Jam tangan yang berjenama Rolex menunjukkan pukul 11:45pm. Sudah hampir sejam Rose dimasukkan ke dalam bilik pembedahan.
"Maaf, encik suami kepada pesakit?" Tanya seorang jururawat. Menurut tanda nama yang dipakai, namanya Diana.
"Ye, saya suami dia." Jawabku bohong.
"Doktor Zaidi hendak jumpa. Encik boleh masuk ke dalam. Selain daripada suaminya tidak dibenarkan masuk." Ujar jururawat itu sopan. Dia melemparkan senyuman manis kepada Husna yang berada di sebelahku.
"Assalamualaikum doktor." Sapaku kepada seorang lelaki yang memakai kot putih di dalam bilik itu.
"Waalaikumussalam. Jadi encik suami dia?"
"Ya doktor. Nama saya Hamka. Apa yang terjadi kepada isteri saya?" Tanyaku risau. Rose terbaring di atas katil jauh dari tempat kami berbual. Wajahnya pucat lesi seperti tiada darah yang mengalir. Sempat dia tersenyum kecil kepadaku.
"Boleh saya tahu apa yang telah terjadi kepada isteri encik sebelum ini?"
"Tadi dia terjatuh, terlanggar seseorang. Itu je yang saya tahu."
"Dia mengalami kehilangan darah yang banyak. Anak yang dikandungnya terpaksa digugurkan. Adakah encik benarkan saya melakukan pembedahan ke atas pesakit?"
Aku terkejut apabila doktor mengesahkan Rose mengandung. Adakah itu anakku? Kerana Rose ada memberitahu bahawa tidak ada seorang lelaki pun pernah melepaskan benih ke dalam rahimnya selain daripada aku. Aku tidak percaya jika Rose telah menipuku.
Argh! Semua ini berpunca daripadaku. Kalau bukan aku yang merogol Rose malam itu, sudah tentu keadaan tidak akan terjadi seperti ini. Patutlah Rose kelihatan tidak bermaya sejak akhir akhir ini.
"Encik Hamka?"
Panggilan doktor menyebabkan lamukanku terhenti.
"Ya doktor. Saya benarkan. Tapi pastikan isteri saya selamat." Ujarku resah. Jika sesuatu yang terjadi pada Rose, aku tidak akan pernah memaafkan diriku sendiri. Begitu juga dengan Ainun.
Aku sedari tadi mundar mandir di hadapan pintu bilik pembedahan. Husna juga tidak berkata apa apa, mungkin dia tidak ingin menyerabutkan fikiranku. Disebabkan itu, keadaan di situ menjadi sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi alat penghawa dingin dan bunyi tapak kasutku menyentuh lantai.
Tidak lama kemudian Doktor Zaidi keluar dari bilik itu. Di wajahnya mengukir satu senyuman. Melihat wajahnya yang gembira, dadaku yang sesak terasa lapang kembali.
"Pembedahan berjaya dibuat. Syukur kepada tuhan." Ujar Doktor Zaidi. Senyuman di wajahnya semakin melebar.
"Alhamdulillah." Ujarku dengan gembira. Begitu juga dengan Husna. Aku terpaksa menipunya dengan memberitahu Rose ada pendarahan dalam rahim. Walhal, aku pun tidak jika ada pendarahan dalam rahim. Aku cuma tidak mah mendedahkan perkara itu kepada orang lain.
"Tapi, kemungkinan untuk Puan Rose mengandung lagi selepas ini amat tipis." Ujar Doktor Zaidi sayu.
Aku tidak kisah, asalkan nyawa Rose selamat. Itu pun aku sudah bersyukur. Sebelum balik, sempat aku melihat keadaan Rose. Wajahnya tetap kelihatan cantik walaupun kelihatan pucat.
"Hamka pergi mana?" Tanya emak sebaik saja aku tiba di rumah. Wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.
"Hospital." Jawabku sepatah. Ainun yang berada di sebelah emak dipandang tajam. Dia langsung tidak mengangkat wajah sejak dari tadi. Takut mungkin.
"Apa? Hospital. Kenapa? Mana Rose?" Tanya emak bertubi tubi.
"Rose ada kat hospital. Ada pendarahan dalam rahim sebab tadi ada orang langgar dia."
"Siapa yang langgar dia?" Soalnya lagi.
Emak seperti mengerti maksudku apabila aku merenung tajam ke arah Ainun. Selepas itu aku menyuruh Ainun mengikutku masuk ke dalam bilik.
"Kau sedar tak apa kau dah buat?" Gertakku kepada Ainun. Dia kelihatan tersentak mendengar suaraku yang lantang.
"Ainun tak sengaja." Dia mula menangis teresak esak. Mungkin menyesal atau mungkin juga dia takut denganku.
"Kenapa kau lari tadi?"
Dia tidak menjawab. Bahunya terhenjut henjut menahan tangis. Tapi sedikit pun tidak timbul perasaan simpati terhadapnya.
"Jawablah." Jeritku.
Suara garauku sekali lagi membuatkannya tersentak. Air mata mula mengalir laju dari kelopak matanya.
"Kalau kau tak jawab, aku bawa kau ke balai. Lagi teruk kau kena marah kat sana." Kataku sekadar mengugutnya. Kuasa seorang polis yang ada padaku digunakan untuk menakut nakutkan Ainun.
Pistol yang berada di dalam poket seluarku yang tergantung di almari diambil. Aku menarik picu pistol yang tidak berpeluru itu dan dihalakan tepat ke kepalanya.
"Kenapa kau lari? Ada sesuatu kau sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan aku?"
Tangannya terketar ketar. Wajahnya pucat lesi. Tiba tiba sesuatu yang mengejutkan aku telah berlaku.
"Uwekk!"
Ainun termuntah di lantai bilikku.
"Kenapa dengan kau ni? Tiba tiba muntah? Jangan jangan kau mengandung?"
"Tak abang. Ainun tak mengandung." Tangisannya semakin galak kedengaran.
"Ikut aku. Kita pergi farmasi."
Aku menarik tangannya kuat menyebabkan dia terdorong ke depan. Kereta dipandu laju menuju ke Iman Medicare yang terletak di sebelah Desa Murni Batik. Alat untuk mengesan kehamilan dibeli.
"Nah, test sekarang." Aku menolaknya masuk ke dalam tandas Masjid Bukit Payong. Aku turut melangkah masuk, risau jika dia menipu. Nasib baik sudah halal sebagai suami isteri.
"Abang keluarlah. Takkan abang nak tengok." Ujarnya perlahan. Malu mungkin.
"Kenapa tiba tiba kau malu? Tadi tak malu pun nak goda aku. Kau nak buat atau kau nak aku hantar kau pergi balai polis. Balai Polis Bukit Payong sebelah je. Tak sampai tiga minit dah sampai." Kataku keras. Kalau tidak diugut, mustahil dia hendak melakukannya.
Dia menyerahkan aku alat pengesan kehamilan. Aku tersenyum sinis apabila melihat keputusannya.
"Jom balik." Aku menarik tangannya dengan keras. Kebenaran sudah terbukti.
"Abang, Ainun minta maaf. Bukan Ainun yang nak semua ni. Tapi mak yang suruh Ainun. Dia taknak menanggung malu bila perut Ainun membesar nanti."
Aku tidak mengendahkan kata katanya. Terkejut juga aku kerana Cik Da menjadi dalang di sebalik semua ini. Apabila kereta diberhentikan di perkarangan rumah Cik Da, aku segera memasuki rumahnya. Saudara mara yang melihat aku menarik kasar Ainun tidak diendahkan.
Alat pengesan kehamilan diserahkan kepada Cik Da. Jelas terpamer kerisauan di wajahnya.
"Cik Da nak cakap apa apa tak?" Tanyaku sinis.
"Hamka, Cik Da..."
"Cik Da apa? Cik Da nak cakap yang Cik Da turut terlibat sekali?"
Suasana tegang di dalam rumah menyebabkan semua saudara mara yang berada di luar masuk ke dalam. Aku hanya membiarkan mereka melihat adegan ini. Biar mereka semua tahu siapa Ainun sebenarnya. Tidak mahu menanggung malu konon.
"Hamka. Biar Cik Da jelaskan. Sebenarnya bila Ainun mendapat tahu yang dia menganeung, dia mencadangkan agar Cik Da memujuk Hamka agar berkahwin dengannya. Sejak Hamka berada di sini lagi tapi Cik Da tidak tahu hendak mula bagaimana. Jadi bila kami mendapat kad undangan perkahwinan Hamka dengan Rose, Ainun menyuruh Cik Da berjumpa dengan keluarga Hamka." Ujar Cik Da.
Aku memandang Ainun dengan pandangan tajam. Genggaman di tangannya dilepas. Aku melangkah ke arah muka pintu. Sebelum kaki ku melangkah keluar, sempat aku mengeluarkan kata kata yang menyakitkan buat semua yang bergelar isteri.
"Nurul Ainun binti Yasin, aku ceraikan kau dengan talak dua."
Raungan Ainun tidak aku endahkan. Aku yakin dengan tindakanku. Ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dia telah menunjukkan perkara yang sebenar.
Share this novel