Bab 28 (Part 2 - Yusuf)

Zombie Series 1354

Setelah dua puluh minit berjalan Yusuf tiba di bahagian belakang bangunan itu. Dia melihat pagar besi yang menghubungkan laluan ke pintu belakang kafe diselit dengan sebatang kayu bagi menghalang pagar itu tertutup sepenuhnya. " Mesti pak cik Michael buat. " Lalu Yusuf melalui ruangan itu dan masuk ke dalam pintu belakang kafe. Dia melihat keadaan sekeliling yang sunyi dan tidak kelihatan kelibat zombi. " Bagus" dia kelegaan dan berjalan menuju ke lif dan ke tingkat bawah tanah kerana di situ terletaknya bilik menempatkan loker untuk pekerja . Setelah pintu lif terbuka dia terkejut melihat laluan tingkat itu yang gelap dan hanya berbekalkan lampu kecemasan berwarna merah berkelip-kelip menerangi keadaan. Dia menekan punat lampu pada jam tangan dan ke hadapan. Dia melihat terdapat lapan zombi yang membentuk bulatan dan melihat gerombolan zombi itu merenung tajam ke arah dua ekor anjing zombi yang sedang tidur di dalam tengah bulatan tersebut. Yusuf merapatkan dirinya ke dinding bagi menjauhkan diri dan menyuluh ke bawah bagi mengelakan terkena gerombolan zombi itu. "Tap" tidak semena- mena dia terpijak lopak air lalu menyebabkan gerombolan zombi dan dua ekor anjing menyedari akan kehadiran dia. Lalu , Yusuf segera berlari pecut dan diekori oleh dua ekor anjing zombi yang mahu mengigitnya. Seekor anjing mahu mengigit paha kanan Yusuf dan dia segera menepis dengan memukul badan anjing itu menggunakan batang besi yang dibawa. Anjing itu terus terhumban namun segera bangun dan mengejar Yusuf kembali. Akhirnya kelihatan pintu bilik tempat loker tetapi dia tidak dapat membuang masa untuk memasukkan kata kunci pada kotak RFED , pasti dia perlu bergelut melepaskan diri daripada dua ekor anjing ini dan gerombolan zombi yang semakin menghampirinya. Dia terlihat pintu bilik pejabat yang merupakan tempat dia berlindung sebelum ini masih terbuka luas lalu dia segera mahu masuk ke dalam namun dia telah digigit pada kaki kanan. Dia menjerit kesakitan dan melibas batang besi itu mengenai anjing yang mengigitnya dan menendang kuat seekor lagi lalu menghumban dirinya masuk ke dalam bilik pejabat dan segera menutup pintu. Bunyi anjing mengonggong kedengaran di luar kemudian terdengar pula suara zombi dan anjing tersebut berkelahi. Yusuf segera membuka bajunya dan mengikat paha kanan bagi menghentikan darah yang mengalir keluar pada betis kaki lalu pergi ke meja kerja Jonathan ,mengambil sebotol alkohol minuman. Dia mengigit sehelai tuala kecil dan melipat seluar bagi membuka luka yang digigit anjing lalu menuang alkohol itu ke luka sambil mengigit kuat kain di dalam mulutnya menahan perit akibat luka gigitan itu.

Setelah selesai menahan pedih pada lukanya Yusuf membuka peti pertolongan kecemasan yang memang dibiarkan di atas meja sebelum ini dan mengambil sepaket gauze dan mencelup gauze tersebut dengan sebotol kecil normal saline. Kemudian, dia mengelap lukanya beberapa kali dan mengambil kain andoh lalu membalut luka pada kakinya. Akibat tidak dapat menahan sakit dia menelan dua biji ubat Ibuprofen yang dijumpai di dalam laci meja kerja dan pergi ke arah sofa dan tertidur akibat dos ubat tersebut. Sebenarnya ,Yusuf mahu sahaja memotong kakinya bagi mengelakan luka pada betis menjangkiti satu badan kerana apabila menyaksikan kebanyakan cerita berkaitan zombi pasti itu sahaja caranya namun memikirkan dirinya yang bersendirian dan terdapat banyak komplikasi jika dia berbuat demikian Yusuf hanya mampu pasrah dan berdoa semoga dirinya selamat. Yusuf tersedar setelah tiga jam berlalu dan dia memeriksa lukanya sambil memakan dua bungkus roti yang disimpan di dalam galas yang dibawanya. Yusuf memasuki tandas sambil berjalan terhincut-hincut menahan sakit pada kakinya dan melihat wajahnya pada cermin tandas ,dia memeriksa jika terdapat apa- apa perubahan dan lega tiada apa yang berubah. Yusuf keluar dari tandas lalu ke hadapan pintu pejabat kecil itu dan membuka sedikit bagi mengintai ke luar jika terdapat zombi dan anjing lagi di luar. Dia lega melihat tiada sesiapa di luar lalu membuka pintu dengan perlahan dan tidak menutup pintu rapat lalu ke bilik sebelah dan memasukkan kata kunci di hadapan bilik loker pekerja. Dia masuk lalu membuka lampu bilik berkenaan dan terhidu bau busuk yang menusuk hidung dan menahan nafas. Dia melihat bangkai seekor anjing yang mereput di samping tubuh seorang lelaki yang terbaring berdekatan sebuah loker yang separuh terbuka. Terdapat beberapa loker yang terbuka sama ada oleh tuan punya loker atau akibat dirosakkan. " Alamak!" ,dia cemas melihat beberapa loker yang rosak akibat dipukul dengan objek tumpul dan ke arah loker Michael. Dia lega apabila melihat loker Michael dan dua lagi loker bersebelahan masih di dalam keadaan yang baik. Yusuf membuka loker Michael dan menjumpai sebuah kunci motor dan sepucuk pistol Glock 17 dengan sekotak perluru sebanyak 17 butir dan dia membuka magazine dan memeriksa masih penuh. Dia juga tahu menggunakan pistol kerana telah menjalani latihan tentera sebaik sahaja tamat garduasi sebelum memulakan karier. Dia menyimpan pistol itu dan berpatah semula ke dalam bilik pejabat Jonathan kerana dia perlu memulihkan dirinya jika hendak menaiki motorsikal Michael dan menempuhi perjalanan jauh untuk ke hotel. Dia juga memerlukan stamina bagi menentang anjing dan gerombolan zombi di tingkat itu. Hari kedua berlalu dan Yusuf semankin gelisah akibat risau akan keadaan anak-anak dan Hathen yang berlindung di hotel. Dia tidak mengetahui status keselamatan mereka dan dia tersekat di sini. Tambahan pula, Yusuf sentiasa perlu memerhatikan dirinya jika terdapat sebarang perubahan akibat digigit oleh anjing zombi. Dia masih tidak tahu apa senario yang akan didapati apabila dia digigit oleh anjing zombi yang aneh kerana dia telah pun melihat bagaimana Fiona dan cikgu yang masih sedar walaupun telah digigit oleh anjing zombi namun akhirnya Fiona telah pun bertukar. Dia masih ragu apa akan berlaku pada badannya dan mampu memantau keadaannya enam jam sekali. Pada hari ketiga Yusuf mula perasan sebahagian anggota bandannya menjadi biru seperti semua bahagian pada kaki kanan,bibir dan lidah. Dia juga mudah berasa sejuk dan memakai dua lapis baju. Setahunya jika dia berpeluh kuning, mengalami sakit dada dan matanya bertukar menjadi hitam akan menandakan pertukaran menjadi zombi. Yusuf duduk di hadapan meja kerja dan termenung panjang lalu tanpa sedar dia mula hilang kesedaran dan bermimpi akan keluarganya semasa di Malaysia. Mata Yusuf telah bertukar menjadi hitam separuh dan sambil tersenyum Yusuf hanya diam kaku di atas kerusi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience