantang ada peluang mesti nak bergaduh. Sekarang, macam  belangkas. Baik kau cerita dekat aku sekarang apa kau buat dekat suami aku, Ris." ujar Ariana Atilia mula mendekati Haris Irfan mahukan penjelasan dengan segera.

Haris Irfan mengangkat kedua-dua tangannya ke udara tanda tak bersalah. Dia melepaskan keluhan kecil. Sukar untuk dia terangkan segala-galanya.

"Fine, tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Panjang sangat ceritanya, Riana. Tapi bukan sepatutnya kau happy ke aku dah berbaik dengan Ash? Bukan itu yang kau nak?" soal Haris Irfan cuba mengelak. Tetapi ada benarnya kata-katanya itu.

"Aku tak cakap aku tak happy Ris. Cuma aku nak tahu macam mana kau buat. Jangan cuba nak mengelak eh. Pendekkan cerita tu cepat." arah Ariana Atilia. Dia sudah masak sangat dengan perangai Haris Irfan yang satu tu. Suka sangat sembunyikan sesuatu daripada dia.

Akhirnya, Haris Irfan mengalah juga. Segala perbualannya bersama Adi Ashraf diceritakan kepada sahabatnya. Tiada satu pun yang tertinggal. Ariana Atilia mendengar dengan penuh fokus. Langsung tidak mencelah.

"Maksudnya, kau still tak bagitahu dia tentang apa jadi dekat aku sebelum ni la kan?" soal Ariana Atilia selepas mendengar penjelasan Haris Irfan. Dia mahukan kepastian.

Lambat-lambat, Haris Irfan mengangguk. Ariana Atilia menghela nafas lega. Mujurlah perkara itu masih belum sampai dalam pengetahuan suaminya.

"Tapi sampai bila kau nak simpan benda ni, Riana? Sampai bila kau rasa dia boleh tunggu?" soal Haris Irfan akhirnya. Telah lama persoalan itu bermain di fikiran dia selama ini.

Lantas, pandangan Ariana Atilia beralih pada Adi Ashraf yang sedang berbual mesra dengan Izz Faris. Senyuman  yang terpamer di wajah suaminya membuatkan dia turut tersenyum.

Lalu, dia mengembalikan semula pandangannya kepada Haris Irfan. Dia merenung ke dalam anak mata sahabatnya itu dengan niat lelaki itu faham apa yang bakal dikatakan selepas ini.

"Sampai dia jatuh cinta dengan aku."

- to be continued... -

Happy 2nd Eid Mubarak?????
Hope all of you enjoy reading!
Don't forget to vote and comments!

Thanks kepada yang setia membaca dari dulu sampai sekarang??
Tak lupa juga kepada yang rajin vote, comment and add in reading list!
Korang memang gempak??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience