BAB 4

Horror & Thriller Completed 1513

Qaisara terduduk dah terus menjerit dari bawah meja. Jeritan Qaisara bergema di seluruh rumah agam itu sehingga mengejutkan suaminya yang berada di ruang kerja. Qaisara menjerit-jerit bagaikan orang hilang akal.

Adi terus berlari mendapatkan isterinya. Jeritan Qaisara yang sangat nyaring dan tak berhenti membuatkan dia panik. Dia tahu ini mesti angkara pengirim misteri itu lagi. Adi tertanya-tanya apa kejutan yang Qaisara terima kali ini.

“Adi tolong I… orang tu ugut nak bunuh I.” Qaisara terus memeluk suaminya. Tubuh Qaisara menggeletar akibat ketakutan. Qaisara menangis teresak-esak. Bukan sekali dua dia terima bungkusan ini malah sudah lebih tiga kali. Namun kali ini disertai dengan ugutan bunuh.

“Qaisara …Qaisara …I ada kat sini. Jangan nangis lagi sayang…” Adi menggosok belikat Qaisara untuk menenangkan hati isterinya. Dia tahu Qaisara sedang takut. Dia pun terkejut melihat bangkai ayam yang terdampar di lantai. Siapa punya angkara semua ini.

“Tuan Adi… Puan takde apa-apa ke? Saya dengar puan menjerit tadi.” Iskandar yang sedang bekerja di luar rumah turut masuk untuk meninjau. Dia adalah pembantu merangkap tukang kebun di situ. Iskandar turut risau mendengar jeritan Qaisara.

“Iskandar kamu ada nampak tak sesiapa masuk ke dalam rumah ni?” tanya Adi.

“Tak ada tuan. Dari tadi saya sedang menyapu halaman sana. Tak ada nampak sesiapa pun.” jawab Iskandar. Iskandar bohong bisik Qaisara. Dia masuk ke dalam tadi.

“Tak apalah… tolong buang bangkai ayam ni. Buang jauh-jauh…”Adi memberi arahan. Dia tak mahu bangkai ayam ini terus terusan menganggu perasaan isterinya. Dia sendiri berasa jijik melihat ayam putih yang dicemari darah.

“Baik Tuan…”

Iskandar segera melakukan kerjanya sesuai dengan arahan Adi. Adi membawa Qaisara ke bilik untuk berehat. Fikiran isterinya sedang bercelaru. Dia membaringkan Qaisara di katil. Kasihan Qaisara menjadi pucat dan tak bermaya kerana terlalu banyak menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience