14 - Shopping Mall

Romance Completed 45760

Senyuman mentari telah menyinari hidup manusia beberapa jam yang lalu. Cuaca sangat bagus untuk beraktiviti pada hari itu. Di satu ruangan, terlihat seorang lelaki sedang tekun menghadap kerjanya. Setiap helaian kertas yang ada pada fail itu diselak dan dibaca dengan teliti sebelum ia menggoreskan tinta membentuk sebuah tanda tangan dirinya. Selepas itu, dia menyelak halaman yang terakhir itu.

Setelah memastikan kerjanya selesai, fail berkulit keras itu di tutup lalu diletakkan pada hujung meja. Di situlah dia sering menyimpan fail yang telah disemak. Dia mengeluh perlahan lalu bersandar pada sandaran kerusi kerjanya. Jam dipandang sekilas dan ia menunjukkan pukul 10 pagi. Masih awal. Bingung sudah dirinya hendak berbuat apa saat itu. Kerjanya sudah pun siap.

Dia memutuskan untuk melihat keadaan cafe diluar. Dia pun berjalan keluar dengan wajahnya yang sememangnya suka dipamerkan dengan serius. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Bebola matanya mencari kelibat wanita itu. Mana pula dia pergi?

“Mariam, budak Hanis tu mana?” akhirnya dia bertanya kepada Mariam setelah puas mencari. Biasanya, suara wanita itu akan kedengaran meskipun tubuhnya tidak kelihatan.

“Hanis hantar pesanan pelanggan tadi dekat kawasan ni juga, tuan.” Balas Mariam. Kemudian dia menyambung mengelap meja di situ.

Jason terangguk-angguk lalu melangkah menuju ke ruangan komputer yang terletak di bahagian kiri pada cafe itu. Agak lama dia tidak memijak melihat keadaan ruangan itu. Takut pula ada komputer yang telah rosak tetapi belum diganti. Boleh jatuh prestasi cafenya disebabkan kelalaian itu. Kebetulan juga, pada masa itu tiada pelanggan yang menggunakan komputer.

Jason mula memeriksa komputer itu satu per satu. Dari skrin komputer, papan kekunci dan juga wayar yang tersambung antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, dia turut memeriksa meja dan kerusi yang digunakan oleh para pelanggan. Takutnya, tiba-tiba patah semasa mereka sedang khusyuk bermain komputer. Boleh heboh kedai itu.

“Nah, duit pesanan tadi.” kata Hanis sambil memberikan beberapa duit kertas kepada Mariam. Wajahnya cemberut apabila teringat kejadian yang baru sahaja terjadi semasa dia menghantar pesanan itu. “Tadi kan... pelanggan yang memesan tu lelaki. Lepas dia bayar pesanan tu, dia senyum dekat aku. Pastu dia kata 'Adik manis tak panas ke hantar pesanan abang ni? Marilah makan sekali dengan abang,” Hanis membuka cerita sambil mencuba menayangkan adegan yang sama dengan pelanggan lelaki tadi.

“Ha-habis tu, kau kata apa?” tanya Mariam dengan transisi kata yang terbata-bata. Mana tak gagapnya kalau majikannya sudah memeharti dari belakang Hanis berdiri. Namun, lelaki itu memberi isyarat agar terus melayani cerita Hanis.

“Disebabkan nak jaga imej cafe ni, aku pun menolak dengan lembut. Tapi... dalam hati, nak saja aku tarik lidah dia,” ujar Hanis sambil menunjukkan aksi seperti sedang menarik lidah orang. Geram. Panas hatinya apabila pelanggan lelaki itu menyebut dengan panggilan 'abang'. Suaranya juga seperti menggoda. Cis!

Mariam tergelak kuat namun cepat-cepat dia mengawal dirinya. Dia tidak boleh menahan tawa apabila melihat tingkah laku Hanis. Reaksi wajah wanita itu serasi dengan bait-bait bicaranya. Jason yang berpeluk tubuh itu juga tersengih melihat telatah Hanis. Sangat serius wanita itu sehingga tidak perasaan akan kehadiran Jason di situ.

“Tariklah kalau kau rasa geram,” suara serak Jason mula terdengar pada gegendang telinga milik Hanis. Laju kepala dipusingkan ke arah suara yang datang itu. Dia menyunggingkan senyuman hambar saat memandang tatapan lelaki itu. Glup!

“Tu-tuan... sejak bila? Er, tuan da-dari mana?” tanya Hanis. Adakah dirinya dari tadi di perhati oleh lelaki ini? Hanis menjerit di dalam hati. Tak kan nak tebalkan muka lagi. Aduh...

“Ikut aku,” arah Jason tanpa menjawab soalan Hanis. Belum sempat Hanis mengeluarkan suara, lelaki itu sudah berlalu keluar daripada cafe. Hanis mengeluh berat. Itulah hobi Jason yang selalu Hanis terkena. Suka pergi meninggalkan dirinya dalam keadaan terpinga-pinga. Hanis memandang Mariam yang diam ditempat itu dengan tajam.

“Kenapa kau tak bagitahu ada dia dekat belakang aku tadi?” marah Hanis sebelum bergerak keluar. Mariam sekadar tersenyum lalu menggeleng. Agak lucu melihat tingkah Hanis dengan Jason. Dia menghela nafas dan kembali bekerja lagi.

Mariam merupakan pekerja paling lama di cafe Haiqal Jason. Sejak cafe itu rasmi di buka, hanya dia seorang saja yang bertahan di situ. Pekerja yang lain asyik bertukar ganti dek kerana di pecat oleh Jason. Itulah perkara yang paling Mariam takut. Bukan apa, meskipun lelaki itu terlihat sibuk, tapi dia mempunyai masa untuk memantau melalui Cctv yang terpasang pada cafe tersebut.

Memang nahaslah siapa yang didapati curi tulang. Masa itu juga Jason akan pecat. Nak bekerja tu biarlah jujur dan ikhlas. Tapi, bagi Mariam itu sudah biasa baginya. Banyak pekerja cerita tentang hal yang sama ketika mereka diberhentikan. Dia bersyukur kerana terlahir dengan sifat yang rajin. Bukan riak, tetapi kalau tangannya tak bergerak melakukan sesuatu kerja, seperti tidak lengkap hidupnya bekerja disitu.

***

“Tuan ni... cubalah sesekali menjawab soalan yang saya tanya. Ini tidak. Nak biarkan orang overthinking ke macam mana?” ujar Hanis memberanikan diri memecahkan ruang kesunyian itu. Begitulah nasib berjumpa dengan majikan dingin serta pendiam. Hal-hal penting saja yang membuatkan lelaki itu membuka mulut. Selain dari itu, Hanislah yang selalu membuka bicara.

“Apa pula soalan kau?” tanya Jason.

“Tak ada apalah, Tuan. Lupa kan je...” balas Hanis sedikit malas. Sudah biasa dengan lelaki itu. Pasti dia akan bertanya soalan kembali.

“Hari ni teman aku beli barang dekat mall. Jangan risau, gaji kau tetap ada,” ujar Jason setelah lama berdiam diri. Fokus dia memandu kereta di tengah jalan raya yang banyak kereta itu.

Hanis memandang Jason seakan tidak percaya. Beli barang? dekat mall? Maknanya dia nak shoppinglah ni? Biar betul mamat sekor ni? Tak boleh ke pergi sendiri? Baik aku stay cafe bantu Mariam buat kerja. Desisnya. Hanis memandang ke luar tingkap. Dia tahu akan nasibnya selepas ini. Sudah tentu barang yang dibeli oleh lelaki itu, dia akan pegang dan akan di bawa sementara menunggu lelaki itu memilih barang. Tak apalah, dah nasib badan.

Hanis melepaskan keluhan berat saat melihat lelaki itu memasuki sebuah kedai yang menjual pakaian berjenama khas untuk para lelaki. Cukup penat dirinya menemani lelaki itu. Jari jemarinya juga tidak kuat untuk membawa barang-barang yang di beli oleh Jason. Lenguh satu badan. Jadi, inilah rasanya setiap lelaki teman perempuan berbelanja? Entahlah. Tapi, dia penat. Apalagi agaknya lelaki itu cari? Kasut, baju, seluar, tali pinggang, semua sudah lengkap.

Hanis hanya menanti di luar kedai. Kakinya terasa gemetar dan berat untuk melangkah. Harap kedai ini merupakan kedai terakhir menjadi tempat kunjungan lelaki tersebut. Jangan sampai dia jatuh pengsan dekat mall besar itu. Mesti huru-hara lelaki itu. Pandangan jatuh pada barang-barang yang berada di tangannya. Pergh... berat!

“Kau tak nak beli apa-apa ke?” tanya Jason yang baru keluar dari kedai itu. Namun, mata Hanis tekun memerhati tangan Jason. Kosong. Dia menghela nafas lega. Syukurlah, beban tidak bertambah.

“Mengelamun lagi...” tegur Jason.

“Ha? Er, maaf. Tuan, cakap apa tadi?”

Jason mengeluh. “Aku kata, kau tak nak beli apa-apa? Mana tahu ada benda kau nak beli. Baju untuk majlis kahwin sahabat kau, maybe? Bolehlah beli sekarang, sebelum kita balik.” Jelas Jason panjang lebar. Ya, tidak lama lagi majlis perkahwinan Atiqah bersama Jayden akan berlangsung. Lebih kurang seminggu lebih lagi. Haih, secepat itu rakannya akan bergelar isteri orang. Nak buat macam mana lagi, jodoh dia sudah tiba. Kau Hanis? Cukup! Dia masih mahu bersendirian. Anggaplah sebagai menikmati zaman mudanya tanpa ikatan cinta.

“Saya tak ada nak beli pun, Tuan. Soal baju tu, tak perlu nak beli yang baru. Baju lama masih elok digunakan lagi. Bazir duit je beli baharu,” kata Hanis terus terang. Dia tidak suka membazir duit. Baik simpan untuk keperluan masa depan. Lagipula, selagi baju tu tidak koyak, selagi itu di akan guna.

Jason tidak memberi sebarang respon. Dia terus melangkah sebaik sahaja ayat wanita itu habis dituturkan. Terhegeh-hegeh Hanis mengekori jejak Jason sehingga lelaki itu berhenti melangkah di hadapan sebuah kedai. Hanis merengus geram. Dia ni berjalan ke berlari?!

“Aku nak kau pilih salah satu baju dekat butik ni,” ujar Jason lalu menarik wanita itu masuk ke dalam. Tidak sempat untuk wanita itu membantah dirinya sudah berada di butik tersebut. Rambang mata Hanis melihat pelbagai jenis rekaan baju di dalam butik itu. Semua cantik termasuk harganya!

“Barang-barang ni kau letak dekat sini dulu. Lepas tu pilih baju mana kau suka, now!” arah Jason lalu mendorong tubuh Hanis di hadapan pelbagai jenis baju. Terkebil-kebil wanita itu dibuatnya.

“Tuan.. saya...”

“Excuse me, please. Where's fitting room?” Jason langsung tidak memberi peluang untuk wanita itu bercakap. Dia tahu wanita itu ingin membantah.

“Over there, sir.” tunjuk seorang wanita yang bekerja di situ. Tidak lupa juga dengan senyuman diukirkan buat kedua pasangan itu.

“Tolong bawa dia ke sana untuk try baju-baju ni, boleh?”

“No problem, Sir. Mari ikut saya,” kata wanita itu. Beberapa helai pakaian yang di pilih oleh Jason sendiri diberikan kepada wanita tadi. Dalam keadaan tidak tahu ingin berbuat apa, Hanis dengan akur mengorak langkah bersama wanita itu.

Setiap baju yang dipakainya akan ditunjukkan kepada lelaki itu. Setelah berpuas hati, barulah Hanis berhenti daripada keluar masuk fitting room itu. Baju yang menjadi pilihan Jason di bawa ke kaunter pembayaran. Sempat Hanis melihat harga baju tersebut. Menangis dompetnya. Tapi, nak buat macam mana lagi. Dia kena bayar juga.

Dia melangkah ke kaunter tersebut untuk membuat pembayaran. Namun, Jason telah membayar terlebih dahulu pakaian itu. Hanis memandang lelaki itu dengan rasa tidak puas hati. Bukan apa, dia tidak mahu lelaki itu keluar duit semata-mata untuk membayar barang-barangnya. Nanti apa pula orang lain kata. Kikis duit orang. Haih!

“Tuan... nanti saya ganti balik duit tuan.” kata Hanis setelah berjalan keluar dari butik itu.

“Tak payah. Aku nak kau pakai baju tu masa majlis Jayden nanti...” kata Jason.

“Tapi...” Jason terus melangkah laju ke depan. Jika tidak begitu, wanita itu akan terus menerus cakap benda yang sama. Niat dia ikhlas nak belanja wanita itu. Sementara, Hanis sudah membebel di dalam hati dengan perangai majikannya. Dasar menyebalkan!

****

semoga hari korang sentiasa ceria. Happy reading hehehe

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-04-18 12:55:26 

tq ....sis ...suka jalan cerita walaupun simple ..

Hawani Hashim66
2022-04-15 11:53:23 

next please....suka jln cerita novel ni ...tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience