Bab 48

Romance Completed 78329

Butang on ditekan sebaik saja kaf dibalut kemas pada lengan pesakit untuk mengambil bacaan tekanan darah. 133/90. Normal. Balutan kaf dibuka kembali dan diletakkan ke atas nursing troli.

“Saya nak check jahitan luka ya…” pengepit diambil lalu balutan luka ditarik perlahan dia memandang jahitan luka yang mulai mongering. Vitalika menghadiahkan senyuman kepada lelaki tersebut.

Beberapa hari lepas pesakit ni menjalani operation appendix dan disebabkan appendix dia serius jadi dia di dalam pemantauan yang serius. Tujuannya apa? Sebelum ni pun banyak je patient yang suka skip ubat yang dah diconsume oleh doktor bila nurse atau doktor bagitahu yang mereka dah mula sembuh.

“Luka awak dah mula mengering. Tapi, make sure ubat yang diconsume oleh doktor kena ikut jugak ya? Jangan skip.”

“Baiklah nurse cantik,” jawab lelaki tersebut. Vitalika
cuma mampu tersenyum kecil. Sepanjang tempoh praktikal dia di sini, dah banyak kali dia handle patient yang agak gatal macam ni dan dari golongan yang berada terutamanya.

Memandangkan Doktor Ariff turut berada di dalam wad tersebut, sesi usik-mengusik terhenti setakat itu saja. Vitalika menolak troli keluar dari wad sebaik saja Doktor Ariff melangkah keluar dari wad.

“Macam mana handle patient yang cuba mengorat you? Ok?”

“Ok je doktor. Lagipun saya dah biasa handle patient
macam tu masa dekat Filipina.” Ariff mengangguk mendengar jawapan Vitalika.

“Dekat Filipina mesti banyak lelaki yang hensem kan?”

“Tak jugak doktor. Ada je yang biasa-biasa.”

“You tak rindu nak buat praktikal dekat Filipina balik?”

“Rindu tu ada lah jugak doktor tapi nak buat macam mana kan? Since saya ikut kakak saya pindah ke sini, then I have no choice. Nak tak nak kena jugak praktikal dekat sini.”

“Why not you just finish your practical at Philippine then come back stay here? Senang kan?”

Vitalika tersenyum kecil. Banyak yang cakap macam Doktor Ariff cakapkan dekat dia tapi orang tak tahu kisahnya.

“Saya hanya ada kakak saya je doktor. Dari zaman kecik dulu sampai ke besar saya hanya bergantung kepada kakak saya. Kalau kakak saya tak ada, entah saya boleh hidup sampai sekarang ke tak. Jadi, bila kakak saya buat keputusan nak pindah ke Malaysia, saya terus inform dekat supervisor yang saya nak tukar tempat praktikal dan nasib baiklah permohonan saya diluluskan sebab yelah…Malaysia dengan Filipina tu jauh. Kebarangkalian untuk dapat tukar tempat praktikal tu hanya lima persen saja.”

“Kenapa you ikut kakak you? Family you mana?”

“Family saya ada je doktor. Tak payah cakaplah pasal tu.”

“Why? You ada family problem?” Vitalika pantas
menggeleng. Dia tak nak buka rahsia pasal keluarga dia.

“Tak ada apalah doktor. Saya pergi sambung kerja dulu,” Vitalika pantas melangkah pergi.

Ariff memandang Vitalika dengan pandangan pelik. Apa kena dengan Vitalika ni? Beria je lari dari jawab soalan aku. Hmmm…aku rasa dia memang ada family problem cuma dia tak nak buka cerita. Maybelah kan?

“MAMA? Dah kenapa Ira nampak mama resah semacam je ni?” Soal Zahirah bila dari tadi dia tengok mamanya resah dah tu jalan ke hulu ke hilir dengan telefonnya di tangan. Kejap telefon tu lekap di telinga, kejap telefon tu ditekan-tekan.

“Mama risaukan abang kamulah. Dari semalam mama call langsung tak berangkatnya. Asyik masuk voicemail. Entah sampai ke tak di Filipina tu.” Sejak semalam lagi dia rasa tak sedap hati tapi dia cuba buang perasaan tu dengan beristighfar dan berzikir.

“Insya-Allah mama…abang Luq ok je tu. Mama janganlah fikir macam-macam sangat.”

“Manalah mama tak fikir macam-macam Ira? Abang Ira ni sejenis keras kepala dan tak nak dengar nasihat orang. Bila dia pergi ke negara orang lagilah mama risau. Dekat sana kita tak tahu orang dia baik ke jahat ke?”

Zahirah segera memeluk mamanya. “Ma…insya-Allah abang Luq ok je dekat sana. Ira yakin abang Luq pandai jaga diri dia dekat sana.” Dia pun risau jugak dengan keadaan abang dia memandangkan dari semalam cuba contact tapi semuanya tak ada respons.

Mungkin line dekat sana problem ke manalah kita tahu kan? Tak apa, nanti aku try call abang Luq lagi. Manalah tahu kali ni dapat?

“YE ma…mama jangan risau. Luq sihat je dekat sini. Luq mintak maaf sebab tak call mama balik. Kadang-kadang line dekat sini tak ok.” Nak tak nak terpaksa jugak dia menipu mama. Bayangkan kalau aku bagitahu mama benda yang sebenarnya? Hari ni jugak mama fly datang Filipina.

“Betul ni? Luq tak tipu mama kan?”

“Betul ma.”

“Baiklah kalau macam tu. Ingat! Jangan buat macam ni
lagi. Luq suka buat mama risau macam ni!”

“Ok ma. Luq mintak maaf sebab buat mama risau. Luq janji dengan mama Luq tak buat lagi.”

Gia memandang ke luar tingkap hospital tapi telinganya turut dipasang sekali mendengar perbualan antara Luqman dengan mamanya. Nak menipu pun agak-agaklah Luqman oiii! Apa salahnya kalau bagitahu benda yang betul? Buatnya kalau kau balik Malaysia dengan kepala yang still berbalut, lagi mama kau tak cemas?

“Kau curi-curi dengar apa yang aku cakap dengan mama aku?”

“Kalau tak curi-curi dengar pun memang akan terdengar jugak.” Gia menoleh menghadap Luqman. “Kenapa awak tak bagitahu je mama awak benda yang betul?”

“Aku tak nak dia risau.”

“Tapi masalahnya…”

“Syhhh!!! Itu masalah aku. Yang menjadi masalahnya sekarang kau pun tak buka cerita yang sebenarnya kan? Kau dengan aku sama je. Jadi, jangan nak berlagak yang kau tu baik!”

Niat baik tapi last-last kena bidas free je. Aku pun malas nak bertekak dengan dia. Buat sakit hati je.

“Kau ni tak ada kerja ke? Tercongok je dekat hospital ni dah kenapa? Dah tu apa motif kau pasang bodyguard tu? Kenapa? Kau takut aku lari?”

“Tak ada kerja sebab tulah saya tercongok je dekat sini. Tujuan saya pasang bodyguard tu bukan sebab saya takut awak lari ke apa ehhh tapi untuk keselamatan awak.”

“Huh! Keselamatan aku konon? Yang kau kisah sangat kalau aku mati ni dah kenapa?”

Gia menghampiri Luqman sambil tangannya berpeluk tubuh. “Saya ingatkan awak ni pandai sangat Luqman tapi ada jugak bodohnya. Macam nilah saya cakap terus-terang dengan awak ye? Awak cakap dekat saya yang awak nak cari kebenaran untuk bela nasib Dariya tapi sekarang ni apa yang awak cuba buat?”

“Aku cuba buat apa?”

“Apa yang dah jadi dekat awak ni tak rasa ke sebab tindakan bodoh awak sendiri? Hmmm?” Dia mengukirkan senyuman sinis kepada Luqman. “Saya dah berapa kali warning dekat awak. Jangan buat benda bodoh tapi buat jugak. No wonderlah akhirnya tempat awak dekat hospital.”

“Awak jangan fikir saya berbaik dengan awak, jaga awak dekat hospital sebab saya ni betul-betul kisah dan care pasal awak. Tak! Saya buat semua ni so that kebenaran yang awak cari selama ni terungkai jugak. Cuba bayangkan kalau awak mati sebelum kebenaran untuk Dariya terbela, awak tak rasa sia-sia dan saya pulak hidup senang-senang tanpa rasa perasaan bersalah? Kalau awak mati then case finish! Saya pun hidup senang dan yang paling sedihnya siapa? Mestilah ibu…kalau awak ni bodoh tak fikirkan diri sendiri tapi sekurang-kurangnya fikirkan ibu!” Kali ni aku cakap sinis je dengan dia supaya otak dia tu terbuka sikit. Tapi, aku rasa dia masih persepsi yang sama jugak.

“Kau…”

“Kalau saya cakap sayalah orang yang upah untuk pukul awak? Macam mana? Awak percaya?”

“Kau…!”

“Ye! Saya yang upah orang untuk pukul awak tapi saya tak kejam sangatlah nak biar awak mati kering dekat jalan tu. Saya dah cakapkan dekat awak sebelum ni Luq? Jangan buat benda bodoh tapi tulah awak ni degil. Nak jugak ikut kepala sendiri.”

“Maknanya apa yang jadi dekat Dariya pun semuanya kau rancang?!”

“Ops! Jangan tuduh kalau tak ada bukti ok? Luqman Adha…bekas bodyguard a.k.a. penyiasat tersendirian sebelum menjadi fotografer di salah sebuah studio dan merupakan penyiasat yang terbaik diantara ahli-ahli yang lain. Not bad!”

“Macam mana kau tahu?” Mata Luqman dah membulat bila Gia tahu kerjanya yang dahulu sebelum menjadi fotografer.

“Untuk cari maklumat pasal awak bukannya susah sangat pun Luqman. So, think wisely before you intend to do something.”

Makin kuat perasaan syak wasangkanya pada Gia. Kau cuba main game dengan aku ke Gia? Fine! Kalau kau nak main game dengan aku then aku akan follow rentak game kau! Kau jangan ingat kau cakap macam ni aku akan mengalah macam tu je!

Kenapa kau buat semua ni Gia? Kau tak tahu ke apa yang kau cakapkan sekarang ni boleh memburukkan lagi keadaan dan Luqman akan fikir buruk lagi pasal kau? Aku tak kisah pun Luqman nak fikir macam-macam pasal aku cuma apa yang aku tahu aku buat semua ni bersebab. Titik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience