Bab 2

Short Story Series 2110

Aku terkejut bila....

Melihat Nazri berpakaian segak dan ditangannya ada sejambak bunga ros merah. Terpesona aku melihatnya penampilannya yang sungguh kemas dengan memakai baju T-shirt berwarna merun, bersendal serta gaya rambut yang disikat kesebelah kiri.

Dia melambaikan tangannya kepada aku dengan senyuman, dengan tersipu malu, aku meneruskan langkah mendekatinya.

Dia menghulurkan jambangan bunga ros merah itu kepadaku berserta senyuman manisnya. Semakin kuat getaran di jiwa aku, yang membuatku gementar ketika berada dengannya.

Tanpa berlengah, Nazri membuka pintu tempat duduk penumpang bersebelahan dengan pemandu. Lalu, aku pun masuk tanpa berlengah. Dia pun masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin kereta, lalu berangkat.

***** Semasa dalam perjalanan *****

" Awak nak makan apa? kat mana? "- soalan bertubi dilemparkan kepada aku.

Soalan yang agak susah untuk aku jawab, walhal bukan aku sahaja yang susah menjawabnya. Aku percaya, semestinya wanita diluar sana juga sama seperti aku.

" Mane-mane je lah awak, saya ikut je " .

Jawapan yang aku rasa selamat pun keluar.

" Apa kata, kita makan kat Yamyam Beverly. Ok tak ? "

Cadangan Nazri seakan dapat membaca fikiran aku.

" Memandangkan tempat tu tak berapa jauh dari hostel aku, aku setuju je lah kan? Lagipun dah malam ni " - bisik hati aku yang berfikir secara kritis ( haahaha )

" Haah , okay jugak tu. saya on jer " jawabku sambil tersenyum berpuas hati.

Setibanya di warung Yamyam, dia mengambil pelbagai jenis gorengan dan makanan berat berserta air manis.

" Nak bihun ka nak nasi kosong? Nak minum apa?

Sekali lagi soalan bertubi yang dia ajukan.

" Uhm, bagi saya bihun dan milo ais "- jawabku ringkas

Selepas membuat pesanan, dia pun datang menuju ke meja, tempat saya berada. Keadaan agak sunyi, dia bermain handphonenya sedangkan saya masih seperti " cacing kepanasan ".

Makanan dan minuman pun dah sampai di atas meja.

" Ha, apa lagi? Jom lah makan. Jangan nak segan-segan ek " .

Aku yang tadinya seperti cacing kepanasan kini mencuba menghilangkan perasaan gementar itu dengan meneguk air manis yang dipesan tadi. Ketika aku menikmati makanan, tiba-tiba dia tersenyum melihat gelagat aku.

" Inikah dia Nadia yang aku kenal dulu? yang kuat membebel, perangai macam budak laki tu ? "

Aku tersenyum, tersipu bila mendengar kata-katanya yang amat jelas merujuk kepada aku semasa dibangku sekolah dulu.

" Alah, awak. Takmau lah cerita benda tu.. Buat malu je lah ".

Semakin lebar senyumannya seakan menahan ketawa ketika mendengar jawapanku, seakan tapak kakinya digaru-garu ( hahahha ).

Sedar tak sedar, perasaan gementar aku dah hilang dan berasa semakin selesa berbual dengan dia.

Jam sudah menunjukkan sudah pukul 11 malam. Suasana di warung itu juga sudah mulai lengang. Padahal, sewaktu kami sampai, kawasan warung agak riuh .

Aku mengajak Nazri untuk menghantar aku pulang ke hostelku. Memandangkan dah lewat malam, Nazri pun faham yang aku ni perempuan dan tinggal di hostel. Kami berganjak dari tempat duduk lalu menuju ke keretanya. Nazri menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan perkarangan warung itu.

Setibanya di perkarangan hostel tempat tinggal aku, dimana aku tinggal di tingkat 1, dia memberhentikan keretanya lalu mematikan enjin keretanya.

" Terima kasih awak, sudi keluar dengan saya. Walaupun kita baru kenal, actually dah lama kenal, tapi tu la kan. Baru harini tuhan jumpakan kita balik" .

" Sesama awak, terima kasih jugak belanja saya tadi, bawak saya keluar celebrate end of my semester sem ni ya ".

" I wish, lepas ni, saya dapat keluar lagi dengan awak ".

" Hehehe, In shaa Allah, boleh jek . ehmm, kalau macam tu, Ok lah awak. Saya naik dulu eh, pape nanti whatsapp je saya keyy ".

" Ha, ye lah, hari pun dah lewat ni. See you next time Nadia"

" Okay Nazri, nanti kita keluar lagi okay. saya naik dulu. Bye ! "

" Bye, hati-hati tau " .

" Okay ".

Berbunga-bunga rasanya hati aku dengan sikap Nazri yang comel itu. " See you when I see you again Nazri ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience