MAB 7: BOAT AFTER BUS*

Romance Completed 902447

DENGAN cara Zahran memandu, mereka akhirnya sampai di Kuala Perlis ketika jam menunjukkan pukul 1.25 tengah hari.

“Nanti kita kena duduk dalam kereta ke sampai ke Langkawi?” tanya Arianna. Ini pengalaman pertamanya menaiki kereta ke Langkawi.

“Kau kena duduk dekat kipas feri sebab takde tiket. Tiket aku free sebab dah bayar sekali dengan kereta.”

Arianna mendengus geram. Tidak bolehkah sekali Zahran menjawab atau berkata sesuatu yang menyenangkan hatinya?

SETELAH memarkir kereta di kargo, Zahran dan Arianna keluar dari kereta menuju ke tingkat atas untuk mengambil tempat duduk. Orang memang ramai dan hampir semua tempat duduk penuh.

Ruang tertutup, tempat duduk yang agak rapat dan orang ramai membuat Arianna mula rimas. Peluh dingin mula merenik di wajahnya. Dia tiba-tiba rasa lemas dan susah bernafas. Segera ditangkap tangan Zahran dan mencengkamnya kuat.

“I nak cari open air,” ujarnya lalu bangun dan terus berlari ke ruang terbuka di luar.

Dada yang sesak perlahan menjadi lapang. Biarpun hawa panas terasa menggigit kulit, namun lebih baik begini. Dia tidak rimas dan boleh bernafas dengan teratur. Apatah lagi dapat melihat suasana laut yang membiru dan pulau-pulau di sekelilingnya.

“Agoraphobia?”

Terjongket bahu Arianna apabila mendengar suara Zahran di belakangnya. Toleh sekilas, sebelum dia kembali membuang pandang ke arah lautan.

“Not really. Tapi I memang tak boleh duduk lama dalam ruang tertutup, orang ramai, and bising.”

“Oh…” Dengan kedua-dua tangan di dalam saku seluar, Zahran berdiri di samping Arianna. Turut melempar pandang ke arah laut yang membentang.

“Actually, this is my first experience naik feri ke Langkawi,” kata Arianna.

“Me too. Selalunya naik flight.”

Terangkat kening Arianna mendengarnya.

“Habis tu kenapa hari ni tiba-tiba naik feri?”

“Sebab kau.”

“Me?”

“Yes, sebab kau anak Datuk Eric. Kalau kau anak Samad ke, Ah Chong ke, Ah Meng ke, Muthusamy ke, aku akan naik private jet dengan family aku.”

“I don’t understand.”

“Itulah. Siapa suruh makan sayur je, kan dah payah faham.”

“Hei, tak ada kena mengena okey!”

Tiada tanggapan daripada Zahran. Dia malas menerangkan kenapa dia memilih menggunakan jalan darat dan menaiki feri.

Sudah tentu kerana tidak mahu dikesan oleh Datuk Eric. Dia bukan takut, tetapi tidak mahu merosakkan hubungan yang sudah terjalin lama antara Yun Hua dan Imperial.

“You takut daddy atau orang-orang dia nampak?” Arianna akhirnya dapat menduga tujuan Zahran.

“Boleh dikatakan macam tu.”

Arianna memanggut-manggut. “Brilliant. Tapi, kenapa mesti naik bas buruk? You bukan tak ada duit nak sewa bas yang cantik sikit!”

“Tu aku saja nak buat kau sakit hati.” Selamba Zahran menjawab.

Arianna berdesis sambil picing mata.

Memang dasar lelaki durjana!

HAMPIR dua jam membelah lautan, feri akhirnya sampai di Pulau Langkawi. Zahran memandu keretanya menuju ke Hotel Ayana Imperial. Ahli keluarganya masih belum sampai kerana mereka menaiki penerbangan petang dari Kuala Lumpur.

Sekalipun dia nekad meminta Arianna menemaninya ke majlis pelancaran malam ini, tetapi dia tidak mahu sesiapa tahu tentang itu. Dia dan Arianna bukan ada hubungan istimewa. Dia hanya mahu membuat gadis itu kesusahan dengan permintaannya. Itu saja.

“Ni kunci bilik. Malam ni Abelia Hall tingkat lima pukul lapan. Tunggu aku kat sana,” kata Zahran. Nama hotel, dewan, dan café diambil sempena nama anak-anak Zahrin. Ayana Imperial Hotel sempena nama Lily Ayana. Abelia Hall sempena nama Lana Abelia. Liyyan Café sempena nama Liyyan Ashraff.

Arianna akur sahaja walaupun dia jengkel dengan cara Zahran mengarahnya. Tidak ubah seperti daddy.

SAMPAI di bilik, Arianna menghumbankan tubuhnya ke katil. Pegal seluruh tubuhnya kerana perjalanan yang lama. Ya, termasuk sejam bergoyang dangdut di dalam bas sekolah tadi. Setelah dirasakan tubuhnya cukup relaks, dia mencapai telefon di dalam beg sandangnya lalu menghantar mesej kepada Amber memberitahu dia sudah sampai. Kepada daddy, dia memberitahu ada sesi penggambaran di Pulau Redang, sudah tentu dengan kerjasama daripada Amber. Semoga saja pembohongan ini tidak terbongkar.

ARIANNA memerhatikan penampilannya di depan cermin sambil membetulkan dress yang melekat pada tubuhnya.

Mengingat Zahran pernah menjahit belahan dressnya sebelum ini, dia tidak berani membawa dress yang terlalu seksi. Dress panjang high neck berwarna hitam tanpa lengan dan menonjolkan bahu, dengan potongan duyung pada perkiraannya tidak terlalu seksi dan mungkin boleh diterima oleh lelaki seperti Zahran. Ya, lelaki seperti Zahran. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengkategorikan Zahran, tetapi lelaki itu mengingatkannya kepada seseorang. Mereka sama. Cuma cara teguran Zahran agak kasar dan menyakitkan hati.

Dia tidak ingat bila dia membeli dress itu. Namun melihat tag harga ketika mengeluarkan pakaian itu dari almari tempoh hari, dia tahu dia belum pernah memakainya.

Berpuas hati dengan dress, Arianna merapikan rambutnya pula. Rambut yang panjang melepasi bahu itu disanggul rapi dengan hair band berwarna perak sebagai aksesori tambahan memandangkan dia tidak memakai perhiasan lain.

Selesai dengan rambut, Arianna memerhatikan solekannya pula. Oleh kerana party itu nanti bertema masquerade, maka dia tidak mengenakan solekan mata. Jadi, bibir perlu lebih menonjol. Dicapai lipstik berwarna merah gelap lalu dioles ke bibirnya. Nah, sekarang penampilannya sudah sempurna. Nampak agak berbeza kerana dia jarang menggunakan lipstik warna itu.

Sentuhan terakhir, dia menyembur haruman J’Adore pada tubuhnya sebelum memasang topeng berwarna hitam dengan sedikit hiasan renda. Hanya menutupi dahi dan sebahagian hidung. Ya, parti dan kostum yang sempurna untuk gadis yang telah menipu ayahnya untuk keluar bersama lelaki yang menyebalkan.

“Perfect!”

Melabuhkan duduk di katil, dia menyarungkan stiletto heel berwarna hitam dengan tali yang dihiasi batu-batu Swarovski.

“Okay, Mr Super Annoying, now I’m ready to be your partner.”

KELUAR dari bilik, Arianna menuju ke lif untuk turun ke tingkat lima. Seorang pekerja hotel mengiringinya sehingga ke Abelia Hall.

Dua orang lelaki bersut hitam dan sarung tangan putih membukakan pintu. Arianna melangkah masuk. Sudah ramai tetamu memenuhi ballroom dengan topeng berbagai fesyen menutupi sebahagian wajah mereka. Susah untuk dia mengecam siapa yang berada di sebalik topeng itu.

Alunan muzik 'The Vampire Masqurade' atau dikenali juga dengan nama 'Vampire Waltz' berkumandang, sesuai dengan tema 'Masquerade Party'. Tetamu mula bergerak ke bahagian tengah ballroom bersama pasangan masing-masing. Tarian bermula. Gemalai tubuh wanita mengikut irama muzik waltz disangga oleh tangan lelaki di pinggang mereka, berpusing di lantai tarian.

Arianna melilau mencari kelibat seseorang yang telah memaksanya ke parti ini sehingga dia menolak untuk menjadi teman Aaron. Dia tidak tahu Aaron membawa siapa. Dia juga tidak peduli. Yang dia peduli, di mana Zahran? Dia tidak suka terkial-kial begini di majlis yang tidak ada seorang pun manusia yang dia kenal.

“Kata pukul lapan. Ini dah pukul lapan suku, tak nampak pun muka dia.” Arianna menggerutu. Terasa kekok dan canggung langkahnya kerana hanya dia yang bersendirian, sedangkan yang lain berteman.

Ketika dia masih tercari-cari, pinggangnya dipaut seseorang. Haruman Gucci Guilty menusuk hidung. Dia tahu itu Zahran. Baru beberapa kali saja bertemu, namun bau itu sudah serasi di hidungnya.

"Sorry, I'm late," ujar Zahran. Dengan suit berwarna hitam, walaupun sebahagian wajahnya ditutupi oleh venetian mask, dia tetap terlihat kacak.

Tiada jawapan daripada Arianna. Mengikut sahaja Zahran yang sudah membawanya ke lantai tarian. Tanpa melepaskan pautannya, Zahran memusingkan tubuh Arianna mengadapnya dan bergerak mengikut irama 'Vampire Waltz' yang dimainkan.

Dari sebalik topeng, mereka bertatapan. Arianna mendongak dan Zahran menunduk. Dan entah mengapa, melihat wajah Zahran yang hanya menampakkan sebahagian hidung dan bibir, membuat Arianna teringat insiden di depan tandas tempoh hari. Tidak semena-mena wajahnya menjadi panas. Berada sedekat ini dengan Zahran membuat jantungnya berdegup tidak keruan. Entah Zahran juga sama, dia tidak tahu. Mungkin hanya dia yang merasai debaran ini kerana Zahran terlihat biasa saja.

Lamunannya disentakkan apabila Zahran melepaskan satu tangan di pinggangnya, tubuhnya di dorong ke depan dengan satu tangannya masih dalam genggaman Zahran, mereka berputar di lantai tarian sebelum lelaki itu menarik semula tubuhnya ke dalam dakapan.

Tubuh mereka terus bergerak, menari, berputar, mengikut muzik. Sorotan lampu yang suram di dalam ballroom, serta penari yang bertopeng dengan kostum wanita yang memakai gaun klasik zaman kolonial, membuat mereka seperti berada di dalam istana vampire.

Tarian mereka berhenti apabila muzik berhenti. Saling menunduk memberi hormat kepada pasangan masing-masing, Arianna tiba-tiba terkesiap apabila mendengar suara Aaron menyapa Zahran.

"Hey, congratulation bro!"

Tubuh Arianna menegang. Tanpa pamit kepada Zahran, dia terus berlari meninggalkan dewan. Zahran terkejut dengan tindakan Arianna, namun dia tidak menahannya. Huluran tangan Aaron disambut.

“Thank you.”

“Hey, I saw you with a girl just now. Who is she?” tanya Aaron dengan nada penasaran.

Zahran tertawa perlahan. “Kau salah tengok, kut. I’m alone.”

Aaron mengernyit tidak percaya. Dia yakin tidak salah lihat walaupun lampu di dalam dewan ini suram.

“How about you? Kau dengan siapa?” Zahran cuba mengalihkan arah fikiran Aaron.

“My cousin, Carmen.”

“Aku ingat kau bawak bakal tunang.”

“Dia sibuk. Ada photo shoot dekat Redang”

“I see.” Zahran memanggut-manggut. Aaron ada memberitahu akan bertunang dengan anak kenalan keluarganya, namun masih merahsiakan siapa gadis bertuah itu.

ARIANNA keluar dari dewan dan sejenak dia terpinga-pinga, tidak tahu ke mana dia harus membawa langkahnya. Berjalan tanpa arah yang jelas, dia ternampak sebuah pintu kaca di bahagian kanan dewan yang memisahkan bahagian luar dewan dengan sebuah taman. Ya, taman di tingkat lima yang ditanam dengan berbagai jenis bunga dan dihiasi dengan cahaya lampu solar taman; membuat ia kelihatan seperti sebuah dunia fantasi.

Segera Arianna membawa langkahnya ke arah itu. Pintu terbuka automatik sebaik sahaja dia mendekat.

“Wow…” Dia menganga kagum.

Benar-benar seperti sebuah taman fantasi. Bunga-bunga renek berbagai warna yang ditanam di atas tanah, juga bunga-bunga gantung pada gazebo, membuat taman ini kelihatan hidup. Ada beberapa buah buaian berwarna putih di tengah-tengah taman.

Arianna melangkah ke arah pagar balkoni. Bertumpu dengan kedua-dua tangan di situ, dia memejam mata, membiarkan angin laut menampar wajahnya.

Bunyi deburan ombak dari pantai yang terletak beberapa meter dari hotel, juga tiupan dingin angin laut, benar-benar memberi suasana yang mendamaikan.

“I love this…” ujarnya.

“Thanks to the CEO because this is his idea.”

Suara yang tiba-tiba saja muncul di belakangnya itu membuat Arianna terlonjak. Tanpa menoleh, dia tahu itu siapa. Siapa lagi kalau bukan Zahran. Tidak ada orang lain yang mempunyai akses tanpa had mengganggu ketenteramannya kecuali lelaki itu.

“I love how this limited balcony space is so nicely decorated,” kata Arianna.

“Well, thanks to my genius brain.” Zahran tidak kekok memuji diri sendiri. Segelas jus dihulurkan kepada Arianna yang lantas disambut oleh gadis itu.

“Yalah, kalau CEO bodoh, lingkuplah company.” Selamba Arianna menjawab.

Zahran jeling sebal, namun dia tidak berkata apa-apa. Berdiri bersisian dengan Arianna, mereka membuang pandang ke arah pantai, menikmati kesunyian malam yang hanya ditemani bunyi ombak.

“Why are you here? Bukan CEO kena ada dekat dalam untuk majlis pelancaran?” tanya Arianna.

“Nope. Tonight is just the party. Pelancaran rasmi esok.”

“Oh…”

“Kenapa tiba-tiba keluar tadi? Rimas?” tanya Zahran.

“I nampak someone yang kenal I.”

“Oh…” Zahran tidak berminat untuk bertanya siapa yang mengenali Arianna. Bukan urusannya.

“Wanna run away from the crowd?” tanya Zahran.

“Pergi mana?”

Tiada jawapan daripada Zahran; memutar tubuhnya lalu terus melangkah ke pintu. Arianna membuntutinya. Tidak tahu atas dasar apa, Arianna begitu mudah percaya dengan lelaki itu.

Mereka beriringan menuju ke lif. Zahran menekan butang G dan lif mula bergerak turun. Sebaik tiba, terdapat sebuah pintu di bahagian kanan yang bertulis CEO. Zahran menyeluk poket dalam blazernya, mengambil sekeping kad lalu disentuh pada sensor pintu.

Melewati pintu itu, ada sebuah lagi lif. Zahran mendahului langkah Arianna memasuki lif itu, sebelum menekan butang L1. Hanya dalam hitungan saat, mereka sampai ke tingkat bawah.

Sebaik pintu lif terbuka, Arianna menganga kagum. Ruang itu adalah garaj bot. Sebuah bot mewah sepanjang 63 kaki teroleng-oleng di depan mereka. Bunyi deburan ombak juga jelas kedengaran dari ruang ini.

“A boat?"

“Yes. Nak cuba?"

“Why not?”

Zahran melompat masuk dulu ke dalam bot sementara menunggu Arianna menanggalkan stiletto heelsnya. Kemudian dia menghulurkan tangan, membantu Arianna masuk ke dalam bot.

“Lamborghini?” ujar Arianna apabila melihat lambang lembu laga Lamborghini pada stereng bot. Stereng klasik lautan digantikan dengan stereng tiga jejari sama seperti jentera terkini Lamborghini. Pada dashboard terdapat meter-meter digital seperti sistem navigasi dan radar yang merupakan ciri standard sebuah bot mewah. Kawalan pendikit juga mempunyai sedikit persamaan dengan mode selector yang terdapat pada konsol tengah Lamborghini Urus. Ciri bahagian kemudinya sama seperti berada di dalam sebuah Lamborghini moden cuma kali ini ia lebih tinggi, berada di atas air dan mempunyai ruang yang lebih luas.

“Yup.” Zahran memetik butang penghidup ala suis pesawat pejuang untuk menghidupkan enjin bot.

Blazer dia tanggalkan sebelum menghulurkannya kepada Arianna.

“Pakai ni, nanti sejuk” ujarnya.

Arianna menerima blazer itu lalu diletakkan di atas bahunya.

Zahran mengeluarkan telefon dari saku seluarnya, menggeser skrin, membuka aplikasi khusus yang telah ditetapkan untuk membuka pintu garaj bot. Perlahan pintu garaj bergerak ke atas dan Zahran mengemudi bot keluar dari garaj, meninggalkan seketika keriuhan di tingkat lima Ayana Imperial.

"Sea always reminds me of a mermaid," kata Arianna. Suaranya dikuatkan sedikit bagi mengatasi bunyi enjin bot.

Zahran ketawa. Perempuan dan dongeng memang tidak boleh dipisahkan.

"Why do women always dream about something that doesn't exist?"

"Hey... every little girl believes that mermaids exist. They like mermaid. They love mermaid."

Zahran diam. Benarkah begitu? Kenapa anak-anak saudaranya tidak ada yang berminat dengan duyung? Yang seorang mahu berkahwin dengan kuda laut, seorang lagi taksub dengan dinosaur. Arianna yang pelik atau anak-anak Zahrin itu yang tergelincir dari landasan gadis kecil yang normal?

"You know what, I tiba-tiba teringat satu scene dalam Pirates of the Caribbean," kata Arianna tiba-tiba.

"Which one?" tanya Zahran.

"The Stranger Tides. Ada watak mermaid dalam tu...Tapi watak tu lain dari gambaran mermaid dalam dongeng-dongeng yang biasa kita dengar. Dia jahat."

Tiada balasan daripada Zahran kerana dia masih belum faham arah penceritaan Arianna.

"Dalam cerita tu, kru Jack Sparrow and Blackbeards pergi ke satu tempat ni, nama dia Whitecap Bay untuk dapatkan air
mata duyung. Then, Scrum...Salah satu watak dalam cerita tu, nyanyi satu lagu untuk panggil duyung-duyung tu berkumpul, nak dapatkan air mata."

Zahran lirik Arianna sekilas. "Lagu apa?"

"My heart is pierced by cupid,
I disdain all glittering gold,
There is nothing can console me
But my jolly sailor bold."

Arianna menyanyikan bait lagu dari filem itu membuat bulu roma Zahran meremang tiba-tiba.
Di tengah malam sunyi, di tengah laut, Arianna tiba-tiba menyanyi dengan suara gemersik lagu yang kedengaran seperti menyeru hantu.

"Then, you tahu apa jadi lepas tu?"

"What?

"Satu mermaid muncul. Her name is Tamara. Dia ajuk lagu yang Scrum nyanyi."

"My heart is pierced by cupid
I disdain all glittering gold
There's nothing that can console me
But my jolly sailor bold.

Come all you pretty fair maids
Whoever you may be
Who love a jolly sailor bold
that ploughs the raging sea."

"Bila dia nyanyi rangkap kedua tu, ramai mermaid muncul, attempt to drown the crew members on boat." Arianna pandang Zahran yang sedang mengemudi bot dengan senyum misteri.

Zahran toleh sekilas, pandang Arianna dengan wajah cuak. Apa Arianna menghubungi orang-orang Datuk Eric untuk menenggelam botnya?

“I’m the mermaid and you’re the jolly sailor,” ujar Arianna sambil memandang Zahran tidak berkedip.

“You have no intention to drown this boat, do you?” soal Zahran.

Bukannya menjawab, Arianna malah menyambung nyanyiannya.

“His hair it hangs in ringlets, his eyes as black as coal. My happiness attend him wherever he may go. From Imperial Hotel to the sea, I'll wander, weep and moan. All for my jolly sailor, until he sails home…”

“Arianna, stop it!”

Arianna terkekeh. “You takut.”

“No, I’m not!”

“Yes, you are.”

Zahran malas melayan. Jatuh egonya kalau mengaku dia takut. Siapa saja yang tidak takut jika perempuan menyanyi dengan suara gemersik begitu tengah-tengah malam, di tengah laut pula.

Setelah agak jauh dari pantai, Zahran mematikan enjin bot. Bangun dari kerusi kemudi, dia menuju ke bahagian belakang bot yang terdapat tempat duduk berbentuk L di sana, diikuti oleh Arianna.

“Looking at the stars, with a bottle of wine would be perfect.”

Zahran tertawa sinis. “Kalau kau mabuk, aku campak kau dalam laut.”

Arianna berdecit. “Nanti I bertukar jadi mermaid and will haunt you with the song.”

Zahran malas menjawab. Sekarang lagu itu sudah terngiang-ngiang dalam kepalanya. Sama seperti ketika Lily dan Lana menyanyi lagu yang baru dipelajari di sekolah, dua beradik itu akan selalu menyanyikannya. Sehingga Zahran turut terikut-ikut menyanyi lagu itu semasa mandi.

Ah, sebal!

Share this novel

Aisyah Esya
2022-04-02 11:01:59 

mmg kurang. cerita tergantung huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience