BAB 15

Horror & Thriller Completed 175

Sekumpulan seranggan seperti kelkatu berterbangan diatas kepala mereka.
Jumlahnya melebihi ratusan ekor.

“Ibayas ni memang laju dari yang lain. Hati-hati,jangan sampai
bertembung. Nanti kamu akan digigitnya” Nek Lae mendongak melihat
makhluk itu melepasi mereka dari udara.

“Kenapa Nek?”

Iffah kehairanan.

“Tu salah satu dari khadam yang aku maksudkan. Kalau sekumpulan itu
menyerang kamu, boleh kering darah dihisapnya”

“Yang lain macammana rupa Nek?”

“Ada yang macam pacat, ular dan macam-macam. Ikut makhluk apa yang Lawi
seru tadi. Tapi semuanya bahaya dan boleh mengancam nyawa kamu”

“Sekarang ni dah boleh teruskan perjalanan ke?, Nek. Tangan saya sakit
sangat ni!!” Rayu Hanna. Bisa luka tikaman Aki Lawi tadi sudah mula
meresap hingga ke tulang belulangnya. Kalau mengikut kehendak hati,
sudah lama dia berbaring untuk merehatkan tangannya.

Nek Lae membuat isyarat senyap. Kesunyian hutan kini dibatasi oleh
bunyi-bunyi kecil seakan-akan bunyi kera. Bunyi tapak-tapak kecil yang
pantas merentas hutan dan derap belukar dipijak juga jelas kedengaran.

“Dah dekat ni!” Nek Lae menghela nafas berat.

“Macammana Nek, Kami tak nak mati!!” Kata Amira diikuti dengan tangis
ketakutan. Iffah memeluknya dari belakang untuk menenangkannya.

“Baca Al Fatihah dan tiga Qul. Allah ada” Bisiknya ke telinga Amira.

Lutfya dan Hanna yang berselubung dengan kain batik masih menggigil,
kerana takut disamping menahan sakit.

“Sampai bila kita nak tunduk macam ni?” Bisik Lutfya pada Hanna. Dia
sudah lenguh untuk mencangkung begitu lama. Hanna hanya meletakkan jari
telunjuk pada bibir supaya dia diam. Bimbang kalau khadam-khadam yang
memburu mereka itu tiba-tiba menyerang.

Nek Lae mencapai sebiji batu dan melontarkannya jauh ke dalam hutan.
Sebaik mencapai lantai hutan, bunyi pergerakan menuju ke arah batu itu
kedengaran.

“Mana kamu nak lari?” seperti dijangka, Aki Lawi tiba sebaik sahaja
mendengar panggilan dari khadamnya. Sebaik dia sampai keadaan menjadi
sunyi sepi.

“Kita jumpa lagi Lawi?” Nek Lae bangun memperkenalkan diri.

“Kau bersama mereka rupanya. Patut la payah nak jumpa”

“Apa yang kau mahu?”

“Jangan kau tanya soalan yang kau dah tahu jawapannya. Serahkan sahaja
mereka pada aku!!!” Marah Aki Lawi. Nada suaranya menekan dan keras.

“Betulkah mereka korban itu?”

“Ya. Aku pasti. Aku terbau darah mereka hingga ke sini”

“Kalau darah ni bau bagaimana?” Nek Lae mengerat lengan dengan pisau
yang dibawanya. Darahnya menitis hingga ke tanah. Kembang kempis hidung
Aki Lawi menghidu darah yang baru menitis.

“Kau ni siapa Lae?” Jerkahnya sebaik mengesan sesuatu di dalam darah
yang dihidunya. Mukanya berubah serta merta.“Mustahil”

“Kau udah keliru kan..antara darah aku dan mereka, hampir sama sahaja
kan. Jadi kau harus bunuh aku juga” Nek Lae menjawab sambil membetulkan
kain batik yang disarungkan di kepalanya.

“Kalau begitu, aku akan korbankan kau dan mereka sekaligus. Baru puas
sang ratu nanti” Sabit yang dibawa aki Lawi diangkat setinggi mungkin.
Mukanya menyeringai untuk menyerang sepenuh tenaga. Serangan mulanya
dihalakan kearah Nek Lae.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience