Bab 16 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~If you ever decide to come back, i saved your space in my heart.~

Grab yang dinaiki Baariq berhenti betul-betul di seberang jalan yang bertentangan dengan bangunan EN Holdings. Sengaja Baariq minta pemandu grab berhenti disitu. Padahal bukannya susah sangat untuk ke sana, lencong saja ke kanan sudah ada jalan yang memang dikhaskan untuk ke EN Holdings.

Baariq melangkah keluar dari grab selepas membayar kos tambangnya. Baariq betulkan kolar baju kemeja kotak-kotaknya. Lengan baju yang disinsing ke siku diperkemaskan agar terletak elok dengan kemas.

Baariq pandang ke hadapan. Dari kejauhan, anak matanya tatap bangunan EN Holdings yang teguh megah berdiri. Kagum sungguh dia dengan reka bentuk bangunan yang diilhamkan sendiri oleh Tengku Eqbal dan Tengku Eqmal itu.

'Uncle Eqbal, Riq minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk kembali jumpa Uncle,' bisik hati Baariq.

Baariq pandang kiri dan kanannya sebelum menyeberangi jalan dengan yakin. Dia sebenarnya sedang bina keyakinan untuk bersua muka dengan Eshan Maisur, sahabat sepermainannya.

'Hampir 10 tahun kita tidak berjumpa Eshan. Kau masih ingat aku ke Han?'

Walaupun Baariq masih ada sisa rasa sangsi untuk berjumpa Eshan tapi apa yang disampaikan oleh Eshal tempoh hari benar-benar menyesakkan dadanya. Eshan sakit. Itu yang dipasakkan ke benaknya. Oleh kerana itu, dia beranikan kakinya untuk menjejak kaki ke EN Holdings. Dia mahu mendapatkan sendiri jawapan dari lelaki itu. Mahu matanya menjadi saksi kepada setiap kesakitan yang dialami oleh Eshan.

Satu jalan lagi dia perlu menyeberangi untuk sampai ke EN Holdings. Baariq berkira-kira mahu melangkah tetapi dari kejauhan matanya menangkap satu kereta hitam jenama Mitsubishi Lancer meluncur laju ke arahnya. Dan dengan tiba-tiba juga kereta itu memberikan signal ke kiri dan tekan brake secara mengejut. Betul-betul dihadapannya. Baariq mengerut kening dengan tindakan kereta itu. Dalam kepalanya mula timbul bermacam macam persoalan.

'Siapa ni? Kenapa dia berhenti di sini? Orang-orang Waazin kah?' Soalan pertama dan kedua itu, dia tidak runsing sangat. Tapi bila timbul soalan yang ke tiga, semerta jantungnya mengepam darah dengan laju.

Baariq tidak jadi melintasi jalan. Dia berjaga-jaga, menunggu gerangan yang berada di dalam kereta itu memunculkan diri. Nampak gaya brakenya tadi tu macam nak ajak gaduh saja. Baariq tidak mudah melatah, dia menanti dengan sabar sambil-sambil berjaga-jaga.

Pintu dibahagian pemandu dibuka. Baariq berdebar menanti tapi dibiasakan sahaja wajahnya, tidak beriak. Beku seperti selalu.

"Baariq!" Sekonyong-konyong itu, perempuan itu berteriak memanggil namanya.

Baariq picing mata cuba mengecam siapa gerangannya. Siapa ni? Dalam berkira-kira Baariq mahu bertanya, si dia sudah menanggalkan kaca mata hitamnya. Pantas si dia berlari mendapatkannya lalu berdiri disebelahnya. Wajah itu tidak lekang dengan senyuman teruja tanpa menghiraukan panas sinaran mentari tegak berdiri di atas kepala dikala waktu tengahari sudah mencapai waktunya.

"Riq kenal saya lagi tak?"

Baariq tidak memberikan reaksi. Menggeleng tidak, mengiakan pun tidak. Masih dengan muka tidak berperasaannya, tenung perempuan yang berani berdiri disebelahnya. Jarang sangat ada perempuan yang berani dekatinya.

Baariq itu sebenarnya bukan tidak tampan cuma wajahnya saja tampak sentiasa serius. Jarang sekali bibirnya mahu menghulurkan senyuman kepada sesiapa saja. Oleh sebab itu, Sarah sangat takut dengannya. Pernah dia jerkah Sarah ketika Sarah meroyan teruk dulu. Hampir-hampir buat Sarah kejung, terkejut dengan jerkahannya.

"Riq, ni Nafla. Ingat tak?" Sekali lagi Nafla bertanya. Bersinar matanya, teruja jumpa Baariq.

Dengar sahaja nama itu terpancul dari mulut Nafla barulah Baariq dapat mengecam kakak Eshan itu. Tengku Nafla Maryam binti Tengku Eqbal.

"Cik Nafla?"

Laju Nafla mengangguk. Bibirnya yang tidak lekang dengan senyuman itu kian melebar bila Baariq berikan respon kepada soalannya. Lega! Itulah perasaannya sekarang. Orang yang tercari-cari akhirnya menjelmakan dirinya sendiri tanpa susahkan dia menyiasat di mana keberadaan lelaki itu selama ini.

Bibir Baariq mula merekah dengan senyuman. Sesaat dua sahaja dan hilang. Tetapi anak mata Baariq masih tetap setia kepada Nafla. Meskipun sudah bertahun dia tidak bertemu dengan Nafla, orangnya tetap sama. Hampir dia tidak cam Nafla yang sekarang lebih cantik dari dulu tapi tetap merendah diri.

Nafla berdeham sebelum bertanya.

"Riq nak pergi mana?"

Baariq cuma tunding jarinya ke arah EN Holdings. Nafla mengangguk, faham.

"Riq nak jumpa Han ke?"

Baariq mengangguk, sekali lontar pandangan ke arah sana.

Nafla bermain dengan jari sendiri. Berfikir apa yang patut dibuat. Dia punya idea yang lebih baik dari terus biarkan Baariq pergi terjah Eshan begitu sahaja. Lagipun Eshan tak kenal Baariq yang 'sekarang'. Tambahan lagi dia perlu cari tahu dulu apa yang berlaku kepada Baariq dan Mak Som. Seingatnya mengikut penceritaan Walid, Baariq dan Mak Som hilang tanpa jejak sejak arwah Waeez meninggal. Hilang bersama Eshal Maisarah. Tetapi bila dia bertanyakan Eshal dengan siapa dia tinggal sekarang, Eshal tidak memberikan sebarang jawapan.

"Cik Nafla? Kenapa, ada apa-apa masalah ke?" Baariq bertanya. Lihat reaksi Nafla itu seperti dia sedang memikirkan sesuatu yang berat, dengan keningnya berkerut-kerut. Tapi boleh jadi juga berkerut kerana panas terik mentari.

"Riq, boleh kita sembang-sembang dulu? Banyak yang Nafla nak tanya dengan Riq. Boleh?"

"Nak tanya apa?"

Nafla sedikit resah dengan tenungan tajam Baariq. Baariq ni langsung tidak berubah sejak dulu. Cara tenungan tu macam mahu makan orang saja. Panas terik mentari juga makin meresahkannya.

"Boleh kita ke tempat lain?" Nafla pandang kiri dan kanannya, menunjukkan bahawa tempat ini tidak sesuai untuk berbincang.

Baariq tengok Nafla lagi sebelum akhirnya mengangguk. Nafla kembali ke keretanya dan Baariq mengekorinya.

* * *

_Han, maaf. Cik terpaksa cancel lunch appointment kita hari ni. Cik ada hal. Urgent._ ~Nafla

Sent. Nafla meletakkan telefonnya ke meja. Baariq yang sedang duduk sambil berpeluk tubuh itu dipandang sekilas.

"Cik nak tanya apa?"

"Boleh order air atau makan-makan dulu tak? Riq tak lapar ke? Tak haus?"

"Nak belanja ke?"

"Why not kalau Riq sudi. Lagipun rasa macam banyak yang saya nak tanya Riq."

Kedua belah bahu Baariq di angkat. Nafla senyum dengan balasan Baariq. Baariq tetap seperti dulu, jual mahal!

"So, nak tanya apa?" tanya Baariq tanpa membazirkan masa lagi selepas selesai membuat pesanan mereka. Kedua tangannya bersilang ke dada. Belakangnya bersandar di kerusi. Menyelesakan diri.

"Nafla sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana. Tapi Nafla kena tanya Riq jugak. First Nafla nak tahu, kemana Riq dan Mak Som pergi selama ni? Baariq tahu tak semua orang cari Riq dengan Mak Som?"

Mukadimmah Nafla berkenaan perbincangan mereka buat kening Baariq bertaut.

"Cari kitorang? Kenapa?"

Perbincangan mereka berhenti seketika. Makanan yang di pesan sudah pun sampai. Sambil-sambil makan, Nafla menyambungnya.

"Nafla tahu Baariq tahu semua apa yang jadi kepada Sarah, Han dan arwah Waeez. Baariq sebagai saksi utama macam mana keadaan hubungan diorang bertiga dulu. Nafla minta sangat dengan Baariq, boleh tak kalau Baariq tolong ceritakan kepada Nafla apa yang dah berlaku tanpa tertinggal satu pun? Nafla perlu tahu. Ini berkenaan soal masa depan Sarah dan Han."

Baariq cerna permintaan Nafla. Susah untuk diterima dan ditunaikan.

"Baariq tahu dimana Sarah ada sekarang?" Nafla bertanya lagi bila Baariq tidak merespon permintaannya sebentar tadi.

"Kenapa Cik nak tahu?"

"Saya perlu tahu. Saya cari Sarah. Dua tahun saya cari tapi saya tak jumpa apa-apa clue. Sarah seolah-olah lenyap macam tu saja.''

Baariq hanya bertindak pasang telinga. Dengar dulu penjelasan dari Nafla. Sebetulnya itulah yang dia buat selama ini. Dia bertindak menyembunyikan Sarah. Larikan Sarah dari kekejaman manusia. Segala maklumat tentang Sarah telah dihapuskan dan dia bina satu identiti baru untuk Sarah. Nama Sarah ditukarkan dari Maisarah kepada Eshal Maisarah. Nasib baik ada pihak yang sudi menolong dia melakukan kerja itu. Baariq sanggup lakukan apa sahaja untuk Eshal Maisarah. Semuanya demi keselamatan Sarah. Datuk Waazin yang gila itu merata cari Sarah. Orang tua keparat itu benar-benar gila bila tahu anaknya yang mati bukan Sarah seperti yang diarahkan.

"Dan selepas dua tahu, Sarah muncul di Taska saya sebagai Eshal Maisarah dengan identiti yang baru. Saya jadi confius. Apa yang sebenarnya jadi Riq. I need to know everything." Nafla meluahkannya lagi sekali gus mematikan ingatan Baariq dari terus ingat apa yang berlaku dulu.

"Kenapa dengan Han? Han sudah balik dari Turki?" Baariq sekadar bertanya walaupun dia sudah tahu tentang keadaan Eshan.

"Ya, Han dah balik. Dua bulan lepas. Itu pun selepas Walid kami meninggal. Kalau tak, rasanya sampai sekarang dia masih tak nak balik ke sini."

Baariq sedikit tercenggang.

"Uncle... Uncle Eqbal dah meninggal?" Sungguh dia terkejut. Baru sahaja niatnya mahu berjumpa dengan lelaki yang sudah dianggap seperti arwah abahnya.

"Iya Riq. Riq tak tahu?"

Baariq cuma menggeleng. Memang dia tidak tahu. Selama dia membawa diri, dia tinggalkan semua yang kaitan dengan keluarga Tengku Eqbal. Matlamat utamanya ketika itu adalah untuk bawa Sarah jauh dari Datuk Waazin.

"Walid kena serangan jantung di pejabatnya. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada masa tu. Ketika saya jumpa Walid, dia dah pengsan. Sempat kami bawa Walid ke hospital dan beberapa hari kemudian Walid hempus nafas terakhir. Han tak sempat jumpa Walid untuk kali terakhir. Sebab tu kami terpaksa panggil Han untuk take over EN. Tapi... Han yang sekarang bukan Han yang dulu Riq," suara Nafla perlahan, seperti merintih dengan nasib adiknya.

Baariq jadi belas dengar luahan Nafla itu. Nampaknya kata-kata Eshal tempoh hari itu betul. Eshan sedang menderita. Kehilangan walid yang disayangi serta kehilangan memori berharga mereka bersama. Eshan dengan walidnya itu walaupun selalu sahaja bercanggah pendapat tapi dalam masa yang sama mereka saling menyayangi satu sama lain.

"Apa maksud Cik pasal Han?"

"Eshan amnesia. Dia accident dua tahun lepas. Perbuatan Datuk Waazin tapi kami masih belum cukup bukti untuk sabitkan dia atas kesalahan itu. Han banyak tak ingat tapi dia tak pernah lupa Sarah dan Riq. Cuma kadang-kadang dia keliru siapa korang dengan dia sebab korang tak pernah muncul selama dia sedar dari komanya. Han koma 6 bulan."

Baariq lepas keluhan panjang. Tidak terkejut sebenarnya kalau itu perbuatan Datuk Waazin. Kalau anak sendiri pun dia sanggup bunuh, inikan pula orang lain yang langsung tiada kena mengenai dengannya. Gila betul orang tua tu!

Dalam dia tidak sedar rupanya Eshan juga menderita. Sama seperti Eshal Maisarah. Seolah-olah mereka berdua memang sudah ditakdirkan bersama. Baariq tarik senyuman nipis. Kuat betul jodoh korang, ya?

"Jadi apa yang Cik mahu tahu dari saya?"

"Semuanya. Boleh Riq jujur saja?"

Baariq tolak pinggan yang sudah licin ke hadapan sedikit, lalu merapatkan kedua belah tangannya. Rasanya dia patut jujur sahaja dengan Nafla. Lagipun tiada sebab untuk Nafla mahu gunakan Eshal.

"Okay saya akan jujur saja dengan Cik Nafla. Sebenarnya saya yang jaga Sarah selama ni."

Terbuka sedikit mulut Nafla. Jadi betul tekaannya. Baariq yang bawa Sarah lari dari Datuk Waazin.

"Macam mana boleh Riq jaga Sarah?"

"Cik tahu apa yang dah berlaku pada Sarah selama Eshan ke Turki?"

Nafla menggeleng. Memang itu yang dia mahu tahu dari Baariq biar dia faham kisah mereka.

"10 tahun. Tempoh bukan yang singkat Cik Nafla. Selama 10 tahun itu jugalah Sarah menderita. Menderita dari segi fizikal dan mental."

Nafla sudah berdebar.

"Apa dah jadi Riq?" Ada getar dalam nada itu. Takut pula dia mahu tahu kebenarannya.

"Selepas Han ke Turki, Sarah dan Waeez balik dari Amsterdam. Kami semua ingat mereka sudah berkahwin tapi ternyata silap. Mereka tidak jadi berkahwin. Sarah sedar yang dia sebenarnya sukakan Han tapi semuanya sudah terlambat bila Han dah ke Turki. Sarah buat keputusan untuk ke Turki cari Han. Waeez sudi temankan Sarah memandangkan saya sibuk dengan kedai. Masa di airport, diorang diculik oleh orang-orang Waazin."

Nafla perkup mulut dengar cerita Baariq. Air mata mula memenuhi kolam mata.

"Jadi... Sarah belum berkahwin? Mereka tak jadi kahwin?"

Baariq tarik nafas dalam. Peritnya mahu menyambung kisah.

Alamak... Sarah tak jadi kawen? Betul ke ni.... dup. dap. dup. dap. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience