BAB 11: Malam Pertama..

Drama Series 28608

" Shahir Iskandar bin Abdul Wahab. Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatin Nazihah bt Rohan dengan mas kahwin RM 300 tunai." lafaz Dato' Rohan.
" Aku terima nikahnya Fatin Nazihah bt Rohan dengan mas kahwin RM 300 tunai."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lafaz itu masih terngiang-ngiang di telinga Fatin. Rambutnya yang berwarna hitam menawan disikat rapi di meja solek sebelah katilnya.

" Shahir Iskandar.." bisik Fatin.

Akhirnya, dapat juga dia tahu nama lelaki Hot yang selalu bertembung dengan dia itu. Lelaki pertama yang berjaya memikat hatinya. Tak sangka akhirnya mereka berkahwin. Sejujurnya jantung Fatin berdebar-debar bagai hendak gugur. Malam ini malam pertama dia akan menunjukkan auratnya kepada lelaki selain Papanya. Hembusan nafas yang dalam dilepaskan.

Shahir membuka pintu perlahan. Kelihatan Fatin sedang menyikat rambutnya yang panjang hingga melepasi bahu. Shahir tersenyum nipis. Rambut itu betul-betul menarik minatnya. Akhirnya pintu dibuka luas dan kemudian ditutup kembali.

Fatin tersentak. Dia menoleh ke belakang. Shahir berdiri memandangnya tidak berkelip. Fatin tersenyum kelat.

" Awak buat apa kat situ? Duduklah.." kata Fatin dengan lembut.

Shahir mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis. Dia duduk di atas katil Fatin yang bersaiz king itu. Kakinya digoyang-goyangkan sementara melihat Fatin menyikat rambutnya. Sungguh redup pandangannya membuatkan Fatin berdebar.

" Fatin.." panggil Shahir. Suara garaunya menambahkan lagi debaran di hati Fatin.

Fatin meletakkan sikatnya dan duduk di sebelah Shahir.

" Kenapa? " tanya Fatin sambil tersenyum nipis.

Mata mereka bertentangan dengan agak lama. Shahir tersenyum nakal sambil memandang Fatin dari bawah ke atas berulang kali. Lama kelamaan Shahir semakin mendekati Fatin. Kening Fatin terangkat. Mukanya merona merah. Shahir mendekatkan mukanya ke wajah Fatin yang tampak berseri. Jantung Fatin berdegup kencang membuatkan dia menutup mata dengan rapat.

Tiba-tiba gelakan kecil kedengaran. Fatin tersentak. Matanya dibuka luas.

" Kau ingat aku nak buat apa? Kau dengar sini. Aku takkan sentuh kau jadi kau tak payah nak berangan eh.." kata Shahir sambil tersenyum sinis.

Fatin tersentak. Bibirnya diketap. Perasaan marah terdetik di hatinya. Masih sombong rupanya mamat ni. Fatin membetulkan posisinya.

" M-mana ada. Saja je nak test awak tadi." kata Fatin. Menahan malu.

Shahir membetulkan duduknya. Dia ketawa kecil.

" Lagi satu, jangan panggil aku awak boleh tak. Gelilah.. Panggil aku kau je." kata Shahir kasar.

Fatin mengerutkan keningnya yang nipis itu.

" Tak nak. Nak panggil awak jugak. Kasar sangatlah aku kau tu." kata Fatin.

Shahir tercengang. Baik sangat dia ni.. Shahir ternyum sinis.

" Suka hati kaulah.." kata Shahir sambil berdiri.

Fatin memandangnya. Takkan dia nak keluar kot? Dia memegang tangan Shahir. Shahir terkejut.

" A-awak nak pergi mana?" tanya Fatin.

Yalah, malam pertama kot.. Takkan nak keluar pulak?

Shahir tersentak. Lembut tangan Fatin membuatkan hatinya berdebar. Namun pertanyaan Fatin membuatkan dia hampir tergelak. Hilang semua perasaan tadi.

" Main sorok-sorok.." kata Shahir selamba.

Fatin tercengang.

' Suami aku ni gila ke apa?' pekik hatinya.

" Main sorok-sorok?! Takkanlah nak main sorok-sorok kot?" tanya Fatin.
Shahir ketawa kuat. Fatin hanya memandang suaminya itu. Sah. Suaminya memang dah gila.

" Kau percaya ke? Lurus betul lah kau ni." sindir Shahir.

Fatin membuat muka. Shahir tersentak.

' Comel.' kata hati Shahir.

Shahir tergelak kecil.

" Dahlah. Suka hati awaklah. Bye." kata Fatin sambil merebahkan dirinya.

Tangannya mencapai suis lampu tidur dan menutupnya. Aduh merajuk pulak budak ni.. Shahir menggeleng perlahan melihat karenah isterinya itu. Dia bangun dan berjalan ke suis lampu biliknya. Suis itu ditutup. Kini tinggal lampu tidur di sebelah Shahir sahaja yang menyala. Peluh mula keluar di dahi Fatin. Shahir kembali ke tempatnya. Tangannya mula bergerak untuk menutup suis lampu tidur itu. Tiba-tiba bahunya dipegang. Dia menoleh. Fatin menahannya.

" Awak. Tak payahlah tutup lampu tu sebab saya.."

Lampu ditutup. Fatin menjerit dengan kuat sambil memeluk Shahir dengan sangat kuat. Terkejut Shahir apabila mendengar siren yang keluar dari mulut Fatin.

" Kau ni dah kenapa?!! Lepaslah!" pekik Shahir sambil cuba melepaskan diri dari belitan ular itu.

Fatin menutup rapat matanya. Nafasnya laju.

" S-Saya takut gelaplah! Bukaklah balik!" jerit Fatin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jeritan Fatin tembus sehingga ke luar pintu menyebabkan Dato' Rohan hilang niat untuk masuk. Dia memasang telinga. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Air tongkat ali di tangannya direnung.

" Uih, bagus. Tak payah minum tongkat ali dah jalan. Hmm. Cepatlah aku dapat cucu." kata Dato' Rohan sambil berjalan pergi meninggalkan Fatin dan Shahir.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience