Bab 30

Drama Completed 5973

Pada petang itu, Maksu, Paksu, Maklang dan Syaza tiba di hospital untuk melihat keadaan Saraa setelah pulang dari kenduri aqiqah di rumah mentua Shafira. Sufrina dan Mikail telah dihantar balik ke rumah terlebih dahulu.

"Adam, mana Saraa, Adam?" tanya Maksu dengan cemas kepada Adam.

"Ada kat dalam, tengah bersiap-siap. Dia dah boleh discharge dah jadi mak cik tak payah risaulah," Adam cuba menenangkan Maksu.

"Apa yang terjadi ni Adam? Kenapa Saraa boleh masuk hospital pulak ni? Dia sakit ke? Sakit apa?" tanya Maklang bertalu-talu pula.

Adam tidak terus menjawab namun memandang wajah Syaza terlebih dahulu. Hatinya pedih bagai disiat-siat apabila teringatkan perbuatan Haris, suami wanita yang berada di hadapannya itu terhadap Saraa.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku ada buat salah kat kau ke?" ujar Syaza kasar kerana tidak selesa dengan pandangan Adam yang sebegitu.

"Dia pengsan," Adam menjawab soalan Maklang ringkas.

"Eleh pengsan je pun. Over sangatlah perempuan tu," sinis Syaza sambil berpeluk tubuh.

"Kalau mak cik nak tahu, Saraa pengsan sebab dia terkejut yang suami kesayangan anak mak cik ni cuba buat benda yang tak elok kat dia. Nasib baik dia belum sempat buat apa-apa, kalau tak sia-sia je cucu mak cik nanti jadi anak yatim sebelum sempat lahir ke dunia ni," sambung Adam lagi. Matanya masih tajam memandang wajah Syaza yang mengingatkannya kepada Haris.

"Ya Allah...," Maklang terduduk lemah kerana terkejut mendengar berita yang disampaikan itu. Jantungnya terasa bagai terhenti seketika. Maksu dan Paksu juga terkejut mendengarnya.

"Hey! Jaga mulut kau tu! Jangan nak tuduh sesuka hati kau ya! Mana kau tahu yang suami cuba buat benda yang tak elok kat Saraa?! Entah-entah dia yang goda suami aku," Syaza menolak bahu Adam kasar. Dia bagai tidak percaya bahawa suaminya boleh berbuat sedemikian di belakangnya.

"Takde sebab pun aku nak goda suami kau. Kalau betul pun aku desperate sangat nak kahwin sampai sanggup kena tangkap khalwat, aku tak naklah kena tangkap khalwat dengan laki orang, lagi-lagi laki kau," tutur Saraa yang baru keluar dari wardnya apabila mendengar tuduhan keras Syaza.

Syaza menelan liur mendengarnya. Kata-kata Saraa menusuk tepat di hatinya. Walaupun nada Saraa tenang dalam menuturkan kata-katanya itu namun mereka tidak dapat menidakkan bahawa Saraa sedang menyindir wanita mengandung tersebut.

"Saraa, kamu tak apa-apa?" Maksu mendekati Saraa.

"I'm okay,"

"Saraa dah discharge kan? Jom kita balik," Maksu menarik tangan Saraa untuk memimpinnya keluar. Namun Saraa tidak berganjak dari tempatnya berdiri.

"Saraa menginap kat rumah Adam untuk sementara waktu ni," ujar Saraa sambil memeluk lengan Mak Minah.

"Betul tu, Su. Biar dia tenangkan diri kat rumah aku dulu. Nanti kalau dia dah sedia, Adam sendiri yang akan hantar dia balik," sokong Pak Mail yang tidak bersuara sedari tadi. Mak Minah mengangguk mendengar kata-kata suaminya.

"Pak cik dan mak cik hati-hati ya. Tadi dia kata dia tak nak kena tangkap khalwat dengan suami orang je, dan Adam ni masih bujang. Takut dia goda anak bujang pak cik dan mak cik sampai kena tangkap khalwat pulak," Syaza tersenyum sinis.

"Syaza! Dah dah lah tu!" tegur Maklang yang geram dengan anak perempuannya yang seorang itu.

"Dia tak payah nak goda aku pun. Hati aku memang dah lama jadi milik dia,"

Saraa memandang wajah Adam. Dia tidak sangka bahawa Adam akan berkata sedemikian di hadapan ibu bapanya. Namun dia berasa puas apabila melihat reaksi wajah Syaza yang sudah terang lagi bersuluh tidak berpuas hati dengan kata-kata Adam itu.

"Syaza, you should remember this one thing, you don't have to seduce someone you love just to get their attention. Once they love you, nothing can stop them. See, aku tak payah goda Adam pun, hati dia memang dah jadi milik aku. And for your information, hati aku pun dah lama jadi milik dia. That's the real meaning of love," ujarnya pula.

Kini giliran Adam pula yang memandang wajah Saraa. Dia bagai tidak percaya bahawa kata-kata tersebut keluar dari mulut wanita yang dicintainya selama ini.

'Dia betul-betul cintakan aku ke?' hati Adam tertanya-tanya.

Saraa menghela nafas panjang dan mula melangkah mendekati Syaza. Tangannya diletakkan di bahu Syaza.
"Aku rasa dulu mesti kau yang goda si Haris tu kan? Kau tak nak dia pandang perempuan lain sebab tu kau goda dia dan kau sanggup kena tangkap khalwat dengan dia supaya dia akan jadi hak kau sorang je. Mesti kau cinta gila kat dia kan sampai sanggup buat macam tu?" dia melontarkan soalan.

Syaza menelan liur sekali lagi mendengarnya. Sungguh, tebakan Saraa itu semuanya betul.

"Kalau betul, aku nak bagitahu kau yang tindakan kau tu salah. Dia tak cintakan kau pun, Syaza. Memanglah kalau kau goda dia, dia akan terpikat kat kau, dia akan kata yang dia cintakan kau, dia nak kahwin dengan kau, nak sehidup semati dengan kau. Tapi tu sementara waktu aje. Nanti kalau dia dah lost interest kat kau, dia akan mula cari mangsa lain pulak. Dan dalam kes ni, aku dah hampir jadi mangsa suami kau," Saraa mengeluh sebelum menyambung kata-kata.

"Kau sepatutnya nak cari suami, carilah yang ikhlas nak kat kau. Carilah yang sudi terima baik dan buruk kau. Bukan yang tengok kecantikan kau je. Nanti kecantikan kau tu dah pudar, 'cinta' dia pun akan pudar jugak. Masa tu mulalah dia nak cari 'cinta' yang lain,"

"Dahla, Syaza. Aku nak cakap panjang-panjang pun takde guna. Jom Mak Minah," Saraa kembali memeluk lengan Mak Minah lalu mereka berjalan bersama meninggalkan Syaza, Maklang, Maksu dan Paksu yaang masih tergamam mendengar kata-katanya. Adam dan Pak Mail mengekori dari belakang.

"Tunggu!"

Adam menoleh ke arah Syaza.

"Haris sekarang kat mana?" tanya Syaza perlahan.

"Penjara," jawab Adam ringkas sebelum meneruskan langkahnya.

...

Sejurus mendapat tahu keberadaan suaminya, Syaza terus bergegas untuk melawat Haris di penjara. Maksu dan Maklang ingin menemaninya namun dia berkeras mahu berjumpa dengan Haris sendirian.

"Abang...,"

"Sayang, abang tahu sayang akan datang untuk ikat jamin abang. Kan?" Haris gembira melihat isterinya.

"Sebelum Syaza ikat jamin abang, Syaza nak tanya sesuatu," nada sayu Syaza jelas kedengaran.

Haris hanya mengangguk bersedia untuk mendengar soalan yang diajukan oleh isterinya. Langsung tiada riak bersalah di wajahnya.

"Betul ke abang cuba buat benda yang tak baik kat Saraa?"

"Sayang jangan percaya dengan semua ni. Abang cuma diperangkap," tutur Haris yakin.

"Tapi Adam ada kat situ waktu tu kan? Dia saksi kukuh. Macam mana abang boleh kata yang abang diperangkap?" Syaza memandang tepat di mata Haris untuk mencari kebenaran kata-kata suaminya itu.

Haris memandang ke arah lain untuk mengelak daripada bertentang mata dengan isterinya.

"Sayang jangan percaya kat mereka. Saraa berpakat dengan Adam untuk perangkap abang mestilah Adam kata dia ada masa tu," ujar Haris lagi. Keyakinannya kini sudah agak goyah.

Syaza mengeluh lemah mendengarnya.

"Dulu sebelum kita kahwin, abang sebenarnya betul-betul cintakan Syaza ataupun abang cuma tertarik je dengan Syaza?" soal Syaza lagi. Kata-kata Saraa telah menyedarkan dirinya.

"Apa kaitan soalan ni dengan kes abang?!" Haris meninggikan sedikit suaranya. Geram.

"Syaz nak abang jujur! Jawab soalan Syaz!"

"Apa bezanya, Syaza?! Aku dah kahwin ngan kau pun sekarang ni kan?!"

"Ada bezanya, abang. Syaza tahu abang kahwin ngan Syaza sebab kita kena tangkap khalwat je. Tapi abang sebenarnya tak cintakan Syaz kan?"

"Okey! Aku jujur! Aku memang suka kat kau dulu sebab kau cantik. Aku bangga bila ada perempuan cantik ada hati kat aku. Tapi aku tak sangka malam tu kita kena tangkap khalwat. Aku tak sedia pun nak jadi laki orang waktu tu. Aku rela jugak nak kahwin ngan kau sebab aku ni menganggur. Sekurang-kurangnya makan pakai aku terjaga bila kau jadi isteri kau," Haris mula berlaku jujur kepada isterinya.

"Tu jawapan yang kau nak kan? Sekarang ni kau nak apa lagi?!"

"Sekarang Syaza nak abang ceraikan Syaza," air mata mula mengalir di pipinya.

"Ka..kau gila? Anak dalam perut kau tu anak aku jugak tau! Kalau betul pun aku tak cintakan kau, anak aku tu aku sayang!"

"Syaz tak akan larang kalau nanti abang nak tengok anak abang ni. Tapi tolong Syaza nak abang lepaskan Syaza,"

"Aku tak nak,"

"Kalau abang tak nak, Syaza tak akan ikat jamin abang," ugut Syaza.

Haris mengeluh. Dia sudah tidak sanggup untuk duduk terkurung di dalam penjara.

"Baik. Memandangkan aku memang tak cintakan kau dan aku tahu kau layak untuk bersama dengan seseorang yang akan cintakan kau, aku akan lepaskan kau pada waktu anak ni sudah dilahirkan kelak," Haris akhirnya bersetuju untuk melepaskan Syaza.

p/s; maaf kalau membosankan dan tolong jangan kecam broken english saya ehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience