BAB 5

Drama Completed 3472

Ok, perkataan M.A.T.A.N.G tadi. Amani memang benar-benar setuju dengan segala apa yang diungkapkan oleh naqibah kesayangannya. Dia seringkali membenarkannya.

Namun bagi Amani, untuk perkataan ‘matang’ itu pada dirinya, dia kurang pasti. Terlalu besar rasanya frasa itu, sekurang-kurangnya buat Amani.

“Qisandra, ceritalah aktiviti minggu ni macam mana. Ok tak study?” Wanita berusia 26 tahun itu memulakan bicara. Beserta senyuman. Lagi.

Seperti biasa, usai sesi tadabbur, Shanon akan bertanyakan rutin harian dan masalah anak-anak usrahnya. Riak wajahnya menunjukkan keprihatinan dirinya terhadap mereka. Ikhlas.

Saat diadukan masalah, keningnya dikerutkan. Tanda risau. Saat dikongsikan kegembiraan, matanya seakan bentuk huruf ‘n’. Menggambarkan matanya yang sedikit sepet. Sudah tentu, tanda dirinya turut bahagia.

Sekali lagi, Amani kagum dengan raut wajah itu. Dengan memegang status sebagai bakal peguam syariah, wajah Shanon langsung tidak menggentarkan jiwa Amani.

Dia seolah-olah semakin tenang apabila memandang sosok tubuh itu. Kekaguman Amani bertambah-tambah setiap kali pertemuannya dengan Shanon.

Shanon selalu berkongsi kes-kes mahkamah yang harus diselesaikannya dan turut menyelitkan pengajaran daripada kes tersebut. Terlalu banyak rasanya masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.

Terutamanya kes yang melibatkan rumah tangga, sementelah Shanon mengambil jurusan Syariah dan Undang-Undang, dia sering dihadapkan dengan kes perceraian dan perebutan anak. Semuanya berpaksi pada alasan ‘tiada persefahaman’.

Walhal, persefahaman itulah yang harus dicari, bukan menunggu ia jatuh dari langit. Manusia sekarang sungguh mudah mencari jalan penyelesaian. Bukan. Bukan jalan penyelesaian, tapi jalan kemusnahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience