Bab 102

Romance Completed 207956

"Tahniah Puan Intan dan suami. Puan mengandung empat minggu" kata Doktor wanita itu.

Tersenyum gembira Intan dan Caden.

"Di sini saya akan bekalkan beberapa vitamin pada Puan Intan untuk kuatkan kandungan. Kalau tak ada apa-apa, Puan dan suami boleh ambil ubat di kaunter.

"Terima kasih Doktor" kata Intan dan Caden serentak.

"Macam mana?" soal Shira dan Carlos sebaik Intan dan Caden masuk ke bahagian penumpang belakang. Sibuk dia nak ikut sekali. Si Carlos sanggup tu ambil Shira awal pagi dan bawa ke rumah Caden untuk sama-sama ke klinik. Bff sangat Intan dan Shira ni..

"I'm pregnant four weeks" balas Intan sambil tersenyum.

"Wah.. tahniah Intan. Kan betul tekaan aku." kata Shira sambil memegang jemari Intan.

+++

"Macam tak percaya sayang mengandungkan abang" kata Intan pada Caden yang berada di sisinya di atas katil. Selepas balik dari klinik tadi, Intan terus minta pulang ke rumah. Penat katanya. Jadi di sinilah Caden dan Intan. Bermalasan di atas katil.

"Abang bersyukur sangat sayang" kata Caden pula sambil mengusap perut Intan yang masih kempis.

"Abang nak anak perempuan ke lelaki?" soal Intan sambil mendongak memandang pada Caden.

"Abang tak kisah perempuan atau lelaki, yang penting cukup sifat, sihat dan tiada masalah" balas Caden lalu ciuman dilabuhkan pada dahi Intan.

"Hm.. abang rasa perempuan ke lelaki?" soal Intan. Hai excited sungguh dia.

"Abang pun tak pandai nak teka. Tapi kita nak namakan apa anak kita nanti?" soal Intan lagi.

"Apa kata kalau perempuan, sayang yang pilih nama, kalau lelaki abang yang pilih nama. Okay tak?" soal Intan. Caden yang berada di sisi hanya tersenyum lalu menarik Intan ke dalam pelukannya.

"Eh.. lupa nak bagitau ayah" kata Intan. Tiba-tiba dia teringat.

"Lah, telefon kan ada. Call je la.." kata Caden lalu mengambil telefon bimbit Intan di meja sisi dan serahkan padanya.

+++

"Abang okay tak ni?" soal Intan pada Caden yang sudah tersandar di sofa. Pucat wajahnya.

"Abang tak payah pergi pejabat la, nanti sayang call Carlos minta dia datang sini je" belas Intan melihat pada Caden. Dia yang mengandung, Caden yang alah teruk. Makan boleh tapi tak lama keluar semula.

"Puan, ni Kak Sal ada buatkan jus oren. Tadi Tuan minta" kata Kak Sal sambil menghulurkan gelas pada Intan. Gelas diambil lalu diserahkan pada Caden yang masih tersandar dengan mata terpejam.

"Abang, minum sikit. Kak Sal dah buatkan jus oren yang abang minta" pujuk Intan. Caden perlahan membuka mata dan dihurup sedikit jus oren dan kemudian kepala digeleng. Gelas di serah kembali pada Kak Sal.

"Sayang tak payah pergi kerja hari ni boleh tak?" pinta Caden lalu duduk tegak dan mata dibuka. Alahai kesiannya dia..

"Okay.. nanti sayang bagitau pada Lim, sayang sambung lagi cuti seminggu" balas Intan lalu menarik Caden ke dalam pelukannya. Diusap perlahan belakang Caden.

"Puan, Kak Sal ada masakkan bubur kalau-kalau Tuan nak makan. Kesian pada Tuan, dekat dua minggu dah alahnya tapi hari ni paling teruk. Kata orang tua-tua kalau suami yang dapat alah, maknanya dia sayang sangat dengan isteri. Tapi tak taulah, itu orang tua-tua cakap" kata Kak Sal.

Caden sudah tersenyum dalam pelukan Intan.

"Kak Sal, tolong masakkan asam pedas ikan susu boleh tak. Saya rasa nak makan makanan yang masam-masam la" pinta Caden sebaik dia duduk tegak tapi kepala masih lagi disandarkan pada bahu Intan.

"Boleh-boleh, nanti Kak Sal minta abang Budin belikan ikan" balas Kak Sal lalu terus melangkah ke dapur dan abang Budin dipanggil.

"Abang tak nak rehat di bilik ke?" soal Intan. Belas sungguh pada Caden.

"Okay juga, abang rasa nak baring je. Sayang tolong abang boleh tak?" pinta Caden.

"Abang nak sayang buat apa?" soal Intan.

"Potongkan buah epal hijau. Abang nak makan" kata Caden dan tubuh yang lemah itu dibawa berdiri. Laju Intan memapah Caden. Mujurlah Intan masih kuat walaupun perutnya agak besar.

"Okay, tapi biar sayang pimpin abang naik atas dulu ye" kata Intan lalu perlahan berjalan bersama Caden melangkah ke tingkat atas.

"Kak Sal. Biasanya berapa lama alahan nak hilang? kesian la saya tengok. Makan tak lama, keluar balik. Dah susut badannya" soal Intan pada Kak Sal yang sedang sibuk berperang di dapur.

"Tengok pada orang juga Puan, ada yang lama. Ada yang sekejap sahaja. Tiap orang tak sama" balas Kak Sal. Dia juga simpati pada Caden.

"Tak lama nak puasa, kalau macam ni gayanya macam mana Caden nak puasa nanti" kata Intan susah hati.

"In sha Allah.. kita doa sama-sama supaya dipermudahkan urusan Tuan, Puan dan juga bayi yang dikandung ni" doa Kak Sal.

"Amin.. in sha Allah.." balas Intan pula.

"Er.. Puan, Puan dengan Tuan memang tak nak scan untuk tau jantina baby ke?" soal Kak Sal. Pelik pula dia. Biasanya orang muda-muda macam ni, excited kalau benda-benda macam ni.

Intan tersenyum sebelum menjawab pertanyaan Kak Sal. Bukan Kak Sal sahaja yang bertanya, ramai lagi bertanya soalan yang sama.

"Biarlah rahsia. Suprise! kata Caden. Saya ikut ja yang penting anak kami sihat" kata Intan.

"Assalamualaikum.." dengar suara orang beri salam. Macam suara Carlos.

"Kak Sal, tolong tengokkan boleh. Dengar suara macam Carlos" pinta Intan yang sedang memotong buah epal hijau ke dalam piring. Buah ditinggalkan sekejap lalu mengambil tudung yang memang sentiasa ada di dapur untuk dipakai jika ada tetamu yang tidak dijangka datang. Kemudian pisau yang memotong buah di bawa ke sinki lalu di basuk.

"Hai pretty" tegur Carlos pada Intan.

"Hai Carlos.. pretty lagi ke dah gemuk macam ni?" kata Intan sambil ketawa.

"Orang mengandung always pretty" kata Carlos sambil mempamirkan senyum lesung pipitnya tu.

"Awak nak jumpa Caden ke?" soal Intan.

"Ya dan tak" jawab Carlos.

"Eh, macam mana tu?" soal Intan tidak faham.

"Saya memang nak jumpa Caden tapi tak urgent pun, alang-alang saya lalu kawasan sini. Itu saya singgah" kata Carlos lalu melabuhkan duduk di bar stool.

"Caden macam mana hari ni?" soal Carlos. Iyalah dekat dua minggu Caden tak masuk pejabat. Semalam pun Caden hanya datang sekejap sahaja.

"Hari ni macam teruk sikit. Langsung tak boleh makan. Sebelum ni, makan kejap lepas tu keluar. Ni langsung tak boleh masuk. Ni Caden minta nak makan epal hijau, tak tau la boleh makan ke tak. Awak nak jumpa Caden ke, kalau nak jumpa saya bawa Caden ke bilik kerja" tanya Intan.

"Boleh juga. Marilah saya tolong bawakan" kata Carlos lalu berjalan beriringan Intan ke tingkat atas.

"Awak tunggu kat sini sekejap, saya panggilkan Caden" kata Intan lalu membukakan daun pintu bilik kerja manakala Intan pula melangkah masuk ke bilik tidur. Dilihat Caden sedang bersandar di kepala katil dan membuka mata sebaik Intan datang menghampirinya.

"Abang, ni buah epal hijau tadi. Carlos ada di bilik kerja kat sebelah. Dia nak jumpa abang" kata Intan. Diusap perlahan wajah Caden yang sudah sedikit cengkung.

"Sayang pimpin abang boleh. Abang pening lah" kata Caden lalu melunjurkan kaki ke lantai dan berdiri tegak. Tegak pun tak berapa nak tegak kalau dah tenaga pun tak ada.

Daun pintu connecting door ditolak dan dapat dilihat Carlos sedang menanti di situ. Sebaik nampak Caden, Carlos terus melangkah laju ke arah Caden dan dibantu Caden untuk duduk.

"Hey Den, kenapa teruk sangat aku tengok ni" tegur Carlos sambil melabuhkan duduk di hadapan Caden.

"Aku pun tak tahu la Carl tapi aku rela alah macam ni daripada Afrina yang kena. Tak sampai hati aku, dengan bawa perut lagi, nak menanggung alah lagi" jawab Caden. Intan yang mendengar terharu rasa. Laju diusap belakang Caden.

"Sayang nak rehat pergilah, it's okay. Carlos ada. Cuma tolong bawakan buah tadi, abang rasa nak makan" pinta Caden.

"Okay abang" kata Intan lalu melangkah ke bilik tidur untuk mengambil buah epal yang dibawa tadi. Tidak lama Intan muncul semula.

"Abang makan ye. Carlos, kalau ada apa-apa. Bagi tau ye. Saya ada di sebelah" pesan Intan pada Carlos. Carlos hanya mengangguk.

"Den, aku rasa buat masa ni kau tak payah ke pejabat la. Ni tak sihat pun sibuk nak masuk pejabat. Duduk rehat je kat rumah. Kalau ada urgent matter, aku datang jumpa kau. Tak pun boleh VC je. Macam teruk aku tengok. Badan pun dah macam susut." kata Carlos pada Caden yang sedang menyuap buah epal ke mulut.

"Kau tak apa ke urus sendiri? dah la sibuk dengan majlis kahwin lagi" kata Caden. Bimbang pula menyusahkan Carlos takut mengganggu persiapa majlis kahwinnya selepas bulan puasa nanti.

"Tak ada apalah, majlis kahwin lagi dua bulankan lagi pun buat di kampung Shira je" balas Carlos.

"Kalau ada apa-apa yang aku boleh bantu, kau bagitau. Aku akan bantu apa yang boleh" kata Caden lagi.

"It's okay bro, yang penting sekarang ni kesihatan kau dulu kena bagi pulih. Kau kena cuba makan juga untuk tenaga" nasihat Carlos.

"Kau tak kena boleh lah cakap, tunggu kau kena nanti, baru tau. Pahit, payau, kelat segala rasa tak enak tau di tekak ni" balas Caden. Carlos yang mendengar dah cuak wajahnya.

"Eh, kau jangan la doakan aku macam tu pulak" kata Carlos. Hahaha.. tau takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience