bab 4

Drama Series 9417

Sudah dua minggu dhia bekerja di Hisham Holding. Dia semakin membiasakan dirinya disini dan aufa serta kak sherry semakin rapat dengan dhia. Tapi pertemuan antara dhia dengan iqram di dalam lif sedikit sebanyak mengganggu tumpuan dhia kepada kerjanya.

*FLASHBACK

"Morning boss." sapa dhia kepada zafril yang sedang menunggu lif.

"Ehh dhia. Morning, awal awak datang office." ucap zafril kepada dhia yang berada di sebelahnya tapi masih berjarak.

"Ohh kakak saya kena pergi sekolah awal harini. Tu yang saya suruh dia hantar awal." jawab dhia kepada bossnya.

"Ohh awak takde lesen kereta ke?" tanya zafril kepada dhia.

"Takde." ringkas jawapan dhia kepada zafril.

Sebaik pintu lif terbuka mereka berdua melangkah masuk. Belum sempat pintu lif tertutup, seorang lelaki masuk kedalam lif dengan pakaian yang segak. Seketika dhia terkejut melihat gerangan yang berdiri di depan pintu lif.

"Alamak... Iqram..... Dia kerja sini ke..... Aduhhhhh...." bisik dhia di dalam hatinya.

"Morning boss, morning cik dhia." sapa iqram kepada zafril dan dhia yang kelihatan terkejut setelah melihat dirinya.

"Morning, masuk cepat iqram." arah zafril kepada iqram.

Dhia yang melihat iqram melangkah masuk ke dalam lif, sudah mula beralih sedikit ke belakang zafril. Perbuatan dhia itu sedikit sebanyak mengundang kekeliruan kepada zafril. Dia tahu dhia tidak selesa berada dalam situasi dikelilingi lelaki, tapi kalini dhia beralih ke belakangnya dan menggeselkan dirinya ke dinding lif.
Iqram yang perasan dhia seperti menyorok di belakang zafril mula berasa tidak puas hati.

Sebaik lif tiba di aras pejabat zafril, zafril mengarahkan dhia untuk keluar terlebih dahulu dan diikuti dirinya. Iqram yang melihat adegan tersebut semakin bengang tetapi ditahan dalam dirinya.

"Kau tunggu dhia, aku akan buat kau jadi milik aku.." ucap iqram perlahan.

*END OF FLASHBACK

"Dhia, dah pukul 6 aku balik dulu tau. Kau jangan balik lambat bahaya ni." nasihat aufa kepada dhia yang sedang leka menyiapkan tugasnya.

"Haaa okay. Kejap lagi aku balik. Take care aufa." balas dhia kepada aufa.

*PEJABAT DATO' HISHAM

"Zaf nanti pergi gantikan papa untuk event dekat Melaka tau." pinta papa merangkap kepada pemegang saham syarikat Hisham Holding.

"Event apa tu Pa?" tanya zafril yang tidak tahu tentang event tersebut.

"Ni dinner untuk syer holder terbesar. Papa malas nak pergi sebab pagi tu nanti papa nak pergi majlis pelajar spm sekolah zarah." terang papa kepada zafril.

"Ohh okay."

"Dah jom balik nanti mama bising."

*MEJA DHIA

"Haihh dah pukul 7. Aduhaiii kak nia mana ada kat rumah aduhh cane aku baru teringat ni?!!" kelam kabut dhia mengemas mejanya untuk pulang segera ke rumah. Dhia tak takut keseorangan dalam pejabat cuma dia takut untuk pulang dengan menaiki grab.
"Nyesal aku tak ikut aufa balik sekali tadi!" jerit dhia dalam hatinya.

"Hi dhia" sapa seseorang dari belakang sambil mendekati dhia.

Dhia terkaku seketika sebab dia kenal suara tersebut. Suara lelaki yang paling dia benci iaitu iqram. Dhia tak layan langsung sapaan iqram sebaliknya meneruskan tugasnya mengemas semua buku dan fail di atas mejanya yang berselerak tadi.

"Wahh sombong kau ehh sekarang." dengan berani iqram menyentuh bahu dhia yang berlapik.

Tindakan iqram itu membuatkan dhia terkejut dan tanpa sengaja dhia melayangkan failnya yang keras ke muka iqram.

"Kau nak apa haaa?!?! Tu makan dia sibuk kacau aku lagi!" marah dhia kepada iqram yang sememangnya sangat mencabar kesabarannya.

"Main kasar kau yee sekarang." sekali lagi iqram mencabar kesabaran dhia dengan sengaja menyentuh pinggang wanita itu.

"Ishh kau ni dah gila ke haaa!! Ingat aku ni murah ke haaa! Baik kau blah sebelum aku menjerit !!" arah dhia kepada iqram yang sedikit pun tidak takut dengan ugutannya.

"Kau nak jerit, jerit lah. Bukan ada sesiapa lagi kat sini. Kau dengan aku je hehhh." sinis balasan iqram kepada dhia.

Dhia menolak tubuh iqram ke tepi dan dengan pantas dia berjalan menuju ke lif. Tapi belum sempat kakinya melangkah kedalam lif dia ditolak ke dinding dengan kuat oleh iqram. Sakit badan dhia akibat tolakan yang diberi oleh iqram kepadanya.

"Kau nak pergi mana haa! Kau dah tak boleh lari dah dari aku hehhh." beritahu iqram kepada dhia dengan sinis sambil mencengkam baju dhia.

"Lepas lah iqram!! Sakit!!" jerit dhia dengan kuat yang mampu memenuhi satu bangunan pejabat tersebut.

"Malam ni aku akan jadikan kau hak aku..." beritahu iqram dengan lantang sambil mengusap pipi dhia.

"Lepas lah!!!!! Ya Allah!! Tolong!!!" jerit dhia yang berasa sangat jijik dengan perbuatan iqram.

Tubuh iqram ditarik dari belakang oleh zafril. Zafril memberikan tumbukan yang sangat kuat ke muka iqram.
Dhia terjatuh ke lantai dengan badan yang lemah.

"Zaf, dah pergi call polis sekarang." arah dato' hisham kepada zafril yang begitu merah mukanya melepaskan kemarahannya.

"Papa pergi tengokkan dhia." pinta zafril kepada papanya sebelum mendail nombor telefon polis.

"Dhia, awak okay tak? Jangan risau saya papa zafril." tanya dato' hisham sambil memperkenalkan dirinya kerana ini pertama kalinya dia melihat gadis itu.

"O..o..okay dato'." balas dhia kepada dato' hisham sambil mengusap badan belakangnya yang sakit akibat ditolak oleh iqram tadi.

"Mari kita duduk sekejap atas kerusi. Kejap lagi polis datang awak ceritakan semuanya okay." ucap dato' hisham kepada dhia yang kelihatan lemah.

Dhia membangunkan dirinya yang sememangnya lemah ketika ini dengan bantuan dinding sejurus bergerak duduk di atas kerusi yang diletakkan oleh dato' hisham di sebelahnya.

Beberapa minit kemudian beberapa orang pegawai polis dan pengawal keselamatan tiba. Dhia mula menceritakan semua yang berlaku kepada seorang pegawai polis wanita yang menggosok badan belakangnya, dato' hisham dan juga zafril. Setelah selesai pihak polis membawa iqram ke balai untuk disoal siasat. Dato' hisham juga telah memecat iqram daripada meneruskan kerjanya di sini. Kini tinggal dhia, zafril, dato' hisham dan juga dua orang pengawal keselamatan di ruangan tingkat 35 pejabat itu.

"Jom dhia saya hantar awak balik." beritahu zafril kepada dhia yang kelihatan sangat lemah.

"Takpe boss. Saya boleh balik sendiri. Terima kasih boss dan dato'." balas dhia dengan suara yang sangat lemah sebelum memberikan senyuman kepada mereka berdua.

Belum sempat kakinya melangkah masuk ke dalam lif, dhia rebah tetapi sempat disambut zafril yang mengikutinya dari belakang.

"Dhia, dhia bangun dhia!" jerit zafril sambil menggoyangkan tangan dhia.

"Kita bawak dia balik rumah. Papa call doktor su datang sana terus. Cepat zaf bawak dhia pergi kat kereta." arah dato' hisham yang juga terkejut dengan situasi begini.

*RUMAH KELUARGA ZAFRIL

"Cik dhia alhamdulillah dia okay cuma mungkin akibat hentakan yang kuat badan dia jadi sangat lemah. Dia pun saya rasa tak makan lagi sebab perut dia kosong dan itu juga menyebabkan tekanan darah dia jadi rendah. So sekarang ni biarkan dia berehat dulu. Nanti dia dah bangun terus bagi makan tau. " terang doktor suraya selaku doktor peribadi keluarga Dato' hisham.

"Okay thanks kak su." ucap zafril kepada doktor suraya yang juga dianggap sebagai kakaknya.

"Tapi boleh saya tahu siapa cik dhia ni?" tanya doktor su yang sememangnya curiga dengan gadis tersebut.

"Ahh... tu... ahh.." tergagap zafril untuk perkenalkan dhia.

"Bakal menantu papa." sampuk papa yang melihat zafril tergagap untuk memperkenalkan dhia.

"Ohh... Nice choice hahahahaha. Okay lah kalau macam tu saya minta diri dulu sebab nak masak makan malam kang tak makan laki ngan anak kat rumah tu. Ingat ye nanti dhia sedar je terus bagi makan tau. Surat mc saya ada letak bawah handbag dhia." beritahu doktor su kepada zafril dan dato' hisham sebelum beredar.

"Zaf, dah pergi mandi patu solat maghrib. Dah lewat dah ni." arah dato' hisham yang sememangnya nampak kerisauan diwajah anaknya itu.

*JAM 9 MALAM

Mata dhia perlahan terbuka. Dia melihat sekeliling bilik yang tidak pernah didudukinya sambil bangun dan membetulkan posisi baringnya kepada duduk.
Pintu bilik diketuk daripada luar sedikit mengejutkan dhia yang kepalanya masih pening. Pintu terbuka dan terpancul wajah seorang wanita dan remaja wanita disebelahnya.

"Assalamualaikum. Dhia dah bangun. Don't worry tadi doktor perempuan yang checkkan dhia. Lepas tu takde siapa pun yang masuk dalam bilik ni. So, dhia jangan risau ye." ucap Puan Aima kepada dhia dengan senyuman.

"Waalaikumussalam, maaf puan saya susahkan puan." dhia sememangnya rasa sangat bersalah kepada wanita itu. Dia sudah mengagak bahawa dua orang wanita dihadapannya ini ialah keluarga bossnya, zafril asyraf.

"Ehh takde apa yang susah pun dhia. Saya Auntie Aima, mama Zaf. Ni zarah adik Zaf paling bongsu."

"Hi kak dhia. Err... Tadi zarah lah yang bukak kan tudung akak sebab nak lapkan leher akak guna kain basah. Sorry kak." takut takut zarah memohon maaf kepada dhia.

"Hahaha its okay, zarah. Terima kasih jaga akak." balas dhia dengan senyuman manis kepada zarah.

"Dhia jom turun makan, dhia kena makan sebab perut tu kosong dari tengahari kan.." Puan Aima mengajak zarah turun ke bawah untuk menjamu selera.

"Takpe lah Puan. Saya banyak susahkan Puan dengan keluarga. Saya..."

"Takde pape pun dhia. Jom alas perut dhia tu, tak makan nanti lagi teruk." sampuk Puan Aima sebelum dhia berterusan mengatakan dia menyusahkan keluarganya.

"Err Puan boleh tak saya nak solat dulu. Saya terlepas maghrib tadi ingat nak qada' terus solat isyak sekali." pinta dhia kepada Puan Aima.

Tersenyum Puan Aima mendengar kata-kata gadis itu. Sedikit sebanyak perbuatan gadis itu telah mencuit hatinya untuk menjadikan dhia sebagai menantunya.

"Boleh dhia tapi, dhia kena mandi bersihkan diri dulu. Adik, bagi pinjamkan baju lengan panjang ngan seluar adik untuk kak dhia. Tudung sarung sekali jangan lupa." arah Puan Aima kepada anak bongsunya, zarah.

Dhia sebenarnya segan tapi dia mula terfikir tentang pakaian kecilnya.
"Takkan aku nak pakai yang sama..." bisik hati dia.

"Adik, jangan lupa bagi kak dhia pinjam baju dalam dengan seluar dalam adik tapi yang belum pakai lagi tau." bisik Puan Aima kepada zarah.

"Okay kejap ehh kak." beritahu zarah kepada dhia dengan sengih.

"Dhia tinggal sorang sorang ke?" soal Puan Aima kepada dhia yang sedari tadi berdiam diri di sisi katil.

"Saya tinggal dengan kakak saya. Tapi harini sampai ahad, kakak ada program lawatan guru-guru ke Singapore." beritahu dhia kepada Puan Aima.

"Ohh maksudnya harini sampai ahad sepatutnya dhia tinggal sorang dekat rumah la kan..." teka Puan Aima dengan sedikit kerisauan.

"Ye betul Puan. Tapi saya tak sangka jadi macam ni." keluh dhia kepada dirinya.

"It's okay dhia. Trust me ada hikmah jadi macam ni kat dhia. Lagipun orang tu dah masuk lokap dah and dhia dah selamat dekat sini." pujuk Puan Aima kepada dhia sebelum memberikan pelukan kepada gadis itu.

"Nah kak. Ni pun zarah agak agak je saiz akak. Haa kak pakaian dalam tu zarah tak pakai lagi tau. Tu mama belikan haritu hehehhe. Jangan risau tau." beritahu zarah dengan sengihan kepada dhia.

"Ohh.. Thank you zarah." balas dhia.

"Dah dhia pergi mandi. Auntie panaskan lauk sekejap. Zarah jom turun jangan kacau kakak." arah Puan Aima kepada dhia dan anaknya.

*SETELAH SELESAI SOLAT

"Kak dhia, jom mama panggil makan." beritahu zarah selepas mengetuk pintu bilik tetamu yang diduduki dhia.

"Okay kejap ehh akak pakai tudung. Zarah masuk lah sini." pelawa dhia kepada zarah.

"Fuhh nasib baik muat baju zarah tu." ucap zarah selamba selepas memandang dhia yang mengenakan bajunya.

"Heheh thanks tau zarah. Jom turun."

"Jom."

"Ehhh... Tapi abang zarah ada kat bawah ke??" soal dhia kerana dia segan dengan zaf.

"Ada. Tapi yang lain semua dah makan. Ni zarah teman akak makan. Jangan lah risau kak." jawab zarah sambil mencuit lengan dhia.

"Haa meh dhia makan. Jangan segan buat macam rumah sendiri." arah Puan Aima kepada dhia yang kelihatan segan.

"Puan tak makan sekali ke?" tanya dhia.

"Tak tadi auntie dah makan. Takpe dhia makan je. Zarah teman kak dhia jangan pergi mana-mana. Mama nak pergi depan dulu. Makan tau dhia jangan tak makan."

Dhia makan dengan penuh berselera kerana daripada tengahari lagi perutnya kosong. Zarah yang melihatnya turut tersenyum. Dhia menghabiskan makanannya sambil ditemani zarah sebelum kembali ke bilik untuk merehatkan dirinya.

next

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience