Chapter 8

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.8 Carnival

Normal POV

"Cepatlah Korang!!!" Jerit Yana. Dia melompat-lompat tidak sabar.

"Yana jangan lompat-lompatlah! Malu sikit!" Marah Nad.

"Eleh , biarlah. Olyn joooom!!" Yana menarik Olyn. Olyn meringis apabila Yana menggenggam tangannya terlalu kuat.

"Sakit Yana" Katanya perlahan.

Yana melepaskan tangan Olyn. "OMG! Sorryyyyyy!" Dia memasang wajah cemas. Olyn mengusap-ngusap pergelangan tangannya. "Sakit sangat ke , Olyn?" tanya Yana dengan penuh rasa bersalah.

"Sikit je" Kata Olyn. Dia memberi Yana senyuman yang menandakan dia tidak apa-apa.

"Kau ni Yana. Sabarlah sikit. Karnival tu tak lari pun lah" Kata Yaya. Yana mempout. Dia berpeluk tubuh dan berjalan di sebelah Alyn. Alyn dan Ainaa mentertawainya.

"Dah dah , kita dah sampaiii ~" Kata Put. Mereka semua masuk ke dalam karnival yang tidak berapa besar di hujung bandar yang mereka duduki ini. Karnival ini tidaklah terkenal , namun boleh tahan ramai juga pengunjungnya. Mereka bertujuh berjalan menuju ke kaunter untuk membeli tiket.

"Tiket dewasa untuk tujuh orang , ya?" Kata Yaya kepada penjaga kaunter. Penjaga kaunter itu menghulurkan tujuh tiket kepada Yaya.

"Semuanya RM175" Kata lelaki yang menjaga kaunter tersebut dengan ramah. Yaya menghulurkan dua keping not RM100 kepada pekerja itu. Dia menerima baki beberapa ketika kemudian. "Terima kasih dan enjoy your ride" Mereka semua tersenyum.

"Handsomenyaaaa.." Kata Nad dan Yana setelah mereka berada jauh dari kaunter.

"Seriously guys? Dengan penjaga kaunter pun korang berselera?" Tanya Ainaa.

"Eleh , dia manusia jugak." Kata Nad. Yana mengejek Ainaa. Olyn , Alyn dan Yaya hanya mempu menggeleng-gelengkan kepala mereka. Manakala Put sedang sibuk melihat segala permainan yang ada di karnival itu.

"First nak main apa dulu?" Tanya Alyn.

"Merry-go-round!!" Jerit Put tiba-tiba. Member Olala memberinya palmface.

"Jinjja!?" Ainaa memandang Put dengan pandangan tidak percaya. Put mengangguk sambil memberi puppy eyes terhebatnya dengan harapan rakan-rakannya akan bersetuju untuk naik merry-go-round dahulu.

"No no no , aku tak setuju. Put , malulah wehh. Merry-go-round tu untuk budak 12 tahun ke bawah bolehlah." Kata Yaya.

Put mengerutkan dahinya. "Kita naik roller coaster!" Alyn mengangkat penumbuknya ke atas.

"Jo-"

"Ehh , korang kan tahu aku gayat. Takkan korang nak tinggalkan aku kat bawah ni sorang-sorang" rungut Put.

Olyn menepuk bahu Put. "Tak apa , aku teman kau naik merry-go-round" Katanya.

"Really?" Tanya Put.

"Offcourse" Olyn tersenyum.

"Alah Olyn , aku baru nak tengok expression takut kau. Aku tak pernah tengok kau menjerit" Kata Ainaa penuh kecewa.

"Hahaha , tak apa lah , Ainaa. Lain kalikan boleh" Kata Olyn. Dia tertawa lepas.

"Tu pun kalau ada lain kali.." Ainaa berkata dengan nada sedih.

"Eh , why not? Kita kan Olala , selamanya bersama. Mesti kita akan ada masa untuk pergi sini lagi." Kata Yaya. Entah kenapa tiba-tiba Olyn menjadi tidak yakin. Tidak yakin yang dia akan ada masa bersama lagi dengan Olala lagi. Dia seperti ingin menangis. Dia tak tahu kenapa perasaan takut ini datang kembali.

Put yang melihat perubahan wajah Olyn langsung menukar topik. "Dah , jom Olyn. Kita naik merry-go-round. Korang naik lah roller coaster tu , nanti jumpa dekat food court"

Setelah itu mereka berpisah. Olyn dan Put pergi ke arah merry-go-round manakala lima orang rakan mereka yang lain pergi ke arah roller coaster.

Olyn dan Put telah pun menaiki patung kuda manakala lima orang rakan mereka sedang mengukur ketinggian.

"Tengok tu , kalau nak naik roller coaster , ketinggian kene ukur. Aku? Sah-sah lah tak lepas ," Put menjeling ke arah member Olala.

Olyn tertawa. "Alah Put , kalau ketinggian kau mencukupi pun , belum tentu kau nak naik roller coaster tu. Kau kan takut tinggi.." Olyn menyakat Put. Put mempout.

"Bukannya kehendak aku.." Katanya dengan nada sedih. Dia mengusap-ngusap kepala patung kuda yang dinaikinya.

Berbual punya berbual , mereka tidak sedar pun merry-go-round itu sudah berhenti. Mereka tersedar apabila seorang lelaki memanggil mereka.

"Adik!" Put dan Olyn mengalihkan pandangan mereka. Mereka memandang lelaki yang berpakaian segak di hadapan sebuah booth dengan pandangan pelik.

Olyn dan Put berjalan ke arah lelaki tersebut. "Adik nak main game mencabar ni tak?" Tanya lelaki itu. Olyn memicingkan matanya. Dia melihat tiang bola keranjang yang amat tinggi di hadapannya.

"Apa syarat permainan ni?" Tanya Olyn.

"Adik perlu masukkan 3 biji bola ke dalam keranjang tu ," Kata lelaki itu menunjuk keranjang yang berada tinggi di hujung tiang. Olyn dan Put mengangguk. "Satu orang , satu kali percubaan"

"Kalau ketiga-tiga bola masuk , adik akan dapat voucher percutian ke Pulau Polvine selama 2 minggu tak kesah berapa orang pun , untuk keterangan lanjut saya akan bagitahu jika kamu menang grand price ni." Lelaki itu menerangkan tentang hadiah pula. "Kalau hanya dua , adik akan dapat tu.." Lelaki tersebut menunjukkan smartphone keluaran terbaru yang berada di tempat pameran. Mata Put membulat. "Dan kalau satu sahaja, adik akan dapat patung fluffy tu.." Lelaki itu menunjukkan patung Invander Zim. Olyn menggigit bibirnya.

"Olyn , apa kata kau main? Cuba masukkan tiga-tiga bola tu. Mana tahu kita dapat grand price!" Put berbisik kepada Olyn. "Kalau kita dapat hadiah tu , kita boleh ajak Olala dan skuad KRS bercuti. Olala tak pernah pergi bercuti sama-sama" Olyn berfikir sejenak.

"Then kenapa nak bawa skuad KRS?" Tanya Olyn.

"Kita kan dah janji nak buat BBQ lepas exam nanti dengan skuad. Dah ada kesempatan ni.." Put mengangkat-angkat keningnya.

Ya tak ya juga. Dengan cara ni je aku dapat berbaik semula dengan semua orang. Alang-alang menyeluk perkasam , biarlah sampai ke pangkal lengan , kan?

Olyn memandang Put , lelaki itu dan bola yang berada di tangan lelaki itu secara bergilir-gilir.

"I'll go" Kata Olyn.

"Good , ingat. Hanya sekali percubaan. Buat masa ni , belum ada lagi yang dapat masukkan bola ni. Satu pun tak lepas. Kalau adik dapat masukkan semua , abang janji , abang akan kasi ketiga-tiga hadiah ni dan abang akan tutup perniagaan abang ni" Kata lelaki itu.

"Kenapa senang sangat nak bagi hadiah tu?" Tanya Put.

"Sebab abang tak yakin adik dapat masukkan bola ni" Lelaki itu menyeringai. Olyn memicingkan matanya.

No , aku akan buktikan kepada abang ni yang aku akan dapat masukkan kesemua bola ni. Batin Olyn. Dia melantun-lantunkan bola. Di sekeliling mereka , terdapat beberapa orang berkumpul. Mereka semua mahu melihat Olyn menjaringkan bola-bola itu.

Put berjalan jauh sedikit dari Olyn supaya Olyn dapat menjaringkan bola tanpa halangan. "Olyn!! Fighting!!" Jerit Put. Olyn mengangguk. Dia memandang lelaki tadi. Smirk masih terlihat di wajah lelaki itu.

"Ready? Now!" Olyn menggunakan seluruh tenaganya untuk membaling bola itu ke dalam keranjang. Segalanya menjadi slowmotion bagi Put. Dia berharap sangat Olyn dapat memenangi hadiah ini.

*

"This can't be true.." Gumam lelaki itu. Dia terduduk di atas kerusinya. Olyn dan Put tersenyum bangga.

"Jadi , mana hadiah kami?" Tanya Put. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Dia berdiri.

"Ehem!" Lelaki itu berdiri sambil membetulkan tali lehernya. Dia mengambil briefcase hitamnya. Briefcase itu di buka. Terlihat seperti tiket percutian di dalamnya. "Ini adalah tiket untuk ke Pulau Polvine." Lelaki tersebut memberikan tiket itu kepada Olyn. Olyn membaca tiket itu , dia ingin memastikan tiket itu betul atau palsu. "Pulau itu milik kamu untuk dua minggu akan datang." Olyn melihat tarikh tiket itu. 25th Mei 2015 hingga 7th June 2015.

"Tepat-tepat pada tarikh kita nak buat BBQ" Kata Put. Olyn mengangguk.

"Segala kelengkapan telah disediakan seperti tempat tinggal , transport , dan permainan. Adik cuma perlu sediakan duit untuk shopping sahaja." Lelaki itu memberikan senyuman terbaiknya. Olyn seperti tidak ambil kesah dengan senyuman itu.

"Adik ni cold sangat lah. Senyum lah sikit , dah menang kan?" Kata lelaki tersebut.

Put memandang Olyn. "Olyn smile!" Kata Put. Olyn masih tidak tersenyum. Dia memasang wajah datarnya.

"Ah , sebelum abang terlupa. Ini hadiah kedua dan ketiga!" Lelaki itu memberi kepada Olyn smartphone yang dilihatnya tadi dan patung Invander Zim yang masih berbungkus plastik.

"Handphone ni boleh digunakan ke?" Tanya Put bluntly. Lelaki itu terkejut dia tahu Put ingin melebelnya sebagai penipu.

"Mestilah boleh!" Katanya. Dia membuka kotak itu dan menghidupkan smartphone tersebut. "See?" Dia menunjukkan smartphone yang telah hidup itu.

"Ori ke ni?" Tanya Put lagi. Lelaki itu memandang Put dengan pokerface.

"Put , dah lah." Olyn seperti ingin tertawa melihat Put yang memang sudah cerewet itu.

"Warranty pun masih ada setahun lagi" Put dan lelaki tersebut saling berjelingan. Put takut Olyn ditipu.

"Dah tak ada syarat lain kan?" Tanya Olyn. Lelaki tersebut menggeleng innocent. Olyn tersenyum kali ini. "Kami dah boleh pergi kan? Dengan hadiah ni?" Lelaki itu mengangguk.

"Sebelum tu , perkenalkan , nama abang , Sabel.." Lelaki itu smirk. Olyn mengelipkan matanya berkali-kali.

Macam pernah dengar nama tu..

Put tidak perasan smirk lelaki bernama 'Sabel' itu kerana dia sedang sibuk melihat smartphone tadi.

"Nice to meet you , Abang Sabel" Olyn mengangguk tidak yakin. "Kami pergi dulu.." Sabel membungkuk layaknya seorang gantleman.

Olyn menarik Put untuk pergi dari situ. Dia merasakan bulu romanya meremang. Tiba-tiba handphone Put berbunyi. Put melihat handphonenya.

"Eh , Alyn message lah. Dorang semua dah tunggu kita dekat food court" Kata Put. "Message ni sampai setengah jam tadi , kenapa sekarang baru berbunyi?" Gumam Put pelik.

Olyn hanya mendiamkan dirinya. Entah kenapa dia seperti tidak ingin memberitahu Olala tentang hadiah ini. Dia kembali takut.

Mereka berdua menuju ke food court. Sesampainya di sana , mereka langsung menyapa Olala yang sudah pun makan dahulu.

"Kenapa lambat sangat?" Tanya Nad. Nad adalah orang yang paling tidak suka menunggu antara mereka.

"Sorry , message Alyn baru masuk tadi" Kata Put.

"Korang pergi mana?" Alyn memasukkan kentang ke dalam mulutnya.

"Kita orang.."

"Olyn main game tadi! Cool gila!" Kata put dengan gembira. "..and korang nak tahu hadiah dia apa?"

"Apa?" Tanya Olala dengan serentak.

"Satu , Percutian ke Pulau Polvine selama 2 minggu untuk beberapa orang pun tak kesah. Abang tadi cakap , Pulau Polvine tu jadi milik Olyn untuk 2 minggu nanti."

Mata Olala membulat. "Serious!?"

Put mengangguk. "Hadiah kedua pula , handphone ni ," Put meletakkan hadiah kedua Olyn ke atas meja.

"Bestnyaa!!" Pekik Olala serentak lagi. Pelanggan di food court itu melihat mereka dengan pandangan tidak senang.

"Hadiah ketiga mesti Zim tu kan?" Tanya Yana. Dia menunjuk patung Invander Zim di pelukan Olyn. Olyn mengangguk.

"Invander Olyn" Kata Yaya. Mereka semua tahu Olyn amat menyukai Zim. Sikap Olyn pun memang sudah seperti Zim. Ada ketika dia baik , ada ketika dia menjadi evil dan playful.

"Boleh percaya ke percutian ke Pulau Polvine ni? Tak silap aku , Pulau Polvine ni dah tidak dibenarkan masuk" Kata Nad. "Kan ada berita tentang pembunuhan yang berlaku dekat Pulau Raven , pulau yang bersebelahan dengan Pulau Polvine.."

"Pulau Polvine dah dibuka semula sebab yang pembunuhan tu berlaku dekat Pulau Raven. Goverment rasa tak adil kalau mereka tutup Pulau Polvine juga sebab pemandangan Pulau Polvine cantik kut. Lagi pula , peratus pelancong menurun bila Pulau Polvine ditutup ," Kata Ainaa. Yaya mengangguk.

Olyn menjadi semakin tidak yakin. Patut ke..?

Dia merasa dirinya diperhatikan. Olyn melihat ke arah keramaian. Dia ternampak seseorang memandangnya namun dia tidak pasti siapakah itu.

"Olyn?" Panggil Alyn.

"Hmm?"

"Are you okay?"

"Imma always okay , Alyn.." Olyn tersenyum. Put pelik melihat perubahan Olyn. Tadi Olyn hanya diam dan terlihat risau. Kini Olyn tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku. Put yakin Olyn ada menyorokkan sesuatu darinya. Dia melihat ke arah pandangan Olyn tadi. Tiada apa-apa pun disitu.

Hari diakhiri dengan gembira untuk Olala. Tapi tidak untuk Olyn.

--

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience