89

Romance Series 93217

Bangun pagi itu segala kelengkapan Yasir sudah disediakan sepenuhnya oleh Elayna. Malah awal - awal pagi lagi Elayna sudah menyiapkan sarapan pagi buat suaminya. Walaupun hari ini mereka berdua masih bercuti, namun Elayna tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Good morning sweetheart!" Bisik Yasir di telinga Elayna. Pinggang ramping isterinya dipeluk erat.

“Astaghfirullahal'azim!! Abang, terkejut sayang tau!! Nasib baik sayang takde sakit jantung. Kalau tak, tak pasal - pasal abang menduda." Omel Elayna sambil menjeling tajam ke arah suaminya.

“Ishh!! Apa sayang merepek ni? Jangan nak cakap bukan - bukan eh? Abang tak suka." Balas Yasir dengan nada yang sedikit serius.

“Ok! Ok! Sorry. Tapi abang janganlah buat sayang terperanjat macam tu lagi. Bahaya tau tak. Buatnya sayang tengah pegang pisau tadi macam mana? By the way, abang nak breakfast sekarang ke? Sayang hidangkan sekarang, eh?" Soal Elayna lembut.

“Hmm.. Awal lagilah sayang. Nanti dululah. Tapi kalau abang nak 'sarapan' sayang dulu pagi ni boleh tak?" Usik Yasir nakal.

Buntang mata Elayna memandang suaminya. Lengan Yasir dicubit kuat. Wajahnya serta merta berona merah menahan malu.

“Abang jangan nak mengada, eh? Semalam kan dah dapat? Tak puas lagi ke?" Balas Elayna tanpa memandang sedikit pun ke arah suaminya.

Yasir tertawa gelihati. Gemar betul dia mengusik isteri kesayangannya itu. Lebih - lebih lagi dalam hal yang berkaitan keintiman suami isteri.

“Abang gurau je sayang. I know the limit. Don't worry, ok? Sayang dah siap masak kan? Jom ikut abang duduk kat depan tu jap. Abang ada something nak tunjuk dekat sayang." Pinta Yasir lalu ditariknya tangan Elayna agar membontotinya menuju ke ruang tamu.

Elayna melabuhkan punggungnya di sisi Yasir. Wajah suaminya ditatap dengan penuh tanda tanya. Seketika kemudian Yasir dilihat menegeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Sampul surat berwarna putih itu segera dihulurkan kepada Elayna lalu perlahan - lahan isi sampul itu dikeluarkan.

“Abang.." Kata - kata Elayna termati di situ. Tiba - tiba hatinya menjadi sebak. Wajah polos suaminya ditatap lama. Elayna cuba
mencari kebenaran di situ dan akhirnya air matanya mengalir jua membasahi pipi.
"Abang harap sayang suka." Ujar Yasir sambil membariskan senyuman manis kepada isterinya.

“MasyaAllah, abang. Dah tentulah sayang suka. Dah lama sayang impikan nak ke Mekah. Cuma rezeki tu je belum sampai. Tak sangka pula abang sanggup hadiahkan pakej umrah ni kepada sayang. Terima kasih, abang. Terima kasih banyak - banyak." Ucap Elayna penuh teruja. Kedua - dua tangan Yasir digapai lalu dicium penuh hormat.

“Most welcome, sayang. Anggaplah ini sebagai hadiah bulan madu kita ok? Lagipun abang memang dah berniat nak bawa sayang ke sana sebagai tanda terima kasih abang kepada sayang yang dah selamatkan nyawa abang. Sambil - sambil tu bolehlah kita buat amal ibadah sekali kan? Abang memang dah lama teringin nak jejak kaki ke sana. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan olehNya." Ujar Yasir lembut.
Elayna sekali lagi menangis sebak. Tangan suaminya digenggam erat.

Abang, janganlah cakap macam tu. Sayang ikhlas nak bantu abang. Sayang tak harapkan apa - apa balasan pun dari abang. Cukuplah sekadar abang sentiasa berada di sisi sayang disaat susah dan senang kita nanti." Balas Elayna ikhlas.

Yasir tersenyum bahagia. Kesederhanaan yang dimiliki Elayna benar - benar dikaguminya. Malah sifat kesederhanaan itu jugalah yang telah membuka pintu hati Yasir untuk menerima Elayna ke dalam hidupnya.

“Sayang.." Panggil Yasir lembut.

Pandangan mereka bersatu. Elayna dilihat tersenyum manis memandang ke arah suaminya.

“Sebenarnya abang dah lama nak tanyakan soalan ini kepada sayang. Tapi abang tunggu masa yang betul - betul sesuai dan abang rasa inilah masanya untuk abang tahu segala - galanya tentang isi hati sayang. Yelah, kita ni bukannya bercinta seperti pasangan - pasangan yang lain pun. Tup tup dah kahwin. So boleh tak abang nak tahu since bila sayang mula sukakan abang dan apa yang buat sayang tekad untuk pilih abang? Abang ni bukannya lelaki yang baik pun. Sejarah hidup abang, penuh dengan noda. Sayang tak kisah ke dengan semua tu? Yelah mana tahu kalau - kalau abang ni tak mampu pun untuk jadi ketua keluarga yang baik buat sayang dan bakal anak - anak kita nanti. Sayang tak menyesal ke?" Soal Yasir tentang kerisauan yang bersarang di hatinya.

Elayna tersenyum. Dia sudah dapat menjangkakan sejak dari awal lagi tentang persoalan yang bermain di fikiran suaminya itu. Elayna dilihat menarik nafas panjang sebelum dia memulakan penceritaannya. Tangan Yasir masih kemas berada di dalam genggamannya.

“Dari awal pertemuan kita semasa di hospital dahulu, sayang dah mula sukakan abang sebenarnya. Apa orang cakap? ? Love from the first sight?" Elayna dan Yasir masing- masing dilihat tertawa kecil sebaik mendengar ayat itu.

“Seingat sayang masa first time sayang tengok abang tu, abang tengah bacakan surah Yassin buat Abang Harraz di hospital. Entah kenapa waktu tu sayang rasa jiwa sayang tenang sangat bila dengar bacaan abang. Hilang segala masalah yang ada di kepala sayang ni. Then bila sayang terpandangkan wajah abang, hati ni terus je berdegup kencang. Puas sayang cuba menolak perasaan yang hadir selepas itu. Namun semakin sayang cuba, semakin kuat perasaan tu menjelma. Akhirnya demi mendapatkan sebuah jawapan, sayang memberanikan diri buat solat istikharah." Cerita Elayna tenang.

Yasir semakin teruja untuk mendengarkan kisah selanjutnya. Tidak sedikit pun dia menyampuk ketika isterinya bercerita.

“Kemudian, apa petunjuk yang sayang dapat?" Soal Yasir tidak sabar.

Elayna tersenyum lagi. Keterujaan suaminya untuk mendengarkan kisah hatinya benar - benar mencuit hati Elayna.

“Dua hari selepas sayang buat solat istikharah tu, tiba - tiba sayang dikejutkan dengan berita yang abang telah dimasukkan ke hospital tu kerana ditikam. Saat tu hanya Allah aje yang tahu bagaimana perasaan sayang. Terasa lumpuh sepenuh badan bila tengok keadaan abang yang berlumuran darah seperti itu. Luluh rasa hati. Namun di dalam masa yang sama, sayang mula merasakan itu semua adalah sebuah jawapan yang Allah dah turunkan kepada sayang. Jawapan disebalik doa yang sayang pohonkan kepadaNya." Tambah Elayna lagi.

Kali ini hati Yasir benar - benar terasa sebak saat mendengarkan cerita isterinya. Betapa mulianya cara Allah menetapkan perasaan itu di dalam hati Elayna. Sungguh Yasir terasa dirinya sangat kerdil di mata Allah. Tidak semena - mena air matanya mula bergenang di kelopak mata.

“Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Sayang diberitahu oleh Dr Khairi yang mereka kekurangan stok darah O untuk disalurkan kepada abang sedangkan waktu tu abang sangat memerlukan darah tu. Tanpa fikir panjang, sayang terus bagitahu Dr Khairi yang sayang nak jadi penderma darah tu. Niat sayang cuma satu. Sayang cuma nak abang selamat dan kembali sihat seperti sedia kala. Sayang nak tengok abang kembali senyum seperti selalu." Luah Elayna tulus ikhlas.

Sekali lagi hati Yasir menjadi sebak dan untuk kali ini air matanya sudah tidak dapat ditahan - tahan lagi. Wajahnya sudah dibasahi dengan air mata yang tidak henti - henti mengalir sejak tadi. Kedua - dua tangan Elayna digenggam lembut lalu dibawa ke bibirnya. Lama jari jemari itu dicium sebelum Yasir menarik Elayna ke dalam pelukannya.

“Soal kisah silam abang tu, sayang tak nak ianya diungkit kembali. Yang lepas biarkan ianya berlalu pergi. Apa yang penting sekarang adalah kehidupan kita yang sekarang. Kebahagiaan kita yang sekarang. Lagipun tiada manusia yang bersifat sempurna di muka bumi ni, abang. Sayang sendiri pun pernah melakukan kesilapan. Tapi itu bukan beerti yang kita tak boleh berubah menjadi yang terbaik kan? Sayang percaya abang mampu bimbing sayang dan bakal anak - anak kita nanti dengan baik. Sayang akan sentiasa sokong abang dari belakang. Itu janji sayang." Ujar Elayna tenang.

Yasir diam membisu. Air matanya terus berlinangan tanpa henti. Sungguh dia bersyukur kerana telah dikurniakan seorang isteri sebaik Elayna.

“Terima kasih, sayang. Terima kasih untuk segala - galanya. Abang tak tahu macam mana nak balas budi sayang. Tapi abang janji dengan diri abang sendiri yang abang akan terus membahagiakan sayang. Bagi abang, sayang adalah kebahagiaan abang untuk hari ini, esok dan selamanya." Bisik Yasir di telinga Elayna.
Kedua - duanya dilihat tersenyum bahagia. Semoga kebahagiaan itu akan terus berkekalan sehingga ke syurga Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience