empat puluh lima

Romance Series 207093

"Hello. Ini pejabat En. Umar Khalish?" suara seorang wanita menyapa pendengaran Sidiq sebaik saja dia mengangkat panggilan dari phone pejabat itu.

"Iye. Ini nombor pejabatnya. Saya PA En. Khalish." Sidiq menjawab sopan sebelum dipintas.

"Boleh sambungkan panggilan ni kepada En Khalish? Kami perlu bercakap." bertaut kening Sidiq seketika sebelum menyoal.

"Boleh saya tahu ini panggilan daripada mana ya?" soalnya.

"Ini..."

~~~~~~~~~~~~~

"Thanks for your fully kind attention." Khalish menamatkan mesyuarat sebelum pantas saja melangkah keluar dari bilik tersebut.

Tetapi wajah Sidiq di hadapan pintu menghentikan langkahnya. Para jawatankuasa lain yang berpusu-pusu keluar melalui pintu bilik diberinya laluan sebelum menghampiri Sidiq.

"Kenapa kau di sini?" soalnya dingin sebaik saja tiada siapa di situ lagi.

"Maaf kerana menggangu En tapi saya ada terima panggilan daripada Inspektor Yusa. Dia perlu bercakap dengan En. segera." maklum Sidiq.

"Yusa?" terjeda sebentar Khalish bagaikan terfikir sesuatu sebelum phone yang telah dimatikan sepanjang mesyuarat tadi dihidupkannya kembali.

Tanpa berkata apa-apa pada Sidiq, langkah dibawa beredar ke lif. Sidiq hanya mengekori diam di belakang.

Tiga panggilan tak berjawab daripada nombor yang sama, semestinya Yusa. Didailnya semula nombor tersebut sambil menunggu diangkat di hadapan lif.

"Hello Yus, what's wrong?" Khalish berkata-kata perlahan kerana tak mahu menarik perhatian beberapa orang staff di sekeliling yang turut sama menunggu lif.

"Ye Lish. Aku ada new information daripada team aku. Kami sudah dapat mengenalpasti beberapa nombor yang digunakan lelaki tu untuk menghubungi Qistina. Semuanya daripada syarikat tempat kau dan Shira bekerja. Jadi aku perlukan bantuan pihak kau untuk kenalpasti daripada bahagian mana dan kod berada panggilan tu dibuat."

Yusa berlaku profesional. Kertas laporan di atas mejanya sesekali ditilik menunggu bicara Khalish.

"Daripada syarikat? Maksud kau orang tu.." tuturnya terhenti apabila otak cuba memproses situasi.

"Ye.. kemungkinan besar dia salah seorang pekerja di sana." ayat Yusa menyentak fikiran Khalish.

'Jadi sepanjang waktu ni.. Aku dedahkan Shira kepada lelaki tu? Shit.'

"Aku akan tolong kau dapatkan maklumat yang diperlukan. I'll call you back." panggilan ditamatkan segera.

Khalish teringatkan sesuatu, kepala pantas ditoleh.

"Kau tinggalkan Shira dengan siapa di atas?" Khalish sebelum bertanya serius.

Pandangan matanya menggamamkan Sidiq, air liur diteguk kesat.

"Am.. sa. saya cuba hubungi En. tapi En. off. Jadi saya ke mari un-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Khalish memintas.

"Tsk. I don't need your explanation Mr Sidiq. Aku just tanya dia dengan siapa sekarang?" kejap rahang itu kelihatan. Suara Khalish masih perlahan tak menarik perhatian sesiapa, hanya riak wajahnya mula kelihatan... Tertekan.

"Pn. Shira seorang diri." lambat-lambat dia menjawab.

Khalish mencarut tanpa suara sebelum cuba menghubungi Shira pula. Tak berangkat dan dicubanya lagi tapi masih begitu.

Dia panik. Khalish terus berlari ke arah tangga tak jauh dari situ memandangkan lif masih belum tiba.

Anak-anak tangga didakinya kalut ke pejabatnya, mencari Shira. Berat dadanya apabila memikirkan segala pergerakan Shira diperhatikan 'si dia'.

Bodoh. Itu yang Khalish rasakan pada dirinya sekarang. Bodoh kerana dia sendiri yang lebih memudahkan apa saja yang akan direncanakan lelaki itu kemudian. Segala kemungkinan perlu diambil kira.

Sidiq turut tercungap-cungap mengejar langkah Khalish. Sekelip mata saja lelaki itu hilang mendaki pantas tangga ke aras pejabatnya iaitu 5 tingkat ke atas.

Tapi digagahkan juga langkah beratnya cuba mengejar Khalish. Fikiran bos nya itu bukan boleh dijangkakan. Dalam keadaan begini pula.

Emosi Khalish tak kuat.

~~~~~~~~~~~~

"Where the fucking is she?!" Habis segala benda dihempas dan diselerakkan Khalish bagai orang kurang waras.

Sidiq sudah menjangkakan hal itu akan berlaku. Pintu kembali ditutup agar kemarahan Khalish tidak tertempias pula pada dirinya.

Sebaik saja pintu ditutup, bayangan sesuatu dicampakkan pada pintu tersebut, kuat. Gila!

'Aku dah pesan kat kau sebelum ni Shira.. Tanggunglah sendiri dapat suami Schizo macam ni.' Sidiq tak berani untuk masuk, nombor Shira cuba didailnya sambil berlegar-legar di hadapan pejabat Khalish tanpa arah.

"Hish! Mana pulak perempuan ni...?' risau Sidiq apabila Khalish yang mengamuk sakan tadi diam tiba-tiba.

Kemudian, bayangan seseorang mula kelihatan dari koridor ke pejabat Khalish. Shira sedang berbual gembira denganmi seorang lelaki, staff barangkali, sambil melangkah lenggang ke arah pejabat Khalish.

Bengang dengan riak selamba Shira yang tak tahu menahu dengan kondisi lemah mental Khalish yang terlalu membimbangkan wanita itu, langkah pantas diambil mendekati Shira.

"Woi gile! Kau pergi mana do?! Sini kau." geram suara Sidiq memanggil Shira sambil merapati pantas wanita itu.

"Eh- Abang Sidiq kejap la!" terkejut Shira dibuatnya apabila lengannya yang berlapik ditarik Sidiq mengikuti langkahnya.

Nichole cuba menghentikan kelakuan Sidiq yang dirasakan agak kasar pada Shira dan kedua lelaki itu berbalas kata sebentar sebelum Sidiq meminta diri mahu membawanya ke dalam pejabat.

Dan dari situlah wajah tegang Khalish menyapa pandangannya.

"Kau masuk!" buat pertama kalinya dia melihat kemarahan Khalish, kaki terpaku pada dirinya. Takut.

Melihatkan Shira yang statik tak mendengar katanya, Khalish mendekati wanita itu sebelum merentap tangannya ke belakang.

"Aku kata masuk." Shira ditolaknya ke belakang sebelum merapati Nichole yang membatu di hadapannya.

Dengan ragu-ragu, Shira mengikuti juga kata Khalish apabila terlihatkan Sidiq juga mengarahkannya berbuat demikian.

Dia memasuki pejabat Khalish yang kelihatan seperti baru saja dilanda ribut taufan. Tunggang-langgang, bersepah segalanya.

Barang-barangan yang bersepah di kakinya dilangkah berhati-hati sebelum melabuhkan duduk di atas sofa kulit yang tersedia.

Shira ligat berfikir tentang kemarahan si suami. Surat yang diperoleh tadi dikeluarkan dari koceknya sebelum dibaca kata-kata itu sepintas lalu.

'Mesti sebab lelaki ni..' desis hatinya.

Tiba-tiba seseorang menolak kasar pintu kaca tebal itu dari luar. Shira terus tegak berdiri apabila terlihatkan Khalish yang tajam memandangnya, melangkah menghampiri.

Seram sejuk!

Surat tersebut disembunyikan di bawah salah satu bantal kecil yang turut tersedia bersama.

Bibir bawahnya digigit-gigit dengan kedua tangan yang tidak keruan bermain bersama di bawah. Wajah Khalish yang makin menghampiri membuatkan Shira sekali-sekala melarikan pandangan.

'Aduh.. kenapa garang semacam ni? Takut aku..' seringainya dalam hati. Dia tak suka Khalish versi ni!

"Kau.."

"Ab-abang.. Shira min-" terbuntang matanya apabila bibir lelaki itu melekap pada seulas bibirnya.

Mahu dia meronta ingin meminta penjelasan tetapi tangan kekar Khalish yang mula naik menahan rontaan dan menarik lehernya ke hadapan, merapatkan lagi tautan bibir mereka.

"Erm... le-pas..lah." erangan kecil Shira sesekali menyapa pendengaran Khalish apabila dilepaskan ulas bibir wanita itu.

Dicumbunya Shira sepuas hatinya, kasar. Geram kerana wanita itu membuatkan dia hilang pertimbangan tadi.

Pipi Shira dikucup berkali-kali diselangi bibir yang sentiasa menarik perhatiannya itu.

"Hurmm.." rengeknya tak suka dengan perlakuan Khalish yang tiba-tiba. Tadi marah!

"Ish! Sini jela." keras suara Khalish memaksanya rapat. Pinggang Shira dirangkul erat ke tubuhnya hingga kedua tubuh itu bersentuhan rapat.

Wajah Shira dikucupnya lagi tanpa menghiraukan wajah mencuka itu. Kedua tangan wanita itu naik menahan kedua bahu Khalish dari terlalu kasar memperlakukan dia.

Tak puas dengan itu, tubuh langsing itu dicempungnya sebelum dibaringkan di atas sofa tadi. Shira bingkas ingin bangun tetapi ditolak Khalish dan kembali terbaring semula.

"Abang.. kenapa ni?" Shira bertanya takut-takut apabila Khalish sudah menindih tubuhnya.

Berombak dada Khalish dilihatnya dari bawah melalui butang atas kemeja yang terbuka. Marah lagikah lelaki itu?

Teragak-agak jari jemari runcingnya naik mengusap rahang Khalish yang hanya kaku, menatapnya tak berperasaan dari atas.

Jelas dilihatnya halkum jantan itu naik turun dengan sentuhannya. Shira beralih pula pada bahagian leher Khalish, diusapnya lembut hingga ke pangkal rambut lebat lelaki itu.

Terpejam mata Khalish menahan gelonjak rasanya, rahang itu bergerak berkali-kali apabila gigi diketap kuat dari dalam.

"Stop it." arahnya perlahan tetapi cukup menyatakan ketegasannya.

Tangan Shira automatik perlahan-lahan terlorot jatuh dari menyentuh Khalish. Matanya mula berkaca. Terasa dengan kata-kata dan perbuatan Khalish padanya sedangkan dia tak tahu apa-apapun..

"Tsk. Shira.." Khalish berdecit sekali, tak percaya apabila air mata Shira mula menitik.

Tergeleng-geleng kepalanya menatap Shira yang menangis di bawah dengan kedua tangan menggosok lembut kedua mata. Wajah putih itu mula kemerah-merahan.

'Hish! Tak boleh marah sikit..'

Khalish mengeluh berat sebelum mencuri pandang Shira yang masih sama seperti tadi, menutup wajahnya dengan kedua tangan.

"Shira.." panggilnya lembut.

Wanita itu langsung tak memberi reaksi. Hanya menangis perlahan. Seulas bibir itu kemerahan apabila digigit-gigitnya semas menangis.

"Shira.. sudahlah jangan macam ni.." sebelah tangan Shira cuba ditariknya daripada menutup muka. Dan pantas ditepis wanita itu.

"Haish. Sayang... Please. Come here. Am so sorry sweetheart. I didn't mean to mad at you." Tubuh dikalihkan dari menindih Shira, lengan wanita itu ditariknya hingga terduduk.

Ditariknya belakang dan kepala Shira ke arahnya sebelum dipeluk erat. Diusap lembut belakang tubuh itu apabila Shira merengek tak mahu.

"Taknak." rontaan manja Shira dalam pelukannya hanya dibiarkan. Tak akan terlepas pun wanita itu.

Tercuit hatinya. Ubun-ubun Shira dikucupnya sayang sebelum menjarakkan kedudukan mereka.

Pipi mulus itu diciumnya lama, sebelum mengesat bekas air mata dari sepasang mata bundar itu.

"Sudah. Jangan menangis lagi hmmm? Abang marah sebab abang risau.. Sayang pergi mana tadi? Hmm?"

Lembut saja tutur Khalish padanya membuatkan Shira mula terpujuk. Kepala dianggukkan manja sebelum kembali memeluk semula tubuh Khalish.

Eee! Bestnya!

"Orang pergi toilet je. Itupun nak marah-marah." rengeknya lagi. Suka apabila Khalish memanjakan dia begitu.

Keluhan berat dilepaskan Khalish. Takut dibuatnya apabila Shira tiba-tiba hilang dari pejabat, ditambah lagi dengan panggilan daripada Yusa lebih menggusarkannya tadi.

"Okay.. my fault. I'm sorry okay? Sekarang.. kita balik ye? Abang ada something important nak cakap. But not here. Hmm?"

Dahi Shira dikucupnya sekali, wanita itu mula tersengih memanjang sambil mengangguk mengiakan kata-kata Khalish.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu..

"Abang ada buat apa-apa pada Nichole ke tadi?" soalnya risau.

Jari-jemari kasar Khalish dimain-mainnya lembut sambil menatap si suami.

"Amm.. pasal tu. I just.. nothing sayang. Abang tak buat apa-apapun pada dia." jawapan Khalish sedikit sebanyak mencurigakan Shira.

Tetapi dia tak mahubertanya lanjut, bimbang Khalish naik angin pula. Kepala dianggukkan tanda faham.

"Oh ye bang. Tadi kan, Shira jumpa ni. Dekat depan ladies." surat di bawah bantal tadi diserahkan pada Khalish dan pantas saja dirampas dari tangannya.

Kalut lelaki itu membaca sebaris ayat di dalam. YOUR LOVE.

Fuck.

'Mesti dia..orang yang sama.' fikirnya.

"Waktu pergi ladies tadi ada orang lain tak yang sayang nampak dekat situ?" Khalish bertanya serius.

Lengan dan tangannya dibiarkan disentuh dan diusap Shira tanpa menghalang. Wanita itu tanpa sedar mengukir abstark mengikuti urat biru kehijauan yang timbul di sekitar lengan si suami.

"Emm..Shira tak perasanlah pulak. Ada beberapa orang lelaki dan perempuan Shira bertembung sebelum dan selepas pergi ladies tadi. Termasuklah Nichole sekali." ujarnya senang.

Dia tak faham kondisinya kini. 'Lebih baik begini... Tak perlulah Shira bimbang dan takut pula nanti.' desis hati Khalish.

"Bang.." panggilan dan tarikan lembut Shira pada lengan bajunya menyentak Khalish dari lamunan.

"Yes love?"

"Am I in trouble right now?" tanya Shira perlahan. Menatapnya dalam, menagih jawapan jujur.

Haishhhhhhh..

"Yes you are sayang. Masalah yang besar sangat." pipi kanan Shira dikucupnya sekilas sebelum luar sedar seulas bibir itu tersungging menayangkan senyuman yang amat tipis.

Cukup menggamamkan Shira pada posisinya.

"But I'll make sure you're gonna be just fine.. I promise you."

Puncak hidung Shira dicuitnya manja.

Share this novel

Ayunie Che Wahab
2020-09-15 21:11:38 

alaaa.. pendeknyaaa... xpuas baca lah....

EmaIra
2020-09-12 20:25:29 

update lg please


NovelPlus Premium

The best ads free experience